drhalimahali

Archive for May 5th, 2008

EKSKLUSIF Bersama Dr. Halimah Ali ADUN Selat Kelang @ TV PAS

In ADUN SELAT KLANG, EXCO PENDIDIKAN MODAL INSAN on May 5, 2008 at 6:21 pm

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=t8NV4UzX5IA&hl=en">

SETIAP HARI ADALAH HARI UNTUK IBU KITA

In 1 on May 5, 2008 at 5:07 pm

Dipaparkan klip video utube di bawah ini sebagai peringatan untuk kita, andaikata ada di antara kita yang sudah lupa asal usulnya dan siapa yang membesarkannya….
Video klip di bawah ini anggaplah sebagai bahan ilmiah serta pendidikan dan bukan bahan lucah untuk tontonan.

Sambutan Hari Ibu yang dijadualkan jatuh pada tanggal 11hb Mei akan datang hendaknya tidak dikomersilkan; bukan hari pembaziran. Seharusnya setiap individu merayakan hari ibu pada tanggal ia dilahirkan oleh ibunya (hari jadi).

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=-XtYW_Rwml8&hl=en">


Sambutan Hari Ibu wajar diraikan setiap tahun

Sumber:Sinar Harian

Insan yang bernama ibu adalah segala-galanya dalam sesebuah rumah tangga kerana mereka memainkan peranan penting dalam menentukan kesejahteraan sesebuah rumah tangga.

Menyedari hakikat itu, Hari Ibu diraikan pada setiap tahun sebagai tanda penghargaan ke atas pengorbanan dan jasa insan yang bergelar ibu.

Raja Azam Baezah Raja Mokhtar, 43, berpendapat, ibu wajar diraikan kerana pengorbanan yang telah diberikan oleh seorang ibu tidak ternilai harganya.

Katanya lagi, suami dan anak-anak juga harus menunjukkan penghargaan kepada ibu dan isteri walaupun, tidak diminta. Seorang ibu sentiasa melakukan sesuatu demi keluarganya dan sentiasa menginginkan yang terbaik untuk keluarga.

“Sebagai seorang ibu, menjaga keluarga adalah tanggungjawab dan saya tidak meminta sebarang balasan, cukuplah sekadar suami dan anak-anak mengucapkan terima kasih,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, anak adalah merupakan amanah dan seorang ibu juga wajib menjaga, membimbing anak-anaknya ke arah kebaikan dan menjadi seorang yang berguna.

Sementara itu, Yusnidar Adnan, 43, berpendapat walaupun sambutan Hari Ibu berasal dari Barat, namun ianya masih boleh disambut oleh masyarakat Islam sekiranya ianya diraikan dengan cara yang betul.

“Pengorbanan ibu wajar dihargai kerana seseorang ibu itu adalah insan yang amat penting dalam sesebuah keluarga.

“Bila sudah menjadi seorang ibu, baru kita tahu betapa besarnya jasa dan pengorbanan mereka kepada kita. Justeru, sekiranya kita masih mempunyai ibu, janganlah mensia-siakan mereka,” katanya.

Yusnidar berkata, ibu memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan modal insan yang berjaya dan mereka juga bertanggungjawab memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak.

Bagaimanapun katanya, peranan bapa juga sangat penting tetapi ibulah insan yang sering berdampingan dengan anak-anak serta sering mendahulukan keluarga daripada kepentingan diri sendiri.

Katanya lagi, kini peranan ibu tidak terhad kepada menjaga makan dan minum suami serta keluarga malah, terdapat juga ibu yang membantu menjana ekonomi keluarga untuk meringankan beban suami.

“Begitulah besarnya peranan yang dimainkan oleh seorang ibu dan bagi seorang ibu tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat suami dan anak-anak menghargai setiap apa yang saya lakukan untuk mereka,” kata Yusnidar.

Aktivti Exco pada 05/05/08 (malam): Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke 53 Persatuan Penjaja- Penjaja Klang Dan Pantai

In 1 on May 5, 2008 at 4:50 pm

Bertempat di Dewan Hokkien Klang satu majlis makan malam telah diadakan malam tadi anjuran Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga Kecil Klang Dan Pantai. Pengerusi Gabungan Persatuan Penjaja-penjaja Dan Peniaga Kecil Malaysia Datuk Ghai Soo Ming turut hadhir. Satu kutipan derma kilat tak rasmi telah dilaksanakan untuk mangsa penyakit leukemia.


Kelihatan Dr Mariah, ahli Parlimen Kota Raja, Dr Halimah dan …..

Aktiviti Exco pada 05/05/08: Menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Selangor di Dataran SUK

In 1 on May 5, 2008 at 4:40 pm

Pemandangan dari pentas hadapan: Kelihatan Kakitangan Jabatan-jabatan di Selangor termasuk PBT berhimpun di dataran SUK Shah Alam.


70% DISKAUN UNTUK DENDA CUKAI PINTU

In 1 on May 5, 2008 at 4:12 pm
Kerajaan Negeri Selangor dibawah kepemimpinan YAB Tan Sri Abdul Khalid dalam tempoh tak sampai tiga bulan mengumumkan lagi satu pakej “negara berkebajikan” apabila beliau menurunkan denda lewat pembayaran cukai pintu sehingga tujuh puluh peratus di semua PBT negeri Selangor. Pembayar cukai diberi tempoh hingga penghujung bulan Jun 2008 untuk berbuat demikian.

Menurut beliau dalam keadaan negeri Selangor masih memerlukan dana untuk tujuan kebersihan dan peningkatan prasarana, namun Selangor masih mampu berbuat demikian.


Pengurangan Denda Lewat Bayar Cukai Pintu







mbmpsj.jpg

Abdul Khalid dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim bersalaman dengan pegawai MPSJ selepas selesai majlis perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan Selangor di Dataran SUK , pagi semalam.



dsc_0104sm
Tan Sri Abdul Khalid menerima cenderamata daripada Yang Dipertua MPSJ,


Sumber Suara Selangor Maju


NOOR ALLIA KASSIM


SHAH ALAM, 5 Mei – Pembayar cukai pintu yang dikenakan denda akibat lewat membuat bayaran hanya perlu melangsaikan 30 peratus daripada jumlah denda mereka bermula esok.


Tawaran yang berkuatkuasa di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Selangor itu diberi kepada mereka yang mempunyai tunggakan denda setakat 31 Disember tahun lalu.

Pengumuman berkenaan dibuat Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Dataran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dekat sini pagi tadi.

Mengulas mengenainya dalam sidang media selepas itu, beliau berkata pengurangan sebanyak 70 peratus itu diberi sehingga 30 Jun ini.

Dalam tempoh itu juga, mereka yang lewat membuat bayaran cukai pintu bagi bulan Januari dan Februari tahun ini dikecualikan daripada membayar denda.

Tan Sri Abdul Khalid berkata walaupun langkah itu mengurangkan perolehan kerajaan negeri, ia menjadi satu galakan kepada pembayar cukai menunaikan tanggungjawab mereka.

“Saya tahu ia akan mengurangkan dana kita, tapi kita berharap dengan cara pembayaran yang cepat kita akan dapat kumpulan wang itu untuk digunakan memberi perkhidmatan kepada pejabat daerah atau majlis perbandaran,” katanya.

Beliau berkata wang berkenaan juga boleh digunakan bagi menjalankan program kebersihan dan meningkatkan prasarana.

Ditanya kemungkinan kerajaan negeri akan menurunkan bayaran cukai pintu pada masa depan beliau berkata perkara itu belum dapat dibuat.

“Kita belum dapat menurunkan cukai pintu sebab pembangunan ekonomi belum sampai tahap yang ingin kita majukan dan kita juga tengok banyak projek-projek perumahan yang akan berterusan.

“…jadi kita akan fikirkan kemudian, sebab saya tak nak bajet kita tidak cukup untuk menolong mereka (rakyat),” katanya.

Terdahulu Tan Sri Abdul Khalid dalam ucapannya pada majlis perhimpunan itu mahu Bahasa Melayu digunakan dengan betul dalam penulisan pelbagai bentuk dokumen pejabat.

Perhimpunan bulanan kali ini dihoskan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).-

PISANG MENJEJAKI SUFIAH AGAR TIDAK BERBUAH BERKALI-KALI

In PISANG, sufiah on May 5, 2008 at 2:44 am

Izinkan saya memberi sedikit ulasan tentang usaha PISANG yang murni ini. Syabas dan tahniah. Semoga berjaya. Saya telah memberi komentar kes Sufiah pada post bertarikh 04/03/08 dan 01/04/08 di bawah tajuk “Ratu Hadhari’s Fatwa: Sounds Familiar” dan “Penyakit berjangkit di Malaysia pada 2006″ dan sekali lagi pada 08 April 2008 bertajuk ” Lakukanlah jika anda tidak malu”. Di UK, kita ada MSD (Jabatan Pelajar Malaysia) dan ribuan pelajar peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah. Ada yang sudah beranak-penak di UK. Terdapat penduduk tetap orang Melayu yang telah bermustautin di sana. Kalau tak silap ingatan saya, ibu Sufiah merupakan bekas pensyarah UTM Skudai.

Juga jika tidak silap, Sufiah pernah dibiayai oleh kerajaan Malaysia tetapi memilih untuk tidak pulang ke Malaysia dan menetap di sana. Beberapa tahun yang lalu, hangat diperkatakan kononnya Sufiah telah “diculik” dan ada yang mengatakan beliau lari dari rumah. Pada awal bulanMac apabila kisah Sufiah meletup, beliau diberitakan pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang mualaf tetapi bercerai. Setelah bercerailah bermula segala-galanya.

Menurut dua orang anak saya dan seorang menantu yang menuntut di UK dan Eireland kisah Sufiah tidaklah begitu berprofil tinggi kerana masih ramai lagi “budak” Melayu yang dah hanyut dan lupa daratan belajar di Oxford , Cambridge, London dan sebagainya. Di UK, “syiar” Islam sudah sedia “terbilang dan gemilang”. Yang menjadi masalah ialah “syariat” Islam. Di sana masjid, musolla, wanita berpurdah, lelaki berserban berjubah dan sebagainya adalah perkara biasa. Tok syeikh Ikhwanul Muslimuun, para hafiz dan sekolah Islam cukup banyak.

PISANG, walaupun apa ada pada nama, saya fikir memang nak cari publisiti murahan. Maaf jika tersilap jangkaan. Walauapapun, teruskan usaha. Jikalau kita memiliki sumber terhad, kita harus bertindak menurut keutamaan, dahulukan yang penting dan segera serta mudah dan murah. Yang di hadapan mata kita utamakan dahulu. Agak berbeza jika PISANG ada agenda lain. Allah sahaja yang Mengetahui.

Khidmat rawatan Islam dapat sambutan

Sumber: MyMetro

KUALA LUMPUR: Adakah kejayaan Professional Islamic Support and Nurture Group (Pisang) bertentang mata dengan Sufiah Yusof satu petanda bekas pelajar pintar itu mampu diselamatkan untuk kembali ke pangkal jalan?

Inilah soalan yang kini bermain di fikiran orang ramai, dan apabila soalan serupa diajukan kepada Pengarah Perancangan dan Strategi Pisang, Hanafi Abdul Malek, jawapan diberinya penuh berdiplomatik.

“Insya-Allah, semuanya boleh berlaku dengan izin Allah. Yang penting, kita kena bertawakal iaitu berusaha dan berdoa kepada Allah.

“Mudah-mudahan dengan doa seluruh masyarakat Islam yang menyokong usaha kami, Sufiah boleh kita selamatkan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam.

Harian Metro kelmarin melaporkan, Pengerusi Pisang, Hamidi Abdul Rahman, yang juga Presiden Persatuan Melayu United Kingdom (UK) berkata, pihaknya berjaya berjumpa dengan Sufiah di satu lokasi yang dirahsiakan, baru-baru ini.

Menurut Hamidi, dalam pertemuan itu Sufiah memberitahu, dia memerlukan sedikit masa untuk memikirkan segala tawaran Pisang bagi mengeluarkannya daripada kancah pelacuran dan dia juga meletakkan syarat, iaitu bapanya, Farooq Yusof, 51, tidak boleh dibabitkan dalam apa jua urusan berkaitan.

Sementara itu, Hanafi juga menegaskan, jika ditakdirkan Allah bahawa Pisang tidak mampu membawa Sufiah kembali ke pangkal jalan, pihaknya tidak menganggap kehadiran mereka di London sebagai sia-sia atau pembaziran.

“Sebenarnya kami datang ke sini (London) bermatlamat serampang tiga mata. Pertama, untuk mencari dan membawa Sufiah kembali ke pangkal jalan, kedua memberi sokongan dan bantuan moral kepada ibu serta adik beradik Sufiah dan ketiga berdakwah kepada masyarakat bukan Islam di UK.

“Oleh itu, jika misi pertama kami (menyelamatkan Sufiah) ditakdirkan tidak berjaya, kami tetap bersyukur kerana dua lagi misi lain berjaya dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.

Hanafi berkata, dalam pertemuan dengan ibu Sufiah, Halimahton Yusof, 52, pada 23 April lalu, wanita berasal dari Muar, Johor itu sungguh gembira dan berbesar hati dengan kehadiran rombongan Pisang.

“Dia dan keluarganya bersendirian dalam menghadapi tohmahan serta pandangan serong masyarakat sekeliling. Kami memberinya semangat dan menawarkan apa jua bantuan yang dia perlukan.

“Dia sungguh gembira serta berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasibnya,” katanya.

Hanafi berkata, selain itu selama ada di London sejak 22 April lalu, Pisang berkesempatan membuka bilik operasi dengan menggunakan pejabat Persatuan Melayu UK di Oxford untuk menjalankan kaedah perubatan Islam kepada masyarakat setempat yang memerlukan.

“Alhamdulillah, sambutan yang kami terima sungguh memberangsangkan. Bukan saja orang Islam atau saudara baru, tetapi golongan bukan Islam turut datang untuk mendapatkan kepakaran kami dan kesempatan ini kami gunakan sepenuhnya untuk berdakwah serta menyebarkan risalah Islam kepada mereka.

“Kami juga sempat bertukar-tukar pendapat dengan pihak perubatan tempatan di Oxford untuk merawat pesakit psikiatrik, mental dan skizofenia, selain dijemput berceramah dan menyampaikan tazkirah pada golongan yang baru memeluk Islam,” katanya.

Menurut Hanafi, hasil maklum balas diterima, Pisang menerima banyak jemputan, termasuk ke Belanda dan Australia yang dijadualkan pada Julai depan.

“Oleh itu, adalah tidak tepat jika ada pihak berpendapat misi kami ke London gagal atau sia-sia kerana banyak manfaat lain yang kami peroleh, terutama dalam menyebarkan syiar Islam kepada masyarakat bukan Islam,” katanya.

Peristiwa bagai dirancang

Oleh TUAN ASRI TUAN HUSSEIN
asri@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Apabila sekumpulan aktivis yang menggelarkan diri mereka Professional Islamic Support and Nurture Group (Pisang) atau Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam, bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan bekas pelajar genius di London, Sufiah Yusof, daripada kancah pelacuran, maklum balas berbeza diterima daripada pelbagai pihak.

Ada yang menyokong dan ada juga menentang. Bagi yang menentang, alasan diberi ialah mengapa kita rakyat Malaysia bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan Sufiah, sedangkan ramai lagi ‘Sufiah’ di Malaysia tidak pernah diberi perhatian.

Turut dipersoalkan ialah kewarganegaraan Sufiah, 23, kerana wanita itu secara rasminya bukan warga Malaysia tapi cuma emaknya, Halimahton Yusof berasal dari Malaysia.

Begitupun, anggota Pisang, Hanafi Abdul Malek, yang ada di London sejak 22 April lalu dalam misi menyelamatkan Sufiah, meminta masyarakat Melayu Islam di Malaysia berpandangan lebih jauh dan jangan mudah membuat tuduhan melulu.

“Sebenarnya ini bukan sekadar soal seorang gadis bernama Sufiah, tapi ia soal Islam yang dihina dan diperlekehkan. Bagi saya, apa yang berlaku ke atas Sufiah adalah agenda terancang pihak Barat untuk menjatuhkan maruah Islam.

“Kita juga tidak sepatutnya dengan mudah menyalahkan ibu Sufiah, kononnya dia tidak pandai menjaga anak.

“Hakikatnya, apa yang berlaku ke atas ibu Sufiah juga boleh berlaku ke atas ibu lain di Malaysia, biarpun anak mereka tidak ada di London,” katanya melalui e-mel kepada Metro Ahad.

Berikut adalah kandungan penuh e-mel Hanafi yang juga Pengerusi Yayasan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim) untuk renungan masyarakat Melayu Islam di Malaysia:

“Assalamualaikum. Saya sekarang ada di United Kingdom (UK) bersama rakan, Trimizi Zainal dan Nor Azian Ab Rahman yang bekerjasama dengan Persatuan Melayu UK dalam usaha mencari dan menyelamatkan Sufiah.

Kami lakukan ini kerana menjalankan tanggungjawab yang Allah perintahkan kepada umat Islam, apabila kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu ubah dengan tangan (kuasa), lidah (lisan) dan hati (paling lemah).

Apa yang kita buat bila kita dengar kes Sufiah. Kita marah, kita maki, kita sedih dan kita hina, tapi apa yang kita buat? Kita hanya membuat hukuman pada perkara yang tak pasti.

Salah didik anaklah, salah itulah, salah inilah, macamlah kita tak ada salah. Mungkin betul, mungkin salah, mungkin berdosa, tapi jangan kita maki sebelum kita doa. Jangan kita hina sebelum kita cuba lakukan sesuatu.

Salahkah, berdosakah kalau kita buat solat hajat dan kita berdoa. Ingat, Allah itu adil. Hari ini kita kata pada orang. Esok bila Allah uji kita, baru tahu tinggi rendahnya langit.

Buat pengetahuan semua, saya sudah bertemu emak Sufiah, seorang ibu yang menitikberatkan soal agama dan sangat pengasih.

Dia kini kesedihan dan tertekan dengan pihak tertentu yang sentiasa berusaha mencari kelemahan yang boleh memalukan orang Islam.

Masyarakat di UK yang majoritinya bukan Islam sentiasa memandang sinis dan ketawa bila isu Sufiah heboh di UK. Pernahkah kita terfikir betapa hancur hati ibu Sufiah?

Selepas suami dituduh melakukan gangguan seks dan dijatuhi hukuman, tiga hari kemudian terpampang pula berita dan gambar Sufiah menjadi pelacur di dalam akhbar.

Semuanya bagai dirancang dan diatur. Bayangkan betapa hancur hatinya (Halimahton). Ibu mana sanggup melihat anaknya berbogel dan digelar pelacur.

Selain itu, mana ada pelacur bangga dengan kerjanya dan ditemuramah pula dalam TV.

Di UK punyalah ada banyak pelacur dan ramai juga yang lebih cantik daripada Sufiah, tapi kenapa mereka tawar Sufiah beribu-ribu pound untuk ditemuramah? Apa sebabnya? Bagi saya, sebab Sufiah orang Islam dan keluarganya juga Islam.

Kita perlu sedar, musuh Islam memang suka tengok orang Islam jadi pelacur dan pengganas. Kalau boleh, orang Islam yang genius semua mereka nak jadikan pelacur.

Kami dari Pisang cuba sedaya upaya untuk memastikan supaya Sufiah kembali ke pangkal jalan dan kami akan berusaha segala yang terdaya untuk memastikan semua pelajar Melayu di sini tidak menjadi seperti Sufiah.

Saya akui ramai lagi kes macam Sufiah di Malaysia, tapi di Malaysia ramai orang Islam, ada jabatan agama Islam, ada kerajaan Islam dan ada negara Islam. Saya yakin kerajaan boleh buat sesuatu.

Namun keluarga Sufiah di sini (UK) diserang dari segenap penjuru dengan pelbagai sindiran dan tohmahan. Mereka bersendirian menghadapinya, oleh itu kami datang untuk membantunya.

Permintaan saya bagi pihak Pisang, doakan kami dan doakan Sufiah. Buatlah solat hajat, tak berdosa kalau kita berusaha menolongnya. Jangan pemalas dan usah sombong. Sekian, terima kasih.”

PULANG KE RAHMATULLAH AKHIRNYA TAN SRI NASIMUDDIN

In 1 on May 5, 2008 at 2:18 am

Takziah diucapkan kepada balu dan seluruh ahli keluarga Allayarham. Seorang lagi tokoh korporat tanah air meninggalkan kita. Pemergianmu dalam usia yang muda didoakan agar dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa.

Jenazah Nasimuddin tiba tengah hari ini

Sumber: MyMetro

KUALA LUMPUR: Jenazah pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.20 tengah hari ini dan bukan semalam seperti dilaporkan.

Abang sulung Nasimuddin, Datuk Sharifuddin, berkata jenazah adiknya akan diterbangkan dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH95, jam 1.40 pagi waktu tempatan.

“Saya menerima panggilan jam 6 pagi daripada anak perempuan Allahyarham yang memaklumkan jenazahnya sudah dimandi dan dikafankan serta disembahyangkan selepas solat Jumaat dan kini bersiap untuk diterbangkan ke Malaysia,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.

Nasimuddin, 53, meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Khamis pagi di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

SETAKAT BERI AIR PERCUMA SAHAJA: MB SELANGOR

In 1 on May 5, 2008 at 2:01 am

Menurut YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid kerajaan negeri hanya mengkotakan janji/manifesto PRU 12 untuk memberi air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada semua isi rumah mulai bulan depan. Setakat ini tiada keputusan dibuat mengenai pengambilalihan SYABAS. Syabas dan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor. Elakkan pembaziran air. Peliharalah alam sekitar serta sungai kita. Hargailah nikmat Allah serta kurniaNya yang tidak terhingga.

“Telah nyata berlaku kerosakan di darat dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar” Ar Ruum:41

Hanya keputusan beri air percuma, bukan beli Syabas – Abdul Khalid


OLEH ROSLAN BIAN
Sumber Agenda Selangor
SHAH ALAM, Ahad 4 Mei : Kerajaan Negeri Selangor belum membuat sebarang keputusan mengenai air di Selangor kecuali usaha melaksanakan bekalan air bersih percuma 20 meter padu pertama kepada semua isi rumah di negeri itu, mulai bulan depan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa buat kajian jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan pengguna mendapat kebaikan daripada pengurusan air di Selangor.

Kerajaan negeri juga katanya, belum membuat sebarang keputusan berhubung hasrat mengambil alih pentadbiran Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mengurangkan kos pembayaran air kepada syarikat itu.

“Kerajaan negeri belum buat apa-apa kenyataan mengenai perkara itu (pembelian Syabas). Kita hanya buat kenyataan bahawa kita telah menulis kepada Syabas dan Puncak Niaga dalam usaha untuk laksanakan air percuma,” katanya,

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan Ke-3 di sini hari ini.

Abdul Khalid dimintamengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kebudayaan Negeri, Dr. Rodziah Ismail yang disiarkan sebuah akhbar harian tabloid hari ini mengenai hasrat kerajaan negeri Selangor membeli Syabas bagi mengurangkan kos pembayaran air kepada syarikat itu.

Dr. Rodziah dilaporkan berkata hasrat itu disuarakan setelah kerajaan negeri kini menyedari punca kenaikan harga air adalah disebabkan pengendalian daripada pihak pengurusan yang dikatakan tidak cekap.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada kenyataan beliau itu secara tidak langsung menafikan kenyataan Rodziah, Abdul Khalid berkata:” Tidak ada, bukan saya menafikan.

“Kita kerajaan negeri memang sentiasa buat kajian jangka pendek dan panjang mengenai cara terbaik untuk memastikan supaya pengguna air di Selangor dapat kebaikan daripada pengurusan air di Selangor.”

Mengenai kenyataan Dr, Rodziah bahawa anggaran bayaran yang perlu dibayar kepada Syabas untuk 20 meter padu air secara percuma itu ialah kira-kira RM4 juta sebulan, Abdul Khalid berkata: “Belum ada kira-kira yang tepat.”

BELA NASI PEKERJA: LIMA NEGERI BERSEPAKAT

In 1 on May 5, 2008 at 1:22 am

Suatu hasrat dan cita-cita murni dari pemimpin 5 negeri di bawah pemerintahan PR. Semua orang boleh bercakap mengenai modal insan tetapi insan yang berkorban dan merupakan modal kepada syarikat dan negara tidak terbela nasib mereka. Pekerja adalah ibarat angsa yang mengeluarkan telur emas. Setiap hari sang angsa hanya bertelur sebiji telur emas sahaja. Petani kena beri makan dan menjaga sang angsa istimewa ini jika inginkan bekalan telur emas yang berterusan. Begitu juga para pekerja.

Semua pihak terutama Kerajaan Pusat mahukan pekerja yang produktif, inovatif serta kompetitif tetapi hidup pekerja terhimpit dan tersepit.

Lima negeri Pakatan Rakyat sepakat bela nasib pekerja
News

SHAH ALAM, 4 Mei- Lima buah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat bertekad akan membangunkan kesejahteraan kaum pekerja dengan membawa arus perubahan dan menjana pembangunan supaya para pekerja dapat menikmati proses pendemokrasian tulen.

Pemerintah dan majikan perlu adil dan telus dalam melaksanakan kewajipan sosial masing-masing tanpa menabur sebarang janji-janji kosong kepada para pekerja kerana ia akan menambahkan ketidakpercayaan pekerja terhadap majikan berkenaan.

Tiga Menteri Besar dan dua Timbalan Menteri Besar telah bersepakat untuk menaikkan martabat para pekerja yang didiskriminasi selama 50 tahun sejak BN memerintah negara.

Kesepakatan itu dilaungkan dalam perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan ke-3 `Memperkasakan Kaum Pekerja’ yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam, pagi tadi.

Menteri Besar yang hadir, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim (Selangor); Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (Perak); Exco Kerajaan Negeri Kelantan; Dato’ Paduka Husam Musa; Timbalan Menteri Besar Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin dan Exco negeri Kedah, IR Fakhrul Rozi.

Turut hadir Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood dan Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamad.

Dalam ucapan Tan Sri Khalid,beliau menjelaskan bahawa kerajaan Selangor sedang merancang melaksanakan cuti bersalin selama 90 hari bagi pekerja wanita disamping cuti tambahan bagi suami tidak lebih 10 hari.

Berhubung dengan gaji minimum katanya, kerajaan negeri sedang mengkaji supaya pekerja yang sudah bertugas lebih lima tahun dibayar gaji tidak kurang RM1500 sebulan dan dasar baru akan dilaksanakan iaitu pekerja perlu mendapat gaji permulaan RM1500 sebulan.

Menurut beliau,ini berikutan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor menyedari rakyat tidak cukup dengan jumlah gaji minimum sebulan untuk menampung kehidupan dalam senario harga barangan melambung naik.

Dalam program tersebut di sebelah petang turut diadakan dialog antara Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS, Mohd Anuar Tahir dan Syed Shahir.

Dailog tersebut mendapat sambutan membanggakan di kalangan peserta yang hadir dan kebanyakan mereka meminta kerajaan Pakatan Rakyat sepakat untuk membela nasib pekerja bawahan yang tertindas selama berada di bawah pemerintahan BN.

Program ditutup dengan ucapan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat merangkap Menteri Besar Kelantan.

Aktiviti Exco pada 04/05/08: Menghadiri "PERHIMPUNAN PEKERJA 2008 & WACANA KEBANGSAAN KE-3"

In 1 on May 5, 2008 at 12:47 am

LAJNAH PEKERJA DAN PENEROKA BANDAR PAS PUSAT TELAH MENGANJURKAN

PERHIMPUNAN PEKERJA 2008 & WACANA KEBANGSAAN KE-3 PADA 4 HB MEI 2008

BERTEMPAT DI STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR DARI JAM 8.00 PAGI -

5.00 PTG BERTEMAKAN “MEMPERKASAKAN KAUM PEKERJA”.


Exco Pembangunan Modal Insan sampai setelah merasmikan Karnival Sukan PAST Edu-Kid.
Kudapan.
Kudapan
Saling bertukar-tukar “calling card”

Kelihatan YAB Tan Sri MB Selangor, Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar Sdr Mohd Anuar Tahir, Exco Kerajaan Kelantan YB Dato’ Paduka Husam Musa, Exco Kedah Ir Fakhrul Razi dan ….
Kelihatan Saudara Naib Presiden PAS Hj Mohamad Sabu dan Presiden MTUC Saudara Syed Shahir.

Sebahagian dari peserta Perhimpunan Pekerja
Presiden MTUC sedang berucap.
Kelihatan Naib Presiden PAS dan Exco Negeri Kedah
Saudara Mohd Anuar Tahir sedang berucap.
Mursyidul Am PAS sedang Berucap.

Tuan Guru Mursyidul Am PAS berdoa sambil diaminkan oleh hadirin dan hadhirat sekaligus Menutup Majlis pada hari bersejarah ini.

Aktiviti Exco pada 04/05/08: Menghadiri "PERHIMPUNAN PEKERJA 2008 & WACANA KEBANGSAAN KE-3"

In 1 on May 5, 2008 at 12:47 am

LAJNAH PEKERJA DAN PENEROKA BANDAR PAS PUSAT TELAH MENGANJURKAN

PERHIMPUNAN PEKERJA 2008 & WACANA KEBANGSAAN KE-3 PADA 4 HB MEI 2008

BERTEMPAT DI STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR DARI JAM 8.00 PAGI -

5.00 PTG BERTEMAKAN “MEMPERKASAKAN KAUM PEKERJA”.


Exco Pembangunan Modal Insan sampai setelah merasmikan Karnival Sukan PAST Edu-Kid.
Kudapan.
Kudapan
Saling bertukar-tukar “calling card”

Kelihatan YAB Tan Sri MB Selangor, Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar Sdr Mohd Anuar Tahir, Exco Kerajaan Kelantan YB Dato’ Paduka Husam Musa, Exco Kedah Ir Fakhrul Razi dan ….
Kelihatan Saudara Naib Presiden PAS Hj Mohamad Sabu dan Presiden MTUC Saudara Syed Shahir.

Sebahagian dari peserta Perhimpunan Pekerja
Presiden MTUC sedang berucap.
Kelihatan Naib Presiden PAS dan Exco Negeri Kedah
Saudara Mohd Anuar Tahir sedang berucap.
Mursyidul Am PAS sedang Berucap.

Tuan Guru Mursyidul Am PAS berdoa sambil diaminkan oleh hadirin dan hadhirat sekaligus Menutup Majlis pada hari bersejarah ini.

Aktiviti Exco pada 04/05/08: Perasmian Karnival Sukan Tahunan PASTI EKAA Bdr Puncak Alam

In 1 on May 5, 2008 at 12:28 am

PASTI EDU-KIDS AL-AMIN Bandar Puncak Alam Selangor telah melangsungkan karnival sukan tahunan pada 4hb Mei 2008 bertempat di Padang Impiana Puncak Alam.
Meniup wisel menanda bermulanya Karnival Sukan.

Ibubapa dan orang ramai yang datang menyaksikan Karnival

Perbarisan Tabik Hormat “Kontingen Peserta Rumah-Rumah”.
Ucapan Perasmian.

Penyampaian Cenderahati dari Urusetia Karnival.

Aktiviti Exco pada 04/05/08: Perasmian Karnival Sukan Tahunan PASTI EKAA Bdr Puncak Alam

In 1 on May 5, 2008 at 12:28 am

PASTI EDU-KIDS AL-AMIN Bandar Puncak Alam Selangor telah melangsungkan karnival sukan tahunan pada 4hb Mei 2008 bertempat di Padang Impiana Puncak Alam.
Meniup wisel menanda bermulanya Karnival Sukan.

Ibubapa dan orang ramai yang datang menyaksikan Karnival

Perbarisan Tabik Hormat “Kontingen Peserta Rumah-Rumah”.
Ucapan Perasmian.

Penyampaian Cenderahati dari Urusetia Karnival.