drhalimahali

Archive for May 13th, 2008

Aktiviti Exco Pendidikan pada 13/05/08: Perasmian Program Taaruf Week KUIS

In 1 on May 13, 2008 at 5:21 pm

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor telah mengadakan Minggu Ta’aruf (Suaikenal) di kampus KUIS , Bandar Sri Puteri Bangi Selangor bermula pada 13hb Mei 2008.

scenery
Pemandangan kampus yang permai dan damai.

taman15

Seni arkitektur yang menawan.

Exco pendidikan sedang berucap
Wakil Pelajar sedang membaca ikrar
Kakitangan KUIS berdiri hormat mendengar ikrar pelajar.

Aktiviti Exco pendidikan pada 13/05/08: Lawatan ke SRI ADNI

In 1 on May 13, 2008 at 5:01 pm

Adni Islamic School terletak di Jalan 1, Taman Sri Ukay, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan telah menerima kunjungan dari Exco Pendidikan.

Sedang berbincang
CEO Adni Islamic School sedang menghadiahkan momento kepada Exco sempena lawatan.

Aktiviti Exco Pendidikan pada 13/05/08: Perasmian Program Pembangunan Insan Belia Negeri Selangor Sesi Pengambilan 01/2008

In 1 on May 13, 2008 at 4:37 pm

Program Pembangunan Belia Negeri Selangor Sesi Pengambilan 01/2008 bertempat di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor Ampang Pecah Kuala Kubu Bahru Hulu Selangor sedang berlangsung dari 13-15 Mei 2008.
Kelihatan Tn Hj Takri Bin Tasuki selaku Pengurus Besar Yayasan Selangor, Exco Pendidikan dan yang lain sedang berbincang sejurus selepas perasmian Program

Para peserta sedang mengikuti sesi ceramah.

SUARA SELANGOR MAJU BERSAMA DR HALIMAH

In 1 on May 13, 2008 at 4:25 am

Misi Dr Halimah Jadikan Selangor Hub Pendidikan dan Ilmuwan

NOOR ALLIA KASSIM Foto AR ROHIM AHMAD

DNM dan JTM menjadi falsafah kerja Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor.

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah DNM dan JTM yang dimaksudkan Dr Halimah.

Falsafah DNM (dah nak mati) dan JTM (jangka tarikh mati) sebenarnya memberi galakan kepada beliau untuk melakukan yang terbaik mengikut kudrat yang ada.

“Lakukan yang terbaik sedaya yang boleh bila fikirkan DNM dan kita juga tidak tahu bila JTM kita, jadi mana sempat hendak buat perkara tidak elok…itu prinsip saya bekerja,” kata pemegang Ijazah Perubatan dari Universiti Tasmania, Australia ini kepada Suara Selangor Maju.

Dr Halimah, 47, yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat antara empat wanita yang dilantik ke jawatan Exco.

Projek Jejak Ilmuwan

Memegang portfolio Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah mempunyai misi besar menjadikan Selangor sebuah negeri contoh.

Pada Jun ini, pra pelancaran Projek Jejak Ilmuwan dijangka dibuat bagi mengumpulkan tokoh-tokoh ilmuwan duniawi dan ukhrawi dalam satu persidangan.

“Kita ingin menjadikan Selangor sebagai hub pendidikan dan ilmuwan,” katanya dengan yakin.

Dalam masa sama beliau mahu pelajar sekolah mendapat manfaat daripada ilmu yang dicurahkan tokoh-tokoh berkenaan.

halimahintvw_002

“Kita ingin pertemukan mereka dengan tokoh cerdik pandai dari negeri ini supaya mereka dapat melihat role model yang terbaik. Sebab sekarang ini seperti kita tahu di Selangor ini dikenali sebagai juara semua benda yang tak baik seperti ragut, rogol dan rasuah,” tambahnya.

Beliau berkata wawasan Selangor dalam bidang pendidikan juga adalah mewujudkan satu suasana cinta pada ilmuwan dan ingin menjadi ilmuwan.

“Ini yang kita cuba nak buat, anjakan paradigma kepada rakyat Selangor khususnya kepada pelajar-pelajar itu sendiri. Kita mahu mencari ikon seorang ilmuwan sebab sekarang ini kita lihat golongan muda mendewa-dewakan artis, pelakon dan sebagainya,” katanya.

IPT Bertaraf Antarabangsa

Menyentuh cadangan beliau dalam portfolio pendidikan tinggi, Dr Halimah berkata Selangor berhasrat menjadikan institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah kerajaan negeri sebagai IPT contoh yang bertaraf antarabangsa.

IPT milik Selangor ialah Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Di samping itu juga, pihaknya merancang mengadakan pertemuan antara ilmuwan luar negara dengan tempatan dalam satu persidangan antarabangsa pada tahun depan.

halimahintvw_003

Beliau berharap budaya mencari ilmuwan itu akan mencetuskan ilmu baru setiap tahun. Dr Halimah melihat kepentingan mencari seorang ikon ilmuwan kerana baginya ilmu yang ada pada seseorang tokoh itu sepatutnya dapat dikongsi segenap lapisan rakyat Selangor.

“Mungkin pada November ini kita akan buat pelancaran kempen menjejaki ilmuwan ini secara besar-besaran di seluruh negeri ini. Saya tidak mahu terjadi keadaan di mana tokoh-tokoh ini diketepikan dan bila mereka sudah tiada baru kita nak cari,” tambahnya lagi.

Program berkenaan juga dilihat sebagai satu program jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

SPIES

Sementara itu, lima teras dalam model pembangunan insan akan diperkenalkan Dr Halimah iaitu SPIES (Spritual, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial).

Memandangkan model itu sesuatu yang baru, kempen secara besar-besaran mengenainya akan dibuat di seluruh Selangor termasuklah melalui Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan diselitkan dalam khutbah Jumaat.

“Kita hendak masyarakat tahu konsep ini supaya pembangunan lebih seimbang. Bayangkan kalau tidak seimbang mereka akan jadi sampah masyarakat, akhirnya akan menjadi liabiliti bukannya aset…ia pastinya sesuatu yang merugikan,” katanya.

halimahintvw_001

Menceburi Politik

Dr Halimah yang pernah bertugas di Hospital Klang memberitahu penglibatannya dalam politik bermula apabila mengikut suaminya Dr Ahmad Supian yang dicalonkan bertanding mewakili Pas pada pilihan raya umum 1999.

Pada awalnya Dr Halimah agak berat membenarkan suaminya bertanding bagi kerusi Dun Selat Klang. Bagaimanapun Dr Halimah akhirnya menyokong setelah suaminya menerima desakan dan mendapat petunjuk dari solat istikharah.

“Bila pilihan raya dah abis kami fikir itulah yang pertama dan terakhir dan suami saya pun tak hendak ke depan, takut dipaksa lagi jadi calon kali kedua.

“Saya juga berjumpa dengan rakyat dengar masalah-masalah mereka, di samping buat rawatan percuma dan sebagainya…di situlah mulanya saya masuk politik,” kata Dr Halimah mengimbau kembali.

Walaupun kalah dalam pilihan raya itu, Dr Halimah mahu suaminya terus memberi khidmat kepada masyarakat dan dalam masa sama beliau masih memberi rawatan percuma kepada penduduk.

Namun pada 2004, Dr Halimah pula dicalonkan bagi kerusi sama, namun tewas di tangan Norliza Ahmad dari Barisan Nasional (BN).

Tunaikan Manifesto

Kini misi beliau sebagai wakil rakyat yang dipilih dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu ialah mendapatkan geran tanah bagi penduduk yang sudah menunggu hampir puluhan tahun.
halimahintvw_004

Beliau juga berhasrat meningkatkan tahap pencapaian akademik anak-anak di kawasan Selat Klang.

“Saya sedang melihat bagaimana hendak mengadakan kelas-kelas bantuan tuisyen untuk orang miskin dan sebagainya untuk menambahkan pencapaian akademik mereka” katanya yang tidak berhasrat mengenakan sebarang bayaran kepada mereka.

Beliau juga telah melantik lapan orang wakil di setiap zon kawasan Selat Klang bagi memudahkan rakyat mengemukakan sebarang masalah.

Beliau menambah kerajaan di bawah Pakatan Rakyat akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan semua kaum.

“Ketiga-tiga parti yang bergabung ini (DAP, Pas dan PKR) bergerak dengan berpaksikan kepentingan rakyat,” kata Dr Halimah yang juga Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia.

Selain berhasrat menaikkan taraf guru-guru agama, Dr Halimah yakin manifesto yang dijanjikan kepada rakyat sebelum pilihan raya umum lalu dapat ditunaikan.

“Sebenarnya kebanyakan manifesto itu di bawah portfolio saya. Antaranya nak bagi hadiah kepada mereka yang masuk universiti dan kanak-kanak tadika.

“Dalam manifesto kita tak cakap hari ni menang esok kita bagi, tak ada…kita sedang buat kajian ke arah itu. Insya-Allah kita akan tunaikan,” katanya. –

JANJI DITUNAI BERPERINGKAT-PERINGKAT

In 1 on May 13, 2008 at 2:56 am

YAB Dato’ MB Selangor memberi jaminan bahawa segala janji PRU 12 yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) akan ditunaikan berperingkat-peringkat. Penurunan cukai taksiran akan diputuskan selepas siap Wawasan Selangor dan Bajet 2009. Dari itu diharap tuan-tuan punya rumah kedai, rumah kediaman dan sebagainya dapat bersabar. Cukai taksiaran dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan bergantung kepada zon serta tahap pembangunan sesuatu kawasan setelah diambil kira nilai semasa harta tersebut. Penurunan sebanyak 20% Insya Allah boleh dilakukan kerana pada hemah saya jika PBT dapat mengamalkan perbelanjaan berhemah, elakkan pembaziran seperti projek yang kerap bertukar ganti di tapak yang sama dan pemberian projek melalui rundingan terus kepada kroni dan mereka yang tak berkemampuan melaksanakan sesuatu projek lantas dilalibabakan.

Bagi rakyat dan pengguna yang skeptikal serta bersangka buruk diharap dapat membandingkan “track record” PR dalam tempoh 100 hari dengan yang telah terbukti dilakukan oleh BN dalam 50 tahun.

Selangor Akan Tunai Janji Secara Peringkat, Kata Abdul Khalid

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) — Langkah menurunkan cukai taksiran atau sebaliknya bagi rakyat Selangor akan diputuskan oleh kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS selepas siap Wawasan Selangor dan Bajet negeri 2009 tahun ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya selepas Wawasan Selangor dan Bajet 2009 itu siap, maka kerajaan negeri akan menjelaskan kepada rakyat mengenai nilai wang yang mereka bayar untuk perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kita mahu nilai wang pembayar cukai taksiran dengan perkhidmatan yang diterima oleh penduduk Selangor berbanding dengan perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini hari Rabu.

Katanya kerajaan negeri akan menunaikan janji secara berperingkat kepada rakyat negeri itu seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada kemampuan kerajaan negeri buat masa ini.

“Saya berpendapat apa yang tidak dapat ditunaikan buat masa ini akan kita tunaikan kemudian secara berperingkat,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika mengulas komen Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa pakatan itu tidak mengotakan janji-janji pilihan raya termasuk menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus.

“Saya fikir terdapat banyak gembar-gembur politik berbanding nilai sebenar tetapi penduduk, pengundi dan ahli profesional akan menilai kami semasa 100 hari pemerinthan kami di Selangor,” katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri bersedia menggariskan semua langkah yang diambil termasuk kemajuan sesuatu usaha itu dan bagaimana mereka menjalankan tugas dengan baik berbanding kerajaan negeri terdahulu.

Buat permulaan tahun ini, semua pengguna air bagi rumah kediaman di Selangor akan mendapat bekalan air 20 meter padu secara percuma mulai 1 Jun ini, katanya.

Isnin lepas, kerajaan Selangor mengumumkan tidak akan menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum kerana keadaan ekonomi negeri belum mencapai tahap yang memuaskan.

PERIHAL JAKIM, HDC, LOGO HALAL,TESCO,NESTLE, UNILEVER, JEWS DAN FILEM FITNA

In HDC, JAKIM, LOGO HALAL. TESCO, Nestle, Unilever, fitna on May 13, 2008 at 2:08 am

Pada 24hb April 2008, kami telah membongkar dalam lima posts bagaimana pertalian dan kaitan antara JAKIM, HDC, LOGO HALAL, TESCO, NESTLE, UNILEVER, JEWS (YAHUDI), DUTCH (Belanda) dan FILEM FITNA dari Belanda. JAKIM tanpa usul periksa atau sengaja bersekongkol dengan Yahudi Antarabangsa dengan rela hati menyerahkan pensijilan “HALAL” kepada satu syarikat swata dan kami juga ada memaparkan bagaimana HDC baru sahaja diluluskan penubuhannya oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri. Untuk ulasan lanjut sila layari post bertarik 20hb April 2008.

Kerajaan BN Rampas Kuasa Raja-raja Melayu

Abdul Halim Mohd Rashid
Mon | May 12, 08 | 8:27:16 pm MYT

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menyifatkan kerajaan merampas secara tidak langsung kuasa raja-raja Melayu dalam soal pentadbiran urusan agama. <!–

–><!–

–>

Dalam ucapannya di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, perkara tersebut berlaku apabila syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Halal Industry Development Corporation, mengambil alih tanggungjawab persijilan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sebuah akhbar harian melaporkan 30 April lalu, semua tanggungjawab pengeluaran sijil Halal Malaysia yang sebelum ini dikendalikan oleh Jakim kini diserahkan kepada Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC).

“Dengan pengambilalihan tugas ini juga bermakna HDC turut bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal Malaysia termasuk bagi produk dari negara luar yang menggunakan logo Jakim,” kata Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz

Menurut Mahfuz, soal pengesahan dan persijilan halal hakikatnya berada di bawah tanggungjawab majlis agama negeri-negeri yang diketuai Raja-Raja Melayu.

“Majlis agama negeri-negeri telahpun bersetuju bahawa Jakim menjadi badan tunggal yang mengeluarkan sijil halal.

“Hari ini, HDC rampas kuasa raja-raja Melayu,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan bila HDC diperbadankan, bilakah akta untuk memperbadankan HDC dibentangkan.

“Apakah status HDC? Betulkan ia (sebuah perbadanan) atau (hanya) syarikat?” beliau mempersoalkan.

Bengkel Penyediaan Kertas Cadangan Projek Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

In 1 on May 13, 2008 at 1:47 am

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat SUK Negeri Selangor telah menjadi urusetia siri kedua Bengkel Penyediaan Kertas Cadangan Projek Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor 2008-2013 bertempat di Carlton Hotel Shah Alam pada 12hb Mei 2008.

Semoga bengkel di atas menjadi pemangkin dan pemacu Selangor negeri maju yang berkebajikan serta berteraskan ilmu pengetahuan.

MAJLIS PENUTUPAN RASMI MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR

In 1 on May 13, 2008 at 12:55 am

Majlis Penutupan Rasmi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1429H/2008M telah berlangsung di Dataran Masjid Jamek Sulyan Ibrahim Kuala Selangor pada 12hb Mei 2008. DYMM Sultan Selangor telah berkenan Menyampaikan Titah Ucapan Penutupan Majlis Tilawah.

DYMM Sultan Selangor sedang bertitah

Persembahan Nasyid

Qari sedang menyampaikan ayat-ayat suci Al Quran