drhalimahali

Archive for May 25th, 2008

Aktiviti Exco Pendidikan Pada 25/05/08: Walimatul Urus Di Flat Seri Perantau

In 1 on May 25, 2008 at 7:25 pm

Aktiviti Exco Pendidikan Pada 25/05/08: Lawatan Ke Hospital

In 1 on May 25, 2008 at 7:20 pm

Saudara Osman dari Kg Delek ditimpa musibah kini sedang di rawat di Pusat Perubatan Pantai Klang.

GRADUAN UiTM LAPOR POLIS/SUHAKAM MENIPU ORANG RAMAI

In POLIS, SUHAKAM, UITM on May 25, 2008 at 7:17 pm

Graduan UiTM MOHD SHAID ROSLI yang telah membuat dua laporan Polis dan SUHAKAM terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bukan seorang penganggur malah mempunyai rumah kedai di seksyen 7 Shah Alam dan perniagaan sendiri serta seorang ahli sebuah parti politik. Hal ini telah dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 24hb Mei 2008 setelah seorang rakan yang rapat dengannya tampil ke hadapan mengadukan hal sebenar. Saudara Mohd Shaid Rosli sah didalangi oleh seseorang atau sesebuah organisasi untuk memburuk-burukkan dan memberi tekanan kepada kerajaan PR yang belum berumur 100 hari itu.

Saya fikir pihak PKR, PAS atau DAP harus membuat laporan Polis terhadap Mohd Shaid Ismail kerana membuat laporan palsu tentang dirinya sebagai seorang penganggur.

UST UDA KASSIM: KURSUS ASAS SMART SOLAT & FARDHU AIN

In Ust Uda Kassim, kursus smart solat on May 25, 2008 at 6:52 pm

Bertempat di Surau Pangsapuri Kelompok Camar, Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang Utara, Siri Program “Smart Solat dan Fardhu Ain” untuk Kanak-kanak dan Remaja telah dan sedang dan akan diadakan. Ibu Bapa yang berminat sila hubungi En Azuar atau En Khairul di talian 012-3753346.

Kelihatan Exco Pendidikan sedang berucap.

Al Fadhil Ust Uda Kassim sedang menyampaikan kuliah beliau.
Remaja dan sebahagian para Penjaga mereka yang sedang khusyuk mendengar kuliah.

Pemandangan dari belakang surau yang memaparkan peserta remaja perempuan .

PERKHIDMATAN TERBAIK MUNGKIN: Dr Halimah

In 1 on May 25, 2008 at 6:42 pm

PENEMPATAN SEMULA SETINGGAN LEBIH BERHEMAH

In 1 on May 25, 2008 at 6:11 pm

Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat akan melaksanakan polisi lebih berhemah dan bukan seperti yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN pimpinan Dr Khir Toyo. Begitulah kenyatan yang telah dibuat oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan kepada wartawan Agenda Selangor. Ikuti penerangan selanjutnya di bawah ini.

Cara lebih berhemah tempatkan semula keluarga setinggan

YBiskandar125.jpg

OLEH BEN ROSA

Sumber Agenda Selangor
SHAH ALAM, Jumaat 23 Mei: Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan menggunakan kekerasan sebaliknya pendekatan lebih berhemah dalam usaha menempatkan semula setinggan di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri, Iskandar A.Samad berkata, kaedah pengusiran setinggan dalam melaksanakan Setinggan Sifar oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu, memberi imej buruk serta trauma kepada mereka terbabit.

Beliau menyifatkan dasar sebelum ini gagal mencapai matlamatnya malah lebih kepada penindasan terhadap golongan setinggan di negeri ini.

Iskandar berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Khasim Abd Aziz (PAS-Lembah Jaya) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor ke 12 di sini, hari ini mengenai keberkesanan kerajaan terdahulu menangani isu-isu setinggan.

“Pengusiran secara paksa termasuk menggunakan Ordinan Darurat 1969 tidak akan digunakan lagi. Rundingan bersama penduduk, akan diadakan sehingga masalah itu selesai,” katanya.

Iskandar berkata pada masa ini masih banyak penempatan dan bilangan keluarga setinggan di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, mengikut laporan kerajaan lalu, penempatan setinggan yang belum dirobohkan terdapat di tiga kawasan PBT iaitu Majlis

Perbandaran Selayang (MPS) dengan enam penempatan membabitkan 895 keluarga manakala Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pula melibatkan satu penempatan dengan 79 keluarga.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) pula membabitkan tiga penempatan dengan 223 keluarga.

“Walau bagaimanapun, kerajaan yang baru telah adakan siasatan rambang dan apa yang kami dapati bahawa lebih banyak penempatan setinggan yang wujud lebih dari yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.

Justeru katanya, semua PBT dan majlis daerah telah diarahkan mengadakan bancian semula untuk mengenal pasti jumlah setinggan yang ada.

Setakat ini kata Iskandar, MPK telah mengemukakan laporan bancian terbaru pada 7 Mei lalu dan beliau dapati terdapat 12 penempatan dengan 1,206 keluarga setinggan di kawasan itu.

Tambahnya, jumlah sebenar setinggan yang masih wujud di tapak hanya akan diketahui selepas kesemua laporan diterima pada pertengahan Jun depan.

GRADUAN UiTM MENGAKU PENGANGGUR MENDAPAT REAKSI PEMBACA

In SUHAKAM, mohd Shaid Rosli on May 25, 2008 at 5:56 pm

Dalam ruang INTERAKTIF @ Sinar pada talian 019-2297227 , beberapa orang pembaca yang kritis dan bestari telah menghantar SMS tentang tindak tanduk MOHD SHAID ROSLI yang telah membuat dua laporan Polis dan satu aduan kepada SUHAKAM perihal kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didakwa telah mungkir janji yang dibuat semasa PRU ke 12 yang lalu.Terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara-saudara yang telah tampil ke hadapan dan dapat berhujah dengan begitu bernas dalam menyatakan kebenaran. Allah sahaja yang membalas susah payah dan pertolongan kalian. Salam ukhuwah.

PERKHIDMATAN JALUR LEBAR PERCUMA?

In internet, rangkaian jalur lebar on May 25, 2008 at 5:18 pm

” IT dan bioteknologi boleh memberikan sumbangan besar menangani masalah berkaitan kekurangan makanan global dan peningkatan kos sumber tenaga” kata YAB PM Malaysia.
“Kerajaan perlu terus melabur dalam komponen utama infrastruktur bagi menyokong inovasi termasuk mewujudkan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi” kata PM selanjutnaya.

Isunya sekarang ialah kerajaan harus memberi lesen kepada lebih banyak lagi syarikat untuk mewujudkan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi dengan harga yang berpatutan jika tidak percuma seperti di negara maju.

Jika petani berpendapatan kurang dari seribu ringgit sebulan hendak memiliki perkakasan dan perkhidmatan jalur lebar bagi tujuan pertanian, adakah mereka ini mampu? Cuba anda teliti laporan akhbar di bawah.

2 Aplikasi MSC

PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan akan menimbangkan pembentukan dua aplikasi perdana MSC Malaysia yang baru iaitu pertanian dan pengurusan sumber tenaga yang boleh memainkan peranan utama untuk menggalakkan inovasi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat tertutup dengan anggota Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) di Kuala Lumpur, yang diadakan sempena Kongres Dunia Teknologi Maklumat (WCIT 2008) ke-16 bermula 18 hingga 22 Mei ini.

“Mesyuarat IAP MSC juga mengiktiraf IT dan bioteknologi boleh memberikan sumbangan besar menangani masalah berkaitan kekurangan makanan global dan peningkatan kos sumber tenaga,” katanya.

Abdullah berkata, inovasi perlu menjadi sebahagian dari budaya negara dan sebab itulah kerajaan perlu terus melabur dalam komponen utama infrastruktur bagi menyokong inovasi termasuk mewujudkan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi.

“Anggota IAP MSC Malaysia menyarankan supaya Malaysia mengambil kesempatan daripada inovasi bagi mewujudkan kekayaan.”

“Inovasi ialah kunci mewujudkan kemakmuran masa depan Malaysia dan negara ini tiada pilihan tetapi untuk menerima inovasi dalam semua sektor ekonomi bagi mencapai daya saing global,” katanya.

Menurut Abdullah, kerajaan perlu menjadi penerima pakai aktif inovasi selain mewujudkan sistem eko yang betul bagi pelaksanaan inovasi.

“Budaya peribadi dan belia yang memberikan perhatian kepada peranti mudah alih menawarkan peluang mewujudkan inovasi dan perlu dieksploitasi bagi pembangunan industri ICT tempatan,” katanya.

Bagi menempatkan Malaysia sebagai hab multimedia kreatif yang bernilai tinggi, Abdullah berkata mekanisme insentif yang mencukupi diperlukan untuk memudahkan jalinan kerja sama dengan pemain utama global melalui pengeluaran bersama dan pemilikan bersama IP (Harta Intelek).

Abdullah berkata Malaysia juga merancang untuk melancarkan bandar raya siber dan pusat siber MSC Malaysia di seluruh negara untuk menghubungkan perbezaan digital dan mengembangkan ICT ke seluruh negara.

Katanya sejak pelancaran MSC Malaysia di Cyberjaya 12 tahun lalu, Malaysia mempunyai 13 bandar raya siber dan pusat siber di lokasi lain.

Cyberjaya akan terus dimajukan sebagai hab ICT negara dan dengan kewujudan lokasi baru, lebih ramai orang akan mendapat manfaat daripada ICT bagi merubah kehidupan kesemua rakyat Malaysia.

Teknologi IT atasi masalah petani

Sumber Bernama

MALAYSIA akan menggunakan teknologi kad pintar bagi mengurus dengan lebih baik serta memudahkan penyaluran subsidi kepada golongan petani, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Sejak beberapa tahun lalu, Malaysia sudah menggunakan penyelesaian berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi menyelesaikan masalah tertentu dalam rangkaian bekalan pertanian,” katanya pada majlis perasmian Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) ke-16, di sini.

Abdullah berkata antara penyelesaian itu ialah teknologi yang membekalkan maklumat pasaran tepat masa untuk peladang, nelayan dan pekebun kecil menerusi Internet.

“Ia hanya antara cara Malaysia menggunakan ICT untuk menyediakan penyelesaian terhadap masalah tertentu dalam bidang pertanian dan pengeluaran makanan,” katanya.

Malaysia akan terus memperkenalkan langkah perlu termasuk melabur dalam infrastruktur dan perkhidmatan ICT bagi meningkatkan persaingannya dan meletakkan negara pada landasan pantas menuju era maklumat.

Sambil menyatakan bahawa capaian Internet yang pantas dan mudah bukan lagi satu kemewahan, Abdullah berkata Malaysia akan melancarkan inisiatif jalur lebarnya tidak lama lagi yang akan sampai kepada sehingga 50 peratus isi rumah menjelang 2010, meningkat daripada 15.5 peratus pada tahun 2007.

Beliau berkata Malaysia juga akan melancarkan kemudahan e-pembayaran komprehensif tidak lama lagi membabitkan lebih 100 agensi kerajaan.

DYMM SULTAN SELANGOR TITAH AGAR BERJIMAT CERMAT

In 1 on May 25, 2008 at 5:04 pm

Sempena upacara pembukaan Penggal Pertama Pembukaan DUN Selangor ke 12, DYMM Sultan Selangor bertitah agar mengelakkan pembaziran, berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah. Baginda menjangkakan pertumbuhan ekonomi tahun ini berkembang pada kadar 6.7% berbanding 6.3% pada tahun 2007. Baginda juga mensasarkan peluang pekerjaan diwujudkan sebanyak 20,000 setahun. Teruskan membaca….

KHIR TOYO KATA TIADA PENYELEWENGAN

In BAKTI, BALKIS, PKNS, PKPS, PNSB on May 25, 2008 at 4:31 pm

Beberapa kes perbelanjaan dan penggunaan dana yang agak besar serta tidak munasabah seperti:

(1) Penggunaan peruntukan ADUN seluruh Selangor yang berjumlah RM26-27 juta telah habis digunakan dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2008.

(2)Perbelanjaan RM158,000/= untuk membeli pakaian ahli (mungkin tak sampai 40 orang) menyertai sukan dibayar melalui galeri Balkis Sdn Bhd.

(3)Perbelanjaan RM121,000/= untuk membeli pakaian batik ADUN sempena sukan BALKIS

(4)Pemindahan dana RM9.9 juta dari tabung BALKIS ke BAKTI yang mana wang tersebut sejumlah besarnya didermakan oleh anak syarikat kerajaan negeri Selangor seperti PNSB, PKNS
dan lain-lain.

(5)Dan Lain-lain yang belum terbongkar.

Penerangan dan jawapan yang diberikan oleh mantan Menteri Besar selama dua penggal ialah…..
teruskan membaca.

“Terpulang kepada mereka untuk menggunakan peruntukan tersebut dalam masa beberapa hari” kata Dr Khir Toyo. Pertanyaan : “DR setahun ada 365 hari. Nak guna wang dari mana jika rakyat dalam kawasan berkenaan amat memerlukan bantuan, dan dana telah habis. DR ada sumber lain ke?”

ISU FLAT SERI PERANTAU DIKIRA SELESAI

In PKNS, SERI PERANTAU on May 25, 2008 at 4:25 pm

Masalah penghuni Flat Seri Perantau dikira selesai. Begitulah kenyataan Pengurus Perhubungan
Awam PKNS. Tidak dinyatakan tentang masalah cukai pintu yang mencecah ribuan ringgit Malaysia serta kos pembelian setiap unit rumah pangsa.

GRADUAN UiTM LAPOR POLIS/SUHAKAM MENIPU ORANG RAMAI

In POLIS, SUHAKAM, UITM on May 25, 2008 at 11:17 am

Graduan UiTM MOHD SHAID ROSLI yang telah membuat dua laporan Polis dan SUHAKAM terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bukan seorang penganggur malah mempunyai rumah kedai di seksyen 7 Shah Alam dan perniagaan sendiri serta seorang ahli sebuah parti politik. Hal ini telah dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 24hb Mei 2008 setelah seorang rakan yang rapat dengannya tampil ke hadapan mengadukan hal sebenar. Saudara Mohd Shaid Rosli sah didalangi oleh seseorang atau sesebuah organisasi untuk memburuk-burukkan dan memberi tekanan kepada kerajaan PR yang belum berumur 100 hari itu.

Saya fikir pihak PKR, PAS atau DAP harus membuat laporan Polis terhadap Mohd Shaid Ismail kerana membuat laporan palsu tentang dirinya sebagai seorang penganggur.

PERKHIDMATAN TERBAIK MUNGKIN: Dr Halimah

In 1 on May 25, 2008 at 10:42 am

AWAS JANGAN TERTIPU: SMS/EMAIL/PANGGILAN YANG LUAR BIASA

In dadah, spam. SMS berantai, surat berantai on May 25, 2008 at 10:18 am

Saudara Yang Di Muliakan: Kita dikurniakan aqal untuk berfikir dan membuat pertimbangan buruk baik, benar tipu, sahih palsu, karut marut, truth fraud, kenyataan atau lakonan dan seterusnya. Dalam kehidupan kita akan dilontar dengan pelbagai persoalan, berita, maklumat dan cerita yang mana kebanyakan waktu mahu tidak mahu kita terpaksa buat keputusan. Setelah keputusan dibuat kita kadang-kadang kena ambil tindakan atau berbuat sesuatu. Di sinilah integriti dan pegangan hidup kita tercabar.

Kisah-kisah wanita Malaysia terjerat oleh sindikat dadah antarabangsa dan penipuan saham internet heboh diperkatakan. Bagimana logik akal menunjukkan kita bahawa tidak munasabah dengan , tiba-tiba, tidak semena-mena satu email memberitahu yang kita adalah pemenang loteri di Netherland atau pewaris harta yang tersimpan di Bank Timbaktu atau kad SIM telah layak menerima hadiah lumayan. Kesemua kes di atas meminta nombor akaun kita atau kita terpakasa membayar dahulu sejumlah wang.

Kisah Wanita Malaysia merengkuk di penjara luar negara gara-gara terpedaya dengan lelaki Afrika yang manis mulut atau “tall, dark and handsome gaya Shah Rukh Khan” telah banyak berlaku. Chatting yang berakhir dengan kes rogol, tertipu wang ringgit atau rompakan telah banyak dilaporkan.

SMS berantai dan surat berantai hari-hari kita terima. Kenapa perlu ada mesej “sebarkan” di akhir pesanan ringkas. Sungguh mudah nak masuk syurga hanya ” hantar SMS ini kepada 7 orang rakan anda yang baik-baik” atau “Masjid Aqsa sedang dikepung sekarang, baca……..Sebarkan”.

Di email khusus untuk aduan rakyat di DUN Selat Klang, saya telah menerima 70 spam yang memberitahu saya telah menang jutaan EURO atau USD!!!!!!!!!!!!! Cerita selanjutnya di bawah.

myMetro » BeritaUtama 25hb Mei 2008

Imam terjerat

Oleh Rashidi Karim

am@hmetro.com.my

KANGAR: “Saya perasan (sedar) kes penipuan ini kerana pernah ternampak notis amaran dilekatkan di bank mengenai sindiket penipuan menerusi SMS Akademi Fantasia 6 (AF6), tetapi entah macam mana saya sendiri boleh terpengaruh,” kata Imam Masjid Negeri di Arau, dekat sini, Muridi Mohammad.

Muridi, 42, berkata, beliau bernasib baik kerana hanya memberi satu daripada tiga nombor akaun bank kepada anggota sindiket terbabit yang jumlah simpanannya sedikit berbanding dua akaun lain.

“Saya mempunyai tiga akaun simpanan dan memberi hanya satu daripadanya kepada ahli sindiket SMS ini, tetapi mujurlah jumlah simpanan di dalamnya kecil saja,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Imam terbabit ialah mangsa terbaru yang kerugian RM240 apabila wang terbabit lesap daripada akaun simpanannya selepas diperdaya sindiket penipuan SMS AF6 yang kononnya dikendalikan Astro, Selasa lalu.

Mengimbas kejadian itu, Muridi berkata, beliau menerima SMS daripada nombor telefon +6281584051 yang tertera ‘From Astro AF6. Nombor Sim Card anda berjaya memenangi RM14,000. Untuk info sila hubungi 0062817705397’ pada Selasa lalu.
Menurutnya, ketika dihubungi, seorang lelaki bertutur dengan pelat Indonesia mendakwa wakil Astro mengesahkan Muridi adalah pemilik kad modul pengenalan pengguna (SIM) bertuah, lalu meminta nombor akaun bank untuk urusan deposit wang hadiah.

“Pada mulanya saya sedikit ragu untuk mengikuti arahan terbabit, tetapi terpedaya dan menyerahkan satu daripada tiga nombor akaun milik saya yang mempunyai nilai simpanan paling sedikit.

“Saya kemudian diminta ke bank dan menghubungi nombor berkenaan untuk kali kedua, tetapi mula meragui dan terus memeriksa baki akaun sebelum mendapati dua transaksi tidak sah dilakukan dengan nilai pengeluaran masing-masing RM120.

“Pelik dengan kejadian berkenaan, saya terus meminta penjelasan bank sebelum dimaklumkan ia kejadian pertama seumpama itu dan terus membuat laporan di Balai Polis Kangar,” katanya

Selain itu, beliau membuat aduan mengenai penipuan terbabit di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perlis, Deputi Superintendan Wong Ing Sung, ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat mangsa.

Menurutnya, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, pihaknya menerima 12 kes hampir sama terutama membabitkan penipuan SMS yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Sindiket penipuan AF bukan perkara baru dan sudah lama berlaku. Malah, pihak berkuasa termasuk polis dan institusi perbankan di negara ini sudah berkali-kali mengingatkan orang ramai jangan mudah terpedaya.

“Berdasarkan maklumat, kami percaya mereka mempelbagaikan taktik termasuk menggunakan nama pelbagai jabatan atau syarikat termasuk Astro sebagai samaran untuk memperdaya mangsa bagi menyerahkan nombor akaun bank,” katanya.

Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Perlis, Mohd A Aruwan Ab Aziz, berkata walaupun perkara ini bukan baru, ia aduan pertama diterima di negeri ini, terutama membabitkan penipuan SMS AF6.

“Kami akan memanjangkan aduan kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut. Sementara itu, orang ramai diminta tidak menyerahkan sebarang butiran peribadi kepada pihak tertentu terutama yang menawarkan hadiah lumayan tanpa sebab.

“Seelok-eloknya, semak terlebih dulu sebarang peraduan melalui SMS dengan syarikat terbabit, sebelum memberikan maklumat bagi mengelak menjadi mangsa,” katanya.

In spam. SMS berantai, surat berantai on May 25, 2008 at 2:18 am

Saudara Yang Di Muliakan: Kita dikurniakan aqal untuk berfikir dan membuat pertimbangan buruk baik, benar tipu, sahih palsu, karut marut, truth fraud, kenyataan atau lakonan dan seterusnya. dalam kehidupan kita akan dilontar dengan perbagai persoalan, berita, maklumat dan cerita yang mana kebanyakan waktu mahu tidak mahu kita terpaksa buat keputusan. Setelah keputusan dibuat kita kadang-kadang kena ambil tindakan atau berbuat sesuatu. Di sinilah integriti dan pegangan hidup kita tercabar.

Kisah-kisah wanita Malaysia terjerat oleh sindikat antarabangsa dan penipuan saham internet heboh diperkatakan. Bagimana logik akal menunjukkan kita bahawa tidak munasabah dengan , tiba-tiba, tidak semena-mena satu email memberitahu yang kita adalah pemenang loteri di Netherland atau pewaris harta yang tersimpan di Bank Timbaktu atau kad SIM telah layak menerima hadiah lumayan. Kesemua kes di atas meminta nombor akaun kita atau kita terpakasa membayar dahulu sejumlah wang.