drhalimahali

Archive for May 14th, 2008

In 1 on May 14, 2008 at 7:18 pm
CERAMAH PERDANA
SEMPENA IJTIMAK PAS NEGERI SELANGOR KALI KE-18
SELURUH RAKYAT DIJEMPUT HADIR…
Jemputan Khas;
YAB TUAN GURU DATO’ NIK AZIZ NIK MAT
Menteri Besar Kelantan / Mursyidul ‘Am PAS
YB TUAN GURU DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Ahli Parlimen Marang / Presiden PAS
YB DATO’ DR HASSAN ALI
Exco Kerajaan Negeri Selangor / Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
YB CHARLES SANTIAGO
Ahli Parlimen Kelang

Lokasi; PERKARANGAN KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN, KELANG
Tarikh / Masa; ISNIN, 19 MEI 2008 (CUTI WESAK) / DIMULAKAN DENGAN SOLAH ISYAK BERJAMAAH
Perhatian;
IJTIMAK DIADAKAN DI AUDITORIUM KOMPLEKS BELIA & SUKAN NEGERI SELANGOR,
SEKSYEN 7 SHAH ALAM, 8PG ~ 2PTG (19 MEI 2008)
0132968401

PENDIDIKAN SEKS YANG MENCETUS MINAT SEKS

In 1 on May 14, 2008 at 6:53 pm

Pendidikan seks telah diperkenalkan di peringkat asas di sekolah-sekolah dalam tingkatan 4 dan 5 dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dalam mata pelajaran sains dan biologi juga terdapat unsur-unsur pendidikan seks. Di negara kita kini, pembanjiran bahan berunsur seks dalam bentuk media cetak, TV dan internet tidak dapat dibendung lagi. Di internet, terdapat banyak laman web lucah yang “pop on” sendiri atau yang dilayari. Di kafe berinternet, permainan berunsur seks berleluasa. Video lucah bersepah di jual di kaki lima pada malam hari.

Setelah dirangsang atau “titilation” minda oleh persekitaran “ganas” ini, bagaimanakah muda mudi termasuk yang masih dibangku sekolah untuk melepaskan “naluri syahwat” mereka? Orang keliling kelalang bercakap tentangnya. Ahli politik tersingkir kerananya. Ilmu seks penuh di dada, tetapi praktikal tiada. Jadi jalan keluar bagaimana? Mencuba sesama mereka? Berkahwin awal lah nampaknya.

Jadi apakah perlu program PLKN diselit dengan pendidikan seks? Menjirus petrol ke api? Mengajar kucing bagaimana nak makan ikan ?

Pendidikan seks untuk pelatih PLKN: Yen Yen
sumber Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen mengemukakan cadangan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkenaan memperkenalkan program pengurusan kemahiran kehidupan kendiri bagi peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

4,000 klip tersebar

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Amir Abd Hamid
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Aksi pelajar sekolah bersama dua lelaki dalam ladang kelapa sawit antara lebih 4,000 klip video dan gambar pasangan Melayu dalam pelbagai aksi seks melampau yang kini boleh dilawati dalam beberapa laman web lucah.

Lambakan pelbagai aksi lucah itu bertambah jelek kerana turut membabitkan gadis bertudung dan pelajar sekolah serta menjadi kegilaan penggemar laman web lucah termasuk kanak-kanak hingga mencetuskan kebimbangan ibu bapa.

Malah, kecanggihan teknologi terkini yang membolehkan aksi lucah itu dimuat turun ke dalam telefon bimbit memudahkan klip video itu tersebar luas.

Berikutan senario membimbangkan itu, Pemuda Umno Negeri Sembilan menubuhkan badan pemantau untuk mengesan kewujudan laman web yang semakin bertambah bertujuan mengumpul maklumat bagi mendesak pihak berkuasa bertindak segera sebelum keadaan menjadi lebih parah.

TITAH SULTAN SELANGOR: ISU REMEH USAH DIPERBESARKAN

In 1 on May 14, 2008 at 6:34 pm
Pada Majlis Penutupan Majlis Tilawah Al Quran peringkat Negeri Selangor di Masjid Jamek Kuala Selangor DYMM Sultan Selangor bertitah antara lain agar Ummah berusaha mengatasi masalah masyarakat yang lebih besar, tidak membesarkan isu remeh dan membuang sifat negatif.

Jangan Perbesarkan Isu Remeh, Titah Sultan Selangor




Suara Selangor Maju
KUALA SELANGOR, 13 Mei – DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah umat Islam tidak harus memperbesarkan sebarang isu remeh temeh untuk dipertikaikan.

Sebaliknya titah baginda, umat Islam perlu berusaha mengatasi masalah-masalah masyarakat yang lebih besar seperti perpaduan rakyat dan kemajuan umat Islam.

“Segala sikap-sikap negatif seperti hasad dengki, tamak, perasaan curiga-mencurigai, tuduh-menuduh serta syak wasangka yang boleh mengakibatkan persengketaan perlulah dikikis dan dihindari sama sekali,” titah baginda ketika menutup Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor di Dataran Masjid Jamek Sultan Ibrahim dekat sini malam tadi.

dsc_0271sm

Sultan Selangor menyampaikan hadiah kemenangan kepada Mohd Noor pada majlis yang berlangsung di dataran Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Foto AHMAD FADHLI YAHYA


Baginda juga menyarankan umat Islam di negeri ini mempersiapkan diri dengan meningkatkan tahap keilmuan mereka serta bekerjasama dan bermuafakat dalam setiap tindakan yang diambil.

Dalam masa sama, baginda tidak mahu ada di kalangan anggota masyarakat umat Islam yang terpinggir dari sebarang aktiviti-aktiviti keilmuan, pembangunan dan kemasyarakatan.

MISI AMAL TAJAAN KERAJAAN SELANGOR BERLEPAS

In 1 on May 14, 2008 at 5:26 pm
Misi Amal Pertama ke Yangon Myanmar Insya ALlah akan berlepas hari ini, lebih berbentuk “ricki” atau meninjau apakah bentuk bantuan yang diperlukan, sama ada mencari sumber air bersih dengan membekalkan pam, mencegah penyakit berjangkit dalam bentuk pelalian atau ” prophylaxis antibiotik”, memulakan kehidupan dengan membekalkan biji benih, atau membuka sekolah dan institusi pengajian yang telah musnah.

Kumpulan Pertama Amal Berlepas ke Yangon Esok







NOOR ALLIA KASSIM


SHAH ALAM, 14 Mei – Kumpulan pertama misi bantuan kemanusiaan kerajaan negeri menerusi Yayasan Amal Malaysia (Amal) kepada mangsa taufan Nargis akan berlepas ke Yangon, Myanmar esok.


Misi yang disertai dua doktor, seorang jurutera dan dua anggota teknikal Amal itu diketuai Presidennya, Husin Ismail.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata pasukan pertama itu juga akan membuat tinjauan dan mengenal pasti bentuk keperluan yang perlu disediakan.

Katanya, peruntukan sebanyak RM1 juta daripada kerajaan negeri bagi membantu mangsa tidak melibatkan penyaluran wang tunai sebaliknya bantuan berupa pakaian dan tempat penjagaan kanak-kanak.

“Mereka juga akan kenal pasti tempat yang dirasakan sesuai untuk gali perigi bagi membolehkan mangsa mendapat air bersih,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) petang tadi.

Menurut beliau bilik operasi misi berkenaan telah dibuka di Dataran Usahawan Bangunan Darul Ehsan.

“Kita menerima apa saja bantuan tetapi elok kalau kita dapat bantuan berupa selimut, pakaian wanita dan kanak-kanak,” ujar beliau.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali berkata peruntukan yang diberi kerajaan negeri itu juga akan digunakan untuk tujuan perubatan, kesihatan dan pendidikan khususnya untuk kanak-kanak di sana.

Kerajaan negeri turut merakamkan takziah kepada mangsa gempa bumi yang melanda China Isnin lalu dan sedia menghulurkan bantuan. –

KEMISKINAN DI ATAS KERTAS: SOAL JAWAB DI PARLIMEN

In 1 on May 14, 2008 at 4:59 pm

Dewan Rakyat 12/05/08: Ahli Parlimen Sabah dari Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh menyoal Timbalan Menteri tentang statistik kemiskinan. Syabas Datuk Seri kerana meletakkan kebenaran mengatasi kepentingan parti.

PERCUMA AIR DI SELANGOR : SIAPA TAK MAHU ?

In 1 on May 14, 2008 at 4:42 pm

Negara berkebajikan jika kita perhalusi konsepnya bukan bermakna semua rakyat yang tinggal di negara berkenaan dianggap dhaif atau hidup di bawah paras kemiskinan. Negara barat seperti Australia yang kaya dengan hasil mahsulnya mengembalikan kekayaan tersebut kepada rakyatnya dalam bentuk subsidi atau skim seperti MEDICARE (sistem perubatan separa percuma), air percuma, child endowement allowance (elaun sara hidup kanak-kanak), sistem pengangkutan awam yang murah, agensi seperti pos dan elektrik kekal diurustadbir oleh kerajaan (yakni tidak diswastakan) dan lain-lain lagi. Saya yakin ramai pemimpin negara kita telah melancong atau membuat lawatan rasmi ke Australia atau New Zealand, apa kata lain kali mereka belajar sistem pentadbiran dan pengurusan negera berkenaan.


Khalid Ibrahim perjelas tindakan pemberian air percuma Selangor
Nyza Ayob
Tue | May 13, 08 | 4:14:38 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (KeADILan-Bandar Tun Razak) menyangkal kenyataan Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) yang menganggap pemberian air secara percuma oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya sebagai satu pembaziran. <!–

–><!–

–>

Jelasnya kerajaan Selangor bersedia untuk memberi air secara percuma, kerana ia merupakan salah satu usaha kebajikan daripada kerajaan Selangor kepada rakyatnya. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

“Terdapat sebilangan Ahli Parlimen yang ‘mencemburui’ kemudahan yang akan diberikan oleh kerajaan Selangor. Mungkin ramai kerajaan lain yang ‘cemburu’ dengan kebajikan yang diberikan kerajaan Selangor, tetapi kita telah menggunakan mekanisme harga untuk mengurangkan penggunaan yang tidak digunakan,” katanya.

Katanya, mekanisme harga telah menekankan penggunaan 20 meter padu yang pertama yang dikenakan harga 50 sen dan penggunaan meter padu yang kedua yang telah dibuat dalam bil air Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang menunjukkan harga dinaikkan kepada RM1.03. Manakala jika penggunaan melebihi meter padu yang kedua, harganya akan tetap dinaikkan.

“Jika mereka menggunakan air melebihi meter padu pertama, harga yang akan dikenakan dua kali ganda. Oleh itu pemberian percuma ini melatih masyarakat supaya berjimat cermat menggunakan mekanisme harga bagi salah satu cara masyarakat dapat menggunakan dengan sebaik-baiknya. Ini merupakan satu pengajaran kepada negeri-negeri lain supaya mereka dapat mempraktikkan cara ini,” katanya.

Sementara itu, sewaktu Khalid menyampaikan perbahasannya, Ahmad dan Mohd Puad kelihatan bangun beberapa kali untuk memberi penjelasan tetapi tidak diberikan kerana tempoh perbahasan yang diberikan hanya 15 minit kepada setiap ahli parlimen.

Dalam pada itu, Khalid turut menyentuh kenyataan Ahmad bahawa pemberian air percuma merupakan rasuah Pakatan Rakyat kepada rakyat Selangor.

“Ahli Parlimen Pontian boleh menulis surat kepada Perhubungan Umno Selangor mengenai kenyataaanya itu dan sekiranya di kalangan Umno yang tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma bolehlah menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor memaklumkan tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma tersebut.

“Pihak saya telah menyediakan satu sistem bagi mengasingkan data pihak yang tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma. sekiranya terdapat pihak yang tidak berminat termasuk Umno untuk mendapatkan bekalan air percuma, duit tersebut akan salurkan untuk pembangunan sekolah agama rakyat dan sekolah rendah jenis kebangsaan,” katanya yang disambut tepukan meja ahli parlimen Pakatan Rakyat tanda sokongan. – mns/ mr

ISA NOT CRUEL SAYS IGP

In 1 on May 14, 2008 at 4:16 pm
If beauty is in the eyes of the beholder, then can we say that “cruelty is in the eyes of the sufferer” or as the Malay proverb goes ” betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul” – No matter how difficult (hard) one sees a situation, it is even more difficult (harder) for the people involved. Submission after submission to SUKAKAM about the untold suffering of ISA detainees and their FAMILIES have been made, and thus far very little has been done to amend or abolish the draconian act.

Internal Security Act not cruel, says IGP




Wednesday, 14 May 2008 07:21pm

Bernama

KUALA LUMPUR, May 14 (Bernama) — Dismissing the notion that the Internal Security Act (ISA) is cruel, the inspector-general of police says it is still needed to safeguard national security.

Tan Sri Musa Hassan also rejected charges by some quarters that detainees held under the ISA were given no opportunity to defend themselves in court.

“ISA detainees can still obtain their defence by providing evidence in court.

“There is an advisory panel which re-evaluates cases of ISA detainees. If the panel says the detainees do not threaten the country’s security, we will free them,” said Musa, adding that members of the panel were former judges.

He was speaking to reporters after officiating the first meeting of the Asean Regional Crime Prevention Foundation (ARCPF) here Wednesday.

Answering a question from an Indonesian journalist who was covering the ARCPF event, Musa said among the ISA detainess were 13 Indonesians who enjoyed permanent resident status here.

He said they were being detained in Peninsular Malaysia and Sabah.

The three-day meeting which began Wednesday focusses on the establishment of the Malaysian Crime Prevention Foundation by emphasising on aspects of crime prevention in drug smuggling, human trafficking and police enforcement.

Also present was acting ARCPF chairman Tan Sri Da’i Bachtiar of Indonesia.

Aktiviti Exco Pendidikan pada 13/05/08: Perasmian Program Taaruf Week KUIS

In 1 on May 14, 2008 at 1:21 am

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor telah mengadakan Minggu Ta’aruf (Suaikenal) di kampus KUIS , Bandar Sri Puteri Bangi Selangor bermula pada 13hb Mei 2008.

scenery
Pemandangan kampus yang permai dan damai.

taman15

Seni arkitektur yang menawan.


Exco pendidikan sedang berucap
Wakil Pelajar sedang membaca ikrar
Kakitangan KUIS berdiri hormat mendengar ikrar pelajar.

Aktiviti Exco Pendidikan pada 13/05/08: Perasmian Program Taaruf Week KUIS

In 1 on May 14, 2008 at 1:21 am

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor telah mengadakan Minggu Ta’aruf (Suaikenal) di kampus KUIS , Bandar Sri Puteri Bangi Selangor bermula pada 13hb Mei 2008.

scenery
Pemandangan kampus yang permai dan damai.

taman15

Seni arkitektur yang menawan.


Exco pendidikan sedang berucap
Wakil Pelajar sedang membaca ikrar
Kakitangan KUIS berdiri hormat mendengar ikrar pelajar.

Aktiviti Exco pendidikan pada 13/05/08: Lawatan ke SRI ADNI

In 1 on May 14, 2008 at 1:01 am

Adni Islamic School terletak di Jalan 1, Taman Sri Ukay, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan telah menerima kunjungan dari Exco Pendidikan.


Sedang berbincang
CEO Adni Islamic School sedang menghadiahkan momento kepada Exco sempena lawatan.

Aktiviti Exco pendidikan pada 13/05/08: Lawatan ke SRI ADNI

In 1 on May 14, 2008 at 1:01 am

Adni Islamic School terletak di Jalan 1, Taman Sri Ukay, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan telah menerima kunjungan dari Exco Pendidikan.


Sedang berbincang
CEO Adni Islamic School sedang menghadiahkan momento kepada Exco sempena lawatan.

Aktiviti Exco Pendidikan pada 13/05/08: Perasmian Program Pembangunan Insan Belia Negeri Selangor Sesi Pengambilan 01/2008

In 1 on May 14, 2008 at 12:37 am

Program Pembangunan Belia Negeri Selangor Sesi Pengambilan 01/2008 bertempat di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor Ampang Pecah Kuala Kubu Bahru Hulu Selangor sedang berlangsung dari 13-15 Mei 2008.
Kelihatan Tn Hj Takri Bin Tasuki selaku Pengurus Besar Yayasan Selangor, Exco Pendidikan dan yang lain sedang berbincang sejurus selepas perasmian Program

Para peserta sedang mengikuti sesi ceramah.

Aktiviti Exco Pendidikan pada 13/05/08: Perasmian Program Pembangunan Insan Belia Negeri Selangor Sesi Pengambilan 01/2008

In 1 on May 14, 2008 at 12:37 am

Program Pembangunan Belia Negeri Selangor Sesi Pengambilan 01/2008 bertempat di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor Ampang Pecah Kuala Kubu Bahru Hulu Selangor sedang berlangsung dari 13-15 Mei 2008.
Kelihatan Tn Hj Takri Bin Tasuki selaku Pengurus Besar Yayasan Selangor, Exco Pendidikan dan yang lain sedang berbincang sejurus selepas perasmian Program

Para peserta sedang mengikuti sesi ceramah.