drhalimahali

KHIR TOYO SERAH SAMAN PADA ADUN SEKINCHAN DALAM DEWAN SELANGOR

In 1 on July 11, 2009 at 9:54 am

Tindakan Khir Toyo Serah Saman Kepada Ng Dianggap Hina Dewan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, hari ini menyifatkan mantan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohammad Khir Toyo menghina Dewan Negeri Selangor kerana memberinya surat saman jam 12.30 tengahari tadi.

Ng yang ditemui selepas sesi pagi Sidang Dewan Negeri hari ini, berkata tindakan Khir Toyo itu juga tidak mengikut peraturan undang-undang.

Ng sudah melantik ADUN Kota Alam Shah, M.Manoharan sebagai peguamnya, berikutan pertelingkahan antara beliau dan Ketua Pembangkang itu, berhubung isu banglo Khir berharga RM24 juta.

Sebagai peguam kepada ADUN Sekinchan itu, Manoharan menasihatkan Ng agar tidak menerima surat saman tersebut kerana ada unsur ugutan.

Menurut Manoharan lagi ini merupakan satu penghinaan ke atas Ng.

Manoharan menegaskan tindakan Ng ini bukanlah kerana beliau takut terhadap dakwaan yang dibuat Khir Toyo, tetapi sekadar mengikut prosedur yang betul.

TVSELANGOR

UST NASHA DIMASUKKAN KE HOSPITAL

In 1 on July 11, 2009 at 9:23 am

Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Md Isa telah dimasukkan ke Hospital Serdang kerana menghidap masalah usus.

Ketidakhadhiran beliau di hari Penamaan calon PRK Manek Urai kini terjawab.

Semoga beliau cepat sembuh, insya ALlah. Utube video di SINI

SATU LAGI PENINDASAN PUSAT TERHADAP KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

In 1 on July 11, 2009 at 9:06 am

Ketika Dr Mahathir Mohamad memberhentikan wang royalti minyak kepada kerajaan PAS Terengganu suatu ketika dahulu, tidak timbul isu Petronas akan menjawab sebarang kemusykilan dan rungutan. Tetapi kini apabila Kerajaan PAS Kelantan menuntut hak royalti minyak, kerajan Pusat mengarahkan Petronas agar memberi penjelasan.

Royalti: Husam ajak Mustapa debat

Nampaknya pemimpin Umno sah terperangkap dengan isu royalti apabila cuba mengalihkan pula kepada Petronas bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat Kelantan.

Petronas seakan-akan menjadi kambing hitam memikul tanggungjawab tersebut. Sedangkan segala keputusan terpikul di atas bahu Perdana Menteri.

Maka mengambil kira polemik tersebut anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Husam Musa mencabar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Mustapa Mohamed berdebat mengenai isu royalti.

“Setakat yang kita dapati hujah undang-undang dan dokumen menyebelahi Kelantan.

“Sebab itulah kita cadangkan diadakan satu forum (debat) di Manek Urai, di mana Dato’ Mustapa Mohamed mewakili kerajaan Malaysia dan Petronas dan saya mewakili kerajaan Kelantan,” katanya ketika ditemui pada program Cakna Keluarga di sini petang tadi.

Husam juga berkata, pada 3 Ogos depan beliau akan menganjurkan lawatan bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat meninjau kawasan pelantar Cekerawala.

Katanya, kita telah menempah bot laut dalam yang boleh memuatkan ramai penumpang dan ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat akan dijemput.

“Saya juga hendak jemput Mustapa dan Khairy Jamaluddin bersama dalam tinjauan tersebut . Jadi kalau mereka bersungguh-sungguh hendak bersatu hendaklah mereka membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.

“Ada masa lima enam jam di atas kapal itu kita boleh bincang masalah tersebut,” katanya.

Beliau berkata, biar pun diminta Petronas menjawab tetapi beliau yakin kerajaan masih lagi mempunyai kuasa politik untuk mempengaruhi Petronas memberi jawapan politik.

“Jadi kita berharap Petronas tidak memberi jawapan politik dan memberi jawapan yang berasaskan undang-undang dan keadilan.

“Jadi tekanan politik adalah mustahak biar rakyat tahu dengan maklumat-maklumat dan mereka tidak boleh lagi menyembunyikan hak rakyat Kelantan,” katanya.

Surat kepada Perdana Menteri bagi menuntut royalti dihantar sebulan lalu dan tiga bulan lepas Menteri Besar juga menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican bagi mencadangkan pendaratan gas dari PM301 ke Bachok.

Lokasi yang dituntut ialah kawasan bersama Thailand-Malaysia dan tuntutan bersama itu ada di bawah satu akta yang diluluskan Parlimen pada 1990.

Lanjusoh/mj/harakahdaily