drhalimahali

Archive for May 4th, 2008

PISANG MENJEJAKI SUFIAH AGAR TIDAK BERBUAH BERKALI-KALI

In PISANG, sufiah on May 4, 2008 at 6:44 pm

Izinkan saya memberi sedikit ulasan tentang usaha PISANG yang murni ini. Syabas dan tahniah. Semoga berjaya. Saya telah memberi komentar kes Sufiah pada post bertarikh 04/03/08 dan 01/04/08 di bawah tajuk “Ratu Hadhari’s Fatwa: Sounds Familiar” dan “Penyakit berjangkit di Malaysia pada 2006″ dan sekali lagi pada 08 April 2008 bertajuk ” Lakukanlah jika anda tidak malu”. Di UK, kita ada MSD (Jabatan Pelajar Malaysia) dan ribuan pelajar peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah. Ada yang sudah beranak-penak di UK. Terdapat penduduk tetap orang Melayu yang telah bermustautin di sana. Kalau tak silap ingatan saya, ibu Sufiah merupakan bekas pensyarah UTM Skudai.

Juga jika tidak silap, Sufiah pernah dibiayai oleh kerajaan Malaysia tetapi memilih untuk tidak pulang ke Malaysia dan menetap di sana. Beberapa tahun yang lalu, hangat diperkatakan kononnya Sufiah telah “diculik” dan ada yang mengatakan beliau lari dari rumah. Pada awal bulanMac apabila kisah Sufiah meletup, beliau diberitakan pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang mualaf tetapi bercerai. Setelah bercerailah bermula segala-galanya.

Menurut dua orang anak saya dan seorang menantu yang menuntut di UK dan Eireland kisah Sufiah tidaklah begitu berprofil tinggi kerana masih ramai lagi “budak” Melayu yang dah hanyut dan lupa daratan belajar di Oxford , Cambridge, London dan sebagainya. Di UK, “syiar” Islam sudah sedia “terbilang dan gemilang”. Yang menjadi masalah ialah “syariat” Islam. Di sana masjid, musolla, wanita berpurdah, lelaki berserban berjubah dan sebagainya adalah perkara biasa. Tok syeikh Ikhwanul Muslimuun, para hafiz dan sekolah Islam cukup banyak.

PISANG, walaupun apa ada pada nama, saya fikir memang nak cari publisiti murahan. Maaf jika tersilap jangkaan. Walauapapun, teruskan usaha. Jikalau kita memiliki sumber terhad, kita harus bertindak menurut keutamaan, dahulukan yang penting dan segera serta mudah dan murah. Yang di hadapan mata kita utamakan dahulu. Agak berbeza jika PISANG ada agenda lain. Allah sahaja yang Mengetahui.

Khidmat rawatan Islam dapat sambutan

Sumber: MyMetro

KUALA LUMPUR: Adakah kejayaan Professional Islamic Support and Nurture Group (Pisang) bertentang mata dengan Sufiah Yusof satu petanda bekas pelajar pintar itu mampu diselamatkan untuk kembali ke pangkal jalan?

Inilah soalan yang kini bermain di fikiran orang ramai, dan apabila soalan serupa diajukan kepada Pengarah Perancangan dan Strategi Pisang, Hanafi Abdul Malek, jawapan diberinya penuh berdiplomatik.

“Insya-Allah, semuanya boleh berlaku dengan izin Allah. Yang penting, kita kena bertawakal iaitu berusaha dan berdoa kepada Allah.

“Mudah-mudahan dengan doa seluruh masyarakat Islam yang menyokong usaha kami, Sufiah boleh kita selamatkan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Harian Metro kelmarin melaporkan, Pengerusi Pisang, Hamidi Abdul Rahman, yang juga Presiden Persatuan Melayu United Kingdom (UK) berkata, pihaknya berjaya berjumpa dengan Sufiah di satu lokasi yang dirahsiakan, baru-baru ini.

Menurut Hamidi, dalam pertemuan itu Sufiah memberitahu, dia memerlukan sedikit masa untuk memikirkan segala tawaran Pisang bagi mengeluarkannya daripada kancah pelacuran dan dia juga meletakkan syarat, iaitu bapanya, Farooq Yusof, 51, tidak boleh dibabitkan dalam apa jua urusan berkaitan.

Sementara itu, Hanafi juga menegaskan, jika ditakdirkan Allah bahawa Pisang tidak mampu membawa Sufiah kembali ke pangkal jalan, pihaknya tidak menganggap kehadiran mereka di London sebagai sia-sia atau pembaziran.

“Sebenarnya kami datang ke sini (London) bermatlamat serampang tiga mata. Pertama, untuk mencari dan membawa Sufiah kembali ke pangkal jalan, kedua memberi sokongan dan bantuan moral kepada ibu serta adik beradik Sufiah dan ketiga berdakwah kepada masyarakat bukan Islam di UK.

“Oleh itu, jika misi pertama kami (menyelamatkan Sufiah) ditakdirkan tidak berjaya, kami tetap bersyukur kerana dua lagi misi lain berjaya dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.

Hanafi berkata, dalam pertemuan dengan ibu Sufiah, Halimahton Yusof, 52, pada 23 April lalu, wanita berasal dari Muar, Johor itu sungguh gembira dan berbesar hati dengan kehadiran rombongan Pisang.

“Dia dan keluarganya bersendirian dalam menghadapi tohmahan serta pandangan serong masyarakat sekeliling. Kami memberinya semangat dan menawarkan apa jua bantuan yang dia perlukan.

“Dia sungguh gembira serta berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasibnya,” katanya.

Hanafi berkata, selain itu selama ada di London sejak 22 April lalu, Pisang berkesempatan membuka bilik operasi dengan menggunakan pejabat Persatuan Melayu UK di Oxford untuk menjalankan kaedah perubatan Islam kepada masyarakat setempat yang memerlukan.

“Alhamdulillah, sambutan yang kami terima sungguh memberangsangkan. Bukan saja orang Islam atau saudara baru, tetapi golongan bukan Islam turut datang untuk mendapatkan kepakaran kami dan kesempatan ini kami gunakan sepenuhnya untuk berdakwah serta menyebarkan risalah Islam kepada mereka.

“Kami juga sempat bertukar-tukar pendapat dengan pihak perubatan tempatan di Oxford untuk merawat pesakit psikiatrik, mental dan skizofenia, selain dijemput berceramah dan menyampaikan tazkirah pada golongan yang baru memeluk Islam,” katanya.

Menurut Hanafi, hasil maklum balas diterima, Pisang menerima banyak jemputan, termasuk ke Belanda dan Australia yang dijadualkan pada Julai depan.

“Oleh itu, adalah tidak tepat jika ada pihak berpendapat misi kami ke London gagal atau sia-sia kerana banyak manfaat lain yang kami peroleh, terutama dalam menyebarkan syiar Islam kepada masyarakat bukan Islam,” katanya.

Peristiwa bagai dirancang

Oleh TUAN ASRI TUAN HUSSEIN
asri@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Apabila sekumpulan aktivis yang menggelarkan diri mereka Professional Islamic Support and Nurture Group (Pisang) atau Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam, bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan bekas pelajar genius di London, Sufiah Yusof, daripada kancah pelacuran, maklum balas berbeza diterima daripada pelbagai pihak.

Ada yang menyokong dan ada juga menentang. Bagi yang menentang, alasan diberi ialah mengapa kita rakyat Malaysia bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan Sufiah, sedangkan ramai lagi ‘Sufiah’ di Malaysia tidak pernah diberi perhatian.

Turut dipersoalkan ialah kewarganegaraan Sufiah, 23, kerana wanita itu secara rasminya bukan warga Malaysia tapi cuma emaknya, Halimahton Yusof berasal dari Malaysia.

Begitupun, anggota Pisang, Hanafi Abdul Malek, yang ada di London sejak 22 April lalu dalam misi menyelamatkan Sufiah, meminta masyarakat Melayu Islam di Malaysia berpandangan lebih jauh dan jangan mudah membuat tuduhan melulu.

“Sebenarnya ini bukan sekadar soal seorang gadis bernama Sufiah, tapi ia soal Islam yang dihina dan diperlekehkan. Bagi saya, apa yang berlaku ke atas Sufiah adalah agenda terancang pihak Barat untuk menjatuhkan maruah Islam.

“Kita juga tidak sepatutnya dengan mudah menyalahkan ibu Sufiah, kononnya dia tidak pandai menjaga anak.

“Hakikatnya, apa yang berlaku ke atas ibu Sufiah juga boleh berlaku ke atas ibu lain di Malaysia, biarpun anak mereka tidak ada di London,” katanya melalui e-mel kepada Metro Ahad.

Berikut adalah kandungan penuh e-mel Hanafi yang juga Pengerusi Yayasan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim) untuk renungan masyarakat Melayu Islam di Malaysia:

“Assalamualaikum. Saya sekarang ada di United Kingdom (UK) bersama rakan, Trimizi Zainal dan Nor Azian Ab Rahman yang bekerjasama dengan Persatuan Melayu UK dalam usaha mencari dan menyelamatkan Sufiah.

Kami lakukan ini kerana menjalankan tanggungjawab yang Allah perintahkan kepada umat Islam, apabila kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu ubah dengan tangan (kuasa), lidah (lisan) dan hati (paling lemah).

Apa yang kita buat bila kita dengar kes Sufiah. Kita marah, kita maki, kita sedih dan kita hina, tapi apa yang kita buat? Kita hanya membuat hukuman pada perkara yang tak pasti.

Salah didik anaklah, salah itulah, salah inilah, macamlah kita tak ada salah. Mungkin betul, mungkin salah, mungkin berdosa, tapi jangan kita maki sebelum kita doa. Jangan kita hina sebelum kita cuba lakukan sesuatu.

Salahkah, berdosakah kalau kita buat solat hajat dan kita berdoa. Ingat, Allah itu adil. Hari ini kita kata pada orang. Esok bila Allah uji kita, baru tahu tinggi rendahnya langit.

Buat pengetahuan semua, saya sudah bertemu emak Sufiah, seorang ibu yang menitikberatkan soal agama dan sangat pengasih.

Dia kini kesedihan dan tertekan dengan pihak tertentu yang sentiasa berusaha mencari kelemahan yang boleh memalukan orang Islam.

Masyarakat di UK yang majoritinya bukan Islam sentiasa memandang sinis dan ketawa bila isu Sufiah heboh di UK. Pernahkah kita terfikir betapa hancur hati ibu Sufiah?

Selepas suami dituduh melakukan gangguan seks dan dijatuhi hukuman, tiga hari kemudian terpampang pula berita dan gambar Sufiah menjadi pelacur di dalam akhbar.

Semuanya bagai dirancang dan diatur. Bayangkan betapa hancur hatinya (Halimahton). Ibu mana sanggup melihat anaknya berbogel dan digelar pelacur.

Selain itu, mana ada pelacur bangga dengan kerjanya dan ditemuramah pula dalam TV.

Di UK punyalah ada banyak pelacur dan ramai juga yang lebih cantik daripada Sufiah, tapi kenapa mereka tawar Sufiah beribu-ribu pound untuk ditemuramah? Apa sebabnya? Bagi saya, sebab Sufiah orang Islam dan keluarganya juga Islam.

Kita perlu sedar, musuh Islam memang suka tengok orang Islam jadi pelacur dan pengganas. Kalau boleh, orang Islam yang genius semua mereka nak jadikan pelacur.

Kami dari Pisang cuba sedaya upaya untuk memastikan supaya Sufiah kembali ke pangkal jalan dan kami akan berusaha segala yang terdaya untuk memastikan semua pelajar Melayu di sini tidak menjadi seperti Sufiah.

Saya akui ramai lagi kes macam Sufiah di Malaysia, tapi di Malaysia ramai orang Islam, ada jabatan agama Islam, ada kerajaan Islam dan ada negara Islam. Saya yakin kerajaan boleh buat sesuatu.

Namun keluarga Sufiah di sini (UK) diserang dari segenap penjuru dengan pelbagai sindiran dan tohmahan. Mereka bersendirian menghadapinya, oleh itu kami datang untuk membantunya.

Permintaan saya bagi pihak Pisang, doakan kami dan doakan Sufiah. Buatlah solat hajat, tak berdosa kalau kita berusaha menolongnya. Jangan pemalas dan usah sombong. Sekian, terima kasih.”

PULANG KE RAHMATULLAH AKHIRNYA TAN SRI NASIMUDDIN

In 1 on May 4, 2008 at 6:18 pm

Takziah diucapkan kepada balu dan seluruh ahli keluarga Allayarham. Seorang lagi tokoh korporat tanah air meninggalkan kita. Pemergianmu dalam usia yang muda didoakan agar dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa.

Jenazah Nasimuddin tiba tengah hari ini

Sumber: MyMetro

KUALA LUMPUR: Jenazah pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.20 tengah hari ini dan bukan semalam seperti dilaporkan.

Abang sulung Nasimuddin, Datuk Sharifuddin, berkata jenazah adiknya akan diterbangkan dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH95, jam 1.40 pagi waktu tempatan.

“Saya menerima panggilan jam 6 pagi daripada anak perempuan Allahyarham yang memaklumkan jenazahnya sudah dimandi dan dikafankan serta disembahyangkan selepas solat Jumaat dan kini bersiap untuk diterbangkan ke Malaysia,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.

Nasimuddin, 53, meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Khamis pagi di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

SETAKAT BERI AIR PERCUMA SAHAJA: MB SELANGOR

In 1 on May 4, 2008 at 6:01 pm

Menurut YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid kerajaan negeri hanya mengkotakan janji/manifesto PRU 12 untuk memberi air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada semua isi rumah mulai bulan depan. Setakat ini tiada keputusan dibuat mengenai pengambilalihan SYABAS. Syabas dan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor. Elakkan pembaziran air. Peliharalah alam sekitar serta sungai kita. Hargailah nikmat Allah serta kurniaNya yang tidak terhingga.

“Telah nyata berlaku kerosakan di darat dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar” Ar Ruum:41

Hanya keputusan beri air percuma, bukan beli Syabas – Abdul Khalid


OLEH ROSLAN BIAN
Sumber Agenda Selangor
SHAH ALAM, Ahad 4 Mei : Kerajaan Negeri Selangor belum membuat sebarang keputusan mengenai air di Selangor kecuali usaha melaksanakan bekalan air bersih percuma 20 meter padu pertama kepada semua isi rumah di negeri itu, mulai bulan depan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa buat kajian jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan pengguna mendapat kebaikan daripada pengurusan air di Selangor.

Kerajaan negeri juga katanya, belum membuat sebarang keputusan berhubung hasrat mengambil alih pentadbiran Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mengurangkan kos pembayaran air kepada syarikat itu.

“Kerajaan negeri belum buat apa-apa kenyataan mengenai perkara itu (pembelian Syabas). Kita hanya buat kenyataan bahawa kita telah menulis kepada Syabas dan Puncak Niaga dalam usaha untuk laksanakan air percuma,” katanya,

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan Ke-3 di sini hari ini.

Abdul Khalid dimintamengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kebudayaan Negeri, Dr. Rodziah Ismail yang disiarkan sebuah akhbar harian tabloid hari ini mengenai hasrat kerajaan negeri Selangor membeli Syabas bagi mengurangkan kos pembayaran air kepada syarikat itu.

Dr. Rodziah dilaporkan berkata hasrat itu disuarakan setelah kerajaan negeri kini menyedari punca kenaikan harga air adalah disebabkan pengendalian daripada pihak pengurusan yang dikatakan tidak cekap.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada kenyataan beliau itu secara tidak langsung menafikan kenyataan Rodziah, Abdul Khalid berkata:” Tidak ada, bukan saya menafikan.

“Kita kerajaan negeri memang sentiasa buat kajian jangka pendek dan panjang mengenai cara terbaik untuk memastikan supaya pengguna air di Selangor dapat kebaikan daripada pengurusan air di Selangor.”

Mengenai kenyataan Dr, Rodziah bahawa anggaran bayaran yang perlu dibayar kepada Syabas untuk 20 meter padu air secara percuma itu ialah kira-kira RM4 juta sebulan, Abdul Khalid berkata: “Belum ada kira-kira yang tepat.”

BELA NASI PEKERJA: LIMA NEGERI BERSEPAKAT

In 1 on May 4, 2008 at 5:22 pm

Suatu hasrat dan cita-cita murni dari pemimpin 5 negeri di bawah pemerintahan PR. Semua orang boleh bercakap mengenai modal insan tetapi insan yang berkorban dan merupakan modal kepada syarikat dan negara tidak terbela nasib mereka. Pekerja adalah ibarat angsa yang mengeluarkan telur emas. Setiap hari sang angsa hanya bertelur sebiji telur emas sahaja. Petani kena beri makan dan menjaga sang angsa istimewa ini jika inginkan bekalan telur emas yang berterusan. Begitu juga para pekerja.

Semua pihak terutama Kerajaan Pusat mahukan pekerja yang produktif, inovatif serta kompetitif tetapi hidup pekerja terhimpit dan tersepit.

Lima negeri Pakatan Rakyat sepakat bela nasib pekerja
News

SHAH ALAM, 4 Mei- Lima buah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat bertekad akan membangunkan kesejahteraan kaum pekerja dengan membawa arus perubahan dan menjana pembangunan supaya para pekerja dapat menikmati proses pendemokrasian tulen.

Pemerintah dan majikan perlu adil dan telus dalam melaksanakan kewajipan sosial masing-masing tanpa menabur sebarang janji-janji kosong kepada para pekerja kerana ia akan menambahkan ketidakpercayaan pekerja terhadap majikan berkenaan.

Tiga Menteri Besar dan dua Timbalan Menteri Besar telah bersepakat untuk menaikkan martabat para pekerja yang didiskriminasi selama 50 tahun sejak BN memerintah negara.

Kesepakatan itu dilaungkan dalam perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan ke-3 `Memperkasakan Kaum Pekerja’ yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam, pagi tadi.

Menteri Besar yang hadir, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim (Selangor); Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (Perak); Exco Kerajaan Negeri Kelantan; Dato’ Paduka Husam Musa; Timbalan Menteri Besar Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin dan Exco negeri Kedah, IR Fakhrul Rozi.

Turut hadir Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood dan Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamad.

Dalam ucapan Tan Sri Khalid,beliau menjelaskan bahawa kerajaan Selangor sedang merancang melaksanakan cuti bersalin selama 90 hari bagi pekerja wanita disamping cuti tambahan bagi suami tidak lebih 10 hari.

Berhubung dengan gaji minimum katanya, kerajaan negeri sedang mengkaji supaya pekerja yang sudah bertugas lebih lima tahun dibayar gaji tidak kurang RM1500 sebulan dan dasar baru akan dilaksanakan iaitu pekerja perlu mendapat gaji permulaan RM1500 sebulan.

Menurut beliau,ini berikutan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor menyedari rakyat tidak cukup dengan jumlah gaji minimum sebulan untuk menampung kehidupan dalam senario harga barangan melambung naik.

Dalam program tersebut di sebelah petang turut diadakan dialog antara Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS, Mohd Anuar Tahir dan Syed Shahir.

Dailog tersebut mendapat sambutan membanggakan di kalangan peserta yang hadir dan kebanyakan mereka meminta kerajaan Pakatan Rakyat sepakat untuk membela nasib pekerja bawahan yang tertindas selama berada di bawah pemerintahan BN.

Program ditutup dengan ucapan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat merangkap Menteri Besar Kelantan.

Aktiviti Exco pada 04/05/08: Menghadiri "PERHIMPUNAN PEKERJA 2008 & WACANA KEBANGSAAN KE-3"

In 1 on May 4, 2008 at 4:47 pm

LAJNAH PEKERJA DAN PENEROKA BANDAR PAS PUSAT TELAH MENGANJURKAN

PERHIMPUNAN PEKERJA 2008 & WACANA KEBANGSAAN KE-3 PADA 4 HB MEI 2008

BERTEMPAT DI STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR DARI JAM 8.00 PAGI -

5.00 PTG BERTEMAKAN “MEMPERKASAKAN KAUM PEKERJA”.


Exco Pembangunan Modal Insan sampai setelah merasmikan Karnival Sukan PAST Edu-Kid.
Kudapan.
Kudapan
Saling bertukar-tukar “calling card”

Kelihatan YAB Tan Sri MB Selangor, Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar Sdr Mohd Anuar Tahir, Exco Kerajaan Kelantan YB Dato’ Paduka Husam Musa, Exco Kedah Ir Fakhrul Razi dan ….
Kelihatan Saudara Naib Presiden PAS Hj Mohamad Sabu dan Presiden MTUC Saudara Syed Shahir.

Sebahagian dari peserta Perhimpunan Pekerja
Presiden MTUC sedang berucap.
Kelihatan Naib Presiden PAS dan Exco Negeri Kedah
Saudara Mohd Anuar Tahir sedang berucap.
Mursyidul Am PAS sedang Berucap.

Tuan Guru Mursyidul Am PAS berdoa sambil diaminkan oleh hadirin dan hadhirat sekaligus Menutup Majlis pada hari bersejarah ini.

Aktiviti Exco pada 04/05/08: Perasmian Karnival Sukan Tahunan PASTI EKAA Bdr Puncak Alam

In 1 on May 4, 2008 at 4:28 pm

PASTI EDU-KIDS AL-AMIN Bandar Puncak Alam Selangor telah melangsungkan karnival sukan tahunan pada 4hb Mei 2008 bertempat di Padang Impiana Puncak Alam.
Meniup wisel menanda bermulanya Karnival Sukan.

Ibubapa dan orang ramai yang datang menyaksikan Karnival

Perbarisan Tabik Hormat “Kontingen Peserta Rumah-Rumah”.
Ucapan Perasmian.

Penyampaian Cenderahati dari Urusetia Karnival.

GUNA OTAK: KATA MENTERI PENERANGAN, JANGAN GUNA EMOSI

In 1 on May 4, 2008 at 3:57 am

Begitulah agaknya apa yang wujud dibenak pak Menteri apabila diwawancara Pemberita Utusan. Kita semua terutama PR boleh mempelajari sesuatu yang tersirat di sebalik kata-kata Menteri yang pernah menjadi pembangkang.

Hapus illusi pembangkang

Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan



sumber: Utusanonline (dalam Mingguan Malaysia)

MUKADDIMAH
Siaran langsung sidang Parlimen merupakan ‘buah tangan’ pertama Menteri Penerangan yang baru, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Ternyata seperti diduga ia mencetuskan kontroversi dan perdebatan hangat apabila ahli-ahli Parlimen dikatakan mengambil kesempatan melalui siaran langsung berkenaan untuk menonjolkan diri sehingga mengubah ‘wajah’ Parlimen seperti mana kata Ahmad Shabery seperti ‘sarkas’.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, HASSAN MOHD NOOR dan ZULKIFLEE BAKAR, beliau yang juga Ahli Parlimen Kemaman menegaskan kerajaan tetap akan meneruskan siaran langsung berkenaan sebagai sesi percubaan.

Walaupun menganggap langkah itu mampu memberikan kebaikan kepada kerajaan tetapi dalam masa yang sama, beliau juga bimbang jika ahli Parlimen tidak berubah sikap, ia boleh menghakiskan kepercayaan rakyat kepada institusi itu.

‘‘Jangan sampai kita menjadi seperti di Korea dan Taiwan, apabila orang sudah tidak peduli lagi kepada ahli politik dan Parlimen,’’ kata beliau.

Selain sidang Parlimen, dalam pertemuan berkenaan, Ahmad Shabery juga menjelaskan mengenai dakwaan bahawa RTM hanya menjadi ejen propaganda kerajaan serta peluang pembangkang untuk muncul di radio dan televisyen. Turut disentuh pandangan beliau mengenai bloggers.

Bagi beliau, langkahnya menjalin hubungan dengan bloggers bukan bertujuan untuk mempengaruhi mereka tetapi menerangkan dasar kerajaan. Beliau juga yakin tidak kira apa pun media berkenaan, ia akhirnya akan berkait rapat dengan soal kredibiliti terhadap apa yang disiarkan.

MINGGUAN: Apa cabaran yang Datuk fikirkan apabila berpindah dari Kementerian Luar ke Kementerian Penerangan?

AHMAD SHABERY: Di Kementerian Luar, saya menganggap ia sebagai institusi pengajian kerana di situ, saya belajar banyak perkara untuk difahami bukan sahaja dari segi hubungan antarabangsa, tetapi juga ekonomi, politik, pertahanan dan diplomasi. Banyak bersifat kertas kerja, membaca dan berbincang tetapi di sini lebih dari segi pelaksanaan.

Sebagai menteri, saya harus bertanggungjawab bukan sahaja kepada kementerian tetapi melaksanakan harapan memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan yang pudar berikutan keputusan pilihan raya umum lalu.

Oleh itu untuk menyakinkan kembali rakyat adalah satu tanggungjawab yang besar. Sebab itu saya berasa ia cabaran amat berat.

Datuk pernah berada di barisan pembangkang dan kini dalam kerajaan, sudah pasti Datuk dapat melihat kelemahan kerajaan dalam dua versi?

AHMAD SHABERY: Saya juga dapat melihat kelemahan pembangkang kenapa mereka terus membangkang. Hakikatnya, kerajaan tidak lemah dan saya berpendapat kerajaan yang ada sekarang masih yang terbaik, cumanya dalam pilihan raya lalu berlaku beberapa fenomena baru dalam negara kita.

Fenomena yang berlaku ini bukan sahaja di Malaysia malah di tempat lain. Saya selalu menyatakan, di negara-negara ASEAN jika berlaku pergolakan atau krisis sehingga menimbulkan kemarahan dan tidak kepercayaan rakyat di bandar-bandar besar maka ia boleh mengakibatkan sesebuah kerajaan itu runtuh.

Kalau kemarahan itu hanya berkisar di kawasan utara atau selatan, kesannya lain tetapi kalau orang bandar marah ia akan menyebabkan berlakunya kejatuhan kepada sesebuah kerajaan.

Ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh orang bandar kepada seluruh sistem politik negara.

Pada tahun 1999, di Malaysia begitulah situasinya, orang bandar iaitu mereka yang tinggal di Lembah Klang marah sehingga tercetus rusuhan tetapi di kawasan kampung suasana tenang.

Tetapi kemarahan yang berlaku di bandar ini mereka salur ke kampung. Apabila balik mengundi mereka merayu ibu bapa supaya tidak mengundi kerajaan.

Ini yang menukar seluruh karakter pengundi pada tahun 1999 sehingga menyebabkan BN mencatatkan keputusan yang teruk di Terengganu, Kelantan dan Kedah. Pada tahun 1999, yang menyelamatkan BN ialah pengundi Cina. Orang Melayu di bandar cukup marah.

Tetapi kali ini kemarahan rakyat melibatkan semua kaum di bandar. Dulu orang Cina tidak marah kerana bagi mereka pertukaran kerajaan hanya akan merugikan mereka. Kali ini keadaan lebih buruk apabila pengundi Melayu di bandar ‘lari’ dan dicampur pula dengan pengundi Cina. Ini senario yang berbeza tetapi orang Melayu di kampung tidak ada masalah. Di Parlimen Kemaman, saya menang hampir 13,000 undi, walaupun tsunami politik terjadi di seluruh negara.

Hakikatnya, orang kampung termasuk di kawasan Felda suka kepada kerajaan berikutan pelbagai bantuan yang diberikan.

Ketika ini pembangkang memainkan isu bahawa kerajaan BN lemah memandangkan tidak cukup majoriti dua pertiga di Parlimen, bagaimana Kementerian Penerangan hendak menangkis propaganda mereka itu?

AHMAD SHABERY: Saya bersetuju dengan pandangan bahawa dahulu orang kata kerajaan yang melakukan propaganda. Sekarang ini, pembangkang yang bersifat propaganda. Sebenarnya, dulu kita wujudkan terlalu banyak illusi bahawa pembangkang pandai. Mereka bijak, kalau bercakap ia berdasarkan kepada penyelidikan dan statistik.

Kalau tanya saya apa peranan Kementerian Penerangan dalam soal ini, saya mahu membuang illusi ini.

Sebab itu saya berpendapat, sidang Parlimen perlu disiarkan secara langsung dan sekarang orang tengok, apa illusinya? Kerajaan (menteri-menteri/timbalan menteri) datang hendak jawab, mereka tidak tanya soalan. Hari pertama pembangkang gagal, rakyat marah.

Jika keadaan ini berterusan orang tidak akan percaya kepada sistem Parlimen kerana rakyat dihidangkan dengan adegan ahli Parlimen bergaduh. Sebab itu pada mulanya, saya fikir tidak payah disiarkan secara langsung tetapi permintaan orang ramai akhirnya turut dijadikan alasan untuk Kabinet membuat keputusan ia harus diteruskan.

Kalau disiarkan secara langsung keseluruhannya, saya percaya ia akan mendatangkan kebaikan kerana ia akan membunuh illusi yang selama ini orang menganggap pembangkang ini terlalu hebat.

Apakah tindakan kerajaan mengadakan siaran langsung sidang Parlimen itu sudah dikaji sebelum ini memandangkan pembangkang akan kekal dengan sikap mereka?

AHMAD SHABERY: Kerajaan merasakan bahawa tidak ada benda yang tidak betul dilakukan, kita cukup yakin sistem negara kita bukanlah jahat sangat. Kalau tidak terbaik di dunia, kita tidaklah teruk. Sebab itulah apabila berlaku krisis dalam negara, kita dapat mengatasinya. Ini kerana kita mempunyai sistem yang baik. Pada tahun 1997, contohnya, kita ada krisis kewangan tetapi kita dapat pulih cepat kerana kita ada sistem bank yang baik.

Kita ada sistem kerajaan yang mengambil kira semua perkara dan ada kaedah-kaedah untuk membelanja duit rakyat. Sudah tentulah orang tidak tahu perkara ini. Ia termasuklah mereka melihat orang miskin masih banyak dan bertanya apa yang kerajaan buat? Mereka tidak sedar bahawa kerajaan mengatasinya melalui sumber yang terhad.

Jadi sekarang kita pergi kepada rakyat, mereka boleh bertanya. Kita mulakan dengan Parlimen, bagi kita Parlimenlah yang terbaik untuk orang bertanya. Mereka tanya kita akan jawab. Kalau jawapan soalan pertama tidak puas hati, tanya soalan kedua.

Kalau ikutkan, saya mahu sidang Parlimen disiarkan secara langsung sepenuh masa. Saya percaya kalau kita berbuat demikian, sudah pasti orang akan lebih yakin dengan kerajaan yang ada. Dengan syarat, ketika sesi soal jawab, ahli Parlimen betul-betul bertanya soalan dan pihak kerajaan menjawabnya.

Tetapi apa yang berlaku baru-baru ini, setengah jam yang pertama, bila ada kamera, mereka tidak tanya soalan sedangkan, Kabinet terpaksa mengubah masa bermesyuarat dari Rabu ke Jumaat kerana hendak datang ke Parlimen untuk menjawab.

Mereka timbulkan isu lain yang remeh-temeh. Mereka tidak berminat dengan soalan. Akhirnya, orang tidak akan peduli kepada pembangkang kerana ternyata illusi yang menyatakan mereka pandai, tahu berhujah, ada statistik dan buat kajian hanyalah bohong belaka.

Malahan ada ahli Parlimen pembangkang yang kononnya hebat bercakap tetapi tidak tanya soalan.

Walaupun saya yakin siaran langsung ini akan memberi kelebihan kepada kerajaan tetapi kebimbangan tetap ada berikutan apa yang berlaku baru-baru ini.

Contohnya, ahli-ahli Parlimen pembangkang hanya berkelakuan baik apabila mereka melihat siaran langsung sudah berakhir.

Bayangkan apa akan terjadi, jika sidang Parlimen disiarkan secara langsung sepenuhnya? Sudah pasti mereka akan bertelagah sepanjang hari. Kalau setiap hari keadaan ini berterusan, orang akan benci kepada Parlimen dan semua ahli politik. Mereka bukan sahaja tidak akan percaya kepada pembangkang tetapi juga BN.

Kesudahannya kita akan jadi seperti Taiwan dan Korea apabila orang akan berkata kehidupan mereka lebih ditentukan oleh syarikat-syarikat besar bukan ahli politik atau kerajaan.

Sebab itu mereka tidak peduli pun kerajaan mereka berubah sepanjang masa. Persoalannya apakah kita hendak membawa imej negara ke arah itu?

Dalam soal menyampaikan maklumat kepada rakyat, Datuk ada bercakap soal media arus perdana harus memulihkan kredibiliti. Boleh Datuk jelaskan maksudnya?

AHMAD SHABERY: Kenyataan saya itu tidak merujuk kepada media arus perdana sahaja. Saya mulakan dengan bloggers. Saya kata kita tidak perlu bimbang dengan bloggers, mula-mula memanglah orang percaya apa mereka kata tetapi lama-kelamaan orang akan tanya bloggers itu siapa yang tulis?

Ketika krisis pada 1998, ada orang dakwa seorang pemimpin itu disuntik kuman HIV dan berita itu disebarkan melalui risalah, bila orang tanya, mereka jawab ini daripada Internet…komputer, komputer tidak bohong. Ketika itu ada laman web Reformasi, apa sahaja yang keluar di situ dan kemudian dicetak serta diedarkan, orang akan percaya.

Tetapi lama kelamaan orang dapati dakwaan itu tidak benar. Oleh itu mereka akan bertanya balik siapa yang membuat laman itu dan akhirnya laman Reformasi berkenaan ditutup sebab orang sudah tidak percaya. Sekarang zaman blog, lama kelamaan orang akan bertanya juga siapa yang bercakap (berhubung sesuatu dakwaan), mula-mula orang percaya.

Kesudahannya ia akan menyentuh soal kredibiliti blog itu. Kredibiliti ini bukan sahaja kepada blog, tetapi juga pemimpin dan media termasuk media arus perdana.

Dulu semasa kecil, saya berhujah dengan ayah saya berhubung sesuatu isu. Apabila tanya, ayah saya akan jawab surat khabar yang ‘cakap’. Pada waktu itu, apa sahaja yang ditulis surat khabar, orang percaya.

Tetapi sekarang orang akan bertanya pula siapa yang tulis? Surat khabar apa? Siapa pengarangnya? Orang akan mula bertanya kerana mereka sudah memahami sistem surat khabar ini bukan kerana wartawannya tetapi kerana pengarang dan pemilik akhbar itu.

Kalau sesuatu akhbar itu, orang banyak persoal dan menganggap ia berat sebelah dan sebagainya lama-

kelamaan soal tidak keyakinan itu terkumpul. Ini akan menyebabkan kredibiliti akhbar tersebut akan dipersoal dan orang tidak akan mempercayainya lagi.

Tidakkah kredibiliti itu menyentuh soal keadilan dalam kita menyiarkan berita termasuk pembangkang?

AHMAD SHABERY: Ini cabaran kepada kerajaan. Saya sebagai Menteri Penerangan misalnya, ada orang UMNO berkata, (RTM) jangan siarkan berita pembangkang.

Kalau itu dilakukan akhirnya orang tidak akan tengok RTM, apa faedah yang kita dapat? Contohnya, dahulu kita black out’ berita Kelantan, kalau disiarkan pun hanya berita negatif tetapi BN tidak juga menang di Kelantan. Ini hanya menguatkan illusi kepada pemimpin-pemimpin di Kelantan.

Atas sebab itulah, saya katakan keterbukaan ini akhirnya mestilah ada kredibiliti. Ini melibatkan semua, sama ada surat khabar, pemimpin mahupun bloggers. Ini kerana kredibiliti yang akan menentukan bagaimana rakyat menilai seseorang. Kredibiliti adalah penting.

Apakah ini bermaksud, media arus perdana termasuk RTM perlu memberi ruang sama banyak antara kerajaan dan pembangkang?

AHMAD SHABERY: Ini bukannya isu hendak beri sama banyak. Contohnya, anak kecil takkanlah kita hendak memberi makanan sama banyak dengan orang dewasa? Kita beri apa yang hak atau sepatutnya. Bukannya kita kata sama banyak atau 70:30 tetapi apa yang hak akan diberikan.

Kita harus tahu bagaimana hendak menilai. Ini bukan soal pembangkang atau tidak, misalnya pemberitaan kita, kenapa mesti kita umpukan kepada bersifat politik sehingga menimbulkan tafsiran bahawa akhbar yang baik itu menyebelahi pembangkang atau kerajaan?

Bukankah dalam kehidupan kita ini banyak perkara lain, contohnya apa agenda sesebuah akhbar itu.

Utusan Malaysia apa agendanya? Kalau ia agenda untuk melihat martabat orang Melayu tinggi, kita fokus ke arah itu. Dalam pada itu dimuatkan juga kenyataan oleh pembangkang dan kerajaan. Ini bukan persoalan harus ada keadilan dalam penyiaran berita untuk pembangkang dan kerajaan. Tetapi apa agenda surat khabar berkenaan supaya orang akhirnya mengenal pasti sifat surat khabar itu.

Pembangkang sering mendakwa mereka tidak diberi peluang dalam RTM termasuk untuk memaparkan agenda atau manifesto mereka menjelang pilihan raya. Apakah di bawah pentadbiran Datuk akan ada perubahan?

AHMAD SHABERY: Apa yang harus difahami, akhirnya ia akan menjurus kepada matlamat yang saya nyatakan. Kalau kerajaan memerintah mempunyai matlamat berdasarkan mandat yang diberikan oleh rakyat, kita akan turunkan dengan manifesto kita dahulu, apa itu BN. Matlamat kita ialah untuk menerangkan sampai ke arah itu.

Jadi pembangkang janganlah marah jika kita tidak dapat menyiarkan apa mereka kata kalau ia tidak kena mengena dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Tetapi kalau kebetulan sama matlamatnya, contohnya mereka juga bercakap soal Parlimen mesti dimartabatkan dan sistem raja berperlembagaan mesti diperkukuhkan, saya fikir tidak ada masalah bagi kerajaan atau pembangkang untuk sama-sama dimuatkan dalam radio atau televisyen.

Tetapi saya rasa adalah tidak bertanggungjawab, jika kita berhasrat mewujudkan negara yang aman damai namun dalam masa yang sama kita beri ruang kepada mereka yang bersifat perkauman dan mencerca agama lain.

Bagaimana pula dengan kerajaan campuran di Selangor dan Perak yang meminta peluang untuk menerangkan dasar-dasar mereka?

AHMAD SHABERY: Bagi saya itu tidak ada isu. Apa yang perlu difahami RTM adalah institusi Kerajaan Persekutuan. Tetapi kalau mereka merasakan dasar mereka sejajar dengan Kerajaan Persekutuan, apa salahnya. Ini bukannya persoalan untuk disiarkan setengah atau sejam, mungkin dua jam atau tiga jam pun boleh tetapi ia bergantung kepada nilai berita.

Dalam kes di Selangor, ia dianggap tidak adil bagi pihak mereka. Kerajaan campuran Selangor tidak sepatutnya mengugut. Kita menyewa di bangunan sekretariat kerajaan negeri dengan bayaran RM16,000 sebulan. Ada kontraknya dan ia akan berakhir hujung bulan ini. Kalau mereka bersabar, RTM boleh terus berada di situ dan kemudiannya berbincang mengenai kontrak baru.

Tetapi malangnya, mereka sudah halau kita, walaupun kontrak belum tamat. Saya hairan orang seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai orang korporat tidak faham tentang kontrak. Ia seharusnya dihormati biarpun perjanjian itu dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Jadi bagi saya, ini bukan isu, kerana pendekatan mereka itu tidak adil. Oleh itu macam mana mereka hendak mengharapkan kerajaan pusat berlaku adil kepada mereka.

Dalam soal bloggers, Menteri Penerangan dahulu tidak mahu berbaik dengan bloggers, Datuk pula sebaliknya, ini menimbulkan pertanyaan apakah dasar sesuatu kementerian itu bergantung kepada kerajaan atau siapa menterinya?

AHMAD SHABERY: Datuk Zainuddin Maidin (bekas Menteri Penerangan) bercakap mengenai blog dalam konteks pada waktu itu dan dalam konteks bloggers tertentu sahaja. Tetapi ia mungkin disalahertikan sehingga orang menganggap ia melibatkan semua bloggers.

Ini bagi saya tidak adil kerana bloggers ini rakyat. Berdasarkan statistik terkini, 14 juta penduduk Malaysia sudah ada internet dan di negara Asia separuh pemilik sudah ‘berblogging’, maknanya sesiapa juga boleh jadi bloggers. Bloggers ini macam orang di kedai kopi, kalau dia hendak bercakap, dia akan bercakap. Ada yang puji dan keji kita, tetapi kita kena dengar dan kena duduk dengan mereka.

Kalau saya tiba-tiba dengar orang kedai kopi asyik hentam saya, ini tidak bermakna semua orang kedai kopi menghentam saya. Janganlah semua orang di kedai kopi terasa. Jadi kalau Datuk Zam kata begitu, begini janganlah semua bloggers terasa.

Selain itu, saya mendekati golongan bloggers dan media lain, bukan untuk mempengaruhi mereka tetapi bagi membolehkan mereka memahami apa yang dilakukan oleh kerajaan.

Dalam soal memberi penerangan kepada rakyat dan berhadapan dengan media alternatif ini, kita sudah memutuskan untuk mengadakan semula wayang pacak. Dahulu kita berhentikan wayang pacak kerana zaman moden sudah ada radio dan tv.

Tetapi sekarang saya lihat apa yang hilang ialah ‘sentuhan’ iaitu pegawai-pegawai penerangan tidak dapat berjumpa dan mendekati rakyat. Melalui wayang pacak, ini ia akan dapat dilakukan semula.

STEROID BAHAN UTAMA DALAM JAMU

In jamu, kementerian kesihatan malaysia, pronoton, steroid, viagra on May 4, 2008 at 2:59 am

Jamu yang kononnya dapat menyembuhkan serta mengembalikan ‘dara’ kepada wanita, memulihkan penyakit lumpuh, menguatkan syahwat lelaki dan pelbagai jenis penyakit gatal serta lenguh tulang kini berada di pasaran. Dapatkan segera contoh untuk dilaporkan kepada Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Kementerian Kesihatan Malaysia

Beg Berkunci No. 924,

Jalan Sultan Post Office,

46790 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03-7968 2200

Fax : 03-7968 2222


Jamu reput tulang

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah dikecapi dalam tempoh singkat membongkar kegiatan licik seorang saudagar jamu yang mendakwa menggunakan ‘periuk ajaib’ untuk memasak pelbagai ubat-ubatan tradisional dicampur dengan pelbagai bahan kimia berbahaya termasuk steroid.

Lelaki berusia 40-an itu sebelum ini memperdaya orang ramai kononnya menggunakan resipi warisan turun-temurun untuk menghasilkan pelbagai jamu tradisional seperti mengembalikan ‘dara’ kepada wanita, memulihkan penyakit lumpuh, menguatkan syahwat lelaki dan pelbagai jenis penyakit gatal serta lenguh tulang.

Bagaimanapun, siasatan pegawai Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan mendapati dia menambah steroid dalam jumlah banyak pada pil atau kapsul jamu dihasilkan.

Lebih menakutkan, kapsul dan pil jamu yang boleh menyebabkan tulang rapuh itu kini dijual hampir di seluruh negara pada harga antara RM12 hingga RM20 sebotol.

9A’S ABOVE TO GET PSD SCHOLARSHIP EITEHR TO STUDY LOCALLY OR OVERSEAS

In 1 on May 4, 2008 at 2:47 am

This is time around, 2007 SPM students scoring 9A’s and above are guaranteed a PSD scholarship in one way or another depending on their place of study.

PSD scholarships for SPM students with 9As

Source:theStaronline

PETALING JAYA: The Public Service Department (PSD) will offer scholarships to all students who scored 9As in their SPM examinations last year, regardless of background, to study Form Six in fully-aided schools.

Chief Secretary to the Government Tan Sri Sidek Hassan said students who do matriculation, including those in Universiti Malaya’s Science Preparatory Centre and International Islamic University’s matriculation programme, would also be offered scholarships.

These students will also be sponsored for their first degree if they do it in a local university, he said in a statement yesterday.

Sidek said the PSD would also sponsor such students if they obtained places in an Ivy League or equivalent university.

Top-scoring students who get a place in a Malaysian branch of a foreign university such as Monash University, Nottingham University, Curtin University of Technology and Swinburne Unversity will also be offered scholarships.

On top of this, Sidek said the PSD would offer scholarships to 2,000 students for overseas studies and a further 10,000 for studies in local universities.

He said the scholarships were being offered in line with the Government’s efforts to develop human capital.

He said the Government was aware that the number of high achievers is growing every year. Yet, not every student would have a chance to get Government sponsorship.

“The Government realises that high achievers are assets.

“As such, it has introduced the initiative to increase the number of scholarships where students of any background will be offered as long as they satisfy the SPM 9A score condition,” he said.

The move, Sidek added, would indirectly encourage these high achievers to further their education in local universities.

9A’S ABOVE TO GET PSD SCHOLARSHIP EITEHR TO STUDY LOCALLY OR OVERSEAS

In 1 on May 4, 2008 at 2:47 am

This is time around, 2007 SPM students scoring 9A’s and above are guaranteed a PSD scholarship in one way or another depending on their place of study.

PSD scholarships for SPM students with 9As

Source:theStaronline

PETALING JAYA: The Public Service Department (PSD) will offer scholarships to all students who scored 9As in their SPM examinations last year, regardless of background, to study Form Six in fully-aided schools.

Chief Secretary to the Government Tan Sri Sidek Hassan said students who do matriculation, including those in Universiti Malaya’s Science Preparatory Centre and International Islamic University’s matriculation programme, would also be offered scholarships.

These students will also be sponsored for their first degree if they do it in a local university, he said in a statement yesterday.

Sidek said the PSD would also sponsor such students if they obtained places in an Ivy League or equivalent university.

Top-scoring students who get a place in a Malaysian branch of a foreign university such as Monash University, Nottingham University, Curtin University of Technology and Swinburne Unversity will also be offered scholarships.

On top of this, Sidek said the PSD would offer scholarships to 2,000 students for overseas studies and a further 10,000 for studies in local universities.

He said the scholarships were being offered in line with the Government’s efforts to develop human capital.

He said the Government was aware that the number of high achievers is growing every year. Yet, not every student would have a chance to get Government sponsorship.

“The Government realises that high achievers are assets.

“As such, it has introduced the initiative to increase the number of scholarships where students of any background will be offered as long as they satisfy the SPM 9A score condition,” he said.

The move, Sidek added, would indirectly encourage these high achievers to further their education in local universities.

NIK NAZMI (SETPOL YAB MB SELANGOR): ISU BALKIS

In 1 on May 4, 2008 at 2:12 am
nazmisetpol.jpg Tugas yang belum selesai bagi Isteri Dr Khir Toyo selepas BN kalah di Selangor ialah memindahkan dana berjumlah RM10 juta dan membubarkan BALKIS. Kini semuanya telah selesai cuma tunggu keputusan Pendaftar Pertubuhan, Lembaga Hasil dalam Negeri dan tindakan undang-undang.
Kerajaan negeri belum bertindak terhadap Balkis

SUMBER: Agenda Selangor

KUALA SELANGOR, Sabtu 3 Mei : Kerajaan negeri belum mengambil tindakan termasuk membuat laporan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung pembubaran dan pemindahan dana Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) bernilai RM9.9 juta.

Exco Angkatan Muda Keadilan Parti KeADILan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, laporan kepada agensi kerajaan itu hanya dibuat PKR semalam sebagai tindakan awal bagi meminta BPR menyiasat pemindahan dana tersebut secara terperinci.

“Kerajaan negeri akan hanya mengambil tindakan setelah meneliti laporan Pendaftar Pertubuhan mengenai status Balkis termasuk pandangan penasihat undang-undang kerajaan negeri,” kata Nik Nazmi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


“Kita masih menunggu laporan ROS mengenai pembubaran itu selain mendapatkan pandangan lanjut dalam soal perundangan terutamanya mengenai pemindahan dana yang diterima daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Abdul Khalid merasmikan Majlis Penutup Program Ujian Kemahiran Amal Islam (Kamil) di Sekolah Rendah Pasangan, Kampung Kuantan di sini hari ini.

Beliau turut menyifatkan pembubaran dan pemindahan dana itu tidak harus dilakukan kerana ia boleh diteruskan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan kepada rakyat di negeri itu seperti yang dilakukan oleh kepimpinan terdahulu iaitu Datin Seri Zaharah Kechik dan isteri kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

“Ini yang kita ingin tekankan kerana pembubaran ini dilihat tidak jelas manakala sumbangan yang diberikan oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri hanya untuk aktiviti kebajikan di bawah Balkis dan ia dikecualikan daripada cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” jelasnya.

Zaharah dalam satu sidang akhbar pada 27 April lalu menjelaskan tindakan badan itu memindahkan segala baki wang Balkis kepada Bakti dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 15 (2) Perlembagaan badan itu.

Menurut bekas Yang Dipertua Balkis itu, segala baki dana yang dimiliki oleh badan itu akan didermakan kepada kerajaan atau tabung lain yang serupa tidak melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang termasuklah mendapat kelulusan daripada Pengarah LHDN.

GAJI RM2000/= SEBULAN BAGI BELIA PERINTIS DUN IJOK

In 1 on May 4, 2008 at 2:02 am

Selepas dua tahun bekerja, Para belia Perintis dari DUN Ijok Kuala Selangor akan dijanjikan gaji minima RM2000/= sebulan. Ini selepas mereka menjalani latihan kemahiran khas. Calon-calon terdiri dari lepasan Universiti dan lepasan SPM yang masih menganggur. Mulai 13hb Mei ini, mereka akan mengikuti kursus motivasi selama seminggu. Teruskan membaca….

321 belia perintis latihan kemahiran bergaji minimum RM2,000 sebulan


ybhalimah120.jpg KUALA SELANGOR, Sabtu 3 Mei : Seramai 321 belia dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok bakal menjadi perintis kepada program latihan kemahiran khas dengan diberi jaminan gaji minimum RM2,000 selepas dua tahun bekerja.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata dalam kursus itu, belia terbabit akan disaring bagi menentukan jenis latihan berdasarkan minat serta kemahiran masing-masing.

“Mereka daripada pelbagai latar belakang pendidikan termasuk lulusan universiti serta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan masih menganggur,” ujarnya.

Menurut beliau. Kesemua 321 belia termasuk wanita akan memulakan kursus motivasi selama seminggu di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor, Kuala Kubu Bharu pada 13 Mei ini.

Selepas saringan itu katanya, belia terpilih akan dihantar menjalani latihan kemahiran di dua institusi iaitu di Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IYKS) dan Kolej Antarabangsa Inpens.

Dr Halimah berkata, kumpulan itu adalah yang pertama terpilih mengikuti program khas anjuran kerajaan negeri.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil IKYS ketujuh di sini, hari ini.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini memberi jaminan bahawa setiap belia di negeri itu bakal menerima gaji minimum RM2,000 selepas dua tahun bekerja melalui modul khas tersebut.

Belia yang berjaya menamatkan latihan tetapi masih mendapat gaji kurang daripada RM2,000 selepas tempoh dua tahun akan dipanggil balik untuk diberikan kursus lanjutan.

Bagaimanapun, menurut Dr. Halimah, lulusan universiti tidak perlu mengikuti latihan kemahiran sebaliknya akan diserap terus ke syarikat swasta atau agensi kerajaan bagi menjalani latihan praktikal selama enam
bulan.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Yayasan Selangor, Takril Tasuki dan Presiden Kolej Antarabangsa Inpens, Datuk Mohd. Mydin Mohd. Sherrif.

Aktiviti Exco Pendidikan pada 03/05/08: Menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam Anjuran Pejabat Daerah Klang

In 1 on May 4, 2008 at 1:43 am

Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk “Menjana Islam Yang Syumul Di Kalangan Ummah” yang megenengahkan ahli Panel terdiri dari YB Dato’ Dr Hassan Mohd Ali selaku moderator, Dato’ Ismail Kamus, Prof Dr Fauzi Deraman dari UM dan Ust Roslan Mohamed juga dari UM.

Ahli Panel dari kiri Ust Ismail Kamus, Dr Fauzi, Dr Hassan Ali dan Ust Roslan

Exco bersama Muslimat yang hadhir di majlis.

Aktiviti Exco Pendidikan pada 03/05/08: Menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam Anjuran Pejabat Daerah Klang

In 1 on May 4, 2008 at 1:43 am

Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk “Menjana Islam Yang Syumul Di Kalangan Ummah” yang megenengahkan ahli Panel terdiri dari YB Dato’ Dr Hassan Mohd Ali selaku moderator, Dato’ Ismail Kamus, Prof Dr Fauzi Deraman dari UM dan Ust Roslan Mohamed juga dari UM.

Ahli Panel dari kiri Ust Ismail Kamus, Dr Fauzi, Dr Hassan Ali dan Ust Roslan

Exco bersama Muslimat yang hadhir di majlis.

Aktiviti Exco Pendidikan pada 03/05/08: "Rewang" di Majlis Walimatul Urus Pn Paujiah Bahram Kg Delek

In 1 on May 4, 2008 at 1:37 am

Bersalaman dengan Muslimat.
Menjengok di Penanggah.
Menjamah hidangan tuan rumah.

Aktiviti Exco Pendidikan pada 03/05/08: "Rewang" di Majlis Walimatul Urus Pn Paujiah Bahram Kg Delek

In 1 on May 4, 2008 at 1:37 am

Bersalaman dengan Muslimat.
Menjengok di Penanggah.
Menjamah hidangan tuan rumah.

Aktiviti Exco Pendidikan pada 03/05/08: Mewakili YAB MB Selangor di Majlis Penyampaian Sijil Kali ke -7 Institut Kemahiran Yayasan Selangor

In 1 on May 4, 2008 at 12:43 am

Bertempat di Auditorium Institut Kemahiran Yaysan Selangor, Kuala Selangor, Institut telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Kali ke-7 Institut Kemahiran Yayasan Selangor yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim. Oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tugas beliau telah diwakilkan kepada Exco Pendidikan. Sermai 45 orang pelajar pengambilan 12 telah menerima sijil mereka manakala seramai 39 pelajar pengambilan ke 13 telah menerima sijil masing-masing.

Ketibaan disambut oleh Tn Hj Takril bin Tasuki, Pengurus Beasr Institut dan Presiden Kolej Antarabangsa Inpens.
Sedang menandatangani buku pelawat.
Pengurus Besar sedang memberi taklimat tentang Institut.

Ucapan perasmian mewakili YAB Tan Sri MB Selangor.
Kelihatan Dr Dzulkifly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Exco sedang menyampaikan anugerah Pelajar Terbaik kepada Sdr Asry Amran.

Sdr Mohd Yazid Bustami, pelajar Terabaik Akademik pengambilan ke 12.
Pelajar Terbaik Ko-kurikulum pengambilan 12, Sdr Megat Hirzry bin Hamzah.


Pelajar Terbaik Ko-kurikulum , Sdr hassan Mahmud bin Kamaruddin.

Para graduan dalam sesi bergambar.

Sesi bergambar staf Institut Kemahiran Yayasan Selangor.

Aktiviti Exco Pendidikan pada 03/05/08: Mewakili YAB MB Selangor di Majlis Penyampaian Sijil Kali ke -7 Institut Kemahiran Yayasan Selangor

In 1 on May 4, 2008 at 12:43 am

Bertempat di Auditorium Institut Kemahiran Yaysan Selangor, Kuala Selangor, Institut telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Kali ke-7 Institut Kemahiran Yayasan Selangor yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim. Oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tugas beliau telah diwakilkan kepada Exco Pendidikan. Sermai 45 orang pelajar pengambilan 12 telah menerima sijil mereka manakala seramai 39 pelajar pengambilan ke 13 telah menerima sijil masing-masing.

Ketibaan disambut oleh Tn Hj Takril bin Tasuki, Pengurus Beasr Institut dan Presiden Kolej Antarabangsa Inpens.
Sedang menandatangani buku pelawat.
Pengurus Besar sedang memberi taklimat tentang Institut.

Ucapan perasmian mewakili YAB Tan Sri MB Selangor.
Kelihatan Dr Dzulkifly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Exco sedang menyampaikan anugerah Pelajar Terbaik kepada Sdr Asry Amran.

Sdr Mohd Yazid Bustami, pelajar Terabaik Akademik pengambilan ke 12.
Pelajar Terbaik Ko-kurikulum pengambilan 12, Sdr Megat Hirzry bin Hamzah.


Pelajar Terbaik Ko-kurikulum , Sdr hassan Mahmud bin Kamaruddin.

Para graduan dalam sesi bergambar.

Sesi bergambar staf Institut Kemahiran Yayasan Selangor.