drhalimahali

ULASAN BUKU: KAMUS MODEN ALMIFTAH

In Kamus al Miftah on July 26, 2008 at 8:19 pm

Saudara digalakkan untuk mengambil peluang mengunjungi PESTA BUKU SELANGOR yang sedang berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam dari 25Julai-3ogos 2008. Bawalah keluarga tercinta.

Saya ingin mencadangkan sebuah buku yang saya fikir pelaburan yang saudara belanjakan adalah berbaloi berlipat kali ganda dunia akhirat.

Pada Pesta Buku Antarabangsa 2000 di PWTC saya telah membeli sebuah kamus Arab- Indonesia berjudul “KAMUS KONTEMPORER” sususan Aatabikl Ali dan Ahmad Zuhdi Muhdior terbitan Yayasan Al maksum pondok persantren Krapyak Indonesia. Saya dah lupa kosnya tetapi yang pasti ia telah digunakan oleh beberapa orang anak saya yang bersekolah di SAM Hisamuddin Sg Bertih, SAMTH Hisamudin Kg Jawa seterusnya di SAMBEST USJ5.

Buku yang saya ingin syorkan saudara memilikinya ialah kamus tribahasa KAMUS ALMIFTAH susunan Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin dan Mohd Fuad Mohd Isa yang kesemua mereka adalah graduan Uni Al Azhar. walaupun buku ini diterbit oleh Al Azhar Media Enterprise, cetakan Angkatan Edaran dan diedar oleh Thaqafi Enterprise namun ia telah ditaja oleh ramai hamba-hamba ALlah yang benar-benar faham hadith ArRasul ” Apabila mati seorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sadakah jariah, anak soleh yang mendoakannya dan ilmu yang bermanafaat”.

Kamus AlMiftah ini beratnya 2.6kg, kos pelaburan ialah RM22o.00 sahaja dan muka suratnya sebanyak 1962 . Berkulit keras dan penjilidannya kemas. Memiliki gambar, perkataan dalam tiga warna iaitu hitam, biru dan merah. Makna perkataan dalam bahasa Inggeris berwarna biru, makna perkataan dalam bahasa melayu dicetak berwarna hitam. Perkataan Arab dicetak berwarna merah serta mempunyai baris bagi kita yang kurang mahir sebutan Arab. Kertasnya berkualiti dan glossy.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: