drhalimahali

Archive for May 1st, 2008

CERAMAH PERDANA SEMPENA HARI PEKERJA

In 1 on May 1, 2008 at 11:41 pm
ANJURAN LAJNAH PEKERJA DAN PENEROKA BANDAR PAS PUSAT

Tempat: Stadium Malawati

Tarikh: 04hb Mei 2008

Waktu: 0900 malam

Tema: “Memperkasa Pekerja”
Penalis:

(i) Tn Hj Mat Sabu Naib Presiden PAS

(ii) YB Ronnie Liu ADUN Pandamaran, Exco Negeri Selangor

(iii) YB N.Gobalakrishnan Ahli Parlimen Padang Serai

Saudara-saudari di persilakan hadhir pada majlis di atas. Sila datang

beramai-ramai bagi menjayakan program Hari Pekerja. Terima kasih.

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM: MENJANA ISLAM SYUMUL DI KALANGAN UMMAH

In 1 on May 1, 2008 at 11:23 pm

Pejabat Daerah Klang akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam Peringkat Daerah Klang seprti butiran di bawah ini:

Tempat: Tempat Letak Kereta Kompleks Sukan Pandamaran

Tarikh: 03hb Mei 2008

Waktu: 0900 malam

Tajuk: ” Menjana Islam Syumul Di Kalangan Ummah”

Penalis: (i) YB Dato’ Dr Hassan Mohd Ali (Moderator)

(ii) Dato’ Ismail Kamus

(iii) Prof. Dr Fauzi Deraman

(iv) Ust Roslan Mohamed

Solat Isyak berjemaah di Masjid Al Mansuriah Pandamaran

Saudara-saudari di persilakan hadhir pada majlis di atas. Sila datang

beramai-ramai bagi menjayakan program yang julung-julung kali diadakan

di kawasan kita. Terima kasih.

“Ada baba dalam perahu, belum cuba belum tahu”

AL-KHAWARIZMI CHAMPIONSHIP DI UIAM

In 1 on May 1, 2008 at 6:55 pm

Antara lain matlamat pertandingan di atas bertujuan melahirkan universiti di Malaysia untuk bergiat aktif dan berdaya saing khususnya dalam teknologi komputer. Selain itu, pertandingan ini juga dapat mengenalpasti dan mengiktiraf bakat peserta dari Malaysia, serta dapat melatih dari segi penganjuran dan penyertaan secara profesional dan bersifat antarabangsa.

Ilmuwan sehebat Al-Khawarizmi

Peserta dari UIAM menjuarai pertandingan Al-Khawarizmi, sekali gus melayakkan mereka menyertai pertandingan di peringkat Asia.

Sumber: Utusan Malaysia Online

SEBUT sahaja nama Al- Khawarizmi, seluruh dunia mengenali dan mengiktirafnya – seorang ahli matematik teragung. Beliau adalah pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.

Jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine.

Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra sehingga digelar ‘Bapa Algebra’. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah.

Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia. Al-Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi. Ada juga yang menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi.

Gelaran Al-Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di selatan Laut Arab. Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm.

Bagi memperingati kejayaan dan sumbangan yang begitu besar oleh ilmuwan Islam itu, satu Pertandingan Pengaturcaraan komputer Al-Khawarizmi diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), baru-baru ini.

Program bertaraf antarabangsa ini mendapat pengiktirafan Association of Computing Machinery – International Collegiate Programming Contest (ACM-ICPC) di mana empat profesor dari pertubuhan tersebut mengadakan lawatan dan perjumpaan bagi meluluskan penganjuran pertandingan tersebut di peringkat kebangsaan seterusnya melayakkan ke peringkat dunia pada tahun 2008 dan 2011.

ACM adalah pertubuhan pakar dalam kemahiran IT dalam mencipta perisian-perisian baru komputer bagi membolehkan pelajar menguji keupayaan untuk bekerja di bawah pengaruh tekanan.

Bagi melahirkan universiti di Malaysia untuk bergiat aktif dan berdaya saing khususnya dalam teknologi komputer, sememangnya pertandingan sebegini sangat bertepatan sebagai platform untuk mencapai taraf dunia berikutan laporan kajian yang dijalankan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang menunjukkan bahawa tidak ada universiti dalam negara yang mencapai tahap terbilang iaitu bertaraf dunia.

Selain dapat mengenalpasti dan mengiktiraf bakat peserta dari Malaysia, pertandingan ini juga dapat melatih dari segi penganjuran dan penyertaan secara profesional dan bersifat antarabangsa.

Oleh kerana tahun ini merupakan penganjuran pertama, pertandingan adalah bersifat tempatan.

Bagaimanapun konsep pertandingan dan pengadilan sepenuhnya bersifat antarabangsa yang mana menyaksikan bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed menjadi penaung pertama sambil memperkenalkan trofi al-Khawarizmi Championship.

Sebanyak 13 kumpulan daripada beberapa universiti di Malaysia menyertai pertandingan yang julung kali dianjurkan ini. Juara akan mewakili Malaysia ke pertandingan peringkat Asia.

Antara universiti-universiti yang mengambil bahagian adalah UIAM yang menghantar lima kumpulan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Multimedia (MMU) – dua kumpulan, Universiti Darul Iman (UDM) juga dua kumpulan dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

UIAM menjuarai pertandingan tersebut dan MMU sebagai tempat kedua dan ketiga. Juara membawa pulang wang RM3,000, RM2,000 tempat kedua dan RM1,000 tempat ketiga bersama piala kejohanan Al-Khawarizmi serta sijil penyertaan.

Menurut Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Prof. Madya Dr. Basri Hassan, penganjuran ini juga bertujuan mencapai misi dan visi UIA iaitu ke arah pengislaman, integrasi, antarabangsa dan kecemerlangan di samping menerapkan nilai-nilai Islam dalam pengetahuan ICT dan mengintegrasikan antara Islam dan ICT.

“Program ini merupakan keperluan untuk mempromosikan agenda antarabangsa supaya pelajar di Malaysia dapat diberi pendedahan sebagaimana telah pun dipraktikkan oleh pelajar negara ini sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Pertandingan Pengaturcaraan Komputer ACM-ICPC Malaysia Al-Khawarimi yang berlangsung di UIAM, baru-baru ini.

Menurut Basri, format pertandingan adalah berkonsepkan penyelesaian masalah di mana peserta perlu menyelesaikan beberapa masalah pengaturcaraan komputer dan menggunakan kemahiran tersebut ketika berdepan dengan situasi sebenar.

“Penyelesaian masalah di dalam pengaturcaraan komputer adalah kemahiran penting yang perlu ada dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam industri ini,” jelasnya.

Selain mengharapkan penyertaan yang lebih ramai daripada pelajar universiti negara ini untuk program masa hadapan, Basri berkata, ia juga bertujuan sebagai penanda aras untuk menguji kemahiran pelajar di peringkat antarabangsa.

“Kita merancang menganjurkan program ini tahun hadapan bagi kali kedua seterusnya bagi peringkat Asia di Malaysia buat pertama kali di mana dapat memberi platform kepada pelajar dalam membiasakan diri dengan pertandingan bertaraf antarabangsa,” ujarnya.

Sesungguhnya mencari ilmu itu penting tidak kira apa bentuk ilmu yang dicari asalkan ia bermanfaat. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW, Menuntut ilmu itu adalah wajib kepada orang Islam, lelaki dan perempuan. (riwayat Muslim)

Allah juga berfirman dalam al-Quran yang bermaksud, Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat. (al-Mujadalah:11).

BERITA BAIK BAGI WANITA SELANGOR

In 1 on May 1, 2008 at 6:11 pm
Inilah berita yang dinanti-nanti oleh kaum ibu ( kaum bapa tumpang gembira) apabila YAB Tan Sri MB Selangor mengumumkan pada Sambutan Hari Pekerja bahawa Selangor sedang mengkaji pelaksanaan cuti bersalin 90 hari bagi pekerja wanita.

Selangor Kaji Cadangan Cuti Bersalin 90 Hari

Sumber: Suara Selangor Maju
SHAH ALAM, 1 Mei – Kerajaan negeri sedang mengkaji pelaksanaan cuti bersalin selama 90 hari bagi pekerja wanita, kata Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Ia satu pengiktirafan kepada kaum wanita yang kini terlibat sepenuhnya di dalam tenaga kerja kita. Pada masa sama, kerajaan juga sedang mengkaji untuk menambah cuti untuk bapa bagi menggalakkan mereka menjalankan tanggungjawab mereka membimbing keluarga yang bahagia,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2008 di Dataran Kemerdekaan dekat sini pagi tadi.

Program itu dianjurkan bersama kerajaan negeri dan Majlis Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Hadir sama, Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud dan Setiausaha Agung MTUC, G.Rajasekaran.

Menurut beliau, kerajaan negeri juga menyedari ramai pekerja mengalami kesukaran khasnya yang masih lagi memperolehi pendapatan kurang RM1,500.

“Pelbagai faktor harus diambil kira, sama ada sikap majikan yang ingin mengaut keuntungan yang luar biasa sehingga meminggirkan nasib pekerja ataupun faktor kemahiran pekerja kita,” katanya.

Tambah beliau, sebagai menghargai sumbangan dan jasa pekerja dan pemimpin pekerja, kerajaan negeri sedang mengkaji cadangan menamakan sebuah jalan yang sesuai di negeri ini sempena nama mendiang V.David, mantan Setiausaha MTUC.

Abdul Khalid juga berkata kerajaan negeri juga dalam proses melaksanakan janji-janji pilihan raya. Antaranya pengguna air individu akan mendapat bekalan 20 meter padu percuma bermula 1 Jun ini bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat. – NOOR ALLIA KASSIM

Aktiviti Exco pada 01/05/08 (petang): Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ikatan Ilmuan Nasional Kali ke 2

In 1 on May 1, 2008 at 5:14 pm

Ikatan Ilmuan Nasional Malaysia (ILMUAN) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2 pada 1hb Mei 2008 bertempat di De Palma Hotel Shah Alam.
Exco pendidikan sedang memberi sepatah dua kata.
Para ahli ILMUAN yang terdiri dari kalangan kakitangan IPT, penyelidik dan Cendikiawan dari seluruh negara sedang bermesyuarat agung.
Menjamu selera setelah penat bermesyuarat di Hotel de Palma.

Aktiviti Exco pada 01/05/08 (petang): Perasmian Pusat Salon Muslimat Telok Pulai

In 1 on May 1, 2008 at 5:06 pm

Pemandangan Luar Salon di Jln Telok Pulai Klang Selangor.
Memotong ribon.
Doa Selamat yang dibacakan oleh Ustazah Muntamah.

Aktiviti Exco pada 01/05/08: FORUM WANITA HARI INI

In 1 on May 1, 2008 at 4:47 pm

Bertempat di Perkarangan Masjid Darul Muttaqin Sg Udang Klang, Biro Hal Ehwal Wanita Masjid Darul Mutaqqin telah menganjurkan Forum bertema ” IBU PRIHATIN, ANAK BERDISIPLIN” . Ahli Panel terdiri dari Pn Norhayati Zaman, Pen Penguasa Rumah Perlindungan Khas Wanita K. Lumpur dan Pn Azlin Hezri , Penerbit Damai TV.Kelihatan dari kiri Tn Hj Samsuri Hj Othman Ketua Kampung Sg Udang, Pn Norhayati, Exco pendidikan dan Tn Hj Ghazali Siraj, Nazir Masjid.
Muslimat yang hadhir pada program di atas.
Exco Pendidikan sedang berucap.
Persembahan “anak cilik”.
Penyampaian Cenderahati kepada Pn Norhayati.

CERAMAH PERDANA SEMPENA HARI PEKERJA

In 1 on May 1, 2008 at 3:41 pm
ANJURAN LAJNAH PEKERJA DAN PENEROKA BANDAR PAS PUSAT

Tempat: Stadium Malawati

Tarikh: 04hb Mei 2008

Waktu: 0900 malam

Tema: “Memperkasa Pekerja”
Penalis:

(i) Tn Hj Mat Sabu Naib Presiden PAS

(ii) YB Ronnie Liu ADUN Pandamaran, Exco Negeri Selangor

(iii) YB N.Gobalakrishnan Ahli Parlimen Padang Serai

Saudara-saudari di persilakan hadhir pada majlis di atas. Sila datang

beramai-ramai bagi menjayakan program Hari Pekerja. Terima kasih.

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM: MENJANA ISLAM SYUMUL DI KALANGAN UMMAH

In 1 on May 1, 2008 at 3:23 pm

Pejabat Daerah Klang akan menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam Peringkat Daerah Klang seprti butiran di bawah ini:

Tempat: Tempat Letak Kereta Kompleks Sukan Pandamaran

Tarikh: 03hb Mei 2008

Waktu: 0900 malam

Tajuk: ” Menjana Islam Syumul Di Kalangan Ummah”

Penalis: (i) YB Dato’ Dr Hassan Mohd Ali (Moderator)

(ii) Dato’ Ismail Kamus

(iii) Prof. Dr Fauzi Deraman

(iv) Ust Roslan Mohamed

Solat Isyak berjemaah di Masjid Al Mansuriah Pandamaran

Saudara-saudari di persilakan hadhir pada majlis di atas. Sila datang

beramai-ramai bagi menjayakan program yang julung-julung kali diadakan

di kawasan kita. Terima kasih.

“Ada baba dalam perahu, belum cuba belum tahu”

PENDUDUK KAWASAN SELAT KLANG: KETAHUILAH

In 1 on May 1, 2008 at 4:06 am

Pejabat ADUN Selat Klang yang beralamat di No 2, Lorong Telok Gadung 1, Tmn Emas 41250

Klang Selangor telah mula beroperasi pada 11hb April 2008. Pejabat ADUN ini terletak di

sebuah rumah teres dua tingkat di tepi Jalan Sungai Bertih berhampiran dengan Pasaraya

Econmart dan berdepan dengan kedai Perabot Bee Teck.
Pemandangan pejabat ADUN dari tepi Jalan Sungai Bertik.
Pemandangan dari jalan masuk iaitu Lorong Teluk Gadung 1. Di bawah adalah nama-nama beserta no telefon pegawai khas yang boleh dihubungi selepas waktu pejabat untuk urusan penting dan segera.
Pegawai Khas ADUN Selat Klang Tn Hj Kamaluddin bin Hj Rahmat.

Waktu Urusan: 0900 pagi hingga 0500 petang setiap hari bekerja.

No tel : 03-33723919 dan No fax 03-33723923.

ADUN Selat Klang telah menjadualkan hari Jumaat antara jam 0300 hingga 0500 petang untuk berjumpa dengan penduduk Selat Klang. Selain dari waktu tersebut, ADUN boleh dihubungi di:

Pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

Tkt 12, Bangunan SUK, Shah Alam.

No tel: 03-55447215 atau 03-55447216

No fax: 03-55107308

E-mail: selatklang@yahoo.com
atau
E-mail: drhalimah@selangor.com.my
http://drhalimahali.blogspot.com
http://drhalimahali.wordpress.com
www.facebook.com

PERSIDANGAN PERTAMA PARLIMEN BANYAK MEMBUANG MASA

In 1 on May 1, 2008 at 2:04 am

Kenapa dikatakan sidang Parlimen baru-baru ini lebih banyak membuang masa ialah kerana pertama, tiada ketegasan dan berat sebelah dari Speaker Dewan dalam menguatkuasakan “peraturan mesyuarat atau point of order”, kedua ada MP yang hendak tunjuk “hebat” dan “loyar buruk”, dan ketiga MP tidak mengamalkan budaya sopan santun dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

TANYA KHABAR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Rembau, Khairy Jamaluddin menyatakan sesuatu kepada Salahuddin Ayob (Pas-Kubang Krian, kiri) dan Azmin Ali (Parti Keadilan Rakyat-Gombak) sambil diperhatikan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu, kanan) selepas Istiadat Perasmian Penggal Pertama Parlimen Ke-12, di Parlimen, semalam.

Pelajar terkejut gelagat ahli Parlimen

Pelajar-pelajar dari SMK Sri Andalas, Klang mengikuti siaran langsung Sidang Dewan Rakyat pada hari petama di bangunan Parlimen, semalam.

KUALA LUMPUR 30 April – Para pelajar yang menghadiri hari pertama persidangan Dewan Rakyat hari ini tidak menyangka mereka akan dikejutkan dengan tingkah laku dan perkataan kurang sopan daripada ahli-ahli Parlimen.

Mereka sama sekali tidak menduga perjalanan persidangan di Dewan yang sepatutnya dihormati selaras dengan kedudukannya sebagai institusi pembuat dasar, dicemari dengan tindak-tanduk ahli-ahli Parlimen.

Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas, M. Jochim berkata, dia dan rakan-rakan sebelum ini menjangka sidang Dewan berjalan secara profesional dengan ahli-ahli Parlimen membangkitkan pelbagai isu.

Bagaimanapun, dia mengakui terkejut melihat ahli Parlimen bertindak seperti kanak-kanak apabila menggelarkan satu sama lain dengan panggilan tertentu.

‘‘Saya menjangka persidangan ini akan berlangsung dalam suasana formal apabila ahli-ahli Parlimen mengemukakan pandangan mereka tetapi lain pula yang berlaku.

‘‘Saya tak sangka mereka saling memanggil satu sama lain dengan pelbagai panggilan, seperti budak-budak,” katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

Jochim adalah antara 37 pelajar SMK Sri Andalas yang menyaksikan sidang Dewan Rakyat hari ini selain pelajar dari SMK Alam Megah dan Sekolah Tinggi Kajang.

Terdahulu, semasa sidang Dewan berlangsung, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh memanggil Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin sebagai ‘bigfoot’.

“Saya harap ‘bigfoot’ dari Kinabatangan tidak akan mengganggu saya. Bigfoot sit down,” kata Karpal.

Bung Moktar kemudiannya bangun dan berkata : ‘‘Berdirilah kalau berani. If I’m bigfoot, you are big monkey.”

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Dhamayanthi Nair berkata, dia pada awalnya amat gembira apabila diberitahu berpeluang mengikuti sidang Dewan Rakyat.

Dia menjangka banyak pengalaman berguna dapat diperoleh sepanjang mengikuti sidang itu apabila mendengar hujah-hujah daripada ahli-ahli Parlimen.

Bagaimanapun dia tidak menyangka kunjungan pertamanya ke sidang Dewan Rakyat dikejutkan dengan tingkah laku ahli-ahli Parlimen yang kurang sopan itu.

Katanya, dia terkejut dan ketawa apabila melihat serta mendengar sendiri bagaimana ahli Parlimen daripada pakatan pembangkang dan Barisan Nasional memanggil satu sama lain dengan nama ‘Bigfoot’ dan ‘Big Monkey’.

Sementara itu, guru SMK Andalas, Mariani Zainal berkata, dia pernah menyaksikan ahli-ahli Parlimen bergaduh sesama sendiri semasa menghadiri beberapa sidang Parlimen sebelum ini.

Sehubungan itu, apa yang disaksikan hari ini tidak begitu mengejutkannya tetapi berharap pelajar-pelajarnya dapat menimba pengalaman berguna semasa menyaksikan persidangan kali ini.

Siaran langsung Parlimen dikaji – Menteri Penerangan

30/04/2008

Sumber: Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 30 April — Kementerian Penerangan mungkin mengkaji semula siaran langsung persidangan Dewan Rakyat berikutan sesi soal jawab lisan hari ini yang sering terganggu apabila beberapa Anggota Parlimen sentiasa mempersoalkan peraturan mesyuarat.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata siaran langsung selama setengah jam menerusi saluran RTM1 itu adalah percubaan sahaja dan beliau akan mendapatkan maklumat balas daripada semua pihak termasuk orang ramai sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya akan bincang sama ada kita masih memberi peluang kepada Anggota Parlimen untuk menggunakan sebaik-baiknya Parlimen dan siaran langsung yang diberikan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas demikian setelah beberapa anggota pembangkang sering mempersoalkan peraturan mesyuarat menyebabkan sesi soal jawab lisan selama satu setengah jam hanya sempat mendengar tiga soalan berbanding 12 hingga 15 soalan pada kebiasaannya. Ahmad Shabery berkata kementerian tidak akan menambah masa siaran langsung persidangan Dewan Rakyat.

“Saya sedar di negara-negara lain yang mengadakan siaran langsung secara penuh terutama sekali dalam negara dunia ketiga, inilah masalahnya. Anggota Parlimen tidak menumpukan perbincangan pada perkara yang penting kepada rakyat dan negara.

“Masing-masing hanya ingin menunjukkan kepentingan diri mereka, tentang peribadi mereka dan untuk tunjuk orang di luar sana tentang diri mereka, bukan negara,” katanya.

Beliau berkata masa siaran langsung mungkin boleh dilanjutkan hanya jika Anggota Parlimen terutamanya pembangkang menunjukkan kematangan berfikiran secara kelas pertama.

“Mungkin ada rakyat suka tengok sarkas tapi Parlimen bukannya sarkas,” katanya.

Beliau mengakui kecewa apabila pihak pembangkang tidak menghargai dan menyalahgunakan institusi Parlimen semasa persidangan hari ini.

“Institusi Parlimen ialah untuk berbincang dan mencari yang terbaik untuk rakyat tetapi hari ini digunakan untuk mencari publisiti murah, menimbulkan perkara yang remeh temeh,” katanya.

Ahmad Shabery berkata tindakan pembangkang itu akan menyebabkan rakyat rasa tertipu dan secara jelas menyalahgunakan mandat yang diberikan.

Ketika ditanya sama perbuatan pembangkang hari ini menunjukkan sikap sebenar mereka, beliau berkata: “Banyak lagi warna lain yang tersembunyi. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada warna sebenar mereka.”

— BERNAMA

BALKIS BERI NOTIS DUA MINGGU UNTUK BUBAR?

In BAKTI, BALKIS, ZAHRAH on May 1, 2008 at 1:51 am

Keputusan Piliharaya ke 12 diketahui pada 8hb Mac 2008. Keputusan pembubaran dibuat menurut isteri Khir Toyo ialah pada 11 Mac. Jika notis pembubaran Balkis memerlukan 14 hari sebelum mesyuarat, ini bermakna mesyuarat tergempar Balkis sepatutnya dibuat pada 25hb Mac 2008.

“Kalau keputusan (pembubaran) dibuat 11 Mac, bererti dalam masa 14 hari bermakna mesyuarat sekurang-kurangnya diadakan 25 Mac, ini bermakna Menteri Besar dan Exco yang baru sudah mengangkat sumpah” menurut YAB MB Selangor.

“Sepandai-pandai tupai melompat akhir jatuh ke tanah juga” dan baru sekarang ” bertemu buku dengan ruas”.

Isu badan isteri ADUN – Balkis disoal penyumbang

Sumber: Utusan Malaysia Online

SHAH ALAM 29 April – Kerajaan negeri menerima banyak pertanyaan daripada pelbagai syarikat yang pernah menghulurkan sumbangan kepada Badan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) yang dibubarkan 11 Mac lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, syarikat-syarikat itu termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) mahu mengetahui bagaimana pembubaran Balkis dilakukan.

“Mereka juga mahu mendapatkan kepastian sama ada terdapat panggilan (notis) mengenai mesyuarat agung tergempar dibuat mengikut peraturan (Pendaftar) Pertubuhan kerana biasanya untuk pembubaran memerlukan sekurang-kurangnya 14 hari notis.

“Kalau keputusan (pembubaran) dibuat 11 Mac, bererti dalam masa 14 hari bermakna mesyuarat sekurang-kurangnya diadakan 25 Mac, ini bermakna Menteri Besar dan Exco yang baru sudah mengangkat sumpah,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Senibina Haiwan di Muzium Sultan Alam Shah di sini hari ini.

Kelmarin, bekas Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik mempertahankan keputusan pembubaran Balkis setelah dipersetujui dua pertiga ahlinya dalam mesyuarat agung pada 11 Mac lalu, selaras dengan peruntukan Fasal 15 (1) Perlembagaan Balkis dan minit-minit mesyuaratnya mengesahkan pematuhan segala peruntukan undang-undang itu.

Selain itu, tindakan memindahkan baki wang Balkis lebih RM9 juta kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri (Bakti) juga adalah selaras dengan per- untukan Fasal 15 (2) Perlembagaan Balkis iaitu segala baki wang yang ada akan di- dermakan kepada kerajaan atau tabung lain yang serupa yang diluluskan oleh Pengarah Hasil Dalam Negeri.

Zaharah membuat kenyataan itu ekoran kata dua yang diberikan Abdul Khalid terhadapnya sama ada menarik balik pembubaran Balkis atau menghadapi tindakan undang-undang setelah Menteri Besar itu dimaklumkan oleh Majlis Peguam bahawa tindakan pembubaran dan pemindahan dana Balkis boleh dikaitkan dengan tindakan pecah amanah.

Menurut Abdul Khalid, pembubaran Balkis yang telah ditubuhkan 20 tahun lalu sememangnya tidak dapat diterima dan difahami terutama oleh penderma-penderma kerana ia tidak mengambil kira tata susila pertubuhan itu.

TLDM PERLU SISTEM PELURU BERPANDU DAN LAIN-LAIN

In 1 on May 1, 2008 at 1:36 am

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak TLDM kerana merancang untuk jangka masa panjang tentang sistem pertahanan negara. Cuma “gentle reminder” : Jangan beli besi buruk, kapal pengangkut yang tak timbul dan peluru berpandu yang tak keruan.

TLDM perlu peluru berpandu, kapal baru

Sumber: myMetro

SEREMBAN: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengumumkan keperluan untuk memperoleh sistem peluru berpandu jarak sederhana dan kapal pemerintah serta pengangkut baru sebagai pembelian seterusnya melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dan Rancangan malaysia Kesepuluh (RMK10).

ATLET SELANGOR BEBAS DARI BAHAN TERLARANG

In 1 on May 1, 2008 at 1:16 am

Walaupun Selangor mensasarkan 60 pingat emas di Sukan Sukma yang akan berlangsung di Terengganu hujung bulan ini, namun kejayaan yang dikejar tidaklah bermakna atlet harus bertindak di luar etika dan semangat kesukanan dengan menggunakan bahan terlarang seperti propranolol, anabolik steroid dan sebagainya. Apalah erti rekod baru atau dinobat sebagai juara jika atlet telah mengambil ubat-ubatan/dadah yang disenaraikan sebagai bahan terlarang oleh badan sukan antarabangsa. Maka para atlet yang selama ini telah menggunakan bahan-bahan tertentu eloklah berjumpa doktor bagi tujuan menjalani ujian air kencing atau darah.

Atlet Selangor tidak akan guna bahan terlarang raih kejayaan di Sukma

ceksukma.jpg

Abdul Khalid bersama dengan penaja-penaja yang turut akan membantu kontinjen Sukma Selangor memburu kejuaraan kali 8 di Terengganu hujung bulan ini.

OLEH BEN ROSA

SHAH ALAM, Rabu 30 April: Selangor yakin ahli sukan negeri itu tidak akan menggunakan cara tidak baik termasuk mengambil bahan terlarang atau dadah dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2008 di Terengganu mulai 31 Mei hingga 9 Jun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mengecapi kemenangan melalui cara yang baik tanpa melanggar undang-undang adalah nikmat kemenangan paling manis bagi seorang ahli sukan yang sebenarnya.

“Tidak guna kita menang dengan cara yang tidak baik kerana atlet ini adalah masih dalam kumpulan amatur atau baru.

Tujuan sebenar kita bersukan adalah kerana kecintaan kita terhadap sukan bukan semata-mata untuk mencapai kemenangan sahaja,” katanya dalam siding media selepas menghadiri majlis penghargaan bapa angkat dan penaja Kontinjen Selangor ke Sukma di sini, petang tadi.

Beliau diminta mengulas tindakan sesetengah atlet yang mengambil bahan terlarang demi mencapai matlamat untuk menang dalam satu-satu temasya sukan.

Katanya tidak ada alasan yang memaksa atlet baru dan amatur untuk mengambil bahan terlarang terbabit semata-mata untuk mencapai kemenangan.

Mengenai ganjaran kepada atlet yang Berjaya, Abdul Khalid berkata Selangor juga ada menyediakan insentif sebagai galakan kepada atletnya yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam bidang sukan.

“Tetapi itu tidaklah sehingga mereka hilang status profesionalisme mereka dalam bidang sukan yang disertai,”

“Biasanya, kita galakan negeri memberi insentif dalam bentuk biasiswa supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah supaya mereka dapat meneruskan kehidupan sebagai masyarakat yang berguna kemudian hari,” katanya.

Pada majlis itu, Abdul Khalid turut menerima tajaan daripada anak-anak syarikat negeri berjumlah lebih RM1 juta untuk kontinjen Selangor.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad masing-masing menyumbang RM350,000, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menyumbang RM150,000 serta Worldwide Holdings Berhad (WHB).

Abdul Khalid turut menyampaikan watikah Ketua Kontinjen Selangor kepada Amirudin Shari dan timbalannya Datuk Mohd Arif Abdul Rahman.

Semua Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor pula menerima penghargaan kerana menjadi bapa angkat bagi acara-acara sukan yang akan dipertandingkan.

Pada temasya Sukma ke-12 ini, Selangor akan menyenaraikan 650 atlet dan pegawai dengan meletakkan sasaran memenangi 60 pingat emas sekali gus meraih gelaran selaku juara keseluruhan pada temasya kebangsaan dwitahunan itu.

Seramai 500 atlet akan bertanding dalam semua 31 acara pada temasya kali ini. Sejak 1996 Selangor muncul juara keseluruhan enam kali berturut-turut termasuk dua tahun lepas di Kedah dengan merangkul 55 pingat emas.

PBT KUTIP RM9 SETIAP PEKERJA ASING

In 1 on May 1, 2008 at 12:20 am

Kerajaan Selangor dibawah YAB Tan Sri MB akan meneruskan hasrat mengutip RM9/= setiap pekerja asing setiap bulan. Bagi mengatasi halangan yang dikenakan oleh Kerajaan Pusat, satu mekanisme lain telah difikirkan iaitu melalui PBT di atas tempat tinggal atau premise tinggal mereka. Dana yang terkumpul boleh digunakan antara lain untuk pembinaan atau baikpulih prasarana, kemudahan hospital, melatih muda mudi tempatan dengan kemahiran tertentu dan lain-lain.

OLEH ROSLAN BIAN
Sumber: Agenda selangor
SHAH ALAM, Rabu 30 April: Kerajaan Selangor akan menggunakan mekanisma lain untuk meneruskan cadangan menggenakan caj RM9 sebulan bagi setiap pekerja asing di negeri itu sekiranya perkara itu ditolak kerajaan Pusat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, antara kaedah yang boleh difikirkan adalah mengikut bidang peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk mengenakan bayaran cukai pintu atau premis yang didiami mereka.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan bagi mendapatkan data-data mengenai pekerja asing yang dianggarkan seramai 1.5 juta orang di Selangor.

“Data-data ini membolehkan Selangor merancang guna tenaga pada masa ini dan akan datang. Walaupun tidak boleh dipanggil levi, tetapi PBT boleh mengenakan sedikit cukai pintu atau cukai premis tempat pekerja asing ini tinggal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penghargaan bapa angkat dan penaja kontinjen Selangor Sukma 2008 di sini, petang ini.

Menurut Abdul Khalid, kerajaan negeri memang mengalakkan penggunaan guna tenaga sama ada dalam dan luar negeri tetapi kedatangan mereka mesti memberi manfaat kepada diri sendiri, majikan dan turut membantu Selangor membangun.

“Kita melihat mereka menggunakan prasarana, hospital dan jalan raya di negara ini. Dengan cara itu kita dapat merencana pembangunan dengan hasil caj tersebut,” katanya.

Abdul Khalid berkata, 1,5 juta adalah satu angka besar dan kerajaan harus tahu di mana mereka tinggal, pekerjaan malah penyakit yang dihidapi pekerja asing.

“Dengan cara ini kita akan tahu berapa ramai yang tinggal di Petaling, berapa ramai di Gombak, apa pekerjaan dan berapa lama dah tinggal di sini. Angka-angka ini penting untuk Selangor merancang masa depan,” ujarnya.

Selain dapat merekodkan maklumat pekerja asing, kaedah ini katanya mewujudkan keadaan ‘sama-sama menang’ antara pekerja asing dengan kerajaan negeri.

“Majikan pula tidak perlu khuatir ke mana pekerja mereka nak lari sebab sudah ada maklumat dan kerajaan negeri mahupun Persekutuan dapat tahu rancangan mengenai pekerja-pekerja asing,” ujarnya.

Beliau berkata, perkara ini bukan sukar dilaksanakan kerana Singapura juga melaksanakan sistem mengumpul data pekerja asing di Negara itu.

Sebelum ini Abdul Khalid berkata, hasil kutipan caj atau levi itu akan digunakan bagi meningkatkan kemahiran belia di Selangor termasuk usaha menyediakan golongan yang berkemahiran bagi mengisi sektor pekerjaan yang diperlukan.