drhalimahali

Archive for May 20th, 2008

PILIHAN RAYA UMUM MUNGKIN BERLAKU

In 1 on May 20, 2008 at 7:37 pm

Ekoran dari kemelut dan krisis kepimpinan yang berlaku dalam UMNO dan BN, maka kemungkinan untuk PRU 13 menjadi kenyataan dalam masa terdekat tidak boleh diperkecilkan. Dari itu keseluruhan jentera parti di semua peringkat harus diaktifkan untuk menghadapi kebarangkalian PRU 13. Terlalu banyak isu yang berbangkit mutakhir ini.

jana motivasi diri,

perhebatkan jati diri,

elakkan kontroversi,

tingkatkan prestasi,

perkasakan kreativiti,

inovasikan sistem ICT,

tambahkan bilangan ahli,

perbanyakkan unit peti undi,

mula turun padang hari-hari,

perkemaskan pangkalan data parti,

banyakkan munajat pada Ilahi,

bagi menghadapi PRU 13 nanti,

semoga sukses menanti.

Husam minta jentera PAS sedia hadapi pilihan raya umum

Harakahdaily
Tue | May 20, 08 | 9:22:05 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa menggesa pemimpin dan ahli PAS di seluruh negara untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya umum berikutan kemelut besar yang dihadapi Barisan Nasional. <!–

–><!–

–>

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Husam menegaskan, pengumuman bekasn Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid keluar dari parti itu serta merta menunjukkan Umno sedang menghadapi krisis kepimpinan yang besar.

Husam berkata, beliau menjangkakan lebih ramai ahli Umno yang tidak boleh menerima Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin parti dan kerajaan akan keluar beramai-ramai.

“Selama ini pun mereka tidak bersetuju dengan Abdullah dalam banyak perkara, tetapi mereka terpaksa mendiamkan diri kerana tiada yang berani menentang beliau.

“Krisis ini akan menyebabkan Umno kucar kacir dan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada Umno dan BN sebagai teraju pemerintahan,” ujarnya.

Katanya, jika dalam keadaan yang terdesak dan tidak mempunyai pilihan, tidak mustahil Abdullah membubarkan Parlimen untuk mendapatkan mandat baru.

Sehubungan itu beliau meminta ahli-ahli PAS, khususnya jentera pilihan raya bersiap sedia menghadapi PRU bila-bila masa. – mr

YAB MB SELANGOR DILANTIK AHLI DEWAN DIRAJA SELANGOR (COUNCIL OF THE ROYAL COURT SELANGOR)

In 1 on May 20, 2008 at 5:29 pm

SHAH ALAM, 20 Mei – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan dekat sini petang tadi.

Dato’ Menteri Besar mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan menandatangani watikah pelantikan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato’ Syed Ahmad Helmi Syed Ahmad.

Dalam majlis sama, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Datuk Zauyah Be Loth Khan menerima Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) dengan membawa gelaran Datin Paduka.

Zauyah tidak dapat hadir pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-62 Sultan Selangor pada 11 Disember lalu kerana mengerjakan ibadah haji.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali menggantikan Dato’ Abdul Rahman Palil.

Turut menerima watikah pelantikan ialah sepuluh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor, seorang Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, seorang Pendaftar Kanan dan enam Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam – NOOR ALLIA KASSIM

200508istana_001
Tan Sri Abdul Khalid mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan
Diraja Selangor.

PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KAPAR

In 1 on May 20, 2008 at 4:08 pm

Parti Keadilan Rakyat, PKR bahagian Kapar telah membuka Pusat Khidmat Rakyat di kawasan Simpang Empat pada 19hb Mei 2008 dan majlis telah dirasmikan oleh Exco Pendidikan merangkap ADUN Selat Klang.

Alamat Pusat Khidmat: No 234, Jalan Sg Bertik, Telok Pulai 41100 Klang Selangor
No Telefon:03-33737624

Kelihatan dari kiri ADR untuk Kapar, YB S. Manikavasagam, Ketua PKR bahagian Kapar Tn Hj Mohd Bakir Abdul Wahab, ADUN Selat Klang dan Ketua Wanita PKR Selat Klang.
Orang ramai yang hadhir dalam majlis di atas
Dr halimah sedang berucap.

PILIHAN RAYA UMUM MUNGKIN BERLAKU

In 1 on May 20, 2008 at 11:37 am

Ekoran dari kemelut dan krisis kepimpinan yang berlaku dalam UMNO dan BN, maka kemungkinan untuk PRU 13 menjadi kenyataan dalam masa terdekat tidak boleh diperkecilkan. Dari itu keseluruhan jentera parti di semua peringkat harus diaktifkan untuk menghadapi kebarangkalian PRU 13. Terlalu banyak isu yang berbangkit mutakhir ini.

jana motivasi diri,

perhebatkan jati diri,

elakkan kontroversi,

tingkatkan prestasi,

perkasakan kreativiti,

inovasikan sistem IT,

tambahkan bilangan ahli,

perbanyakkan unit peti undi,

mula turun padang hari-hari,

perkemaskan pangkalan data parti,

banyakkan munajat pada Ilahi,

bagi menghadapi PRU 13 nanti,

semoga sukses menanti.

Husam minta jentera PAS sedia hadapi pilihan raya umum

Harakahdaily
Tue | May 20, 08 | 9:22:05 am MYT

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa menggesa pemimpin dan ahli PAS di seluruh negara untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya umum berikutan kemelut besar yang dihadapi Barisan Nasional. <!–

–><!–

–>

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, Husam menegaskan, pengumuman bekasn Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid keluar dari parti itu serta merta menunjukkan Umno sedang menghadapi krisis kepimpinan yang besar.

Husam berkata, beliau menjangkakan lebih ramai ahli Umno yang tidak boleh menerima Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin parti dan kerajaan akan keluar beramai-ramai.

“Selama ini pun mereka tidak bersetuju dengan Abdullah dalam banyak perkara, tetapi mereka terpaksa mendiamkan diri kerana tiada yang berani menentang beliau.

“Krisis ini akan menyebabkan Umno kucar kacir dan rakyat semakin hilang kepercayaan kepada Umno dan BN sebagai teraju pemerintahan,” ujarnya.

Katanya, jika dalam keadaan yang terdesak dan tidak mempunyai pilihan, tidak mustahil Abdullah membubarkan Parlimen untuk mendapatkan mandat baru.

Sehubungan itu beliau meminta ahli-ahli PAS, khususnya jentera pilihan raya bersiap sedia menghadapi PRU bila-bila masa. – mr

NASIHAT TUN DR MAHATHIR

In 1 on May 20, 2008 at 1:48 am

TUN DR MAHATHIR MENCIPTA SATU LAGI SEJARAH

In 1 on May 20, 2008 at 1:17 am

Setelah pernah menjadi Presiden dan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, akhirnya beliau gugur dalam perjuangan kebangsaan di atas wadah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PERKEMBAR) yang lebih dikenali umum di atas nama warisan zaman penjajah British sebagai United Malay National Organisation or UMNO. Beliau pernah dipecat dari UMNO tetapi pada 19hb Mei 2008, beliau mengnyahkan UMNO dari agenda perjuangannya sekaligus mencipta sejarah beliau yang tersendiri dan mengikut jejak langkah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussein Onn dan pengasas parti UMNO sendiri iaitu Datuk Onn Jaafar.

Dilaporkan bahawa “Dalam ucapannya, Dr. Mahathir yang mempunyai nombor keahlian ‘01′ dalam Umno juga menyeru ahli akar umbi supaya keluar parti bagi memberikan tekanan kepada pucuk kepimpinan – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya berundur.”

Turut dilaporkan juga “Dr. Mahathir yang juga ahli Umno seumur hidup memberitahu, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.”

Anda bagaimana?

CERAMAH PERDANA SEMPENA IJTIMAK PAS SELANGOR

In 1 on May 20, 2008 at 12:52 am

Bersempena dengan Ijtima’ PAS Selangor, telah diadakan satu ceramah umum yang menyaksikan puluhan ribu manusia membanjiri Padang Kompleks Sukan Pandamaran P.Klang
pada 19hb Mei 2008. Rakyat Klang/Kapar khususnya dan Selangor amnya sungguh bertuah kerana dapat mendengar ucapan kedua-dua Pemimpin Tertinggi PAS iaitu Mursyidul Am Pas dan Presiden PAS sendiri di samping Pesuruh Jaya PAS Selangor.

Pemandangan dari satu sudut yang memaparkan manusia sedang duduk di atas tanah (permukaan bertar). Di belakang kelihatan khemah-khemah yang disediakan untuk hadhirin.
Kelihatan kepala manusia yang berkopiah dan tanpa kopiah, sambil mendengar dengan penuh tumpuan apa yang diperkataakan oleh Penceramah.
Pemandangan di atas pentas. Kelihatan Exco Pendidkan, YB Dr Mariah ADR Kota Raja.
YB Dato’ Dr Hassan Mohd Ali sedang berucap. Kelihatan Tn Guru Ust Abd Hadi, YAB Tn Guru Ust Nik Abd Aziz Nik Mat dan YB Charles Santiago.
YAB Tn Guru Ust Nik Abd Aziz sedang dikalungkan dengan bunga malai dari Kelab Penyokong PAS Kota Raja.