drhalimahali

Archive for May 21st, 2008

JENAYAH SIBER TANGGUNG JAWAB SIAPA

In internet security, jenayah siber, malware, phishing on May 21, 2008 at 5:23 pm

Sidang Kemuncak Keselamatan Siber Sedunia anjuran Perkongsian Multilateral Antarabangsa Menentang Keganasan Siber (Impact) telah berlangsung di KL. Peserta dari industri keselamatan siber dari 30 negara telah mengambil bahagian. Ini kerana semua negara di dunia semakin terdedah kepada ancaman siber seperti yang terjadi kepada Estonia, yang mengalami tiga siri gelombang serangan siber sehingga menjejaskan loji rawatan air, sistem perbankan dan agensi kerajaan negara itu tahun lalu.

“Kita akui bahawa sesetengah daripada kemahiran dan teknologi terbaik dalam bidang keselamatan siber berada di luar kerajaan, (iaitu pada) pihak swasta dan ahli akademik” menurut YAB PM Malaysia.

Kerajaan, rakyat kena perangi jenayah siber

Oleh Abdul Halim Yusoff

Sumber Berita harian Online


S
TANGANI BERSAMA: Abdullah dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor (tiga dari kanan) bergambar bersama peserta selepas Sidang Kemuncak Keselamatan Siber Sedunia di Kuala Lumpur, semalam.

PM bimbang salah guna internet jejas ekonomi, keselamatan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ancaman jenayah siber boleh membawa padah besar, termasuk meruntuhkan sistem ekonomi, prasarana dan institusi serta menyebabkan kecederaan atau maut.

Perdana Menteri berkata, adalah jelas bahawa ancaman siber bukan lagi sesuatu yang boleh diambil mudah oleh masyarakat moden atau kerajaan.

Beliau berkata, semakin tinggi pergantungan dan hubungan sesebuah negara terhadap internet, semakin ia terdedah kepada ancaman siber seperti yang terjadi kepada Estonia, yang mengalami tiga siri gelombang serangan siber sehingga menjejaskan loji rawatan air, sistem perbankan dan agensi kerajaan negara itu tahun lalu.

“Jika kita mahu mengetepikan risiko kehilangan nyawa atau kerugian ekonomi daripada atau serangan siber, kita perlu lebih peka dan memberi perhatian sewajarnya terhadap risiko perkara berkenaan.

“Serangan siber yang boleh menyebabkan seluruh negara bergelap atau meruntuhkan sistem perdagangan dan kewangan, mampu untuk menjejaskan ekonomi paling kukuh sekalipun,” katanya berucap merasmikan Sidang Kemuncak Keselamatan Siber Sedunia anjuran Perkongsian Multilateral Antarabangsa Menentang Keganasan Siber (Impact) di sini, semalam.

Sidang kemuncak dua hari itu yang pertama seumpamanya di dunia dengan mengumpulkan peserta industri keselamatan siber dari 30 negara.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, disebabkan internet tidak mengenal sempadan, sesebuah negara yang bertindak bersendirian tidak mungkin dapat mengelak daripada berdepan ancaman serangan siber.

Abdullah berkata, bagi mengatasi ancaman sejagat itu, semua kerajaan dan negara perlu saling bekerjasama.

Sehubungan itu, katanya, melahirkan inisiatif Impact sebagai platform bagi membolehkan kerajaan pelbagai negara bertukar pengalaman dan idea selain memudahkan usaha berkongsi kemahiran serta amalan untuk melindungi ruang siber.

“Kita akui bahawa sesetengah daripada kemahiran dan teknologi terbaik dalam bidang keselamatan siber berada di luar kerajaan, (iaitu pada) pihak swasta dan ahli akademik.

“Untuk membolehkan kerajaan menangani ancaman yang semakin kompleks ini, adalah wajar sektor swasta dan warga akademik yang terbabit dengan penyelidikan dijadikan rakan kongsi dalam inisiatif ini,” katanya.

Ketika ini, antara nama besar dalam industri siber yang sudah menjadi rakan kongsi Impact ialah F-Secure, Kaspersky Labs, Symantec Corporation dan Trend Micro.

Abdullah berkata, bagi menzahirkan komitmen Malaysia terhadap Impact, kerajaan sudah meluluskan geran pelancaran AS$13 juta (RM39 juta) untuknya. Lebih separuh daripada peruntukan itu digunakan untuk membina sekretariatnya di Cyberjaya.

Sekretariat yang dijangka siap sebelum akhir tahun ini akan mengendalikan antara lainnya latihan, penyelidikan dan pembangunan, dasar serta rangka kerja kawal selia.

“Menerusi kemudahan serba canggih itu nanti, Impact akan melaksanakan empat kegiatan teras iaitu maklum balas global; dasar dan kawal selia; latihan dan pembangunan; persijilan keselamatan, pembangunan dan penyelidikan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, lanjutan daripada geran pelancaran itu, Impact sudah membangunkan dua sistem teras untuk manfaat semua ahlinya, iaitu Sistem Amaran Awal (EWS) dan Platform Kerjasama Terjamin (GCP).

ANAK TUN DR MAHATHIR ISYTIHAR KELUAR UMNO

In 1 on May 21, 2008 at 4:48 pm

Dato’ Mokhzani bin Tun Mahathir, orang yang pernah tersenarai nombor ke 28 terkaya di Malaysia 2007, hari ini mengikut jejak langkah ayahnya dengan mengumumkan keluar dari UMNO. Beliau yang juga Pengerusi Litar F1 Sepang, pernah menjawat jawatan bendahari Pemuda UMNO. Kita tunggu dan lihat bagaimana dengan tindakan Mirzan, Marina dan Mukhriz.

Mokhzani umum keluar Umno

Harakahdaily
Wed | May 21, 08 | 12:01:15 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Dato’ Mokhzani Mahathir, 47, mengumumkan keluar dari Umno pagi ini, dua hari selepas bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan parti tersebut. <!–

–><!–

–>

Beliau bukan sahaja aktif dalam Umno, malah pernah memegang jawatan sebagai bekas bendahari pemuda Umno.

Anak kedua bekas Perdana Menteri itu pernah disenaraikan di tangga ke-28 sebagai individu terkaya di Malaysia pada 2007 oleh majalah Forbes.

Mokhzani juga merupakan Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang.

Sementara itu, semalam Ahli Parlimen Jerlun, Dato’ Mukhriz Mahathir mendesak Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan semua jawatan – presiden, perdana menteri dan pengerusi Barisan Nasional (BN).

Beliau membuat desakan tersebut dalam satu sidang akhbar di ibu negara lewat petang semalam.

Mukhriz bagaimanapun berkata beliau tidak akan mengikut jejak langkah bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya Tun Siti Hasmah Mohd Ali keluar daripada Umno.

Beliau yang juga exco Pemuda Umno berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendesak Abdullah supaya meletakkan semua jawatan tersebut.

Beliau juga mendakwa, mendapat sokongan semua peringkat, termasuk kalangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.

Dalam pada itu Bernama melaporkan, Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok Dato’ Tajul Urus Md Zain melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Mokhzani itu tetapi menjelaskan bahawa ia tidak memberi sebarang kesan terhadap kepimpinan Umno bahagian itu kerana beliau hanyalah seorang anggota biasa dari Umno Cawangan Sungai Layar Hujung.

“Beliau tidak lagi aktif selepas tempoh jawatannya sebagai Ketua Pemuda bahagian berakhir pada penggal lepas,” katanya.

Katanya Umno Bahagian Merbok telah menerima sepucuk surat mengenai hasrat Mokhzani untuk keluar parti pagi tadi dan menganggap ia adalah hak peribadi Mokhzani.

Tajul Urus berkata seorang lagi anggota Umno dari Bahagian Merbok yang juga Ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah Mejar (B) Anuar Abdul Hamid, turut meninggalkan parti itu.

Katanya Anuar telah menghantar sepucuk surat untuk keluar dari Umno hari ini.

Tajul Urus berkata Anuar adalah Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian yang dilantik.

“Umno Bahagian tidak mempunyai sebarang masalah dengan tindakan kedua-dua mereka keluar dari parti kerana setakat ini tiada sesiapapun yang mengikuti langkah mereka,” katanya. – mks


Terkini, klik untuk perkembangan mutakhir Tun DRM
http://thestaronline.tv/default.aspx?vid=1395

mahathir leaves


“Bye bye UMNO. You’re a sinking ship. You’re no longer relevant. See you later if you survive the ordeal”.

DYMM SULTAN SELANGOR RASMI PEMBUKAAN SIDANG DUN

In 1 on May 21, 2008 at 4:14 pm

DYMM Sultan Selangor hari ini perkenan merasmikan Upacara Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Selangor Darul Ehsan Yang Kedua Belas Tahun 2008. Penggal Pertama DUN Selangor yang ke 12 ini menyaksikan sejarah dan era baru dalam politik dan pentadbiran negeri Selangor. Pertama ialah julung-julung kali di Selangor parti politik yang memerintah bukan dari UMNO/BN. Kedua inilah kali pertama seorang Speaker bukan dari kalangan UMNO dan dari kaum Melayu. Ketiga Timbalan Speaker buat julung kali dilantik dari kaum wanita. Keempat buat pertama kali di Malaysia dan Selangor, anggota eksekutif kerajaan terdiri dari kaum wanita. Kelima perjalanan perasmian dan persidangan di DUN disiar secara langsung melalui video streaming.

DYMM Sultan dalam titah baginda yang mengambil masa hampir satu jam suku telah menyentuh pelbagai aspek kehidupan di Selangor dari penyalahgunaan dadah, jenayah, pelaburan, ekonomi, modal insan, sukan, pembalakan, pencemaran air, udara, tanah serta bunyi, inflasi, ekonomi Amerika, sekolah agama , keputusan peperiksaan dan berbagai lagi aspek urus tadbir seperti Pihak Berkuasa Tempatan, agensi seperti INPENS dan lain-lain.


Sultan Sharafuddin rasmi pembukaan Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri
sumber Agenda Selangor

dunking2008.jpg

Kenangan…Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin bergambar beramai-ramai bersama Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebelum perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri di Shah Alam, Rabu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam berkenan merasmikan mesyuarat ke dua pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke 12, di Shah Alam.

Ini adalah persidangan pertama DUN Selangor selepas kerajaan Pakatan Rakyat menerajui Selangor sebaik sahaja gabungan PKR, PAS dan DAP memenangi 36 daripada 56 kerusi DUN dalam pilihan raya umum lalu.

Ketibaan Sultan Selangor di Dataran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) disambut Tan Sri Abdul Khalid dan baginda kemudian mengadakan pemeriksaan kawalan kehormatan utama sebelum berangkat masuk ke Bangunan DUN Selangor.

Hadir sama Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj, Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud.

Upacara perasmian dan persidangan DUN sehingga Isnin ini disiarkan secara langsung dan boleh diikuti dengan melayari portal rasmi kerajaan negeri Selangor: www.selangor.gov.my

Dalam titah perasmiannya, Sultan Sharafuddin turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Abdul Khalid yang menerajui kerajaan negeri serta semua Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Baginda juga mengucapkan tahniah kepada semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang memenangi pilihan raya umum pada Mac lalu.

SIDANG DUN SELANGOR PENGGAL PERTAMA melalui video streaming

In 1 on May 21, 2008 at 4:04 pm
Link untuk mengikuti siaran video streaming perjalanan DUN Selangor http://www.selangor.gov.my


JADUAL WAKTU
PERSIDANGAN PENGGAL PERTAMA
DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR YANG KE DUA BELAS
21 – 23 & 26 MEI 2008

TARIKH

21 Mei
(Upacara Pembukaan Dewan)

22 Mei

23 Mei

26 Mei


Sesi Pagi

9.30 – 11.30

10.00 – 12.30

9.30 – 12.00

10.00 – 12.30


Sesi Petang

tiada

2.30 – 4.30

2.30 – 4.30

2.30 – 4.30

UPACARA PEMBUKAAN PENGGAL PERTAMA DUN YG KE 12

In 1 on May 21, 2008 at 1:08 pm

Bertempat di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 21hb Mei 2008, dengan perkenan DYMM Sultan Selangor, baginda telah berangkat ke Upacara Penggal Pertama DUN.
Kelihatan Adinda Sultan Selangor.
YB Rodziah
Kelihatan di baris hadapan, Datin Paduka Penasihat Undang-undang serta Suami, dan YB Teresa Kok. Di baris belakang ialah YB Rodziah dan Exco Pendidikan sendiri.
Kelihatan dari kiri, isteri YB Yaakob, Datin Sabariah isteri YB Dato’ Dr Hassan Mohd Ali, YB Teresa dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato‘ Mohd Arif bin Abdul Rahman.
Exco bergambar di depan rumah sebelum bertolak ke SUK.

Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama.

Pemandangan dalam Dewan yang mulia dari atas sebelum wakil-wakil rakyat mengambil tempat masing-masing.

Pemandangan di sebelah kanan Dewan di mana para Pembangkang duduk. Kelihatan Dr Khir Toyo di baris pertama dari bawah sedang menghadap kamera.

Pemandangan di sebelah kiri Dewan di mana ADUN Pakatan Rakyat duduk. Kelihatan Exco Pendidikan di baris kedua dari bawah sedang menghadap kamera.

Keberangkatan Balik DYMM Sultan Selangor setelah menerima Tabik Hormat.

UPACARA PEMBUKAAN PENGGAL PERTAMA DUN YG KE 12

In 1 on May 21, 2008 at 1:08 pm

Bertempat di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 21hb Mei 2008, dengan perkenan DYMM Sultan Selangor, baginda telah berangkat ke Upacara Penggal Pertama DUN.
Kelihatan Adinda Sultan Selangor.
YB Rodziah
Kelihatan di baris hadapan, Datin Paduka Penasihat Undang-undang serta Suami, dan YB Teresa Kok. Di baris belakang ialah YB Rodziah dan Exco Pendidikan sendiri.
Kelihatan dari kiri, isteri YB Yaakob, Datin Sabariah isteri YB Dato’ Dr Hassan Mohd Ali, YB Teresa dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato‘ Mohd Arif bin Abdul Rahman.
Exco bergambar di depan rumah sebelum bertolak ke SUK.

Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama.

Pemandangan dalam Dewan yang mulia dari atas sebelum wakil-wakil rakyat mengambil tempat masing-masing.

Pemandangan di sebelah kanan Dewan di mana para Pembangkang duduk. Kelihatan Dr Khir Toyo di baris pertama dari bawah sedang menghadap kamera.

Pemandangan di sebelah kiri Dewan di mana ADUN Pakatan Rakyat duduk. Kelihatan Exco Pendidikan di baris kedua dari bawah sedang menghadap kamera.

Keberangkatan Balik DYMM Sultan Selangor setelah menerima Tabik Hormat.

SIDANG DUN SELANGOR PENGGAL PERTAMA melalui video streaming

In 1 on May 21, 2008 at 8:04 am
Link untuk mengikuti siaran video streaming perjalanan DUN Selangor http://www.selangor.gov.my


JADUAL WAKTU
PERSIDANGAN PENGGAL PERTAMA
DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR YANG KE DUA BELAS
21 – 23 & 26 MEI 2008

TARIKH

21 Mei
(Upacara Pembukaan Dewan)

22 Mei

23 Mei

26 Mei


Sesi Pagi

9.30 – 11.30

10.00 – 12.30

9.30 – 12.00

10.00 – 12.30


Sesi Petang

tiada

2.30 – 4.30

2.30 – 4.30

2.30 – 4.30

UPACARA PEMBUKAAN PENGGAL PERTAMA DUN YG KE 12

In 1 on May 21, 2008 at 5:08 am

Bertempat di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 21hb Mei 2008, dengan perkenan DYMM Sultan Selangor, baginda telah berangkat ke Upacara Penggal Pertama DUN.
Kelihatan Adinda Sultan Selangor.
YB Rodziah
Kelihatan di baris hadapan, Datin Paduka Penasihat Undang-undang serta Suami, dan YB Teresa Kok. Di baris belakang ialah YB Rodziah dan Exco Pendidikan sendiri.
Kelihatan dari kiri, isteri YB Yaakob, Datin Sabariah isteri YB Dato’ Dr Hassan Mohd Ali, YB Teresa dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato‘ Mohd Arif bin Abdul Rahman.
Exco bergambar di depan rumah sebelum bertolak ke SUK.

Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama.

Pemandangan dalam Dewan yang mulia dari atas sebelum wakil-wakil rakyat mengambil tempat masing-masing.

Pemandangan di sebelah kanan Dewan di mana para Pembangkang duduk. Kelihatan Dr Khir Toyo di baris pertama dari bawah sedang menghadap kamera.

Pemandangan di sebelah kiri Dewan di mana ADUN Pakatan Rakyat duduk. Kelihatan Exco Pendidikan di baris kedua dari bawah sedang menghadap kamera.

Keberangkatan Balik DYMM Sultan Selangor setelah menerima Tabik Hormat.

BAGET SELANGOR 2008 DIBENTANG OLEH DR KHIR TOYO

In Dr Khir Toyo, Perbendaharaan, baget 2008 on May 21, 2008 at 1:32 am

Bagi mengetahui lebih lanjut baget yang telah dibentangkan oleh kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan Dr Khir Toyo pada November 2007 sila tonton video di link di atas. Saudara akan dapat menilai sendiri ke mana wang diperolehi dan akan dibelanjakan pada tahun 2008. Kini sudah masuk bulan Jun 2008 dan peruntukan kewangan kian mengecil dek kerana telah banyak digunakan oleh wakil rakyat BN dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Dari itu Saudara harus bersabar jika sesetengah janji pilihanraya belum boleh ditunaikan lagi kerana tiada peruntukan secukupnya walaupun kerajaan PR mengamalkan perbelanjaan berhemah. Sebagai contoh, setiap seorang Exco BN menggunakan dana sekurang-kurangnya RM15,000/= untuk rumah mereka pada setiapbulan. Setiap ADUN BN telah menghabiskan peruntukan setengah juta setiap seorang bagi dua bulan pertama 2008.

Kini apa yang tinggal adalah saki baki untuk meneruskan belanja mengurus bagi enam bulan akan datang Insya ALlah.

YAB MB SELANGOR DILANTIK AHLI DEWAN DIRAJA SELANGOR (COUNCIL OF THE ROYAL COURT SELANGOR)

In 1 on May 21, 2008 at 1:29 am




SHAH ALAM, 20 Mei – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan dekat sini petang tadi.

Dato’ Menteri Besar mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan menandatangani watikah pelantikan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato’ Syed Ahmad Helmi Syed Ahmad.

Dalam majlis sama, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Datuk Zauyah Be Loth Khan menerima Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) dengan membawa gelaran Datin Paduka.

Zauyah tidak dapat hadir pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-62 Sultan Selangor pada 11 Disember lalu kerana mengerjakan ibadah haji.

Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali menggantikan Dato’ Abdul Rahman Palil.

Turut menerima watikah pelantikan ialah sepuluh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor, seorang Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, seorang Pendaftar Kanan dan enam Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam – NOOR ALLIA KASSIM

200508istana_001
Tan Sri Abdul Khalid mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan
Diraja Selangor.

PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KAPAR

In 1 on May 21, 2008 at 12:08 am

Parti Keadilan Rakyat, PKR bahagian Kapar telah membuka Pusat Khidmat Rakyat di kawasan Simpang Empat pada 19hb Mei 2008 dan majlis telah dirasmikan oleh Exco Pendidikan merangkap ADUN Selat Klang.

Alamat Pusat Khidmat: No 234, Jalan Sg Bertik, Telok Pulai 41100 Klang Selangor
No Telefon:03-33737624

Kelihatan dari kiri ADR untuk Kapar, YB S. Manikavasagam, Ketua PKR bahagian Kapar Tn Hj Mohd Bakir Abdul Wahab, ADUN Selat Klang dan Ketua Wanita PKR Selat Klang.
Orang ramai yang hadhir dalam majlis di atas
Dr halimah sedang berucap.

PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN KAPAR

In 1 on May 21, 2008 at 12:08 am

Parti Keadilan Rakyat, PKR bahagian Kapar telah membuka Pusat Khidmat Rakyat di kawasan Simpang Empat pada 19hb Mei 2008 dan majlis telah dirasmikan oleh Exco Pendidikan merangkap ADUN Selat Klang.

Alamat Pusat Khidmat: No 234, Jalan Sg Bertik, Telok Pulai 41100 Klang Selangor
No Telefon:03-33737624

Kelihatan dari kiri ADR untuk Kapar, YB S. Manikavasagam, Ketua PKR bahagian Kapar Tn Hj Mohd Bakir Abdul Wahab, ADUN Selat Klang dan Ketua Wanita PKR Selat Klang.
Orang ramai yang hadhir dalam majlis di atas
Dr halimah sedang berucap.