drhalimahali

Archive for May 6th, 2008

Aktiviti Exco Pendidikan pada 06/05/08: Perbincangan Bersama Bhg Pendidikan JAIS dan Modal Insan MAIS

In 1 on May 6, 2008 at 7:23 pm

Kelihatan Ust Amir, Exco Pendidikan, YB Dr Yunus, Pembantu Khas Exco Pendidikan, Ust Rabih.
Taklimat sedang berjalan.
Sebahagian dari Pegawai JAIS dan MAIS.

Aktiviti Exco Pendidikan pada 06/05/08: Sesi Motivasi dan Perasmian Penutup Minggu Apresiasi Siswa (MAS) & ESQ

In 1 on May 6, 2008 at 7:05 pm

Bersempena dengan MAS untuk pelajar baru Unisel, Stu sesi motivasi dan ESQ telah dijalankan dan majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr Hassan Mohd Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, adat Melayu, Infra dan Kemudahan Awam.

Ketibaan YB Dato’ Dr Hasaan.

Sesi Motivasi dan Perasmian Penutup Majlis MAS.
Dato’ Dr Hassan menerima cenderahati dari Prof Dato’ Mohd Razali Agus.

TERTIPU HIDUP-HIDUP LAGI

In 1 on May 6, 2008 at 6:07 pm

Kebanyakan mangsa adalah mereka yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di institusi pengajian tinggi perubatan di India dan Russia. Terus terang saya nyatakan bahawa ramai pelajar dan ibu bapa terdesak untuk mendaftar di Sekolah Perubatan walhal mereka tidak mengambil aliran sains tulen semasa di peringakt SPM. Beberapa buah Universiti di India dan Russia tidak menjadikan mata pelajaran sains tulen sebagai prasyarat untuk mendaftar di fakulti perubatan. Universiti sebegini lazimnya mengambil “capitation money” iaitu mengenakan caj atau tusyen fi untuk keseluruhan pengajian sama ada lima atau enam tahun dan perlu dibayar semasa pendaftaran tahun pertama. O ya. Kadang-kadang kelulusan dan ijazah sudah berada dalam genggaman pada tahun pertama lagi. Ini yang dikatakan “kelulusan terjamin” tetapi pengiktirafan oleh JPA dan MMC “tertangguh”.

“Oleh demikian, kepada ibu bapa yang teringin menghantar anak ke luar negara hendaklah berhati-hati dan jangan terlalu ghairah kecuali berusaha memastikan tempat anak mereka melalui saluran betul, termasuk latar belakang agensi yang membuat tawaran perlu disiasat terlebih dahulu” menurut Mohd Sofi Razak dari MyMetro.

Bagaimana cara menyiasat: (i) Hubungi Jabatan Pelajar Luar Negara Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya. (ii) Hubungi Wisma Putra (iii) Hubungi Malaysian Medial Council untuk pengesahan pengiktirafan (iv) Hubungi Jabatan Perkhidmatan Awam atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (v) Hubungi Agensi Kelayakan Malaysia (dahulunya dikenali sebagai LAN-lembaga Akreditasi Negara).

Minda: Elak perangkap IPT palsu

Oleh Mohamad Sofee Razak
am@hmetro.com.my

LEPASAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mendapat keputusan cemerlang, sudah tentu tempat mereka di universiti lebih terjamin berbanding mereka yang mendapat keputusan sekadar ‘cukup makan’.

Biarpun begitu, tidak semua pelajar cemerlang SPM memilih untuk melanjutkan pelajaran ke pusat matrikulasi dan persediaan universiti saja, malah segelintir berminat mengambil STPM sebelum menjejakkan kaki ke menara gading.

Ada juga lebih berminat dan berkemampuan untuk mengambil diploma di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sebelum memohon peringkat lebih tinggi sama ada di IPT dalam dan luar negara.

Pertambahan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kebanjiran IPTS sejak dahulu lagi menyediakan prasarana dan sistem pendidikan tinggi berkualiti dan terbaik di negara kita.
Tambahan pula terdapat banyak IPT swasta yang mengadakan usaha sama dengan universiti besar luar negara dan beberapa buah universiti ternama dunia yang membuka cawangan di Malaysia.

Kemudahan serta peluang yang ada membolehkan pelajar tempatan tidak lagi perlu ke luar negara untuk mendapat ijazah dari universiti luar negara, sekali gus menjimatkan kos pengajian.

Negara secara tidak langsung dapat mengurangkan kos penghantaran dan pembiayaan pembelajaran di luar negara dan ibu bapa boleh merancang perbelanjaan pengajian anak secara lebih berkesan.

Ini membuktikan bahawa Malaysia mempunyai sistem pengajian tinggi setanding dengan negara luar dan mampu menjadi hub pendidikan tinggi global pada masa hadapan melihat kepada pertambahan pelajar luar negara setiap tahun.

Namun begitu perlu diingatkan pihak polis baru-baru ini mendedahkan kegiatan beberapa sindiket dan agensi yang memperdayakan pelajar lepasan SPM dan STPM dengan menawarkan pelbagai peluang menuntut di universiti luar negara.

Tawaran itu biasanya diiklankan di akhbar, menerusi panggilan telefon atau internet di mana bagi mereka berminat dikehendaki membayar tidak kurang RM70,000 seorang bagi memastikan tempat di universiti berkenaan.

Jumlah yang diminta begitu tinggi tetapi terdapat ramai ibu bapa yang terpedaya demi masa hadapan anak dan berpeluang mendapat pendidikan di luar negara.

Kebanyakan mangsa adalah mereka yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di institusi pengajian tinggi perubatan di India dan Russia.

Mereka hanya menyedari taktik dan penipuan itu apabila menerima surat tawaran palsu dan tidak sah dari universiti itu.

Bahkan universiti itu tidak pernah wujud di negara terbabit atau menyediakan kursus perubatan seperti yang didakwa.

Oleh demikian, kepada ibu bapa yang teringin menghantar anak ke luar negara hendaklah berhati-hati dan jangan terlalu ghairah kecuali berusaha memastikan tempat anak mereka melalui saluran betul, termasuk latar belakang agensi yang membuat tawaran perlu disiasat terlebih dahulu.

Ini boleh dirujuk terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi kepastian dan status sesebuah universiti di luar negara.

Tidak semua universiti di luar negara berkualiti, lengkap dan mampu menyediakan peluang pendidikan tinggi yang sempurna.

Pelajar dan ibu bapa diminta tidak terpedaya dengan pelbagai tawaran yang diiklankan oleh ejen atau sindiket yang menjadi dalang kepada universiti palsu itu.

Di samping itu, ibu bapa dan pelajar perlu memastikan universiti yang ingin dimasuki atau kursus yang diambil mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan sebagainya kerana jika tidak diiktiraf maka ijazah atau sijil yang dimiliki kelak sia-sia serta tidak boleh digunakan untuk memohon pekerjaan.

Malaysia juga mempunyai IPT kelas dunia, berkualiti dan berwibawa di samping tenaga pengajar berminda kelas pertama dan prasarana pendidikan setanding universiti terkenal dunia.

Untuk itu, bagi calon yang tidak berpeluang ke luar negara, IPT tempatan menyediakan sistem pendidikan tinggi terbaik ke arah melahirkan modal insan unggul.

Mereka tidak sepatutnya berasa malu dan kecewa jika tidak berpeluang menyambung pelajaran di luar negara kerana peluang pekerjaan di negara ini terbuka kepada semua lepasan universiti tempatan dan luar negara.

Apa yang penting kelulusan, kelayakan dan kebolehan diutamakan, bukannya universiti yang pernah dimasuki.

Sebenarnya, lulusan universiti tempatan lebih diberikan keutamaan dan kelebihan seperti lepasan undang-undang, perubatan, perakaunan, seni bina dan kejuruteraan memandangkan skop dan latihan yang diterima lebih sesuai serta memenuhi syarat dengan keperluan dalam negara.

Sebagai contoh lepasan undang-undang universiti luar negara perlu lulus peperiksaan sijil amalan guaman (CLP) sebelum boleh menjalani latihan dalam kamar selama sembilan bulan dan kemudian barulah boleh diterima sebagai peguam bela dan peguam cara.

Keadaan dan prosedur yang hampir sama turut dikenakan kepada lulusan perubatan dan seni bina dari universiti luar negara.

Amalan dan latihan yang diterima di luar negara berbeza dengan pelajar universiti tempatan.

Di samping itu, hampir semua universiti awam dan swasta menggunakan bahasa Inggeris, ramai pelajar luar negara menyambung belajar di negara ini menjadikan suasana pembelajaran sama dan tidak ada kekurangan sedikit pun berbanding belajar di luar negara.

Agak janggal apabila orang luar berpusu-pusu datang belajar ke Malaysia sedangkan kita sibuk memohon belajar di luar negara.

Lepasan SPM, STPM dan diploma perlu berbangga belajar di negara sendiri dan membuktikan bahawa produk universiti tempatan mampu menandingi produk universiti luar negara.

PENDAPATAN LUMAYAN SEORANG PELAJAR TEMPATAN

In 1 on May 6, 2008 at 5:41 pm

Pendedahan yang dibuat oleh Harian Metro Sabtu lalu cukup sensasi dan ngeri. Ini kerana belum selesai kes Sufiah di UK, di Terengganu timbul satu kes lagi. Biasanya, pakar epidemiologi atau sosiologi menegaskan bahawa setiap kes yang terbongkar atau dikesan dan diketahui umum, terdapat lagi 80% ke 90% kes yang wujud tetapi belum atau tidak boleh dikesan atau dibuktikan. Ini bermakna pelajar di Malaysia yang terlibat dengan “penjualan tubuh” mungkin ramai jika berpandukan kepada apa yang dipanggil phenomena ” hujung aisberg/ bongkah ais”. Saya telah mengulas masalah ini di post bertajuk “Ratu Hadhari’s Fatwa: Sounds Familiar” bertarikh 01 April 2008.

Jabatan Pelajaran minta laporan

Sumber: MyMetro

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pelajaran negeri diarah segera mengemukakan laporan lengkap mengenai kes seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di negeri ini yang didakwa terbabit dengan kegiatan menjual tubuh sejak tiga tahun lalu hingga mempunyai simpanan lebih RM80,000.

Pengerusi Jawatan kuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihak berkaitan termasuk pengurusan sekolah yang mempunyai maklumat kes itu tidak sepatutnya merahsiakan daripada kerajaan negeri dengan alasan menjaga nama baik sekolah dan keluarga pelajar terbabit.

Menurutnya, kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan mempunyai kaedah tertentu bagi mendidik pelajar terbabit supaya menghentikan kegiatan itu jika laporan mengenainya dimaklumkan lebih awal, apatah lagi pelajar berkenaan dikategorikan pelajar cemerlang.

“Kita hanya menerima maklumat mengenai kegiatan pelajar itu selepas didedahkan media massa dan kita meminta Jabatan Pelajaran negeri menjalankan siasatan terperinci serta mengemukakan laporan segera.

“Setakat ini, kita masih menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Pelajaran negeri sebelum memutuskan tindakan dan kaedah yang perlu dilakukan, “ katanya ketika ditemui selepas Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Sabtu lalu, Harian Metro mendedahkan kes seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di negeri ini yang dikatakan mampu memperolehi sehingga RM12,000 semalam hasil kegiatan menjual tubuh di ibu negara yang sudah dilakukannya sejak tiga tahun lalu.

Rahsia pelajar terbabit terbongkar apabila dia dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara selepas kemaluannya cedera.

Aktiviti Exco Pendidikan pada 06/05/08: Perasmian Minggu Apresiasi Siswa (MAS) & ESQ

In 1 on May 6, 2008 at 5:10 pm

Universiti Industri Selangor (Unisel) sedang mengadakan hari pendaftaran Pelajar baru dari 4hb hingga 8hb Mei 2008. Sehubungan dengan itu majlis perasmian Minggu Appresiasi Siswa (MAS) telah diadakan pada jam 0200 ptg 06hb Mei 2008 bertempat di Dewan Serbaguna Unisel Kampus Satelit Sek 7 Shah Alam.
Ucapan Perasmian MAS.
Perasmi menerima cenderahati dari Y, Bhg Dato’ Naib Canselor Unisel.
Bergambar bersama kakitangan Unisel dan para Pegawai MAS 2008.

RTM VS RAJA PETRA

In 1 on May 6, 2008 at 4:37 pm

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=CFtI3J9VdZQ&hl=en">

RAJA PETRA PREFERS JAIL OVER BAIL

In 1 on May 6, 2008 at 4:28 pm

The same fate awaits you and I. What should you and I do? Several options come across my mind instantly. “Tap your chest and ask your appetite” goes the Malay proverb. Our appetite varies from day to day. Today one may like to eat satay. Tomorrow one may prefer chapati over tosei. But one’s principle in life should not change as often as one’s appetite or the weather. Good on you RPK.

PETALING JAYA (May 6, 2008):

Source: Sun2Surf

Police today slapped sedition charges on a blogger and an author, setting the stage for sensational trials later in the year.

The two men are Malaysia Today webmaster Raja Petra Raja Kamarudin and businessman and writer Syed Akbar Ali who had allegedly posted seditious remarks on the former’s website. Both pleaded not guilty.

Raja Petra was charged in a sessions court here under Section 4(1)(c) of the Sedition Act 1948 with publishing a seditious article titled “Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell” in his blog www.malaysia-today.net on April 25. He allegedly committed the offence in his house, No. 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

The 58-year-old charismatic blogger caused a stir when he refused to take up judge Nurmala Salim’s bail offer of RM5,000, choosing instead to go to Sungai Buloh prison, until the trial fixed for Oct 6-10.

If found guilty, Raja Petra can be jailed a maximum of three years and/or face a fine of up to RM5,000.

Raja Petra was represented by a six lawyers – Bukit Gelugor MP Karpal Singh, K. Balaguru, PKR’s Selayang MP William Leong, J. Chandra, DAP’s Segambut MP Lim Lip Eng and Jeswinderjit Singh.

His prosecution was a media event at the court, with blogger friends and Pakatan Rakyat politicians supporting him. Among those who turned up were Parti Keadilan Rakyat (PKR) president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ipoh Timur MP Lim Kit Siang and Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar.

Raja Petra had hours earlier turned up at the Duta Court Complex, where he was told to be by the police. However, after waiting for more than an hour, he received a call on his handphone from the police telling him to go to the PJ sessions court instead.

Raja Petra was vocal in condemning the sedition charge, saying that there was nothing to be worried about.

“I have been asked if this sedition charge is part of a war on bloggers. We bloggers declared war on the government four years ago. So it is not the government who has declared war on us. We want to change the government,” said Raja Petra, who added that he was expecting to be charged.

He was detained under the Internal Security Act in 2001, and released the same year.

His departure to Sungai Buloh prison was met with bloggers shouting “Makkal Sathi”, “Reformasi” and “Suara Petra, Suara Malaysia”.

Raja Petra’s website issued a call for donation of RM1 per person to his legal aid fund. At 6.45pm, RM24,500 had been credited to his CIMB bank account, and the fund had collected an additional US$3,283.61 through a Paypal account. It has been closed since.

Meanwhile, Syed Akbar was charged in a Kuala Lumpur sessions court with publishing seditious remarks in the comment section of an article in the Malaysia Today website.

He allegedly committed the offence in the premises of Zeenath Begum Jewellers Sdn Bhd, No. 2007, Jalan Masjid India, here at 2.59pm on June 5, 2007.

The comment with the heading “It is easy to impress the Malays” was made on an article titled “Malaysia’s Organised Crime Syndicate: All Roads Lead to Putrajaya” published by blogger Raja Petra Raja Kamarudin who maintains the website.

The 48-year-old father of two was charged under the same section.

Syed Akbar, a former banker who now runs a business with his wife on Jalan Masjid India, was represented by counsel Ashok Kandiah, Haris Ibrahim and Malik Imtiaz Sarwar, Bernama reported.

Deputy Public Prosecutor Ishak Yusof, assisted by Hanafiah Zakaria, recommended to the court for him to be allowed bail of RM5,000 but Ashok pleaded for a lower amount.

Judge S. M. Komathy Suppiah set bail at RM3,000 with one surety and fixed June 10 to hear submissions by both parties on a preliminary objection raised by the defence who claimed that the charge was groundless at the start of the proceedings.

Syed Akhbar’s wife posted the bail.

Bar shocked over Raja Petra’s prosecution

PETALING JAYA (May 6, 2008): The Bar Council today expressed shocked and disappointment today over the government’s decision to charge Malaysia Today webmaster Raja Petra Kamaruddin with sedition.

Calling the Sedition Act 1948 an “archaic legislation which should be repealed”, its president Datuk Ambiga Sreenevasan said the Act was incompatible with Malaysian society.

“The Sedition Act is a draconian, archaic and repressive piece of legislation that has long outlived any perceived utility it may ever have had. It is incompatible with the progressive, open and democratic society that we had believed Malaysia was becoming,” she said, adding that the use of such law was disconcerting and lends credence to the view that in fact the democratic space in Malaysia is still severely curtailed.

“The Sedition Act and other authoritarian laws represent a severe encroachment on the fundamental freedoms enshrined in our Constitution. These fundamental civil liberties are indisputable hallmarks of any democracy and must be safeguarded if Malaysia is to lay any claim to being a democratic nation.”

She said the use of the Act was incompatible with the Home Ministry’s recently-announced intention to loosen the annual licensing requirements for newspapers.

“The Bar Council had hoped that this signalled the first of many reforms that would herald a new era of openness and transparency.”

She said the government should repeal the repressive legislation and focus instead on encouraging open discourse on issues of concern.

She said the council asked that the authorities immediately withdraw the charge against Raja Petra.


EKSKLUSIF Bersama Dr. Halimah Ali ADUN Selat Kelang @ TV PAS

In ADUN SELAT KLANG, EXCO PENDIDIKAN MODAL INSAN on May 6, 2008 at 2:21 am

SETIAP HARI ADALAH HARI UNTUK IBU KITA

In 1 on May 6, 2008 at 1:07 am

Dipaparkan klip video utube di bawah ini sebagai peringatan untuk kita, andaikata ada di antara kita yang sudah lupa asal usulnya dan siapa yang membesarkannya….
Video klip di bawah ini anggaplah sebagai bahan ilmiah serta pendidikan dan bukan bahan lucah untuk tontonan.

Sambutan Hari Ibu yang dijadualkan jatuh pada tanggal 11hb Mei akan datang hendaknya tidak dikomersilkan; bukan hari pembaziran. Seharusnya setiap individu merayakan hari ibu pada tanggal ia dilahirkan oleh ibunya (hari jadi).


Sambutan Hari Ibu wajar diraikan setiap tahun

Sumber:Sinar Harian

Insan yang bernama ibu adalah segala-galanya dalam sesebuah rumah tangga kerana mereka memainkan peranan penting dalam menentukan kesejahteraan sesebuah rumah tangga.

Menyedari hakikat itu, Hari Ibu diraikan pada setiap tahun sebagai tanda penghargaan ke atas pengorbanan dan jasa insan yang bergelar ibu.

Raja Azam Baezah Raja Mokhtar, 43, berpendapat, ibu wajar diraikan kerana pengorbanan yang telah diberikan oleh seorang ibu tidak ternilai harganya.

Katanya lagi, suami dan anak-anak juga harus menunjukkan penghargaan kepada ibu dan isteri walaupun, tidak diminta. Seorang ibu sentiasa melakukan sesuatu demi keluarganya dan sentiasa menginginkan yang terbaik untuk keluarga.

“Sebagai seorang ibu, menjaga keluarga adalah tanggungjawab dan saya tidak meminta sebarang balasan, cukuplah sekadar suami dan anak-anak mengucapkan terima kasih,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, anak adalah merupakan amanah dan seorang ibu juga wajib menjaga, membimbing anak-anaknya ke arah kebaikan dan menjadi seorang yang berguna.

Sementara itu, Yusnidar Adnan, 43, berpendapat walaupun sambutan Hari Ibu berasal dari Barat, namun ianya masih boleh disambut oleh masyarakat Islam sekiranya ianya diraikan dengan cara yang betul.

“Pengorbanan ibu wajar dihargai kerana seseorang ibu itu adalah insan yang amat penting dalam sesebuah keluarga.

“Bila sudah menjadi seorang ibu, baru kita tahu betapa besarnya jasa dan pengorbanan mereka kepada kita. Justeru, sekiranya kita masih mempunyai ibu, janganlah mensia-siakan mereka,” katanya.

Yusnidar berkata, ibu memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan modal insan yang berjaya dan mereka juga bertanggungjawab memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak.

Bagaimanapun katanya, peranan bapa juga sangat penting tetapi ibulah insan yang sering berdampingan dengan anak-anak serta sering mendahulukan keluarga daripada kepentingan diri sendiri.

Katanya lagi, kini peranan ibu tidak terhad kepada menjaga makan dan minum suami serta keluarga malah, terdapat juga ibu yang membantu menjana ekonomi keluarga untuk meringankan beban suami.

“Begitulah besarnya peranan yang dimainkan oleh seorang ibu dan bagi seorang ibu tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat suami dan anak-anak menghargai setiap apa yang saya lakukan untuk mereka,” kata Yusnidar.

Aktivti Exco pada 05/05/08 (malam): Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke 53 Persatuan Penjaja- Penjaja Klang Dan Pantai

In 1 on May 6, 2008 at 12:50 am

Bertempat di Dewan Hokkien Klang satu majlis makan malam telah diadakan malam tadi anjuran Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga Kecil Klang Dan Pantai. Pengerusi Gabungan Persatuan Penjaja-penjaja Dan Peniaga Kecil Malaysia Datuk Ghai Soo Ming turut hadhir. Satu kutipan derma kilat tak rasmi telah dilaksanakan untuk mangsa penyakit leukemia.


Kelihatan Dr Mariah, ahli Parlimen Kota Raja, Dr Halimah dan …..

Aktivti Exco pada 05/05/08 (malam): Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke 53 Persatuan Penjaja- Penjaja Klang Dan Pantai

In 1 on May 6, 2008 at 12:50 am

Bertempat di Dewan Hokkien Klang satu majlis makan malam telah diadakan malam tadi anjuran Persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga Kecil Klang Dan Pantai. Pengerusi Gabungan Persatuan Penjaja-penjaja Dan Peniaga Kecil Malaysia Datuk Ghai Soo Ming turut hadhir. Satu kutipan derma kilat tak rasmi telah dilaksanakan untuk mangsa penyakit leukemia.


Kelihatan Dr Mariah, ahli Parlimen Kota Raja, Dr Halimah dan …..

Aktiviti Exco pada 05/05/08: Menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Selangor di Dataran SUK

In 1 on May 6, 2008 at 12:40 am

Pemandangan dari pentas hadapan: Kelihatan Kakitangan Jabatan-jabatan di Selangor termasuk PBT berhimpun di dataran SUK Shah Alam.


Aktiviti Exco pada 05/05/08: Menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Selangor di Dataran SUK

In 1 on May 6, 2008 at 12:40 am

Pemandangan dari pentas hadapan: Kelihatan Kakitangan Jabatan-jabatan di Selangor termasuk PBT berhimpun di dataran SUK Shah Alam.


Aktiviti Exco pada 05/05/08: Menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Selangor di Dataran SUK

In 1 on May 6, 2008 at 12:40 am

Pemandangan dari pentas hadapan: Kelihatan Kakitangan Jabatan-jabatan di Selangor termasuk PBT berhimpun di dataran SUK Shah Alam.


70% DISKAUN UNTUK DENDA CUKAI PINTU

In 1 on May 6, 2008 at 12:12 am
Kerajaan Negeri Selangor dibawah kepemimpinan YAB Tan Sri Abdul Khalid dalam tempoh tak sampai tiga bulan mengumumkan lagi satu pakej “negara berkebajikan” apabila beliau menurunkan denda lewat pembayaran cukai pintu sehingga tujuh puluh peratus di semua PBT negeri Selangor. Pembayar cukai diberi tempoh hingga penghujung bulan Jun 2008 untuk berbuat demikian.

Menurut beliau dalam keadaan negeri Selangor masih memerlukan dana untuk tujuan kebersihan dan peningkatan prasarana, namun Selangor masih mampu berbuat demikian.


Pengurangan Denda Lewat Bayar Cukai Pintu







mbmpsj.jpg

Abdul Khalid dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim bersalaman dengan pegawai MPSJ selepas selesai majlis perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan Selangor di Dataran SUK , pagi semalam.



dsc_0104sm
Tan Sri Abdul Khalid menerima cenderamata daripada Yang Dipertua MPSJ,


Sumber Suara Selangor Maju


NOOR ALLIA KASSIM


SHAH ALAM, 5 Mei – Pembayar cukai pintu yang dikenakan denda akibat lewat membuat bayaran hanya perlu melangsaikan 30 peratus daripada jumlah denda mereka bermula esok.


Tawaran yang berkuatkuasa di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Selangor itu diberi kepada mereka yang mempunyai tunggakan denda setakat 31 Disember tahun lalu.

Pengumuman berkenaan dibuat Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Dataran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dekat sini pagi tadi.

Mengulas mengenainya dalam sidang media selepas itu, beliau berkata pengurangan sebanyak 70 peratus itu diberi sehingga 30 Jun ini.

Dalam tempoh itu juga, mereka yang lewat membuat bayaran cukai pintu bagi bulan Januari dan Februari tahun ini dikecualikan daripada membayar denda.

Tan Sri Abdul Khalid berkata walaupun langkah itu mengurangkan perolehan kerajaan negeri, ia menjadi satu galakan kepada pembayar cukai menunaikan tanggungjawab mereka.

“Saya tahu ia akan mengurangkan dana kita, tapi kita berharap dengan cara pembayaran yang cepat kita akan dapat kumpulan wang itu untuk digunakan memberi perkhidmatan kepada pejabat daerah atau majlis perbandaran,” katanya.

Beliau berkata wang berkenaan juga boleh digunakan bagi menjalankan program kebersihan dan meningkatkan prasarana.

Ditanya kemungkinan kerajaan negeri akan menurunkan bayaran cukai pintu pada masa depan beliau berkata perkara itu belum dapat dibuat.

“Kita belum dapat menurunkan cukai pintu sebab pembangunan ekonomi belum sampai tahap yang ingin kita majukan dan kita juga tengok banyak projek-projek perumahan yang akan berterusan.

“…jadi kita akan fikirkan kemudian, sebab saya tak nak bajet kita tidak cukup untuk menolong mereka (rakyat),” katanya.

Terdahulu Tan Sri Abdul Khalid dalam ucapannya pada majlis perhimpunan itu mahu Bahasa Melayu digunakan dengan betul dalam penulisan pelbagai bentuk dokumen pejabat.

Perhimpunan bulanan kali ini dihoskan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).-