Archive for May 30th, 2008
MENGHADHARIKAN PENGURUSAN MASJID
In 1 on May 30, 2008 at 9:25 pmULASAN BUKU:Tulisan Fathi Yakan & Abd Hadi Awang
In 1 on May 30, 2008 at 7:33 pmSebenarnya mutakhir ini kita menyaksikan banyak buku-buku judul asal dan terjemahan di pasarkan di kedai-kedai buku, pasar malam, majlis ceramah dan sebagainya yang sangat-sangat sesuai untuk di beli sebagai bahan perpustakaan di rumah atau sekolah seterusnya dijadikan bahan bacaan serta perbincangan dalam majlis-majlis formal dan tak formal.
Kita seharusnya memperuntukkan sejumlah kecil gaji bulanan kita atau sumber-sumber lain untuk membeli buku-buku ilmiah dalam bidang profesion kita atau bidang keagamaan.
Sebagai permulaan, dicadangkan di sini sebuah buku dari judul Arab tulisan Fathi Yakan yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Abu Mustafa Hamidi terbitan Dewan Pustaka Fajar berharga RM10/= setebal 110 muka surat dan telah diulang cetak puluhan kali.
Buku ini telah banyak diulas oleh Ustaz-ustaz malah ada yang menggunakannya untuk teks Khutbah Jumaat serta bahan Usrah.
Buku kedua yang kita cadangkan ialah hasil nukilan Abd Hadi Awang, berjudul ” FAHAMAN & IDEOLOGI UMAT ISLAM -Rujukan Lengkap Anutan dan Aliran Pemikiran Masyarakat Islam Sejak Zaman Khalifah Islam Pertama” terbitan PTS Islamika. Buku ini mempunyai muka taip teks Baskerville dan bersaiz 12.0 pt/ 14.0 , mudah dibaca kerana layout yang tidak menjemukan.
PROGRAM MODAL INSAN BERKUALITI DI IPTA/IPTS
In IPTA. IPTS, Naib Canselor, pusat Islam on May 30, 2008 at 6:40 pmTerdapat IPTA di negara ini yang hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata dengan mengabaikan aspek kerohanian. Pentadbir dan pengurus IPTA sebegini telah hilang pedoman dan mungkin kurang peka serta tidak peduli dengan masalah muda mudi masakini. Mungkin mereka tidak nampak kepentingan menjadi insan yang seimbang dari segi intelektual, spritual, emosional, fizikal dan sosial. Ramai profesional yang cekap dalam bidang masing-masing tetapi terjebak dalam najis arak sama ada secara peribadi di rumah atau di khalayak ramai seperti di bar dan disko. Mereka ini mungkin mendapat ijazah kepujian kelas pertama atau CGPA 4.0 tetapi jiwa mereka kosong dan tercari-cari “jalan pulang”.
Terdapat juga graduan yang dikurniakan IQ yang tinggi tetapi SQ (spiritual Quotient) menghampiri kosong serta mengisytiharkan diri mereka “free thinker” atau “athiest”. Mereka lupa siapa yang mengurniakan darjah kepintaran dan kemahiran yang tinggi yang mereka miliki. Mereka ini menjadi “makhluk perosak” kepada apa jua yang berunsur keagamaan.
Saranan Prof Dato’ Dr Dzulkifli Razak amatlah kena dan tepat pada masanya. Beliau seorang pengamal perubatan serta pakar dalam bidang farmakologi (ubat) merupakan seorang pendidik, penulis buku teks perubatan, pentadbir dan pemikir yang harus diteladani oleh para pentadbir IPTA/IPTS yang lain.
Sementara itu, Prof Datuk Dr Nik Mustapha Raja Abdullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, UPM berkata kecemerlangan Universiti boleh dipupuk menerusi penerapan etika kerja kakitangan , selain memperkasakan nilai diri untuk menjadi warga kerja yang berjaya dan terbilang di persada antarabangsa.
Teruskan membaca..
Pusat Islam IPT digesa sedia program modal insan berkualiti
Oleh Norakmah Mat Youb
Sumber: Berita Harian Online
Institut pengajian tinggi wajar wujud jawatankuasa rancang program sistematik bangunkan sahsiah pelajar
GEORGETOWN: Pusat Islam dan unit kerohanian di institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) disaran mewujudkan jawatankuasa pusat bagi merancang program secara sistematik untuk melahirkan modal insan berkualiti.
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dzulkifli Razak, berkata jawatankuasa itu akan bergerak sebagai satu pasukan yang dapat menyelesaikan isu berkaitan hal ehwal Islam secara kolektif.
“Hasil gabungan itu nanti dapat merancang program yang boleh menjadi panduan kepada pelajar mengharungi dan menyelesaikan masalah semasa sebagai satu pasukan,” katanya berucap merasmikan Persidangan Pegawai Hal Ehwal Islam IPTA/IPTS Kebangsaan 2008 di sini, malam kelmarin.
Dzulkifli berkata, bagi membangunkan sahsiah pelajar, Pusat Islam hendaklah melaksanakan sistem perkongsian pintar dan gabungan strategik yang mampu membawa faedah kepada semua pihak.
Katanya, jalinan kerjasama pintar itu mesti diselaraskan dengan mekanisma yang terbaik supaya dapat memberi impak menyeluruh terhadap pembangunan Pusat Islam untuk suatu tempoh masa yang panjang.
“Rakan strategik pula tidak semestinya di kalangan warga IPT tetapi perlu dilebarkan kepada agensi pelaksana Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim),” katanya.
“Perkongsian pintar juga dapat menjimatkan kos pelaksanaan sesuatu program, meningkatkan prestasi secara keseluruhan dan kemudahan perkongsian sumber maklumat,” katanya.
Dzulkifli berkata, semua masjid di IPT juga perlu memainkan peranan lebih aktif bagi melahirkan modal insan yang berkualiti tanpa meminggirkan asas agama.
Katanya, fungsi masjid perlu diperluaskan dan kembali kepada peranan asalnya sebagai pusat penyebaran ilmu, pertemuan intelektual, pusat integrasi dan pusat ekonomi.
“Bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai, sistem pengajian hendaklah mengambil kira tahap penguasaan pelajar yang berbeza-beza mengikut kebolehan mereka.
“Dari aspek pentadbiran pula, jawatankuasa masjid perlu memiliki wawasan untuk memperkasakan dan mengembalikan peranan masjid seperti zaman kegemilangan Islam lalu,” katanya.
Dzulkifli berkata, masjid juga hendaklah mempunyai daya tarikan dengan menyediakan kemudahan tertentu yang mampu menarik minat warga kampus dan masyarakat setempat.
Warga universiti diakui menyumbang kejayaan
KAKITANGAN universiti berfungsi sebagai penyumbang kepada kecemerlangan sesebuah institusi, sekali gus menjadikan institusi berkenaan muncul pusat pengajian tersohor hingga ke peringkat global.
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datuk Dr Nik Mustapha Raja Abdullah, berkata kecemerlangan boleh dipupuk menerusi penerapan etika kerja, selain memperkasakan nilai diri untuk menjadi warga berjaya dan terbilang di persada antarabangsa.
Beliau berkata, setiap kakitangan perlu memiliki semangat untuk mencipta kejayaan dan menjadi modal insan gemilang dengan mempunyai sifat keperibadian tinggi.
Apa juga perlakuan pincang, katanya, seharusnya tidak berulang malah bertekad membina keluruhan, kejujuran, keharmonian dan kesejahteraan.
“Kita perlu membina benteng kukuh daripada anasir yang boleh menggugat keperibadian dan meracuni pemikiran untuk maju
“Dalam usaha memupuk dan mengukuhkan etika kerja dan nilai murni di kalangan penjawat awam, kerajaan sudah membentuk beberapa dasar antaranya, kepimpinan melalui teladan, budaya kerja cemerlang serta bersih, cekap dan amanah,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Pekerja UPM dan Majlis Penutup Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, di Serdang, semalam.
Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Tan Sri Dr Zainul Arif Hussain dan Presiden Cuepacs, Omar Osman.
Umumnya, Nik Mustapha berkata, etika kerja dan nilai murni membina landasan cemerlang terhadap pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi atau masyarakat.
EKSPO KERJAYA INDUSTRI 2008: satu peluang
In ICE 2008, UNISEL on May 30, 2008 at 5:27 pm
Universiti Industri Selangor, Unisel akan mengadakan Ekspo Kerjaya Industri yang akan berlangsung dari 6hb Jun hingga 8hb Jun 2008 bertempat di Dewan Raja Muda Musa Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor Seksyen 7 Shah Alam. Bersempena dengan cuti persekolahan dicadangkan agar ibu bapa/ penjaga meluangkan masa untuk membawa ahli keluarga mereka menziarahi serta mempelajari sesuatu dari Ekspo ini. Masuk adalah PERCUMA. Bagi graduan yang baru tamat kursus mereka, Ekspo ini menawarkan peluang untuk berjumpa dengan bakal majikan serta para pegawai dari badan perniagaan, perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain.
About The Industrial Career Exposition 2008 (ICE ‘08)
- Event details :
- Venue : Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan
Selangor Seksyen 7, Shah Alam
- Date : 6th June to 8th June 2008 (Friday to Sunday)
- Time : 10 a.m to 6 p.m
- Admission : Open to Public / FREE Admission !
- ICE 2008 is the first major state event jointly organized by UNISEL and MEF.
- Participating companies, organizarions and NGOs will exhibit their products, career opportunities and even participate in career talks and conduct interviews.
- ICE will be an annual event and with the continuous support from the government, academia and private bodies.
- It will be the biggest industrial career expo organized at the state level.
ICE 2008 Objectives
- To provide jobseekers and the unemployed graduates access with information and make contact with potential employers to obtain better employment opportunities.
- To provide advice and counseling to jobseekers on the career oppurtunities that are best to suited to their qualification and capabilities.
- To provide opportunities for qualified school leavers as well as working adults to pursue higher education at UNISEL.
- To create opportunities for companies in various sectors and industries to interface with the students, graduates and professionals.
- To create public awareness on the employers and their role in the national economic development.
ICE 2008 Mission
- ICE 2008 provides a dynamic and interactive learning environment where jobseeker can explore career and technical education programs, career options and job oppurtunities to be competitive in the ever-changing economy.
- Through exhibitors, attendees will learn the importance of career exploration, career development plans and life-long learning.
| |
|
|
Exhibitors Profile
- Multinational Companies
- Manufacturing Companies
- IT Companies
- Engineering Companies
- Bank & Financial Companies
- Oil and Gas Companies
- Agriculture Companies
- Consulting Firms
- Aviation / Shipping Companies
- Hospitality Companies
- Construction Companies
- Retailing Companies
- Government Agencies
http://ice2008.unisel.edu.my
HADHARI YANG TERHAD
In Islam hadhari on May 30, 2008 at 4:19 amKonsep atau ungkapan Islam hadhari telah mula diperkenalkan pada 23hb September 2004 melalui Ucapan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Perdagangan Dunia Putra Kuala Lumpur. Setelah hampir empat tahun sejak diperkenal dan dilaksanakan, 10 prinsip Islam Hadhari tidak mampu membawa negara dari “kegelapan” kepada “cahaya”. Mari kita lihat secara sepintas lalu realiti yang berlaku. Di bawah ini merupakan petikan dari “syarah” 10 prinsip Islam hadhari. Seterusnya dikutip soal-jawab tetang Islam hadhari yang terdapat dalam laman web “Islam hadhari menjana kemajuan Ummah”.
Prinsip Pertama
“Negara yang ahlinya beriman dan bertakwa adalah negara yang memberi keutamaan dan penekanan kepada lima perkara penting yang disebut oleh Ulama sebagai maqaasid al-shari’ah, iaitu:
Pertama; memelihara dan memperkasakan agama dengan menjadikan nilai-nilai agama sebagai tunjang pentadbiran dan pembangunan negara. Dan agama-agama lain tetap bebas dianuti dan mendapat perlindungan sewajarnya sebagai menjunjung tinggi kebebasan beragama bagi setiap individu, selama mana tidak mengganggu kestabilan dan sensitiviti umat yang lain.”
Sudah terlaksana atau makin bertambah teruk?
Prinsip kedua
“Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam al-qur’an surah Saba’ : 15″
Pemilihan Menteri yang tidak bermoral untuk memimpin rakyat. Ketam menyuruh anak berjalan betul?
Prinsip ketiga
“Oleh itu, kemerdekaan dalam fahaman Islam memberikan fokus kepada kemerdekaan akidah kerana menghayati akidah tauhid memberikan tunjangan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia. Hubungan manusia dengan Allah S.W.T. adalah sumber kemerdekaan yang sebenar dan hubungan manusia sesama manusia meletakkan hak individu, keluarga, masyarakat dan negara berada dalam kedudukan yang baik dan menyumbang.”
Adakah akidah umat Islam di Malaysia bertambah mantap atau riddah dan murtad kian berleluasa?
Prinsip keempat
“Kerosakan dan kelemahan yang berlaku dalam sistem samada gejala negatif dalam kehidupan sosial yang semakin menjadi wabak, kecurangan dan salahlaku di banyak peringkat dalam sistem sosial, pendidikan, kewangan, hiburan malah perkembangan teknologi maklumat menyebabkan kita hilang arah akan punca terjadinya dan tidak upaya memilih jalan pulang untuk memulihkannya. Yang jelas terjadi antara lain berakibat lemahnya ilmu pengurusan dan pengawalan diri menyebabkan faktor nafsu-nafsi menjadi pertimbangan yang membawa faedah komersial saja dan membiakkan budaya hedonistik (berpoya-poya) yang merosakkan generasi muda.”
Terdapatkah sebarang perubahan di kalangan muda mudi dan pemimpin?
Prinsip kelima
“Dalam era semasa di mana setiap negara begitu ghairah membangunkan ekonomi negara masing-masing, permasalahan kemanusiaan seperti keruntuhan akhlak, kemiskinan, ketidakadilan sosial dalam masyarakat, kadar jenayah yang meningkat, keruntuhan institusi keluarga, ketidakseimbangan sistern ekologi dan sebagainya turut sama berkembang dengan kadar yang membimbangkan. jika persoalan yang ada hubung kait dengan kebajikan manusia ini turut terjejas hasil dari pembangunan ekonomi, kesejahteraan masyarakat lambat laun akan mengalami krisis yang ketara.”
Terdapatkah sebarang perubahan yang mengalakkan? Atau bertambah teruk lagi?
Prinsip keenam
“Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Keluarga yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan.”
Di mana kedudukan keluarga Muslim kini?
Prinsip ketujuh
“Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Pelembagaan Persekutuan. Ia terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai kebebasan asasi (Fundemental Liberties). “
Undang-undang purba dan rimba seperti AUKU, OSA, ISA dan lain-lain bermaharajalela
Prinsip kelapan
” Banyak negara umat Islam yang baru mencapai kemerdekaan politik daripada kongkongan penjajahan Barat turut melaksanakan model pembangunan atau modernisasi negara ala Barat dan natijahnya, antara lain, ialah proses pembaratan budaya tempatan dan pencairan nilai-nilai moral yang merisaukan. Modernisasi sekular yang digembar-gemburkan sebagai agenda perubahan yang rasional dan teknologikal rupa-rupanya telah menanamkan akar-akar budaya asing atau westernisasi dan sekularisasi yang bertentangan dengan ajaran agama dan sistem moral orang Islam atau orang Timur. Apabila budaya tempatan sudah tidak berdaya lagi menahan arus westernisasi dan sistem moral keagamaan pun menjadi lemah di bawah tekanan dan asakan sistem moral yang liberal, relatif dan agresif, maka negara dan rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa neo-kolonialisme budaya. Pada waktu itu identiti budaya dan keutuhan moral masyarakat kita tidak akan bererti lagi.”
Ini sebenarnya yang sedang berlaku dek kerana Islam hadhari
Prinsip kesembilan
“Untuk mengatasi semua ini, alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya masyarakat. perlulah diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang clijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Untuk membangunkan masyarakat Hadhari yang berteraskan kepada ajaran Islam, usaha perlulah dilakukan untuk membangunkan alam ini secara harmoni antara pembangunan manusia dan pembangunan alam sekitar, di samping berusaha terus untuk mencapai kemajuan”
Hanya di atas kertas dan teori sahaja
Prinsip kesepuluh
“Pendekatan Islam Hadhari melihat aspek pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spiritual. Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara daripada dicerobohi. Mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa lain. Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan. Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri. Negara perlu diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara. Pendekatan Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan umat supaya mereka berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. (JAKIM: 2006: 30)”
Cakap tak serupa bikin. Lihat apa yang terjadi dalam kes Pulau Batu Puteh.
Soal Jawab yang disediakan jawaban:
1. Adakah Islam Hadhari mazhab baru, ajaran baru atau agama baru?
Jawapan:
Islam Hadhari bukanlah mazhab baru, ajaran baru atau agama baru tetapi ia merupakan pendekatan atau usaha kerajaan untuk mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam yang sebenar menurut al-Quran dan al-Sunnah. Islam Hadhari merupakan satu pendekatan anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. tanpa mengurangkan prinsip-prinsip akidah dan syariah. Perkara yang ingin diperbetulkan ialah mengenai al-Tadayyun iaitu cara umat Islam memahami dan mengamalkan ajarannya.
Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta alam (Islamic worldview) dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal secara seimbang untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
2. Kenapakah Islam perlu dinisbahkan kepada Hadhari?
Jawapan:
Memang benar Islam tidak perlu lagi kepada apa-apa sifat tambahan atau nisbah kerana ia adalah satu ajaran yang syumul. Islam dalam al-Quran merujuk kepada dua hakikat bahawa sebelum kebangkitan Nabi Muhammad S.A.W, syari’at Islam adalah berbentuk umum untuk seluruh umat manusia. Setiap nabi dibangkitkan dengan syari’at Islam yang mana pokok akidahnya hanyalah satu. Syari’at yang mereka bawa adalah berbeza-beza, tetapi untuk mencapai matlamat keesaan Allah S.W.T. Selepas kebangkitan Nabi Muhammad S.A.W Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf dan diredhai oleh Allah S.W.T.
Tidak dinafikan Islam tidak perlu dikaitkan dengan sesuatu sifat, nama yang lain atau sebagainya kerana ia sudah sempurna dan lengkap. Walau bagaimanapun Islam tidak dilihat hebat dan tinggi adalah kerana kesilapan penganutnya terutamanya selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Ketika itu perpaduan kaum muslimin didapati mula menghadapi keretakan, khususnya ketika menghadapi krisis kepimpinan selepas kewafatan Nabi atau selepas zaman Khulafa’ al-Rasyidin. Oleh itu timbullah aliran pemikiran yang berbeza-beza hingga membawa kepada kemunculan aliran pemikiran. Timbul pula berbagai firqah akidah disebabkan perbezaan pendapat dalam pendekatan mempertahankan akidah. Antaranya telah lahir Jabariyyah dan Muktazilah.
Sebenarnya sifat dan nisbah yang disandarkan kepada Islam itu lebih tepat adalah merujuk kepada umat Islam itu sendiri serta pendekatan dan kecenderungan mereka, bukannya nas dan ajaran Islam. Ringkasnya, Islam yang pada asalnya berdiri sendiri telah disandar atau dinisbahkan kepada berbagai sifat lain bagi memenuhi keperluan memahami sesuatu kecenderungan atau kefahaman supaya mudah mengenali perbezaannya dengan kefahaman dan kecenderungan pihak lain. Maka timbullah pelbagai nama jolokan kepada umat Islam yang cenderung kepada kefahaman dan kecenderungan tertentu tersebut.
3. Islam itu satu, tidak dua atau lebih. Tiada “Islam Hadhari” tiada “Islam akidi” dan tiada “Islam Madani”, yang ada hanyalah Islam syumul yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.. Apakah memilih Pendekatan Islam Hadhari bererti meninggalkan Islam yang sebenar?
Jawapan:
Islam tetap Islam yang satu. Kita dapati tasawwur (gambaran) dan persepsi masyarakat Islam terhadap agama yang berbeza antara satu sama lain kerana Islam itu sendiri sangat luas dan pengetahuan mereka sangat terbatas. Contohnya empat orang buta yang memegang gajah di mana setiap orang yang memegang gajah pada tempat yang berbeza. Justeru mereka mentakrifkan gajah mengikut apa yang mereka rasa. Maka umat Islam berpecah sehingga timbullah apa yang disebut Islam Sunni, Islam Syiah, Muktazilah dan sebagainya. Memilih Pendekatan Islam Hadhari bukanlah bererti meninggalkan Islam yang sebenar kerana Islam Hadhari adalah satu pendekatan untuk membangkitkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam mengikut perubahan masa sama sekali tanpa mengurangkan prinsip akidah dan syariah.
4. Apakah perbezaan Islam Hadhari dengan Islam Siyasi, Islam Madani, Islam Sufi dan Islam Liberal?
Jawapan:
Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzie atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik “al-Islam al-Siyasi”, Islam bersifat tasawwuf, “al-Islam al-Sufi” dan seumpamanya.
Islam Hadhari bermaksud ajaran Islam yang memberi tumpuan kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.
Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, system nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur.
Islam Siyasi merujuk kepada pendekatan membangun melalui penguasaan politik. Dari segi sejarah, Pendekatan ini banyak mencetuskan perbalahan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang berterusan. Umpamanya jawatan khalifah sering menjadi rebutan dan matlamat perjuangan. Justeru bagi mencapai matlamat tersebut kerap berlaku perang saraf dengan pelbagai tuduhan dan penggunaan istilah Kufur, Mulhid dan Ifsad, sehingga menghalalkan darah sesama muslimin. Kehormatan umat Islam tercabul dan kezaliman politik berlaku sehinggalah perpaduan di kalangan kaum muslimin telah hancur. Akhirnya umat Islam gagal untuk bangun dan mencapai kemajuan.
Islam Madani ialah kehidupan di bandar dengan mengadaptasi hadharah, Madani juga sering merujuk kepada kemajuan akidah dan pembangunan kota pada masa lampau seperti yang berlaku di zaman Madinah. Islam hadhari lebih merangkumi aspek fizikal dan spiritual yang menekankan ciri-ciri dan nilai-nilai peradaban manusia yang luhur yang sesuai dilaksanakan berdasarkan situasai semasa tanpa menggadai prinsip asas ajaran Islam. Islam sufi menitikberatkan ajaran tasawuf untuk mendampingkan diri dengan Allah SWT.
Berdasarkan kajian yang dilakukan Islam Liberal, ianya adalah satu aliran pemikiran yang berasaskan kepada rasionalisma akal dalam mentafsirkan agama Islam. Ia merupakan sebuah aliran yang terpesong dari landasan Islam yang sebenar.
5. Apakah Pendekatan Islam Hadhari itu semata-mata slogan sahaja atau akan dipraktikkan?
Jawapan:
Islam Hadhari bukan slogan semata-mata dan bukan juga agenda politik Sebaliknya ia merupakan satu pendekatan membangunkan manusia kearah mencapai peradaban yang unggul selari dengan tuntutan Islam yang sebenar. Pendekatan Islam Hadhari ini adalah pendekatan pembangunan yang menyeluruh bagi faedah setiap lapisan masyarakat dalam pelbagai kaum dan kepercayaan agama. Kejayaan pendekatan Islam Hadhari bergantung kepada kesediaan umat Islam untuk berubah selari dengan tuntutan Islam yang sebenar.
Islam Hadhari yang hendak dilaksanakan ini adalah bertepatan dengan masyarakat Islam yang telah diasaskan oleh Rasulullah S.A.W semasa berada di Madinah yang membawa tamadun yang boleh dibanggakan oleh umat Islam.
6. Kenapa Islam Hadhari tidak Hadharah Islamiah?
Jawapan:
Hadharah Islamiah adalah merujuk kepada kejayaan atau tamadun umat Islam yang telah lampau seperti tamadun Umayyah, Abbasiyyah dan Andalus. Manakala Pendekatan Islam Hadhari adalah merujuk kepada kedudukan umat Islam masa kini yang didapati mundur, lemah dan ketinggalan dalam apa jua bidang menyebabkan mereka gagal menjadi umat contoh dan pembawa rahmat kepada dunia. Kita perlu menjadikan kejayaan umat Islam yang lampau sebagai contoh dalam apa jua tindakan bukan hanya sekadar berbangga dengan kejayaan yang dicapai. Dengan demikian kerajaan telah merangka satu pendekatan untuk membangunkan ummah pada masa kini dan pada masa akan datang yang dikenali dengan nama Pendekatan Islam Hadhari.
7. Jika Pendekatan Islam Hadhari ditujukan kepada agenda pembangunan untuk masyarakat Islam dan bukan Islam, maka kenapa ia tidak diubah kepada Mujtamak Hadhari (masyarakat hadhari) untuk pembangunan masyarakat majmuk di negara ini?
Jawapan:
Pada dasarnya Islam Hadhari adalah suatu pendekatan yang tidak bercanggah dengan mana-mana ajaran. Ajaran Islam pula adalah bersifat universal dan menggalakkan masyarakat memiliki nilai-nilai murni yang tidak bercanggah dengan nilai etika sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mana-mana bangsa di dunia.
Penggunaan perkataan Islam adalah kerana pada masa ini Islam mendapat gambaran yang negatif di seluruh dunia. Islam sering digambarkan sebagai agama yang menggalakkan keganasan, mundur dan telah menjadi fobia di kalangan masyarakat Barat. Oleh kerana itu untuk membetulkan salah tanggapan ini perkataan Islam digunakan untuk memberi kesempatan kepada kerajaan menerangkan apa sebenarnya Islam yang dikaitkan dengan hadhari. Kita tidak perlu mengubah kepada majmuk hadhari kerana Islam Hadhari itu sendiri melambangkan matlamat dan faedah kepada masyarakat majmuk.
Untuk perbincangan lanjut tentang Islam Hadhari
Selangor Tidak Promosi Islam Hadhari
Suara Selangor Maju
NOOR ALLIA KASIM
SHAH ALAM, 29 Mei – Selangor tidak akan mempromosikan Islam Hadhari di masjid dan surau khususnya dalam program-program keislaman yang dijalankan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali berkata pendirian kerajaan negeri itu telah dinyatakan beliau dalam persidangan dewan undangan negeri (DUN) Selangor, Isnin lalu.
Beliau berkata Selangor adalah sebuah negeri Islam dan bukannya Islam Hadhari.
“Apa yang saya jawab dalam Dewan pada asasnya ialah tidak mempromosikan (Islam Hadhari) di masjid dan surau untuk acara-acara yang melibatkan Islam.
“Ulama besar dah cari dalam al-Quran dan hadis, tidak ada perkataan Islam Hadhari. Jadi pada saya ia rekaan semata-mata kerana Islam itu sendiri sudah lengkap dan tidak perlu ditambah,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Penjenamaan Semula Zakat KWSP di Wisma PKPS hari ini.
Dr Hasan berkata jika Hadhari yang dimaksudkan ialah tamadun, Islam sebenarnya sudah bertamadun lebih seribu tahun dengan kejayaan dalam sains dan teknologi, ilmu hisab dan seni bina.
“Ini bermakna ia mencabar asas Islam yang sememangnya sudah lengkap,” katanya.
Justeru paling rasional katanya, tumpuan diberikan kepada Islam yang diredhai Tuhan.
“Saya minta agar kita tidak buang masa tumpu pada Islam Hadhari yang entah mana latar belakang dan pengasasnya,” katanya.
Beliau berkata konsep Islam Hadhari tidak diterima umum memandangkan sejak diperkenalkan hampir enam tahun lalu, hanya Perdana Menteri sahaja yang sering bercakap mengenainya.
BETWEEN THEORIES AND PRACTICE
In GDP, GDP per capita, malaysian economy, petrol price on May 30, 2008 at 2:09 amIn Business School, the Professors and the lecturers taught us that before one embarks on any new ventures or projects, there should be several studies preferably conducted by external consultants. Market research, feasibility studies, business research and whatever you care to call it, is the standard practice in business. You just cannot go by gut feeling or intuition alone especially if it involves many stakeholders. The same thing applies to government agencies and departments. In the face of scarce resources, only research can answer certain pertinent questions. Without proper research one is cooking the figure and plucking the numbers out of the thin air.
Now, the article below is taken from NSTonline relating how a Professor Danny Quah, based in London claims that Malaysian public can afford another 40-sen hike in the price of petrol. Where does he get the figure? Has he never heard of the term ” spiral effect” or “cascading effect” in relation to any increase in the price of petrol? How do goods get transported from one place to another? Machines and equipment run on water or diesel? Generators and turbines in Power Stations owned by TNB and the Independent Power Producers run on solar or diesel? People go to work mainly by bicycle, on foot or petrol or diesel-run vehicles?
If the cost of production or supply of goods and services have gone up due to an increase in petrol and diesel prices, would that increase be born by the end users like you and I. If the cost of production or provision of staple foods have gone up as a direct result of the increase in petrol or diesel, would there be an automatic increase in the price of that particular goods? You help me answer that questions.
The Economic Planning Unit staffs should come out of their cocoons and air-conditioned office and venture outside to ascertain the economic condition of the average Malaysian. The Central Bank or BNM must perform surveys and research on the fields.
As revision, the GDP per capita figure is a measure of the average income of a country’s citizen. In other words, it shows how much in proportion a country’s GDP each person would have if GDP were divided equally. GDP does not show how income is distributed- the disparity in income between the rich and the poor. Even though it shows average income, it does not show whether Mr Citizen and Mrs citizen lead a fulfilling lives and what their buying powers are.
Let you be the judge of his luncheon talk and some of readers comment.
Expert: Economy can bear 40-sen rise in petrol price
KUALA LUMPUR: Malaysia can raise petrol prices by 30 to 40 sen a litre in the short term without hurting economic growth, an expert with the London School of Economics and Political Science said.
Malaysian-born Professor Danny Quah, department head at the UK institution, said over the longer term, fuel subsidies should be done away with because it hid the true cost of this scarce and non-renewable energy, and discouraged better use of resources.
“The economy can withstand an increase of petrol prices by 15 to 20 per cent, or 30 to 40 sen, a litre. But the government has to quickly move with a direct compensation system.”
Quah said fuel subsidies should be removed in stages to let society adjust to the more expensive petrol.
At the same time, the money saved from providing the subsidies needed to be transferred back to help the poor quickly and effectively.
“Those affected most by the move should also be made to understand that they will be compensated in other forms.
“You’ll have to get people used to the idea, in particular that they are going to be compensated by transfers or other kind of direct payments once these subsidies come off.
“It’s obvious that once these subsidies come off, prices will rise. For the very poor, goods that are expensive but are essential will place them in dire straits.
“So the government should get people used to the idea that as the subsidies are progressively dismantled, people will see compensation for that,” he said.
He said inflation would stabilise after a while, although consumer prices may spike immediately after the subsidies were removed.
“In the short term, shocks can hit the system. A removal of subsidies may raise inflation to five to six per cent in that particular year, but it will not be an on-going inflation,” he said here yesterday after giving a luncheon talk to LSE alumni.
He earlier held discussions with the Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry.
It is understood that the government has consulted Quah on the different aspects of inflation, the problems of subsidy and the ways to reduce poverty. Quah said the government was studying how best to remove petrol subsidies without hurting the poor. Social unrest in countries like Indonesia also suggested that this issue be dealt with care.
Oil prices reached another record of US$135 (RM472) per barrel last week. Fuel subsidies are expected to cost the government RM56 billion this year.
Daniel, Kuala Lumpur: Modern cars are more fuel efficient & less harmful to the environment. Cars 20 years or older should be discourage to be on the road. bernard kuching: Just like the toll fares. The question is the infrastructure needed to address the different prices. The public and private sectors seem to have common finishing office hour ie. 5pm. Different closing hour will save the country a lot of petrol and also oil subsidy. Police help at this hour will help ease traffic and directly save petrol when traffic is moving smoothly. Build more bicycle lanes with trees lining them….,oil is finite and the future scenario is not so good. David, Sabah: What we have to learn here is that we need to find other alternatives like fusion power plants, solar or other sustainable resources, and use them, for instance, we could use more electric transports, like trains (Maglev’s) light rails, etc. All of these electric transport systems are available today, some even for many years already, the future is with sustanable energy and resources, if we ( or even the world ) can spend so much for new warfare technologies, then why can’t we divert some of these funds for the development of our future. Like Bernard of Kuching says, oil is finito! GONE!, but it’s still not too late to pool our brains together to solve this problem, do not wait till it is too late! Nadura Kamarulzaman: khu, kedah: ben, btu: uk: sptay, penang: Edward, KL: We pay huge excise duty for cars, far more than we can consume in fuel subsidies. An example: The Honda Civic 1.8 costs RM113,800 here whereas it costs ~RM73,563 (unsubsidized) in Thailand. We’ll call the difference to be RM40k. Fuel in the US costs USD3.76 per US gallon (unsubsidized). That works out to around USD1 or RM3.25 per litre. Petrol costs RM1.92 per litre here. The difference per litre = RM1.33. So, to recoup my excise duty and other random enrich the government taxes, i have to use 30075 litres of subsidized petrol. Let’s assume 1 litre of petrol = 10km. If i drive 600km a month (10km to work, 10km back, 30 days), i use 60 litres of petrol a month. I would have to drive for 500 months, or 41.7 years before i get my excise duty back in subsidy. Do you think my Honda Civic can last for 41.7 years? In summary: All malaysians should remember – the government actually profits from us, the people, via excise duty vs fuel subsidies AS IT IS. And they want to make petrol more expensive. This is ridiculous. Give me an untaxed car. Then i will pay (gladly pay) full price for fuel
Pengusaha bas minta naik tambangOleh Amin Ridzuan Ishak
Berita harian Online KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) memohon untuk menaikkan kadar tambang bas ekspres dan bas berhenti-henti di seluruh negara sebanyak 100 peratus bagi menampung peningkatan kos operasi serta alat ganti. Presiden PMBOA, Datuk Ashfar Ali, berkata pihaknya sudah mengemukakan permohonan itu kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berikutan peningkatan mendadak harga diesel dan alat ganti. “Kali terakhir kerajaan mengumumkan kenaikan tambang bas ekspres dan bas berhenti-henti adalah pada 1 Mei 2005 sedangkan harga diesel sudah dinaikkan tiga kali, manakala kos alat ganti pula semakin bertambah,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Mengikut cadangan PMBOA, tambang bas ekspres berhawa dingin di Semenanjung perlu dinaikkan kepada 15 sen untuk jarak satu kilometer (km) berbanding 6.5 sen setiap km kadar sekarang. Bagi perkhidmatan bas ekspres tanpa penghawa dingin pula, PMBOA memohon kenaikan tambang sebanyak 10 sen setiap kilometer berbanding 5.5 sen yang dikenakan ketika ini. “Bagi bas berhenti-henti berhawa dingin, kami meminta kenaikan tambang kepada RM1.50 untuk setiap km dan 20 sen bagi setiap km berikutnya berbanding kadar sekarang iaitu masing-masing 72 sen dan 7.2 sen. “Bagi bas berhenti-henti tanpa pendingin hawa, kami memohon tambangnya dinaikkan kepada RM1 untuk setiap dua km pertama dan 15 sen bagi setiap km berikutnya berbanding kadar sekarang iaitu masing-masing 48 sen dan tujuh sen.
“Bagi laluan berbukit pula, kami memohon supaya dibenarkan caj tambahan sebanyak 20 peratus lagi daripada kenaikan itu,” katanya. Ashfar berkata, bagi pengusaha di Sarawak, PMBOA mahu kadar tambang bagi bas ekspres berhawa dingin dinaikkan kepada 22 sen bagi km pertama berbanding 11 sen ketika ini di Sabah, ia dinaikkan daripada 10 sen kepada 20 sen untuk jarak yang sama. “Bagi bas ekspres tanpa penghawa dingin di Sabah, kadar kenaikan tambang yang dicadangkan adalah 15 sen bagi kilometer pertama berbanding 8.5 sen ketika ini. Bagaimanapun tiada jumlah ditetapkan untuk Sarawak,” katanya. Bagi bas berhenti-henti tanpa penghawa dingin di Sarawak, pihaknya mencadangkan tambang lima km pertama dinaikkan kepada RM1.20 dan 15 sen bagi setiap km berikutnya manakala bagi yang berhawa dingin, masing-masing diminta dinaikkan kepada RM1.50 dan 20 sen untuk jarak sama.
Di Sabah pula, PMBOA memohon tambang bas berhenti-henti berhawa dingin dinaikkan kepada RM1.50 bagi dua km dan 20 sen bagi setiap km berikutnya manakala yang tidak berhawa dingin, kadar dicadangkan adalah masing-masing RM1 dan 15 sen untuk jarak laluan sama. Selain itu, PMBOA memohon supaya kerajaan menaikkan 30 peratus kadar tambang bas mini daripada masing-masing 80 sen kepada RM1.10 untuk yang berhawa dingin dan daripada 70 sen kepada RM1 bagi yang tidak berhawa dingin. PMBOA turut meminta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengehadkan pemberian permit bas bagi mengelak ia menjejaskan lagi pendapatan pengusaha bas sedia ada. Ashfar berkata, pengusaha mendapati kenaikan tambang yang diumumkan pada 2005 bukan saja gagal membantu mereka meningkatkan keuntungan, malah tidak cukup untuk menampung kos operasi masing-masing. “Akibatnya, banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar dan satu daripada langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah itu ialah jika kerajaan membenarkan kami menaikkan kadar tambang perkhidmatan. “Kami bukannya mahu menyusahkan pengguna atau mengambil kesempatan daripada kenaikan harga minyak tetapi jika keadaan terus begini, kita bimbang tidak mampu memberikan perkhidmatan dan akhirnya ia akan membebankan orang ramai,” katanya. |
Aktiviti Exco Pendidikan pada 29/05/08: Lawatan ke Taylor’s University College Malaysia
In 1 on May 30, 2008 at 1:10 amTaylor’s University College, sebelum ini dikenali sebagai Taylor’s College sahaja telah ditubuhkan pada tahun 1969 bertempat di kampus Subang Jaya. Kini University College ini merangkumi empat lagi termasuk Taylor’s Sekolah Perniagaan, Taylor’s College Petaling Jaya, Taylor’s american Degree Transfer Program dan Taylor’s College Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan.
Aktiviti Exco Pendidikan pada 29/05/08: Lawatan ke Taylor’s University College Malaysia
In 1 on May 30, 2008 at 1:10 amTaylor’s University College, sebelum ini dikenali sebagai Taylor’s College sahaja telah ditubuhkan pada tahun 1969 bertempat di kampus Subang Jaya. Kini University College ini merangkumi empat lagi termasuk Taylor’s Sekolah Perniagaan, Taylor’s College Petaling Jaya, Taylor’s american Degree Transfer Program dan Taylor’s College Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan.
Aktiviti Exco Pendidikan pada 29/05/08: Lawatan ke Taylor’s University College Malaysia
In 1 on May 30, 2008 at 1:10 amTaylor’s University College, sebelum ini dikenali sebagai Taylor’s College sahaja telah ditubuhkan pada tahun 1969 bertempat di kampus Subang Jaya. Kini University College ini merangkumi empat lagi termasuk Taylor’s Sekolah Perniagaan, Taylor’s College Petaling Jaya, Taylor’s american Degree Transfer Program dan Taylor’s College Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan.
Aktiviti Exco Pendidikan pada 29/05/08: Lawatan ke Taylor’s University College Malaysia
In 1 on May 30, 2008 at 1:10 amTaylor’s University College, sebelum ini dikenali sebagai Taylor’s College sahaja telah ditubuhkan pada tahun 1969 bertempat di kampus Subang Jaya. Kini University College ini merangkumi empat lagi termasuk Taylor’s Sekolah Perniagaan, Taylor’s College Petaling Jaya, Taylor’s american Degree Transfer Program dan Taylor’s College Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan.
SIX SECRETARIATS FORMED BY UMNO YOUTHS
In UMNO youth, opposition manifesto on May 30, 2008 at 12:18 amIn the light of the PRU 12 results, UMNO Youths has set up secretariats comprising central secretariat, secretariat on consultation, nation-building, media relation, UMNO rejuvenation and people’s plights and protection of their interests.
With the reentry of ex-GERAK chief, Ezam Mohd Nor into UMNO, hopefully a new injection of fresh and credible leaders untarnished by scandals and accusations of corruption, nepotisme and cronyism can take place. So far we have seen MP’s and Senators despite having bad track records still enjoying the preferences of being elected as Ministers and Deputy Ministers due to lack of pool of leaders in UMNO to choose from.
The central secretariat is going to focus on restructuring and to monitor opposition manifesto. So the UMNO Youth is going to be reengineered and restructured. So bad a picture. Despite UMNO akin to a sinking ship, there is still somebody going on board…..
UMNO Youths Set Up Secretariats To Focus On Issues
KUALA LUMPUR, May 29 (Bernama) — Umno Youth is setting up special secretariats to look at issues raised during the March 8 general election campaign and to address them.
Its chief Datuk Seri Hishammuddin Hussein said there would be six secretariats altogether, including the central secretariat which would be headed by him.
The others are the consultation, nation-building, media relations and Umno rejuvenation secretariats and another to look into the plight of the people and to protect their interests.
Hishammuddin said members of the secretariats would comprise Umno members, representatives of non-governmental organisations and professionals.
“These secretariats will be formed to restore the people’s confidence in Umno and to ensure the party remains relevant,” he told reporters here Thursday.
Hishammuddin said the secretariat headed by him would focus, among other matters, on party restructuring and to monitor the opposition manifesto.






