drhalimahali

Archive for May 9th, 2008

RM44,000 COLLECTED SO FAR FOR BLOGGER RPK

In 1 on May 9, 2008 at 8:36 pm

Only RM5000/= is required for the bail but instead the amount collected thus far from well wishers of RPK is ten times more. Well, that’s Malaysian.

Friday May 9, 2008

thestaronline

Wife wants Raja Petra home

By M. MAGESWARI

PETALING JAYA: “I want you home”. These four words from his wife helped Malaysia Today editor Raja Petra Kamarudin to change his mind and agree to bail being posted.

His wife Marina Lee Abdullah, 54, said she had sent a note with the words via a prison warder on Wednesday. He had refused to allow any visitors after being taken to the Sungai Buloh Prison on Tuesday.

“My note helped him agree to bail being posted,” she told reporters after handing over her bank passbook for RM5,000 to a Petaling Jaya Sessions Court interpreter at 2pm to process bail application for her spouse.

Fielding questions: Chandra responding to questions from reporters on his client’s bail application in Petaling Jaya yesterday. Beside him is Marina.

The mother of five said she was also relieved that Raja Petra, 58, was fine despite declining prison food for a day.

“I met him at 11am at Sungai Buloh Prison yesterday for 10 minutes. He told me on the telephone that he wanted to be out on bail,” she said.

Marina said Raja Petra also confirmed that he had a drink earlier in the morning.

“I did not waste much time there and rushed to the court to expedite the process of bail application,” she said.

She said her husband, who had on Tuesday claimed trial to sedition, only complained of having a backache.

Asked why Raja Petra had refused to see her twice on Wednesday, she said it could be because she could have dampened his resolve to refuse all meals.

Marina said that so far, RM44,000 (including the RM5,000 withdrawn for his bail) had been collected via a specially set up CIMB bank account through an online campaign.

“We will let Raja Petra decide what to do with the balance of the money. I heard another blogger will be given RM3,000 for his bail,” she added.

“There is general consensus for the money to be kept for other bloggers who may face any problem like this. We will also probably ask his readers to vote on what do with the money they had contributed.”

Marina also said that a bank officer contributed a ringgit to her husband’s bail fund when she was at an EON Bank branch to open a new account for Raja Petra as his bailor.

“I heard from my childhood friend that well-wishers from the court and others had given a ringgit each to raise RM152 for him,” she added.

At the court office, Marina filled up and passed the bail documents to an interpreter to process.

Sessions Court judge Nurmala Salim issued an order to produce Raja Petra today for his release. He will be released today after he has signed the documents for his release at the court’s bail counter.

His lawyer J. Chandra said Raja Petra would be brought to the court for his release at 9.45am.

“I met the judge in her chambers with a senior police officer at 2.30pm to try to expedite his release but she told me that they had to follow certain procedures,” he said.

COMBINED INCOME OF AT LEAST RM1.134 MILLION PER ANNUM

In 1 on May 9, 2008 at 8:23 pm

Someone better do something about it fast. It is daylight robbery of tax payers’ money. This state of affairs is inconceivable and ridiculous. Put a stop to this wastage and mismanagement.

thestaronline

Friday May 9, 2008

Zulkifli: Why are we supporting pensioners?

TWO advisers to the Prime Minister – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil on women and social development affairs and Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman on religious matters – and Tun Dr Mahathir Mohamad, who is adviser to Petronas, earn a combined RM1.134mil annually, said Zulkifli Noordin (PKR – Kulim Bandar Baru) at a press conference at the Parliament lobby yesterday.

He said that in a written reply to his question from the Prime Minister, it was revealed that Tun Dr Mahathir was paid RM15,000 a month.

He added that the written reply also revealed that Shahrizat earned RM33,727.20 a month or RM404,726.40, including allowances, annually, while religious affairs adviser Tan Sri Dr Abdul Hamid received RM27,163 a month.

“Another RM18,643.25 is spent on Hamid’s supporting staff, bringing the annual total of Hamid’s office to RM549,675 annually,” he said.

Zulkifli said that it was redundant to have the advisers as there was the Petronas board to advise the Prime Minister and ministers in the right portfolios to advise Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi on matters relating to religion, and women and social development affairs.

“Why are we supporting pensioners who are jobless?” he asked.

Earlier, he had raised this issue during the debate on the motion of thanks on the royal address by Ahmad Maslan (BN – Pontian), who was then speaking on hardcore poverty in the country.

“Isn’t it better to just give the money to the poor?” said Zulkifli.

WAWANCARA SUARA SELANGOR MAJU BERSAMA YAB TAN SRI KHALID

In 1 on May 9, 2008 at 5:51 pm
Tan Sri Abdul Khalid Mahu Gunakan Pengalaman Dalam Sektor Korporat Majukan Selangor




oleh Muriza Abd Hamid




Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lahir pada tahun 1946 di Jeram, Selangor dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.


Beliau pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan di Permodalan Nasional Berhad (PNB) termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan dan sehingga 2003 merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad.

Tan Sri Abdul Khalid yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 13 Mac lalu, adalah juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Merupakan Menteri Besar Selangor yang ke-14, menggantikan Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan menjadi menteri besar pertama bukan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN).

Wakil Suara Selangor Maju dan Berita Harian baru-baru ini berpeluang bertemu beliau di pejabatnya bagi mendapatkan komen dan pandangan berhubung perlantikan beliau sebagai Menteri Besar dan rancangan-rancangan yang akan diperkenalkan di Selangor. Ikuti temubual tersebut.

Sebelum ini Tan Sri pernah bekerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit, pegawai kewangan korporat dan jawatan tertinggi dalam PNB dan Guthrie. Bagaimana penerimaan Tan Sri setelah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor?


Saya rasa ini satu cabaran baru bagi saya tetapi akhirnya bagaimana kita boleh menggemblengkan kumpulan tenaga yang boleh menyokong kepimpinan kita untuk melaksanakan satu-satu visi dan program.


Pada saya adalah satu cabaran yang baru … bagaimana kita menyesuaikan diri kita untuk mereka sama-sama menyokong objektif kita.

Ada setengah tu doktor, ada setengah tu arkitek, setengah tu NGO (badan bukan kerajaan), bagaimana kamu hendak menggemblengkan kumpulan ini sebagai satu pasukan untuk bekerja di Selangor.

Jika dulu Tan Sri lebih kepada pentadbiran tapi sekarang ini sudah masuk politik, jadi apa pandangan Tan Sri berhubung perkara ini?

Politik pun perlu mempunyai pentadbiran yang efisien.


khalidintvw_001

Tan Sri selalu sebut dalam perjumpaan, Tan Sri bukan dari latar belakang politik. Kenapa Tan Sri berkata begitu?

Kita berpolitik untuk mencari penyelesaian rakyat. Dan mencari penyelesaian rakyat mesti diterjemahkan dengan program yang dapat menolong rakyat, program yang dapat menyelesaikan masalah rakyat.

Bagaimana mencari satu-satu idea baru yang boleh diketengahkan kepada rakyat dan program-program itu mesti diterjemahkan dengan cara proses pentadbiran. Kalau kita berpolitik hanya kita tanya ya kerana saya akan lakukan perkara–perkara ini, mesti ada administrative program.

Jadi kalau kita hanya satu saja yang kita boleh fikirkan janji tetapi tidak kita selesaikan maknanya kita akhir (nya) berpolitik dan masyarakat mungkin tidak percaya kepada orang politik yang mempunyai janji-janji yang tak boleh dimakbulkan atau ditunaikan.

Tan Sri, berbalik kepada perlantikan yang sepatutnya pada 22 Mac, tapi terlewat 2 hari. Ia sudah selesai tapi mungkin akan ada timbul sedikit masalah nanti?

Mesti ada kalau kita mencantumkan tiga kumpulan. Ketiga-tiga kumpulan itu mesti ada dia punya wastelist dan akhirnya kita akan dapat sesuaikan dengan kehendak mereka untuk tujuan bersama-sama bekerja untuk tujuan pembangunan.

Tapi yang paling saya rasa puas hati ialah orang-orang yang dipilih oleh parti-parti yang sepakat mempunyai latar belakang yang boleh kita ketengahkan umpamanya Teresa yang berkelulusan sarjana dalam sains politik kemudian Dato’ Dr Hassan Ali, memiliki sarjana sains perancangan bandar juga motivasi keagamaan dan ada yang dapat MBA, ada yang dapat engineering.

Malah ada yang berkelulusan dentist dan kesemuanya saya rasa mempunyai kepakaran dan kebolehan yang kita satukan untuk tujuan maklumat dan menolong kita mencapai cita-cita, objektif membangunkan Selangor dengan lebih baik lagi. Ada tiga daripada Pas, satu Dato’ Dr Hassan Ali, satu saudara Iskandar Abdul Samad yang mempunyai latar belakang arkitek. Manakala Dr Halimah Ali pula seorang doktor.

Dari segi pembahagian Melayu dengan bukan Melayu?

Pembahagian Melayu termasuk menteri besar, enam Melayu, empat Cina dan seorang India. Ia melambangkan struktur demografi di Selangor. Selangor mempunyai 52 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 10 peratus India.

Tan Sri, kalau kita lihat barisan Exco kebanyakan mereka datang dari kawasan urban, tidak ada betul-betul dari kawasan luar bandar. Apa pendapat Tan Sri?

Sebenarnya tidak ada non urban area di Selangor, dasar untuk kita memilih bukan dari mana dia datang tapi kebolehan dia sebab Selangor ni adalah sebuah negeri, maknanya bukan nak kata besar sangat. Kalau dari Shah Alam ke tempat-tempat lain lebih kurang satu jam, paling lama satu jam 20 minit dah sampai. Paling jauh Sabak Bernam. Saiz negeri tidak menjadi satu masalah.

Enam puluh peratus daripada Selangor juga adalah kawasan perbandaran. Jadi kalau orang kaji betul-betul (perkara ini). Klang saja ada hampir satu juta penduduk.

Pada saya, saya kena memilih orang yang boleh membawa masyarakat desa, masyarakat luar bandar ke bandar ataupun masih lagi mengekalkan keadaan luar bandar tetapi mempunyai ciri-ciri perbandaran.

Jadi maknanya ekonominya moden bukan saja boleh menanam tapi juga dari segi pembungkusan, dia boleh bawa lori, dia boleh eksport ke luar negeri apa semua. Kalau dia bela ikan, dia ada tempat nak salai ikan, ada tempat nak buat pembungkusan.

Soalan anda kenapa kita tak pilih orang-orang di sana, tak payah pilih sebab kita akan membawa orang-orang kita ini ke arah satu peringkat moden yg lebih urban. Moden tu perkataan tak berapa betul tapi urban.

Urban ini maknanya mempunyai kepadatan yang tinggi dan kemudahan prasarana yang cukup.

Bagaimana dengan jawatan Timbalan Menteri Besar?

Saya bersetuju dengan pandangan DYMM Sultan Selangor, buat masa ini yang perlu ialah menyediakan satu pasukan untuk mengurus negeri Selangor dan timbalan, bukan satu perkara atau kriteria yang terpenting dalam pengurusan tersebut.

Oleh yang demikian DYMM Sultan berpendapat buat kerja dahulu dan tahu macam mana selok belok. Kalau perlukan penambahan barulah kita boleh usahakan.

Jadi pada Tuanku, beliau tidak nampak keperluan buat masa sekarang dan saya setuju dengan pandangan itu.

Jadi pada pandangan Tan Sri perlu atau tidak jawatan Timbalan Menteri Besar?

Jawatan itu hanya menyelesaikan isu politik bukan menyelesaikan isu pentadbiran. Umpamanya selama tak sampai 7 tahun Selangor ditadbir sebelum saya, tidak ada timbalan. Jadi maknanya tak ada kesan kepada pentadbiran.

Maksudnya SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) sahaja sudah mencukupi untuk membantu Menteri Besar?

Tidak, SUK itu berasingan. Maknanya Menteri Besar dan Exco yang 10 orang dah cukup sebab dalam undang-undang Ordinan Negeri Selangor peranan timbalan hanya menyokong kerja Menteri Besar tapi tidak ada kuasa seperti Menteri Besar. Maknanya ia hanya menyokong kerja Menteri Besar.

Kejayaan sesebuah negeri ini selalunya diukur dalam tempoh 100 hari. Tan Sri yakin dapat melepasi tempoh itu?

Yakin tak yakin saya kena buat. Saya nampak banyak perkara yang kita lakukan dapat menolong memajukan Selangor. Saya sendiri mempunyai beberapa pengalaman dalam sektor korporat yang boleh saya gunakan.

Saya juga pelaksana, maknanya dalam pengalaman saya, saya boleh melaksanakan projek-projek yang bila dilakukan boleh dilaksanakan, jadi tidak timbul masalah lain dari segi memahami strategi dan juga melaksanakan strategi. Jadi saya boleh buat dua-dua dan saya tahu apa akhirnya yang mesti saya lakukan.

Apakah yang Tan Sri akan lakukan?

Salah satu yang perlu saya lakukan ialah menyelesaikan masalah pengangguran belia yang berumur 21 hingga 35 tahun.

Saya tidak nampak mengapa belia yang duduk di negeri Selangor tidak boleh mendapat pekerjaan. Ini kerana negeri Selangor mempunyai lebih 1.5 juta orang dari luar negara datang bekerja di Selangor.

Satu daripada objektif kita pada jangka panjang ialah mengurangkan pergantungan kita dengan pekerja asing. Jadi ia satu jawapan yang mesti kita lakukan, kita mesti kurangkan. Ini bermakna semua belia kita ini mesti dilatih untuk mendapat kemahiran supaya mereka dapat bekerja. Jika mereka mendapat pekerjaan maknanya pekerjaan itu akan dapat mengurangkan beban kita untuk mencari pekerja-pekerja asing.

Walau bagaimanapun strategi kita mesti betul sebab kalau belia hendak jadi buruh kasar maknanya rugilah kita sebab pekerja-pekerja asing sanggup bekerja sebagai buruh kasar dengan gaji yang lebih rendah. Oleh sebab itu, kita mencari latihan-latihan yang sesuai untuk belia-belia kita supaya mereka mendapat kemahiran. Umpamanya sebagai contoh, kalau belia kita dilatih jadi pakar dalam kimpalan, pendapatan mereka adalah pendapatan buruh mahir dan biasanya pada peringkat antarabangsa gajinya melebihi USD2,000 ke USD3,000 sebulan.

Kalau itu berlaku maknanya kita sudah dapat tingkatkan buruh kita. Dengan cara itu kita akan naikkan taraf belia-belia kita walaupun dia tidak lulus dan tidak boleh masuk universiti. Tapi yang universiti hanya 20 peratus, yang 80 peratus yang kita buat.

Kalau itu berhasil maknanya pendapatan per kapita negeri Selangor akan bertambah dan jurang pendapatan antara mereka yang berada dan tidak berada pun dapat dikurangkan.

Jadi saudara akan tanya macam mana kita boleh menyelesaikan. Salah satu cara yang saya nak cadangkan kalau kita ada 1.5 juta pekerja asing yang duduk di negeri Selangor, saya minta setiap majikan bayar saya RM100 setahun dan maknanya RM10 sebulan untuk saya gunakan bagi melatih belia-belia ini sebagai usaha untuk mengurangkan tekanan buruh asing. Saya dapat mengutip RM150 juta setahun. Dari segi skill saya kena ajar. Itu sebab saya kena ada dana untuk mengajar latihan itu semua.

Kalau kita dah ada duit maknanya kita boleh panggil dalam negeri atau luar negeri untuk datang beri pelajaran. Cuba kita perhatikan dia punya konsep sekarang kita kata kita ada masalah dan ini akan menyelesaikan banyak masalah. Kalau ramai belia tak bekerja maknanya harapan untuk masalah sosial lebih tinggi.

Kalau kita dapat kurangkan pendatang haram dan digantikan dengan pekerja-pekerja mahir kita akan dapat menyelesaikan masalah sosial. Jadi kedua-dua projek ini mengatasi masalah belia ini dan menyelesaikan banyak masalah-masalah sampingan.

Kita akan ada beberapa peringkat bila mereka masuk latihan. Kita akan tanya keupayaan dan kemahiran mereka. Jadi kita ada senarai pekerjaan. Ada setengah tu nak jadi pengatur cara, ada setengah tu nak jadi pembawa kapal. Jadi kita sesuaikanlah.

Biasanya pekerjaan-pekerjaan ini lebih daripada buruh kasar. Jadi kita aturkan dia tapi kalau dia dapat pendapatan kurang daripada RM2,000 maknanya kemahiran dia tak diterima. Kalau pekerja mahir dapat kurang dari RM2,000 maknanya ada sesuatu yang tak kena.

Bila semua orang, belia kita dapat gaji RM2,000 atau lebih maknanya dia telah menambah pendapatan per kapita keluarga kita.

Selangor sahaja yang boleh buat projek ini kalau setengah negeri tidak boleh, sebab setengah tu tidak cukup pekerjaan, tidak cukup industri.

khalidintvw_002

Tan Sri pakar dalam hal pelaburan. Apakah langkah Tan Sri untuk menarik dan mengekalkan pelaburan?

Sudah ramai yang berminat untuk bekerjasama dengan saya bagi mencari jalan untuk melabur di Selangor sebagai satu loncatan ke China atau India. Maknanya dia punya pasaran di China dan India dia nak gunakan Selangor sebagai pangkalan mereka. Kalau dia buat produk, dia buat di sini dan akan dipasarkan ke China atau India. Ataupun dia bawa produk dari China dan India ke mari dan diproses di sini dan dihantar ke luar negeri.

Tan Sri sudah bertemu dengan bermacam–macam pegawai, di Selangor sekarang ni macam mana?

Selangor mempunyai kumpulan dana yang sesuai untuk menjadi tapak yang baik dalam pembangunannya. Walau bagaimanapun pegawai-pegawai kerajaan mesti melengkapkan diri mereka dengan apa yang dipanggil business economic.

Business economic ialah berbeza dari pentadbiran. Umpamanya kalau kita belajar business economic kita tanya bagaimana kita hendak buat satu penswastaan. Kita akan tanya apa manfaat daripada penswastaan itu.

Untuk siapa dan siapa yang terlibat? Jadi dia akan buat kira-kira kalau penswastaan air siapa yang buat. Satu usahawan, apa yang mereka dapat, kedua negeri, apa yang negeri dapat dan ketiga apa yang penduduk dapat. Ketiga-tiga mesti ambil kira. Tapi sekarang kalau pentadbir biasa dia tak buat kira-kira itu. Asal dapat undang-undang lulus, kuasa lulus dia tandatangan. Dia tidak tanya berapa sen dia dapat? Berapa untung?

Jadi pegawai kerajaan juga bertanggungjawab untuk menyemak balik. Sekarang banyak pegawai kerajaan yang bertanggungjawab sama ada minit setuju sama ada undang-undang betul tapi dia tidak masuk kira-kira the business economic.

Setakat ini di mana peringkat semakan?

Semakan hanya sini. Kalau undang-undang betul, usahawan betul, perjanjian betul bagus la.

Tidak memberi penekanan kepada keuntungan?

Sebab rakyat tidak ada kena mengena dalam perjanjian tersebut. Tapi sebenarnya rakyat yang akan dapat kebaikan atau keburukan dari perjanjian tersebut. Itu antara sebab.

Bagaimana dengan Exco, dari portfolio mereka ada yang kelihatan seolah-olah bertindih contohnya seperti kerajaan tempatan diberikan kepada Exco lain?

Kadang-kadang orang ingat semua serupa sahaja macam maintenance.

Kadang-kadang semua hendak cantumkan satu. Macam Selangor ni sudah the real estate. Maintenance saja sudah berbilion, dia punya bisnes bukan kecil.Orang nampak benda ni bertindih tapi sebenarnya tidak. Umpamanya Rodziah Ismail yang memegang portfolio Sains Teknologi dan Inovasi tapi saya suruh juga Ronnie Liu untuk kajian dan penyelidikan.

Kadang-kadang bertindih tapi sebenarnya tidak. Dia ada teknologi untuk lain, dia ni boleh jadi hal lain. Jadi kadang-kadang kita suruh Exco tu bersaing dari segi pemikiran dan cara kerja.

Dalam pemodenan pertanian kadang-kadang kalau kita nak modenkan pertanian kita juga mesti mencari usahawan yang boleh memodenkan pertanian. Jadi petani sahaja dia tak boleh. Jadi itu sebab saya masukkan pembangunan usahawan sebab dia kena beli lori, jual kat pasar malam. Pembangunan usahawan itu sama pentingnya dan sumber alam tu pula macam mana dia nak guna tanah, air dan sebagainya. Itu sebab kita perhatikan Selangor ni kita campur-campurkan.

Bagaimana pula dengan isu kilang haram?

Kalau selalu orang buat kilang haram akan timbul persoalan adakah ini merupakan satu usaha rasuah. Maknanya asyik pejam mata tak nampak kilang haram jadi timbul beberapa masalah pula.

Itu sebab kita perhatikan Selangor ini, kadang-kadang orang tengok Perak pun tidak ada kilang haram, Pulau Pinang pun tidak ada kilang haram. Lepas tu kalau kita nak membersihkan sungai Selangor saya dapati banyak kilang-kilang di tepi Sungai Selangor dan kebanyakan mereka tidak dapat lesen dan kalau kita nak bersihkan Sungai Selangor kita kena selesaikan masalah ini.

Jadi sebab orang ini baru, jadi orang banyaklah soal. Saya telah tengok masalah ini besar bukannya kecil maknanya di kawasan Shah Alam sahaja boleh jadi ada hampir 1,000 kilang-kilang.

Bagaimana pula dengan alam sekitar?

Alam sekitar ini sememangnya bermasalah. Satunya ialah masalah green lung maknanya tempat yang hijau, kawasan hijau. Saya akan menentukan kawasan hijau tidak boleh dicerobohi lagi. Itu penting bukan sebab kerana hijau sahaja kerana kawasan hijau adalah kawasan yang memberi kita air-air yang bertakung. Kalau kita hapuskan kawasan hijau, Selangor akan menerima masalah yang terbesar dari segi kekurangan air.

Jadi maknanya kawasan hijau itu bukan kerana cantik sahaja kerana ia adalah potensi, iaitu aset ekonomi yang kita mesti simpan.Dan saya juga akan cuba menyelesaikan masalah-masalah perumahan di lereng bukit. Tapi saya belum dapat laporan. Saya akan berjumpa dengan arkitek-arkitek yang mana mereka membuat design-design itu. Saya akan tanya mereka adakah mereka ini buat sesuai. Arkitek pun ada dia punya etika dan tidak boleh membuat reka bentuk yang boleh merosakkan alam sekitar.

Tan Sri sendiri ada pengalaman dalam bidang perladangan (Guthrie). Apa yang kita perhatikan masalah alam sekitar sekarang ini termasuklah bidang perladangan sendiri di mana cara perladangan dulu mengancam alam sekitar. Apa komen Tan Sri mengenai hal ini?

Itu kita akan ajar, sebab tu kita buat moden. Kita akan panggil pengalaman-pengalaman dari Sime Darby, Guthrie, Golden Hope untuk menolong mereka. Tapi yang baiknya di Selangor ini dah kurang ladang-ladang tersebut. Tapi berkurang pun macam mana dia menggunakan ladang tersebut untuk dijadikan kawasan perumahan dan pertanian moden.

Perkara ini mesti dilihat dengan lebih baik lagipun sekarang pengguna sangat sensitif. Dia menggunakan bahan-bahan beracun ini akan menyebabkan petani tidak mendapat nilai yang sebaik-baiknya. Jadi kita akan beritahu petani, pengguna sanggup bayar premium untuk makanan-makanan yang dikatakan dijaga dengan betul. Jadi kita kena latih petani-petani.

Kami mewakili jutaan penduduk di Selangor ingin tahu sejauh mana janji-janji manifesto sebelum ini?

Kita EXCO akan kaji apa yang kita janji dan kita buat satu daripada janji mengenai air. Tapi saya akan tengok bagaimana penswastaan air ini dapat kita dapat usahakan supaya hasilnya akan boleh kita kembalikan kepada rakyat.

Bagaimana pula dengan pemindahan air dari Pahang?

Masih berlaku dan kita akan teruskan sebab itu menunjukkan Selangor tidak cukup air dalam masa lima tahun yang akan datang.

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 09/05/08: Pemantauan Gerai MPK

In 1 on May 9, 2008 at 5:30 pm

Bersama beberapa orang sukarelawan DUN serta Pembantu Khas ADUN Selat Klang Tn Hj Kamaluddin, pemantauan serta pemeriksaan gerai MPK di hadapan Pasaraya Econmart telah dijalankan. Aduan peniaga-peniaga tentang kekurangan kerja penyelenggaraan oleh pihak berwajib telah diterima dan akan dimajukan kepada pihak berkenaan.





Aktiviti ADUN Selat Klang pada 09/05/08: Pemeriksaan Pencawang pemancar telekomunikasi di kawasan kediaman

In kanser, menara pemancar on May 9, 2008 at 4:55 pm

Berikutan dengan satu petisyen yang telah dibuat oleh penduduk kawasan Simpang Empat pada tahun 2004 tetapi tiada tindakan dibuat, maka penduduk telah membuat aduan baru tentang kewujudan Pemancar telekomunikasi di kawasan kediaman mereka. Kita telah ulas perkara ini pada post bertajuk ” MENARA PEMANCAR BAWA PADAH” bertarikh 29hb April 2008


Aktivtiti ADUN Selat Klang pada 09/05/08: Pemantauan Kebersihan di Simpang Empat Sungai Udang Klang

In 1 on May 9, 2008 at 4:37 pm

Beginilah pemandangan di kebanyakan bahagian belakang rumah kedai di Simpang Empat Sunagi Udang. Penduduk yang tidak begitu prihatin tentang kebersihan kawasan keliling premis mereka dengan membuang sampah merata-rata tempat dan tiada inisiatif untuk membersihkan longokan sampah sarap yang mungkin pihak lain telah buang di tempat mereka. Juga pihak berkuasa tempatan yang sama ada telah menyerahkan tugas menjaga kebersihan satu-satu kawasan kepada pihak swasta atau mereka tidak memantau dan membuat pemeriksaan di lokasi dan bergantung semata-mata kepada laporan kontraktor terlibat. Saya pernah melihat sendiri pekerja kontraktor kebersihan kawasan yang menolak longokan sampah ke tepi dan mengambil gambar fokus kepada tempat longokan sampah yang telah bersihdan menunjukkan kessn telah dibersihkan walhal sampah masih ada bersebelahan dengan tempat longokan asal. Cukup pandai menipu.







Aktiviti ADUN Selat Klang pada 09/05/08: Penyerahan Borang Keahlian dan Penubuhan Cawangan PAS Taman Miftahul Jannah

In 1 on May 9, 2008 at 4:27 pm

Bertempat di pejabat ADUN Selat Klang,satu majlis penyerahan borang keahlian PAS dan penubuhan jawatankuasa Penaja PAS cawangan Miftahul Jannah Tanah Chi Liung Telok Gadong Kecil Klang.




Aktiviti ADUN Selat Klang pada 09/05/08: Penubuhan Kelab Penyokong PAS Kaum India Flat Sri Perantau

In 1 on May 9, 2008 at 4:16 pm

Satu majlis Penubuhan Kelab Penyokong PAS Kaum India Flat Sri Perantau telah diadakan pada petang 9hb Mei 2008 bertempat di Pejabat ADUN Selat Klang Tmn Emas Klang. Majlis penyerahan borang dan menubuhkan jawatankuasa protem telah di adakan.



Sebahagian dari hadhirin yang sempat melapangkan masa untuk menyaksikan majlis di atas.

MEDICAL EDUCATION IN RUSSIA: SOMETHING TO CONSIDER

In MBBS, medical degrees, medical faculty on May 9, 2008 at 7:50 am

Studying medicine in Russia? Yes. Parents and would be students after SPM need to consider carefully the pros and cons of pursuing medical degrees in Russia. First of all, one needs to consider the fact that Russia or its former member states was once communist countries and their ideologies are still or to a certain extent communism in nature. You cannot change people overnight even though the former USSR has been liquidated. As parents you would be worried wouldn’t you to expose your sons or daughters to communism for several years. The worst thing that can can happen is that your children would be indoctrinated by the system or got married to a Russian prince or princess.

Secondly, to study medicine in a foreign country means one has to learn the native language and its culture. In medicine, to learn effectively one has to study the slang of the language, the likes and dislikes of the people, their bed side manners, the tradition and the culture as a whole. To elicit symptoms and signs from patients, a student of medicine has to interview patients, their parents as the case with paediatric patients, their relatives as the case with unconscious patients or aphasic/ dysphasic patients after an attack of stroke.

In other fields of study like engineering or computer, students can excel at the subject just by swotting hard in the libraries, finishing the assignments and attending practical classes in the laboratories. This is not the case with medicines and its related disciplines like obstetrics and gynaecology, community health and general practice etc. In addition to knowing the theories, a student of medicines has to spend at least seventy percent of his or her time in the wards or clinics seeing patients, interviewing and examining them. There is no way one can pass the clinical examination or viva voce if the student cannot interview or get the relevant information from the patients. Of course not every patient can speak English even though the medium of instruction in the medical school is English and the textbooks as well as the references are in English.

Many universities try their best to attract foreign student enrollments as a way to boost their incomes and improve their image overseas and locally. In order to lure the would be students, all the good aspects about the universities are potrayed in their brochures and prospectus. We discussed under the post”TERTIPU HIDUP-HIDUP LAGI” on 7th of May 2008 how to avoid the pitfalls of being conned or cheated by agents purporting to represent established Medical Schools in Russia, India, Indonesia or Latin America.

Medicine in Russia

RUSSIA has for the past few years been gaining recognition as a “preferred choice” for medical education, compared to when medical education in the country first became available to Malaysian students in 1996.

That is also how long Russian Resources has been focusing its efforts to help students with limited income realise their dreams of becoming doctors.

More than 1,550 medical students, both government and privately sponsored, have with the assistance of Russian Resources, gained entry into four world-class medical universities – Moscow Medical Academy (established in 1758), Volgograd State Medical University (1995), Nizhny Novgorod State Medical Academy (1920) and Russian State Medical University (1906).

These institutions are among the top 10 medical universities in Russia. The Moscow Medical Academy is also ranked second in the world by the United Nat-ions Educational, Scientific and Cultural Organisation and the World Health Organisation.

More than 40 doctors assisted by Russian Resources are serving in national hospitals throughout Malaysia. Affordable fees have been the key attraction.

Conventional medical institutions such as those in the UK and Australia are costly, not only in terms of tuition fees, but also living expenses which amount to not less than RM1 million for the full five to six years. Even local private medical institutions cost more than RM400,000.

The total cost in Russia, inclusive of tuition fee, hostel and living expenses and annual return ticket home varies between RM250,000 and RM300,000 for a six-year degree programme conducted in English.

Russian medical universities strongly emphasise on clinical exposure from the third year onwards, so that students can handle real life medical experiences after graduation.

As a professional agency, Russian Resources provides student counselling and placement services, which include university application and registration, visa processing, travel arrangements, accommodation and assistance in obtaining approval from relevant government departments. It also conducts language training for students prior to departure, with a full-time staff in Moscow coordinating communication and ground transfer arrangements. Parents can be assured of their children being properly settled in, and the agency will act as a liaison between parents, students and the university.

The 2008 September/October intake for both pre-medical and the first year is open for registra-tion. Seats are limited. You can also choose to enrol for a pre-medical course locally, commencing in early January 2009. Students can be admitted based on actual or forecast SPM results.

SELANGOR IKTIRAF ILMUAN DUNAWI UKHRAWI

In 1 on May 9, 2008 at 1:23 am

Kerajaan Negeri Selangor melalui jawatankuasa tetap pendidikan, pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan akan meletakkan para ilmuan dari pelbagai bidang di tempat mereka yang sewajarnya agar menjadi ikon dan idola muda mudi generasi pelapis di negeri Selangor khusunya dan Malaysia amnya. Selama ini, hanya penggiat seni dan artis sahaja yang amat dikenali dan dicontohi oleh muda mudi. Jika ditanya anak muda tentang riwayat hidup dan biodata artis cukup mudah untuk mereka mengingatnya. Fakta seperti berapa kali sudah berkahwin, berapakah hantarannya, anugerah apa yang telah dimenangi dan sebagainya menjadi pengetahuan am para pelajar dan mereka yang baru meninggalkan bangku sekolah.

Kini sudah sampailah masanya rakyat memberi pengiktirafan kepada para akedemik, ilmuan, cendikiawan, ‘alim ulama dan pencinta ilmu pengetahuan. Untuk organisasi, seterusnya negara menjadi berpengetahuan (berilmu) rakyat atau warganegaranya mestilah dahulu cintakan ilmu dan orang yang berilmu. Tidak mungkin boleh berlaku sesebuah organisasi yang tidak memberi penekanan dan keutamaan kepada empunya ilmu untuk ahli organisasi berkenaan berminat mempelajari ilmu dan menimba sebanyak ilmu yang mungkin. Himpunan atau “body” ilmu pengetahuan akan merosot dan lambat laun akan pupus dengan kematian ilmuan dan cendikiawan kecuali jika ilmu itu diperturunkan, dipanjangkan dan perkembangkan.

Kita tidak mahu menjadi seperti ilmu silat yang mana tok guru tidak akan memperturunkan kesemua “buah” silatnya kerana ditakuti anak muridnya lebih hebat dari dia. Maka apabila ia mati, ilmu “buah” silat itu akan turut terkubur. Di negara kita, budaya ilmu dalam masyarakat tidak akan berkembang jika tidak bermula dengan “tabiat” individu diubah dari tidak gemar dan minat ilmu kepada cinta dan minat ilmu pengetahuan. Biasanya ahli politik bercakap mengenai ilmu tetapi tak ramai dari mereka yang memiliki perpustakaan di rumah atau memegang buku apabila menunggu di kaunter pejabat pos dan sebagainya. Masyarakat kita kekurangan dan ketandusan ikon dan model yang menonjolkan tabiat serta budaya ilmu.

SELANGOR IKTIRAF ILMUAN DUNAWI UKHRAWI

In 1 on May 9, 2008 at 1:23 am

Kerajaan Negeri Selangor melalui jawatankuasa tetap pendidikan, pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan akan meletakkan para ilmuan dari pelbagai bidang di tempat mereka yang sewajarnya agar menjadi ikon dan idola muda mudi generasi pelapis di negeri Selangor khusunya dan Malaysia amnya. Selama ini, hanya penggiat seni dan artis sahaja yang amat dikenali dan dicontohi oleh muda mudi. Jika ditanya anak muda tentang riwayat hidup dan biodata artis cukup mudah untuk mereka mengingatnya. Fakta seperti berapa kali sudah berkahwin, berapakah hantarannya, anugerah apa yang telah dimenangi dan sebagainya menjadi pengetahuan am para pelajar dan mereka yang baru meninggalkan bangku sekolah.

Kini sudah sampailah masanya rakyat memberi pengiktirafan kepada para akedemik, ilmuan, cendikiawan, ‘alim ulama dan pencinta ilmu pengetahuan. Untuk organisasi, seterusnya negara menjadi berpengetahuan (berilmu) rakyat atau warganegaranya mestilah dahulu cintakan ilmu dan orang yang berilmu. Tidak mungkin boleh berlaku sesebuah organisasi yang tidak memberi penekanan dan keutamaan kepada empunya ilmu untuk ahli organisasi berkenaan berminat mempelajari ilmu dan menimba sebanyak ilmu yang mungkin. Himpunan atau “body” ilmu pengetahuan akan merosot dan lambat laun akan pupus dengan kematian ilmuan dan cendikiawan kecuali jika ilmu itu diperturunkan, dipanjangkan dan perkembangkan.

Kita tidak mahu menjadi seperti ilmu silat yang mana tok guru tidak akan memperturunkan kesemua “buah” silatnya kerana ditakuti anak muridnya lebih hebat dari dia. Maka apabila ia mati, ilmu “buah” silat itu akan turut terkubur. Di negara kita, budaya ilmu dalam masyarakat tidak akan berkembang jika tidak bermula dengan “tabiat” individu diubah dari tidak gemar dan minat ilmu kepada cinta dan minat ilmu pengetahuan. Biasanya ahli politik bercakap mengenai ilmu tetapi tak ramai dari mereka yang memiliki perpustakaan di rumah atau memegang buku apabila menunggu di kaunter pejabat pos dan sebagainya. Masyarakat kita kekurangan dan ketandusan ikon dan model yang menonjolkan tabiat serta budaya ilmu.

Aktiviti Exco pada 08/05/08: Menghadhiri Seminar Khas YB ADUN Negeri Selangor

In 1 on May 9, 2008 at 12:48 am

Seminar khas ini dijadualkan berlangsung selama tiga hari dan bertempat di Bilik Gerakan Bangunan Annex DUN Selangor. Matlamat seminar ialah memberi penjelasan kepada ahli Dewan tentang struktur pentadbiran, pembangunan dan ekonomi negeri Selangor serta etiket, protokol, dan perundangan negeri Selangor. Sesi khas bersama BPR dan LZS juga diselitkan. Pendedahan kepada kemahiran komunikasi berkesan serta keterampilan diri diberikan oleh pensyarah dari INTAN.

Aktiviti Exco pada 08/05/08: Menghadhiri Seminar Khas YB ADUN Negeri Selangor

In 1 on May 9, 2008 at 12:48 am

Seminar khas ini dijadualkan berlangsung selama tiga hari dan bertempat di Bilik Gerakan Bangunan Annex DUN Selangor. Matlamat seminar ialah memberi penjelasan kepada ahli Dewan tentang struktur pentadbiran, pembangunan dan ekonomi negeri Selangor serta etiket, protokol, dan perundangan negeri Selangor. Sesi khas bersama BPR dan LZS juga diselitkan. Pendedahan kepada kemahiran komunikasi berkesan serta keterampilan diri diberikan oleh pensyarah dari INTAN.

LAPORAN HARAKAHDAILY MISI KEMANUSIAAN YAM KE MYANMAR

In TAUFAN NARGIS, YAYASAN AMAL MALAYSIA on May 9, 2008 at 12:24 am

Kumpulan pertama Misi Kemanusiaan Taufan Tropika Nargis Myanmar akan berlepas Sabtu ini yang diketuai sendiri oleh Presidennya Tn Hj Husin. Sumbangan kewangan masih diperlukan lagi. Para dermawan dan budiman digalakkan membuat sumbangan melalui akaun Bank Muamalat cawangan Kuala Terengganu atas nama YAYASAN AMAL MALAYSIA no akaun

130 1000 2499 715


Yayasan Amal berlepas ke Mynmar Sabtu ini
Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | May 08, 08 | 7:55:21 pm MYT

SHAH ALAM, 8 Mei (Hrkh) - Kesungguhan Kerajaan Negeri Selangor membela nasib rakyat bukan saja diterjemahkan kepada rakyat Selangor tetapi turut dihulurkan kepada mangsa Taufan Nargis di Delta Irrawaddy, Myanmar.<!–

–><!–

–>

ImageKeprihatinan kerajaan Selangor itu dibuktikan dengan penyaluran sumbangan kewangan sebanyak RM1 juta di atas nama Yayasan Amal Malaysia.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menyerahkan cek bernilai RM1 juta itu kepada Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Jamaluddin Elias di tingkat lima, bangunan SUK, Shah Alam, petang tadi.

Turut serta dalam penyerahan cek tersebut ialah Exco Kebajikan Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail; Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali; Speaker DUN, Teng Chang Khim; Adun Meru, Dr Rani Othman; Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus dan wakil Yayasan Amal Pusat dan Selangor.

ImageYayasan Amal Malaysia akan menghantar kumpulan pertama atas nama Misi Kemanusiaan Taufan Tropika Nargis Mynmar pada hari Sabtu, 10 Mei ini.

Kumpulan pertama diketuai Presiden Yayasan Amal, Haji Hussein Ismail bersama Jamaluddin dan tiga orang doktor perubatan iaitu, Dr Rani sebagai Naib Presiden Yayasan Amal; Pengerusi Cawangan Selangor, Dr Ahmad Yunus dan Ketua Biro Perubatan, Dr Hamdan.

Kerajaan Selangor turut menyediakan ruang di Dataran Usahawan Bangunan SUK sebagai pusat operasi atau bilik gerakan sementara Yayasan Amal Malaysia.

Menurut Jamaluddin, sukarelawan Yayasan Amal yang telah melaporkan diri untuk menyertai misi itu kini mencecah 85 orang.

Image“Mereka yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang kemahiran bersedia ke Mynmar untuk memberi bantuan bagi meringankan bebanan dan tekanan rakyat yang ditimpa bencana alam,” ujar Jamaluddin.

Katanya, kumpulan Yayasan Amal pertama yang akan berlepas Sabtu ini cuba mengesan kawasan yang paling kritikal dan selamat untuk tenaga sukarelawan Yayasan Amal menjalankan tugasan.- tajdi