drhalimahali

Archive for March 2009

NAJMUDDIN CADANGKAN PENDIDIKAN BAHAWA RASUAH SATU DOSA

In ASLI, Institut Strategi dan Kepimpinan Asia, Transparency International Malaysia on March 31, 2009 at 6:43 pm

(Dwibahasa)
1.Tan Sri Dato’ Seri Megat Najmuddin salah seorang anggota Lembaga Disiplin Umno dalam satu kertas kerja di sidang Kemuncak Anti Rasuah “Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah” anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia mencadangkan lima langkah membanteras rasuah

(1) mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemberi dan penerima rasuah,

(11) gaji lebih baik untuk kakitangan awam,

(111) kurangkan birokrasi,

(1v) ketelusan dalam penajaan politik dan

(v) pendidikan yang memberi tumpuan kepada hakikat bahawa rasuah itu adalah satu dosa.

2. Megat Najmuddin berkata pemberian wang untuk belanja makan dan minyak bukan merupakan satu kesalahan kerana yang penting ialah niat di sebalik pemberian wang itu.

Isu Penting :( 1) bagaimana mengenalpasti atau menentukan niat seseorang?

(2) Bagaimana dengan individu atau kumpulan yang tidak berpaksikan dosa atau

pahala dalam kehidupan serta mengamalkan politik ala Machiavelli “matlamat menghalalkan

cara”

Beberapa Pemimpin Tinggi Umno Disiasat : Megat Najmuddin

Beberapa pemegang jawatan tinggi Umno kini disiasat ekoran aduan berlaku amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lepas, kata Anggota Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

“Saya tak ariflah kes-kes yang mana disiasat sekarang tapi saya dengar memang ada kes yang sedang disiasat.

“Sampai hari ini boleh tahan jugalah (bilangannya). Berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada Sidang Kemuncak Anti Rasuah “Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah” anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia di sini, Selasa.

Beliau ditanya sama ada masih terdapat laporan politik wang yang disiasat oleh lembaga itu walaupun setelah perhimpunan agung Umno itu berakhir Sabtu lepas.

“Memang dalam perhimpunan agung, itulah masanya pun berkempen cara politik wang,” kata Megat Najmuddin sambil menjelaskan beliau bagaimanapun tidak terbabit secara langsung dalam siasatan berkenaan kerana sebagai anggota lembaga mereka tidak boleh menjadi penyiasat, pendakwa dan juri sekaligus.

Ditanya sama ada kes berkenaan membabitkan juga Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, beliau berkata sekiranya terdapat bukti sesiapapun akan dikenakan tindakan.

“Sesiapapun kita akan dakwa kalau ada bukti sahih yang teguh, tapi kalau bukti tak kuat, susah. Baik laporkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Lembaga Disiplin,” katanya.

Megat Najmuddin berkata pemberian wang untuk belanja makan dan minyak bukan merupakan satu kesalahan kerana yang penting ialah niat di sebalik pemberian wang itu.

“Kalau RM50 sekalipun tujuannya untuk membeli undi itu dikira rasuah politik dan politik wang. Jumlah tidak penting dan apa yang penting ialah niat,” katanya.

Beliau menyambut baik kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Lembaga Dispilin distruktur semula untuk diperkasakan.

“Elok sangatlah sebab kita pun tak ada jentera yang ramai untuk bekerja.

Negara kita agak besar, Umno juga besar dengan anggotanya lebih tiga juta orang, jadi kita perlu perkasakan,” katanya.

Sebelum itu, semasa membentangkan kertas kerjanya, Megat Najmuddin mencadangkan lima langkah membanteras rasuah iaitu mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemberi dan penerima rasuah, gaji lebih baik untuk kakitangan awam, kurangkan birokrasi, ketelusan dalam penajaan politik dan pendidikan yang memberi tumpuan kepada hakikat bahawa rasuah itu adalah satu dosa.

BERNAMA

————————————————————————————-
Several Umno leaders under probe: Megat Najmuddin

Several Umno leaders are being investigated for alleged involvement money politics in the run-up to the Umno General Assembly last week, a member of the party’s Disciplinary Board Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas aid today.

He said the probe was carried out by officers of the board’s investigation unit.

“I don’t have the detail but I am made to understand that there are indeed investigations being carried out on a number of cases, including on those holding top posts,” he said.

He was speaking to reporters after tabling a working paper at the “Anti Corruption Summit – Zero Tolerance for Corruption” organised by the Asian Strategy and Leadership Institute and Transparency International Malaysia here.

Megat Najmuddin said he was not directly involved in the investigation because board members cannot be the investigators, prosecutors and jurists at the same time.

He said action would be taken on anyone found to have breached party discipline.

“If we have proof we will call them to testify but we need strong evidence otherwise it will be difficult for us to act,” he said.

He also said that there was nothing wrong with treating a person to a meal or paying for someone’s fuel as long as there was no ulterior motives in doing so.

“The amount of bribe is not important. The measure of culpability lies in the intention. If you give RM50 to buy votes, it is political corruption or money politics,” he said.

Megat Najmuddin also welcome Umno vice-president Tan Sri Muhyiddin Yassin’s proposal to restructure the Umno Disciplinary Board to strengtnening it further.

BERNAMA

PAUTAN: POLITIK WANG JADI BAHAN KAJIAN

KE MANA HALATUJU AKTIVITI BERBLOG KITA

In BLOG, BLOGGER, BLOGSPOT, WEBLOG, WORDPRESS on March 31, 2009 at 1:17 am

Dalam melaksanakan tuntutan amar bil ma’ruf wan nahyu ‘anil munkar (menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar) , kita umat Islam dianjurkan untuk membuat tiga peringkat atau darjat tindakan.

Di peringkat paling lemah iman ialah sekadar membenci dalam hati apabila melihat maksiat dan munkar berleluasa di hadapan mata. Dalam sebuah hadith Ar rasul saw menyebut bahawa tiada iman walaupun sebesar biji sawi (? seberat atom) jika tidak sedikitpun timbul rasa benci dalam hati melihat kemunkaran.

Peringkat kedua apabila mengetahui atau melihat kemunkaran ialah dengan cuba merubah atau menghalangnya dengan lisan atau lidah jika seseorang itu mampu. Penggunaan lisan atau tulisan boleh jadi dalam bentuk kaset, ucapan, ceramah, nasihat, pidato, forum, dialog dan sebagainya. Penggunaan lisan dalam berdakwah mempunyai metodologi serta kaedah tertentu.

Peringkat ketiga dalam amar bil ma’aruf wan nahyu ‘anil munkar ialah dengan penggunaan tangan yakni kekuasaan atau menghalang secara fizikal. Penggunaan kekuasaan terletak di bawah bidang politik dan pemerintahan. Tanpa kuasa dan pemerintahan, maksiat, murtad (riddah) dan munkar akan berleluasa serta bermahrajalela.

Walaupun terdapat individu Muslim atau bukan Muslim yang berhujah bahawa tiada paksaan dalam agama namun perlu diingat bahawa Ayat Al Quran tersebut merujuk kepada larangan memaksa orang memeluk Islam. Walau bagaimanapun setelah seseorang itu mengaku Muslim dengan ikrar lafaz dua kalimah syahadah, ia tertakluk kepada semua tuntutan sebagai seorang Muslim, setelah mengambil kira kemampuannya serta rintangan dan halangan yang ia hadapi.

Tiada sesiapa yang memaksa seseorang itu menceburi dalam bidang ketenteraan (kecuali program khidmat negara atau national service yang diwajibkan oleh negara). Tetapi apabila ia telah mendaftar sebagai seorang rekrut tentera, ia mahu tidak mahu mesti akur serta taat segala perintah dan larangan kem komanden seperti bangun pagi pada waktu tertentu, kawad, mengenakan uniform tentera, memakai but yang telah digilap sehingga berkilat, berambut pendek dan sebagainya. Ia tidak boleh lagi berhujah bahawa tiada siapa yang boleh memaksanya mentaati peraturan tentera atau ia bebas melakukan apa sahaja yang ia mahu.

Dalam membincangkan tajuk amar ma’ruf nahi munkar, izinkan saya menyentuh sebuah blog yang telah dilaporkan dikendalikan oleh seorang warga Klang dari Taman Sri Andalas dan bertugas di Affin Bank Jln Meru. Saya telah lebih dua puluh lima tahun menetap di Klang dan pernah tinggal serta bertugas di Tmn Sri Andalas.

Jika laporan tentang diri sebenar blogger PERAK BANGKIT itu sahih, saya berpendapat sahabat kita serta dan teman-temannya yang lain (admin atau webmaster blogspot berkenaan), telah tidak berlaku adil kepada dirinya serta Islam itu sendiri. Kenapa saya katakan begitu?

Dalam postingnya yang terkini bertajuk seperti di atas,
dari mana beliau memperolehi angka 65 % sedangkan
dalam blog beliau satu POLL telah dibuat dan sudahpun ditutup dengan 2926 pengunjung blog telah membuat undian. PAS memperolehi 62% sedangkan Barisan Nasional hanya mendapat 16%.

Jika PAS mendapat 62% ini juga bermakna NIZAR mendapat 62% bukan 35% seperti yang tertera dalam
tajuk post PERAK BANGKIT.

Di mana letaknya keadilan serta objektiviti pengendali blog ini?

Kedua penggunaan gambar lucah seorang wanita untuk menulis “kill nizar” adalah satu perbuatan yang tidak “manis” sebagai seorang yang mengaku Muslim. Mungkin masih boleh diterima atau dimaafkan jika blog ini diurustadbir oleh seorang yang belum ISLAM kerana ia masih tercari-cari kebenaran dan sedang mempelajari tentang Islam.

Kita akan dipertanggungjawbkan segala tindak tanduk kita, tutur kata, tulisan dan setiap yang kita lakukan dalam privasi kita atau di khalayak ramai.

Eloklah pengendali blog PERAK BANGKIT berbincang dengan kaunselor atau ustaz untuk tindakan selanjutnya. Tiada daya dan kekuatan melainkan dari ALlah. Tiada taufik dan hidayah melainkan dari Allah jua. Salam sejahtera. Berblog berpada-pada jangan sampai dikata go-blog; sebab pulut santan binasa, sebab tetikus iman binasa.

PERINTIS, PENAJA DAN PENYEBAR MAKSIAT di sini

PAUTAN BERAS TERPILIH DI Sini

Eloklah pengendali blog PERAK BANGKIT berbincang dengan kaunselor atau ustaz untuk tindakan selanjutnya. Tiada daya dan kekuatan melainkan dari ALlah. Tiada taufik dan hidayah melainkan dari Allah jua. Salam sejahtera. Berblog berpada-pada pada jangan sampai dikata go-blog.

PAUTAN BERAS TERPILIH DI Sini

BERAPA BANYAK UNDI KENA DAPAT (UKD) UNTUK MENANG SETIAP PETI UNDI DAN SALURAN

In Barisan NASIONAL, PRK P59, UDM, UPU, pakatan rakyat on March 31, 2009 at 12:06 am

STATISTIK PENTING

38 Unit Daerah Mengundi

34,884 Pengundi Melayu (63.5%)

14,955 pengundi Cina (27.1%)

5,526 India (9.1%)

Statistik Lokaliti Pengundi Tionghua :

Kuala Sapetang (4000) , Simpang Lama dan Baru (1000) Simpang Halt, Kampung Port Weld, Sungai Sapetang Kechil, Pekan Port Weld, Jalan Mangala Kuala Sapetang,Kampung Temerloh, Pasir Hitam Trong, Sungai Tinggi Trong, Pengkalan Aor, Kawasan JKR dan Larut Tin Changkat Jering

Parlimen P59 PRU 2008 – Bukit Gantang, Perak

Roslan Shaharum (PAS) memperolehi 20,015 undi

Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) memperolehi 18,449 undi

Morgan (Bebas) memperolehi 872 undi

PAS menang dengan majoriti sejumlah 1,566 undi

Pemilih berdaftar seramai: 55,471

Jumlah yang keluar mengundi: 40,301

Kertas undi rosak sejumlah: 851

Kertas undi tidak dikembalikan: 114

Peratusan mengundi: 72.65%

P.59 PRU 2004 – Bukit Gantang, Perak

Tan Lian Hoe (BN) memperolehi 16,846 undi

Dr Lo’ Lo’ Mohamed Ghazali (PAS) memperolehi 10,144 undi

BN menang dengan majoriti sejumlah 6,702 undi

Pemilih berdaftar seramai: 53,880

Jumlah yang keluar mengundi: 27,645

Kertas undi rosak sejumlah: 655

Peratusan mengundi: 51.40%

Kempen Habis-habisan Untuk Tarik Pengundi Cina

Hanya beberapa minit selepas proses penamaan calon tamat semalam, parti politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mula memperhebatkan kempen masing-masing dalam usaha memenangi hati dan sokongan pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Hujan atau panas, tidak menjadi masalah asalkan mesej dapat disampaikan, terutama apabila tumpuan ialah 14,955 pengundi Cina dan 5,526 India yang akan menjadi penentu kepada nasib calon yang bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu.

Kempen untuk majoriti 34,884 pengundi Melayu telah berjalan, tetapi usaha memenangi undi Cina dan India hanya bermula selepas penamaan calon semalam.

Daripada 38 kawasan peti undi di kawasan Parlimen itu, majoriti pengundinya ialah Melayu, kecuali di lima kawasan peti undi — Kuala Sapetang, Jalan Mengala, Simpang Baru, Pasir Hitam Trong dan Sungai Rotan.

“Majoriti pengundi Cina ialah di Kuala Sapetang. Terdapat kira-kira 4,000 pengundi Cina, diikuti Simpang dengan kira-kira 1,000 dan Pasir Hitam serta Sungai Rotan dengan kira-kira 500 pengundi,” kata pengerusi MCA Bahagian Bukit Gantang Datuk Ho Cheng Wang.

Oleh itu adalah tidak mengejutkan apabila selepas penamaan calon, pemimpin tinggi Barisan Nasional (BN) seperti Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat terus ke Kuala Sapetang untuk bertemu pengundi di sana.

“Pada 2004, 70 peratus orang Cina menyokong BN. Bagaimanapun pada pilihan raya umum lepas, sokongan itu turun kepada hanya 30 peratus. Itulah sebabnya kali ini, kami cuba untuk menyakinkan mereka supaya menyokong kami,” kata calon BN untuk Bukit Gantang Ismail Saffian.

Ismail, yang merupakan bekas pengarah pilihan raya BN di Bukit Gantang pada dua pilihan raya umum lepas, berkata jika sokongan untuk BN boleh ditingkatkan kepada kira-kira 40 hingga 45 peratus, BN akan mempunyai peluang untuk memenangi kerusi itu.

“Berdasarkan kiraan saya, jika sokongan pengundi Cina boleh ditingkatkan sebanyak 40 peratus, kami mempunyai peluang untuk menang,” katanya sambil menjelaskan bahawa pada pilihan raya umum lepas, PAS sebenarnya tidak menang undi Melayu.

Ismail berkata PAS hanya memperoleh 40 peratus undi Melayu pada pilihan raya umum 2004 dan 45 peratus pada 2008.

“Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham Roslan (Shaharum) menang kerana berjaya memperoleh 20 peratus undi bukan Melayu. Dengan 45 peratus ditambah 20 peratus undi Cina dan India, dia boleh menang dengan majoriti 1,500 undi,” katanya.

Pemerhati politik berkata majoriti pengundi Cina ialah dari Kuala Sapetang, Simpang Halt, kampung Port Weld, Sungai Sapetang Kechil, Pekan Port Weld dan Jalan Mangala di Kuala Sapetang.

Selebihnya ialah di Kampung Temerloh, Pasir Hitam Trong, Sungai Tinggi di Trong dan Pengkalan Aor, Simpang (Lama dan Baru), Kawasan JKR dan Larut Tin di Changkat Jering.

Menyedari usaha BN itu, pemimpin pembangkang terutama DAP dan PKR mempertingkatkan kempen mereka di Kuala Sapetang malam tadi dengan menganjurkan lebih banyak ceramah, yang dihadiri pemimpin-pemimpin pembangkang bagi menyampaikan mesej mereka.

Pakar strategi DAP dan anggota Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong berkata mereka tidak risau dengan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya kecil itu tetapi bimbang dengan kedudukan pengundi Melayu dan Cina, memandangkan kawasan Parlimen itu boleh dikatakan luar bandar.

“Walaupun kami mempunyai peluang yang lebih baik, kami sangat berhati-hati mengenainya.

“Hanya satu perkara yang baik iaitu penerimaan masyarakat Cina terhadap Mohammad Nizar adalah tinggi,” katanya.

Dan mulai hari ini, hampir setiap hari — terdapat ceramah mega dianjur kedua-dua parti politik itu, dalam usaha untuk menyampaikan hujah mengikut pandangan masing-masing kepada pengundi.

Alan Ting/BERNAMA

RASUAH POLITIK PATUT BAHAN KAJIAN A.S.L.I

In ASLI, Indeks Pembayar Rasuah, Transparency International, rasuah politik. politik wang on March 30, 2009 at 7:02 pm

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk menafikan gejala rasuah memandangkan semua kejayaan rancangan dan strategi pembangunan negara bergantung kepada tahap profesionalisme dalam sistem penyampaiannya.

2. Dompok berkata Indeks Pembayar Rasuah 2008 oleh Transparency International mendedahkan bahawa ahli perniagaan Malaysia percaya bahawa syarikat mereka terbabit dalam amalan rasuah dengan 42 peratus mengakui memberi suapan kepada pegawai tinggi kerajaan.

3. Tahap rasuah di kalangan pegawai awam peringkat bawahan di Malaysia adalah rendah iaitu 38 peratus lebih rendah berbanding kadar 45 peratus di rantau Asia Pasifik. Bagaimana dengan pegawai atasan ?

4. Laporan Bank Dunia mengenai kesan bahaya rasuah ke atas ekonomi menyebut anggaran “kebocoran wang” akibat rasuah adalah lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) global atau bersamaan RM2.6 trilion.

5. Bagaimana dengan statistik rasuah politik atau politik wang di kalangan Ahli Politik di negara kita terutama menjelang Pilihanraya umum atau kecil?

Kerajaan Tidak Nafi Wujud Gejala Rasuah, Kata Dompok

Malaysia tidak menafikan wujudnya masalah rasuah dalam pengertian yang sebenar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok.

Katanya jika ia berada dalam keadaan penafian, kerajaan mungkin tidak menubuhkan organisasi seperi Institut Integriti Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dompok berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk menafikan gejala rasuah memandangkan semua kejayaan rancangan dan strategi pembangunan negara bergantung kepada tahap profesionalisme dalam sistem penyampaiannya.

“Jika gejala rasuah merebak dalam sistem, maka sasaran pembangunan tidak dapat dicapai berikutan wang yang hilang menerusi amalan itu dapat digunakan untuk tujuan membina bagi melaksanakan senarai panjang projek infrastruktur yang dinantikan oleh rakyat khususnya penduduk kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah Malaysia, anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di sini hari ini.

Pada sidang media selepas ucapannya, Dompok berkata ketika kerajaan dan SPRM memberi tumpuan kepada masalah rasuah dalam urusan pentadbiran kerajaan dan juga sektor swasta, parti politik yang besar juga harus mengambil inisiatif bagi membanteras rasuah di organisasi masing-masing.

“Bagi parti politik berkenaan, mereka sendiri seharus memulakan usaha memerangi masalah ini. Sebaik sahaja parti besar mempunyai pendirian dalam hal ini, maka pihak lain akan turut menjejak langkah tersebut,” katanya.

Beliau merujuk kepada ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir Sabtu lepas yang menyatakan parti itu serius dalam membanteras rasuah.

“Saya berpendapat pandangan itu harus dipuji kerana sejak kebelakangan ini politik wang menjadi bahan berita panas dalam media kerana pemilihan UMNO. Apa yang penting ialah kepimpinan negara tidak menafikan masalah itu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dompok berkata SPRM perlu profesional dalam melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa mengeluarkan kenyataan atau membuat ulasan terhadap kes-kes tertentu.

“SPRM baru sahaja ditubuhkan dan berikan mereka peluang dan masa,” katanya.

Katanya ramai sinis memberi pandangan bahawa SPRM hanya merupakan “struktur lama dalam pakej baru” tetapi tanggapan ini adalah salah kerana SPRM mempunyai lebih banyak kuasa berbanding Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ini.

Menurutnya, Laporan Bank Dunia mengenai kesan bahaya rasuah ke atas ekonomi menyebut anggaran “kebocoran wang” akibat rasuah adalah lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) global atau bersamaan RM2.6 trilion.

“Oleh itu, laporan itu membuktikan bahawa amalan rasuah merupakan fenomena global dan tidak sesuatu yang pelik kepada Malaysia,” katanya.

Dompok berkata Indeks Pembayar Rasuah 2008 oleh Transparency International mendedahkan bahawa ahli perniagaan Malaysia percaya bahawa syarikat mereka terbabit dalam amalan rasuah dengan 42 peratus mengakui memberi suapan kepada pegawai tinggi kerajaan.

“Oleh itu penting bahawa usaha memerangi rasuah harus membabitkan sektor swasta. Jika sektor swasta terus membiarkan amalan ini, maka sukar dan mengambil masa untuk membanteras usaha ini,” katanya.

Dompok berkata beliau dimaklumkan bahawa tahap rasuah di kalangan pegawai awam peringkat bawahan di Malaysia adalah rendah iaitu 38 peratus lebih rendah berbanding kadar 45 peratus di rantau Asia Pasifik.

“Ketika angka ini lebih rendah di rantau ini, ia juga membimbangkan.

“Salah satu kesan negatif ialah kumpulan kakitangan bawahan dan golongan miskin tidak mampu membayar untuk mempercepatkan sesuatu urusan sehingga menyebabkan mereka tidak menerima perkhidmatan yang sepatutnya diterima sebagai warga negara ini,” katanya.

BERNAMA

RASUAH POLITIK PATUT BAHAN KAJIAN A.S.L.I

In ASLI, Indeks Pembayar Rasuah, rasuah politik. politik wang on March 30, 2009 at 7:02 pm

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk menafikan gejala rasuah memandangkan semua kejayaan rancangan dan strategi pembangunan negara bergantung kepada tahap profesionalisme dalam sistem penyampaiannya.

2. Dompok berkata Indeks Pembayar Rasuah 2008 oleh Transparency International mendedahkan bahawa ahli perniagaan Malaysia percaya bahawa syarikat mereka terbabit dalam amalan rasuah dengan 42 peratus mengakui memberi suapan kepada pegawai tinggi kerajaan.

3. Tahap rasuah di kalangan pegawai awam peringkat bawahan di Malaysia adalah rendah iaitu 38 peratus lebih rendah berbanding kadar 45 peratus di rantau Asia Pasifik.

4. Laporan Bank Dunia mengenai kesan bahaya rasuah ke atas ekonomi menyebut anggaran “kebocoran wang” akibat rasuah adalah lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) global atau bersamaan RM2.6 trilion.

5. Bagaimana dengan statistik rasuah politik atau politik wang di kalangan Ahli Politik di negara kita terutama menjelang Pilihanraya umum atau kecil?

Kerajaan Tidak Nafi Wujud Gejala Rasuah, Kata Dompok

Malaysia tidak menafikan wujudnya masalah rasuah dalam pengertian yang sebenar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok.

Katanya jika ia berada dalam keadaan penafian, kerajaan mungkin tidak menubuhkan organisasi seperi Institut Integriti Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dompok berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk menafikan gejala rasuah memandangkan semua kejayaan rancangan dan strategi pembangunan negara bergantung kepada tahap profesionalisme dalam sistem penyampaiannya.

“Jika gejala rasuah merebak dalam sistem, maka sasaran pembangunan tidak dapat dicapai berikutan wang yang hilang menerusi amalan itu dapat digunakan untuk tujuan membina bagi melaksanakan senarai panjang projek infrastruktur yang dinantikan oleh rakyat khususnya penduduk kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah Malaysia, anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di sini hari ini.

Pada sidang media selepas ucapannya, Dompok berkata ketika kerajaan dan SPRM memberi tumpuan kepada masalah rasuah dalam urusan pentadbiran kerajaan dan juga sektor swasta, parti politik yang besar juga harus mengambil inisiatif bagi membanteras rasuah di organisasi masing-masing.

“Bagi parti politik berkenaan, mereka sendiri seharus memulakan usaha memerangi masalah ini. Sebaik sahaja parti besar mempunyai pendirian dalam hal ini, maka pihak lain akan turut menjejak langkah tersebut,” katanya.

Beliau merujuk kepada ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir Sabtu lepas yang menyatakan parti itu serius dalam membanteras rasuah.

“Saya berpendapat pandangan itu harus dipuji kerana sejak kebelakangan ini politik wang menjadi bahan berita panas dalam media kerana pemilihan UMNO. Apa yang penting ialah kepimpinan negara tidak menafikan masalah itu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dompok berkata SPRM perlu profesional dalam melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa mengeluarkan kenyataan atau membuat ulasan terhadap kes-kes tertentu.

“SPRM baru sahaja ditubuhkan dan berikan mereka peluang dan masa,” katanya.

Katanya ramai sinis memberi pandangan bahawa SPRM hanya merupakan “struktur lama dalam pakej baru” tetapi tanggapan ini adalah salah kerana SPRM mempunyai lebih banyak kuasa berbanding Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ini.

Menurutnya, Laporan Bank Dunia mengenai kesan bahaya rasuah ke atas ekonomi menyebut anggaran “kebocoran wang” akibat rasuah adalah lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) global atau bersamaan RM2.6 trilion.

“Oleh itu, laporan itu membuktikan bahawa amalan rasuah merupakan fenomena global dan tidak sesuatu yang pelik kepada Malaysia,” katanya.

Dompok berkata Indeks Pembayar Rasuah 2008 oleh Transparency International mendedahkan bahawa ahli perniagaan Malaysia percaya bahawa syarikat mereka terbabit dalam amalan rasuah dengan 42 peratus mengakui memberi suapan kepada pegawai tinggi kerajaan.

“Oleh itu penting bahawa usaha memerangi rasuah harus membabitkan sektor swasta. Jika sektor swasta terus membiarkan amalan ini, maka sukar dan mengambil masa untuk membanteras usaha ini,” katanya.

Dompok berkata beliau dimaklumkan bahawa tahap rasuah di kalangan pegawai awam peringkat bawahan di Malaysia adalah rendah iaitu 38 peratus lebih rendah berbanding kadar 45 peratus di rantau Asia Pasifik.

“Ketika angka ini lebih rendah di rantau ini, ia juga membimbangkan.

“Salah satu kesan negatif ialah kumpulan kakitangan bawahan dan golongan miskin tidak mampu membayar untuk mempercepatkan sesuatu urusan sehingga menyebabkan mereka tidak menerima perkhidmatan yang sepatutnya diterima sebagai warga negara ini,” katanya.

BERNAMA

PILIHANRAYA KECIL TANPA LIDAH RESMI DAN ORGAN PARTI

In Dato Zambry, Ir Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, PRK P059 on March 30, 2009 at 2:32 pm

Setelah dinafikan hak kebebasan bersuara dan menggantung permit KDN akhbar Harakah dan Suara Keadilan, Pakatan Rakyat menghadapi PRK 3 kawasan serentak dengan memerlukan inisiatif, innovasi, kreativiti dan “resourcefulness” bagi membolehkan mesej Pakatan Rakyat sampai kepada pengundi serta mampu menangkis tuduhan, tohmahan dan dakyah pihak lawan.

PRK Bukit Gantang: Media konvensional BN lwn media baru Pakatan

KEMPEN pilihan raya kecil di dua bukit di Semenanjung dan Dun Batang Ai (Air), Sarawak sedang berlangsung.

Bermula dengan hari penamaan calon 29 Mac lalu, kempen-kempen 20 calon yang bertanding – tiga di Parlimen Bukit Gantang, lima belas di Dun Bukit Selambau dan dua di Dun Batang Ai akan berlangsung hingga menjelang tengah malam 7 April akan datang.

Pastinya antara yang mencuri perhatian para pemerhati dan pengkaji politik adalah kaedah berkempen parti-parti atau calon-calon yang bertanding.

Salah satu kaedah kempen politik BN adalah melalui media-media arus perdana yang dikuasainya. Tatkala kerajaan BN bertindak menggantung permit akhbar rasmi PAS dan KeADILan selama tiga bulan (sehingga 22 Jun 2009), BN terus menggunakan media massa arus perdana untuk mewar-warkan kempennya di tiga kawasan pilihan raya kecil itu.

Sejauh mana keberkesanan kempen BN melalui media massa ini menjadi sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Ini kerana ‘media konvensional’ yang digunakan BN sudah kian hilang kredibiliti dan kepercayaan umum, berbanding ‘media baru’ yang digunakan Pakatan Rakyat.

Komen-komen para perwakilan Umno dalam mesyuarat agung parti itu 24 higga 28 Mac lalu tentang kegagalan BN dalam menyampaikan ‘mesej dan maklumat yang benar’ kepada rakyat pada kempen PRU13 tahun lalu secara tidak langsung lebih merujuk kepada kegagalan fungsi media arus perdana untuk bertindak sebagai ‘jurucakap BN dan Umno’.

Sebenarnya kegagalan BN dalam menguruskan penyaluran maklumatnya kepada rakyat bukan sangat berpunca daripada kegagalan fungsi media arus perdana. Media arus perdana terus kekal berfungsi sebagai saluran kempen BN paling efektif kerana akhbar, TV dan radio masuk ke dalam hampir semua rumah kediaman rakyat. Apa yang tiada pada media massa utama ini adalah kebenaran dan keadilan.

Tanpa dua aspek penting itu (kebenaran dan keadilan), kehebatan liputan dan kecanggihan teknologi tidak dapat menawan hati dan pemikiran rakyat. Apatah lagi ketika berhadapan media baru yang lebih dekat dengan hati rakyat khususnya golongan muda.

Perlu disedari bahawa strategi berbohong dan memanipulasi fakta dan kejadian hanya berkesan dilakukan arus media perdana di saat ketiadaan media baru seperti internet (khususnya blog) dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Media baru juga semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Penghantaran SMS kini diperluaskan kepada penghantaran audio dan visual melalui telefon bimbit yang lebih efisien berbanding siaran TV dan radio.

Untuk memahami senario ini, diperturunkan dua contoh penulisan yang disiarkan oleh media konvensional dan media baru bagi penilaian pembaca. Dua penulisan ini merujuk kepada insiden yang berlaku di Masjid Simpang dalam kawasan PRK Parlimen Bukit Gantang, 29 Mac lalu.

Berita di bawah dipetik daripada mStar online yang dimiliki MCA. Insiden ini juga dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia milik Umno bertarikh 30 Mac 2009:

Nizar ‘rampas’ acara BN di masjid Bukit Gantang

Oleh G. MANIMARAN

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ‘bertembung’ dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi – mencetuskan sedikit kekecohan.

Semalam (29 Mac) merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.

Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS, menjadi bahan kempen dalam beberapa ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang.

“Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).

“Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau,” kata beliau ketika dihubungi.

Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.

Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.

Demikian berita yang dinukilkan oleh media massa pro-BN.

Cuba kita lihat pula tulisan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga calon PAS bagi PRK Parlimen Bukit Gantang dalam blog popular beliau, Kamparinn.blogspot.com :

Saya telah mengimamkan Solat Maghrib

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turun mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derhaka!

Hari penamaan calon PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru-hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pemimpin PAS lain memasuki pintu pagar Dewan Perbandaran Taiping jam 8.45 pagi (29 Mac).

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Haji Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju.

Sewaktu masuk ke masjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden Umno; Dato’ Zambry Kader; calon (BN) Ismail Saffian dan ramai lagi pemimpin Umno Pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan Umno berada di saf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat “wa’tasimu bihablillahi jamii’an, walaa tafarraqu…” dan rakaat kedua surah al-Kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma’mum termasuk pemimpin tinggi Umno.

Umno menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam import, Haji Jama’iy namanya. Habis solat, imam Haji Hashim bangun dan berucap di hadapan dengan menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi tafsir ayat al-Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan Umno setempat telah memprotes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus diadakan majlis bacaan Yaasin. Berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca Yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya, kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi.

Katanya lagi dengan nada kuat dan marah: “Jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir”. Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain.

Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan ‘ajaib’ tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid.

Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

SUMBER http://kamparinn.blogspot.com/2009/03/saya-telah-mengimamkan-solat-maghrib.html

Merujuk kepada berita yang disiarkan media BN, pastinya kita dapat melihat bagaimana insiden tersebut diputarbelitkan BN bagi kepentingan politik mereka. Jelas watak imam masjid yang bertanggung jawab menjemput Nizar untuk mengimamkan solat dan menyampaikan tazkirah tidak dilaporkan.

Malah sikap kasar Zambry (yang disifatkan Adun Sungkai, N Sivanesan sebagai ‘kekanda saya’) tidak pula dilaporkan media pro-BN.

Tuduhan bahawa Nizar menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik juga meleset kerana BNlah sebenarnya yang bertindak sedemikian kerana mengadakan majlis membaca Yaasin sempena kempen PR di masjid.

Apapun terpulanglah kepada pembaca untuk menilai kebenaran dua sumber penulisan di atas. Tetapi apa yang ingin ditegaskan sekali lagi, strategi berbohong dan memutarbelitkan fakta oleh media arus perdana dikuasai BN tidak lagi berkesan di era kewujudan dan percambahan media baru seperti blog.

Apa yang lebih utama dalam kempen-kempen politik adalah kebenaran, ketelusan, intergriti dan kredibiliti sumber maklumat. Tanpa ciri-ciri itu usaha mempengaruhi atau meyakinkan rakyat umpama mencurah air di daun keladi.

Cuma satu yang ingin diulas… Zambry ketika memarahi Nizar mendakwa kononnya beliau juga mampu mengimamkan solat dan menyampaikan tafsir.

Soalnya, dengan kecenderungan beliau untuk berbohong dan bercakap kasar, adakah manusia yang sudi berimamkan beliau?

tajdidAhmad Tajdid/HARAKAHDAILY

PILIHANRAYA KECIL TANPA LIDAH RESMI DAN ORGAN PARTI

In Dato Zambry, Ir Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, PRK P059 on March 30, 2009 at 2:32 pm

Setelah dinafikan hak kebebasan bersuara dan menggantung permit KDN akhbar Harakah dan Suara Keadilan, Pakatan Rakyat menghadapi PRK 3 kawasan serentak dengan memerlukan inisiatif, innovasi dan “resourcefulness” bagi membolehkan mesej Pakatan Rakyat sampai kepada pengundi serta mampu menangkis tuduhan, tohmahan dan dakyah pihak lawan.

BEBERAPA KELAINAN DI HARI PENAMAAN CALON PRK P059

In PDRM, PRK059, SPR on March 30, 2009 at 4:13 am
Terdapat beberapa kelainan dari segi teknik pihak Polis mengendalikan Hari Penamaan Calon di Taiping bagi PRK Bukit Gantang pada 29 Mac 2009. Saya sempat berbual dengan beberapa Pegawai Polis dan mereka sebenarnya telah didatangkan dari seluruh Malaysia. Setelah insiden di PRK Ijok Selangor, PDRM telah mengubahsuai beberapa kaedah “crowd control” pengawalan perhimpunan.
Khemah khas disediakan untuk operasi dan tempat tinggal sepanjang tempoh berkampung di Taiping.

Lebih ramai petugas wanita Polis FRU dan awam digerakkan.

Untuk mengelak dari para penyokong bertembung dan beraksi ganas, PDRM telah menggunakan” barbed wire” atau dawai berduri untuk memisahkan kedua belah pihak dari “bodily contact”. Biasanya “human shield” digunakan.

FORMER LUBOK ANTU MP PKR CANDIDATE FOR PRK N29

In Batang Ai, Batang Air, PRK N29 on March 30, 2009 at 3:44 am

There’re 8,600 registered voters, comprising 95% Ibans in the 1,341 sq km constituency where 24 polling centres will be opened.

About 40% of the 22,270 Batang Ai residents from 238 longhouses and 15 houses rely on boats as the mode of transport.

10 police boats, three helicopters and two light aircraft will also be deployed. Election Commission (EC) expected to spend RM400,000 to run the by-election.

The PKR candidate, Jawah Gerang, was accompanied by 3,000 supporters led by Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim to nomination centre in the Lubok Antu Sports complex.

Straight fight in Batang Ai

Jawah Gerang (top)

Malcom Mussem Lamoh

LUBOK ANTU (March 29, 2009) : The Batang Ai state by-election on April 7 is a straight fight between Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat-PKR.

BN newcomer Malcom Mussem Lamoh, 49, will face PKR’s Jawah Gerang, 55, a five-term former Lubok Antu MP.

Returning officer Nelson Mujah Girie confirmed the candidates at the nomination centre in the Lubok Antu Sports complex here after the objection period ended at 11am today.

Jawah was the first to submit his nomination papers when the centre opened at 9am. Jawah, accompanied by his seconder Lepang Gerang and proposer Unggeh Babang, filed his papers at 9.03am.

Mussem filed his papers at 9.15am accompanied by his proposer, Jampi Tutong and seconder, Gerang Juben.

Sarawak BN chairman Tan Sri Abdul Taib Mahmud led the coalition’s march to the nomination centre together with BN director of operations Datuk Seri Dr James Masing with more than 5,000 supporters.

The BN showed solidarity with the presence of newly elected Umno vice-president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek, Parti Bersatu Sabah (PBS) president Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan and former Sabah chief minister Datuk Seri Salleh Said Keruak.

The PKR candidate was accompanied by 3,000 supporters led by Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

The weather was fine and police helicopters were seen hovering over the area.

Party supporters started converging in the area near the nomination centre as early as 6am.

The 38km road leading to this rural border bazaar from the junction of the Sri Aman-Miri trunk road was jammed with vehicles ferrying party supporters, election workers and dignitaries while police personnel controlled traffic and public order.

About 850 policemen were mobilised from yesterday as part of security measures for the by-election.

Due to the remoteness of Batang Ai, 10 police boats, three helicopters and two light aircraft will also be deployed, with the Election Commission (EC) expected to spend RM400,000 to run the by-election.

About 40% of the 22,270 Batang Ai residents from 238 longhouses and 15 houses rely on boats as the mode of transport.

There are 8,600 registered voters, comprising 95% Ibans in the 1,341 sq km constituency where 24 polling centres will be opened.

The seat fell vacant following the death of four-term BN incumbent Datuk Dublin Unting Ingkot, who was Sarawak agriculture and sports assistant minister and Parti Rakyat Sarawak (PRS) vice-president on Feb 24.

Batang Ai is one of two state constituencies under the Lubok Antu parliamentary seat. The other is Engkilili.

Bernama/sun2surf

DR HALIMAH DIBERI PELUANG BERUCAP DI PESTA PENAMAAN CALON PRK BUKIT GANTANG

In BUKIT GANTANG, PRK P059, TAIPING on March 30, 2009 at 2:47 am

FOTO GALERI HARI PENAMAAN CALON PRK BUKIT GANTANG

In Hari Penamaan Calon PRK P059 on March 30, 2009 at 1:16 am

Keheningan dan kedamaian Taiping Bandar Warisan telah diserbu seawal hari Sabtu lagi dan pada sekitar pukul 6.30 pagi hari Ahad 29 Mac 2009, nak cari ruang kosong untuk letak kereta kancilpun tak dapat. Mungkin konsert Mawi di Taman Tasikpun tak seramai ini.

Saudara cuba bayangkan laluan ke Taman Tasik Taiping, Dataran Kedamaian, Zoo, Bukit Larut dan kawasan sekitarnya dipenuhi oleh ribuan pelancong politik pada hari penaman calon Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang P059.

FOTO GALERI HARI PENAMAAN CALON PRK BUKIT GANTANG

In Hari Penamaan Calon PRK P059 on March 30, 2009 at 1:16 am

Keheningan dan kedamaian Taiping Bandar Warisan telah diserbu seawal hari Sabtu lagi dan pada sekitar pukul 6.30 pagi hari Ahad 29 Mac 2009, nak cari ruang kosong untuk letak kereta kancilpun tak dapat. Mungkin konsert Mawi di Taman Tasikpun tak seramai ini.

Saudara cuba bayangkan laluan ke Taman Tasik Taiping, Dataran Kedamaian, Zoo, Bukit Larut dan kawasan sekitarnya dipenuhi oleh ribuan pelancong politik pada hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang P059.

LAPORAN LENGKAP PENAMAAN CALON OLEH GOMALAYSIAN

In 1 on March 29, 2009 at 1:30 pm

PENAMAAN CALON 3 PRK SERENTAK

In 1 on March 29, 2009 at 1:09 pm

Pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang ialah di Dewan Majlis Perbandaran Taiping manakala bagi Bukit Selambau, pusat penamaan calon ialah di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani dan Batang Ai di Kompleks Sukan Lubok Antu, Sarawak.

Sementara itu di Lubok Antu, Sarawak, jalan sepanjang 38 kilometer menuju Lubok Antu dari persimpangan jalan raya utama Sri Aman-Miri sesak sejak awal pagi apabila banyak kenderaan yang membawa penyokong parti, pekerja pilihan raya dan orang kenamaan bertumpu ke kawasan itu.

Penamaan Calon Tiga Pilihan Raya Kecil Bermula

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Perak dan Batang Ai di Sarawak bermula pukul 9 pagi ini.

Pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping manakala bagi Bukit Selambau, pusat penamaan calon ialah di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani dan Batang Ai di Kompleks Sukan Lubok Antu.

Penamaan calon ditutup pada pukul 11 pagi dan diikuti dengan tempoh bantahan selama sejam.

Jika ada pertandingan, pengundian akan diadakan pada 7 April.

Keputusan nama-nama calon yang layak bertanding akan diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya di pusat masing-masing tengah hari ini.

Pilihan raya kecil Bukit Selambau diadakan selepas penyandangnya, V. Arumugam dari Parti Keadilan Rakyat meletak jawatan pada 8 Feb lepas manakala pilihan raya Bukit Gantang dan Batang Ai berikutan kematian penyandang iaitu Roslan Shaharum dari Pas pada 9 Feb lepas dan Datuk Dublin Unting Inkot (Barisan Nasional) pada 24 Feb.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar, termasuk 136 pengundi pos dengan pecahan 63.5 peratus pengundi Melayu, Cina (27.1 peratus), India (9.1 peratus) manakala yang lain (0.2 peratus).

Kawasan DUN Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi termasuk 15 pengundi pos dengan majoriti pengundi Melayu (50.2 peratus), India (29.5 peratus), Cina (19.3 peratus) manakala yang lain satu peratus.

Di Batang Ai, jumlah pengundi ialah seramai 8,006 orang (43 pengundi pos), dengan kira-kira 95 peratus terdiri daripada kaum Iban manakala selebihnya adalah Melayu, Cina dan lain-lain.

Cuaca di ketiga-tiga pusat penamaan calon dilaporkan cerah dengan penyokong-penyokong calon mula berkumpul seawal 6.30 pagi dengan polis mengawal lalu lintas dan keadaan di sekitar pusat penamaan.

Di Taiping, polis menutup lima jalan menuju ke pusat bandar Taiping iaitu Jalan Sultan Mansur, Jalan Kota, Jalan Taming Sari, Jalan Temenggong dan Jalan Berek sejak pukul 6 pagi.

Penduduk Taiping dan pelawat luar yang tidak mempunyai urusan penting dinasihati tidak memasuki kawasan pusat bandar Taiping bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Sementara itu di Lubok Antu, Sarawak, jalan sepanjang 38 kilometer menuju Lubok Antu dari persimpangan jalan raya utama Sri Aman-Miri sesak sejak awal pagi apabila banyak kenderaan yang membawa penyokong parti, pekerja pilihan raya dan orang kenamaan bertumpu ke kawasan itu.

BERNAMA

LAPORAN DARI BUKIT SELAMBAU

In 1 on March 29, 2009 at 1:00 pm

Laporan dari Pusat Penamaan Calon Bukit Selambau
Berikut adalah perkembangan terkini yang dibawa oleh wartawan Harakah di Pusat Penamaan Calon untuk Pilihan raya kecil Bukit Selambau.

12.00 tgh: SPR umumkan seramai 15 calon sah bertanding di Dun Bukit Selambau. Sebanyak 9 bantahan diterima tetapi kesemuanya ditolak.

11.00 pagi: SPR umumkan masa bantahan telah ditutup.

10.30 pagi:Seramai 13 calon bebas telah mendaftar untuk bertanding menentang calon BN dan KeADILan dalam pilihan raya kecil Dun Bukit Selambau pada 7 April nanti.

10.00 pagi: Masa pencalonan telah tamat. Masa bantahan bermula dan borang calon-calon mula dipamerkan.

9:35 pagi: Calon Bebas ke-14, A. Jayagopal tiba di pusat penamaan calon.

9:25 pagi: Calon Bebas ke-13, Tan Hock Huat tiba di pusat penamaan calon.

9:15 pagi: Calon BN, Datuk S. Ganeson tiba dan jumlah itu mencukupkan 12 calon yang dijangka bertanding.

Walaupun suasana di luar kawasan calon begitu riuh rendah dengan sorakan penyokong-penyokong dari parti lawan. Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan pemantauan pihak polis.

9:00 pagi: Rombongan BN berjumlah kira-kira 3,000 orang tiba. Rombongan itu diketuai oleh Naib Presiden Umno baru, Dato’k Seri Hishammuddin diiringi oleh Ketua Wanita Umno, Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan Presiden MIC Dato’ Seri S. Samy Vellu.

9:00 pagi: Proses penyerahan borang pencalonan bermula dan ia berlangsung selama sejam.

8:45 pagi: Calon Bebas wanita tunggal, L. Sarala tiba di pusat penamaan calon.

8:40 pagi: Calon KeADILan, S. Manikumar diringi oleh Azmin, ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, ahli Parlimen Bukit Mertajam Chong Eng dan ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar.

8:40 pagi: Calon Bebas, R.Loganathan tiba di pusat penamaan calon.

8:35 pagi: Calon Bebas, Radzi Md razif tiba di pusat penamaan calon.

8:30 pagi: Ketibaan calon bebas, Mohd Fazil Abdul Wahab di pusat penamaan calon.

8:25 pagi: Rombongan Parti KeADILan tiba diketuai Naib Presidennya, Azmin Ali. Ketibaan mereka diiringi dengan tarian naga dan paluan gendang.

Turut mengiringi rombongan tersebut ialah Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa,Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin, ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam dan ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan.

Menurut Azmin, rombongan yang hadir pada pagi ini berjumlah sekurang-kurangnya, 20,000 orang.

8:15 pagi: Calon Bebas, S.Mogankumai tiba di pusat penamaan calon.

8:10 pagi: Calon Bebas, Abdul Rahim Abu tiba di pusat penamaan calon.

8:05 pagi: Calon Bebas, M.Vaneson tiba di pusat penamaan calon.

7.50 pagi: Suasana sekitar pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 masih lengang tanpa kehadiran penyokong calon yang bertandng.

Bagaimanapun kelihatan beberapa kumpulan penyokong telah mula berarak masuk ke kawasan penamaan calon.

Sementara itu juga terdapat sebuah helikopter polis sedang membuat tinjauan di udara.

7:35 pagi: Calon Bebas, Anuar Abdul Hamid, tiba di pusat penamaan calon.

7:30 pagi: Calon Bebas, T. Chandrarajah, tiba di pusat penamaan calon.

7:20 pagi: Calon Bebas, Husaini Yaacob tiba di pusat penamaan calon.

7.00 pagi: Pertama kali dalam sejarah pilihan raya, penyokong kedua-dua pihak diletakkan terlalu jauh sehingga tidak dapat dilihat antara satu sama lain.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis berkemungkinan mengambil pendekatan tersebut untuk menghalang sebarang provokasi antara satu sama lain.

Ini berkemungkinan bimbang dengan Umno-BN dimalukan ekoran beberapa insiden yang menimpa kepimpinan mereka sejak akhir-akhir ini.

mks/Mohd Sabri Said,Bashir Ishak & Izwan Abdul Halim/harakahdaily

lAPORAN TERKINI DARI BUKIT GANTANG

In 1 on March 29, 2009 at 11:20 am

LAPORAN lINTAS LANGSUNG PENAMAAN CALON BUKIT GANTANG

Hari ini akan menentukan sejauhmana langkah semua calon dalam menentukan hala tuju di Bukit Gantang. Berikut adalah lintas langsung yang dibawa oleh wartawan-wartawan Harakah yang berada di lokasi berkenaan:

1.45 petang: Dalam penelitian Mafrel, senarai nama pengundi untuk pilihan raya kecil Bukit Gantang didapati agak meragukan kerana wujud beberapa nama yang telah lama meninggal dunia.

Antaranya, seorang pemilih, Kassim Md Amin yang lahir pada 8/07/1916 telah disahkan meninggal dunia 36 tahun lalu oleh anaknya Rohani Kassim. Manakala, seorang lagi pengundi Che Man Said yang lahir pada 9/11/1912 juga disahkan telah meninggal dunia lapan tahun lalu oleh cucunya.

Kini, yang menjadi kemusykilan kenapakah nama-nama mereka masih lagi tersenarai sebagai pemilih di Bukit Gantang.

11.20 pagi: SPR terima tiga pencalonan iaitu daripada PAS,BN dan calon bebas, Kamarul Ramizu Idris. Walaupun ada tiga bantahan tetapi SPR telah menolaknya.

11.00 pagi:Pegawai SPR,Dato’ Mahmud Marsidi mengumumkan masa bantahan telah ditutup.

Karpal Singh yang baru tiba telah diprovokasi oleh penyokong Umno sehingga dibaling dengan beberapa objek.

10.45 pagi: Suasana agak tegang di kalangan penyokong Umno-BN, apabila mereka bergaduh sesama sendiri. Ini telah memaksa pihak polis terpaksa campur tangan untuk meleraikannya.

10.00 pagi: Masa pencalonan telah tamat. Masa bantahan bermula dan borang calon-calon mula dipamerkan.

9.20 pagi: Pihak polis menghalang Ir Khalid Samad, Gobind Singh Deo dan Ronnie Liu daripada memasuki kawasan Pusat Penamaan Calon.

9.15 pagi: Seorang calon bebas, Kamarul Ramizu Idris tiba di kawasan dewan penamaan calon.

9.00 pagi: Calon PAS, Dato’ Seri Nizar telah masuk ke dalam Pusat Penamaan Calon.

Suasana di luar agak meriah dengan sorakan kedua-dua penyokong. BN kelihatan seramai antara 3,000-4,000 orang manakala Pakatan Rakyat menengelami penyokong BN dengan lebih 12,000 ribu orang.

Kelihatan juga replika kapal selam dan laungan “hancur BN, Altanyuya dan takbir” kedengaran sepanjang proses penamaan ketika ini.

8.40 pagi: Calon PAS, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, tiba di Pusat Penamaan Calon bersama-sama dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang;Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Speaker Dun Perak, Sivakumar.

8.35 pagi: Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaafar; Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din; Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ir Abdul Khalid Samad kelihatan di Pusat Penamaan Calon.

Suasana sekitar dikawal ketat oleh pihak polis. FRU kelihatan dan helikopter berlegar-legar di kawasan tersebut.

8.30 pagi:Lebih 100 staf Harakah dan penyokongnya mencuri tumpuan dalam perarakan tersebut apabila membawa sepanduk,kain rentang sertai memakai baju ‘T’ yang tertera kata-kata bantahan terhadap tindakan KDN yang menggantung akhbar Harakah tempohari.

Perarakan staf Harakah tersebut diketuai oleh Ketua Pengarang Kumpulannya, Ahmad Lutfi Othman dan kakitangan editorial.

Menurut Lutfi, mereka telah bertolak seawal tengah malam tadi daripada ibu pejabat Harakah di Jalan Pahang untuk berada bersama kumpulan perarakan pada pagi ini.

“Bantahan ini adalah untuk menunjukkan betapa ruangan-ruangan demokrasi makin ditutup oleh pihak pemerintah.

“Dan warna hitam yang menjadi latar pakaian kami serta kain rentang pagi ini melambangkan suasana gelap mula menyelubungi ruang-ruang kebebasan akhbar negara ini,”jelasnya semasa dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

8.00 pagi: Perarakan ke pusat penamaan calon, Majlis Perbandaran Taiping bermula.

Petugas dan penyokong PAS selain berarak turut sama membantu mengawal lalu lintas agar tidak berlaku kesesakan lalu lintas. Perarakan turut disertai penyokong KeADILan dan DAP.

7.45 pagi:Solat hajat selesai diadakan.

6.45 pagi:Polis sudah mengawal lalu lintas seawal jam 6 pagi. Bandar Taiping mula sesak dengan kenderaan yang kebanyakkannya membawa bendera PAS.

Dianggarkan lebih 10,000 penyokong PAS sudah berada di kawasan sekitar Masjid Daerah Taiping. 6.30 pagi: Para penyokong PAS sudah mula berkumpul seawal jam 2 pagi di pekarangan Masjid Daerah Taiping (Masjid Jambu). Perarakan dijangka akan bermula jam 8 pagi selepas solat hajat diadakan.
mks/Ahmad Lutfi,Tarmizi, Irwan & Intan/HARAKAHDAILY

BLOGGER TERLIBAT SECARA LANGSUNG DENGAN LINTAS LANGSUNG 3 PRK

In 1 on March 29, 2009 at 11:15 am

SAUDARA YANG INGINKAN MAKLUMAT YANG CEPAT, TEPAT , TERKINI DAN BETUL SILA LAYARI BLOGGER DI BAWAH;

PETUGAS DAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT: ARAHAN POLIS & SPR PERIHAL PRK

In PRK N25, PRK N29, PRK P059 on March 29, 2009 at 4:16 am

1. Pihak Polis akan merampas sepanduk atau risalah yang menghina, menghasut atau boleh membangkitkan kemarahan mana-mana pihak dalam porses penamaan calon.

2. Polis akan mengiringi perarakan ke pusat penamaan calon.

3. Semua calon tidak menunggu hingga ke saat akhir untuk menyerahkan borang pencalonan kerana tempoh yang diberikan hanya satu jam iaitu dari pukul 9 hingga 10 pagi.

4. Parti dalam Pakatan Rakyat yang tidak bertanding di ketiga-tiga kawasan PRK, tidak dibenarkan memperagakan bendera, logo atau kain rentang serta memohon permit berceramah.

Sepanduk menghina, hasut akan dirampas: Polis

Polis akan merampas sepanduk atau risalah yang menghina, menghasut atau membangkitkan kemarahan mana-mana pihak yang dibawa oleh penyokong parti politik ketika proses penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, pagi esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata polis juga akan menahan pembawa sepanduk atau pengedar risalah untuk disiasat mengikut akta yang bersesuaian.

Katanya, tindakan proaktif itu bertujuan mengelakkan kekecohan kerana polis bukan hanya bertindak selepas berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Kita mahu proses penamaan calon yang meriah tetapi tiada kekecohan. Saya memberi amaran jangan ada pihak yang cuba menghasut atau membangkitkan kemarahan pihak lain.

“Polis ada anggota yang mencukupi untuk bertindak.

“Anggota kita juga akan mengiringi perarakan membawa semua calon ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Taiping pagi esok,” katanya kepada pemberita di sini, tengah hari tadi.

Berita harian
————————————————————————————–
SPR Minta Calon Datang Awal Ke Pusat Penamaan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua calon pilihan raya kecil Dewan Undang Negeri (DUN) Bukit Selambau supaya datang awal ke pusat penamaan calon esok bagi mengelak sebarang masalah.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata sehingga petang ini, seramai 14 bakal calon termasuk 12 calon Bebas telah membayar deposit kepada SPR untuk bertanding merebut kerusi tersebut.

Beliau meminta semua calon supaya tidak menunggu hingga ke saat akhir untuk menyerahkan borang pencalonan kerana tempoh yang diberikan hanya satu jam iaitu dari pukul 9 hingga 10 pagi.

“Ini pertama kali kita menghadapi pilihan raya kecil yang membariskan begitu ramai calon. Penyerahan awal borang pencalonan membolehkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya menyemak dengan teliti bagi mengelak sebarang masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persediaan di pusat penamaan calon di Sekolah menengah Teknik I di sini Sabtu.

Wan Ahmad berkata tujuh kakitangan SPR termasuk Pegawai Pengurus Pilihan Raya ditugaskan bagi melicinkan urusan penyerahan, penyemakan dan pengesahan borang pencalonan di pusat penamaan itu.

Katanya calon Bebas boleh memilih 20 simbol yang disediakan sebagai lambang calon dalam kertas pengundian dan bagi mengelak kekeliruan, semua senarai calon akan dicetak dalam satu helai kertas undi sahaja.

Pada pilihan raya kecil 7 April ini, Barisan Nasional (BN) meletakkan Timbalan Pengerusi MIC Kedah, Datuk S Ganesan manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyenaraikan seorang usahawan, S Manikumar

BERNAMA
————————————————————————————-
‘Irrelevant parties’ cannot display party flags at by-elections

DAP and other irrelevant parties in Pakatan Rakyat are barred from displaying party materials during the tri by-elections in Bukit Selambau, Bukit Gantang and Batang Ai.

Election Commission deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar said that as Pakatan Rakyat was a loose coalition which was not legally recognised, its component parties were not allowed to display party flags, banners and logos during the campaign period.

“We also do not allow irrelevant parties to apply for ceramah permit.

For example, in Bukit Selambau, we only allow PKR to apply for ceramah permits and display party materials. In Bukit Gantang only PAS flags can be displayed, he said.

However, Barisan Nasional component parties were free to display their respective party flags as it was a legally recognised coalition, he added.

He said this after visiting the nomination centre in SM Teknik 1 here on Saturday.

Declaring that Bukit Selambau was now under police jurisdiction, Wan Ahmad said loud music, blasting radios and loud speakers were not allowed when candidates parade with their supporters to the nomination centre.

By LOOI SU-CHERN and SIRA HABIBU/staronline

PETUGAS DAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT: ARAHAN POLIS & SPR PERIHAL PRK

In 18485367, PRK N25, PRK P059 on March 29, 2009 at 4:16 am

1. Pihak Polis akan merampas sepanduk atau risalah yang menghina, menghasut atau boleh membangkitkan kemarahan mana-mana pihak dalam porses penamaan calon.

2. Polis akan mengiringi perarakan ke pusat penamaan calon.

3. Semua calon supaya tidak menunggu hingga ke saat akhir untuk menyerahkan borang pencalonan kerana tempoh yang diberikan hanya satu jam iaitu dari pukul 9 hingga 10 pagi.

4. Parti dalam Pakatan Rakyat yang tidak bertanding di ketiga-tiga kawasan PRK, tidak dibenarkan memperagakan bendera, logo atau kain rentang serta memohon permit berceramah.

Sepanduk menghina, hasut akan dirampas: Polis

Polis akan merampas sepanduk atau risalah yang menghina, menghasut atau membangkitkan kemarahan mana-mana pihak yang dibawa oleh penyokong parti politik ketika proses penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, pagi esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata polis juga akan menahan pembawa sepanduk atau pengedar risalah untuk disiasat mengikut akta yang bersesuaian.

Katanya, tindakan proaktif itu bertujuan mengelakkan kekecohan kerana polis bukan hanya bertindak selepas berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Kita mahu proses penamaan calon yang meriah tetapi tiada kekecohan. Saya memberi amaran jangan ada pihak yang cuba menghasut atau membangkitkan kemarahan pihak lain.

“Polis ada anggota yang mencukupi untuk bertindak.

“Anggota kita juga akan mengiringi perarakan membawa semua calon ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Taiping pagi esok,” katanya kepada pemberita di sini, tengah hari tadi.

Berita harian
————————————————————————————–
SPR Minta Calon Datang Awal Ke Pusat Penamaan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua calon pilihan raya kecil Dewan Undang Negeri (DUN) Bukit Selambau supaya datang awal ke pusat penamaan calon esok bagi mengelak sebarang masalah.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata sehingga petang ini, seramai 14 bakal calon termasuk 12 calon Bebas telah membayar deposit kepada SPR untuk bertanding merebut kerusi tersebut.

Beliau meminta semua calon supaya tidak menunggu hingga ke saat akhir untuk menyerahkan borang pencalonan kerana tempoh yang diberikan hanya satu jam iaitu dari pukul 9 hingga 10 pagi.

“Ini pertama kali kita menghadapi pilihan raya kecil yang membariskan begitu ramai calon. Penyerahan awal borang pencalonan membolehkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya menyemak dengan teliti bagi mengelak sebarang masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persediaan di pusat penamaan calon di Sekolah menengah Teknik I di sini Sabtu.

Wan Ahmad berkata tujuh kakitangan SPR termasuk Pegawai Pengurus Pilihan Raya ditugaskan bagi melicinkan urusan penyerahan, penyemakan dan pengesahan borang pencalonan di pusat penamaan itu.

Katanya calon Bebas boleh memilih 20 simbol yang disediakan sebagai lambang calon dalam kertas pengundian dan bagi mengelak kekeliruan, semua senarai calon akan dicetak dalam satu helai kertas undi sahaja.

Pada pilihan raya kecil 7 April ini, Barisan Nasional (BN) meletakkan Timbalan Pengerusi MIC Kedah, Datuk S Ganesan manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyenaraikan seorang usahawan, S Manikumar

BERNAMA
————————————————————————————-
‘Irrelevant parties’ cannot display party flags at by-elections

DAP and other irrelevant parties in Pakatan Rakyat are barred from displaying party materials during the tri by-elections in Bukit Selambau, Bukit Gantang and Batang Ai.

Election Commission deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar said that as Pakatan Rakyat was a loose coalition which was not legally recognised, its component parties were not allowed to display party flags, banners and logos during the campaign period.

“We also do not allow irrelevant parties to apply for ceramah permit.

For example, in Bukit Selambau, we only allow PKR to apply for ceramah permits and display party materials. In Bukit Gantang only PAS flags can be displayed, he said.

However, Barisan Nasional component parties were free to display their respective party flags as it was a legally recognised coalition, he added.

He said this after visiting the nomination centre in SM Teknik 1 here on Saturday.

Declaring that Bukit Selambau was now under police jurisdiction, Wan Ahmad said loud music, blasting radios and loud speakers were not allowed when candidates parade with their supporters to the nomination centre.

By LOOI SU-CHERN and SIRA HABIBU/staronline

TANPA MENGGUNAKAN ISA, NAJIB ADA CARA TERSENDIRI MENANGANI TOHMAHAN

In DS NAJIB TUN RAZAK, UMNO on March 29, 2009 at 12:52 am

Najib menegaskan bahawa semua tuduhan ke atas dirinya adalah tidak benar, berniat jahat dan pendustaan yang tak berasas. Saya telah menjawabnya tetapi mereka masih berdegil kerana itu adalah taktik pembangkang.”

Bakal Perdana Menteri merayu agar pihak media berlaku adil dalam melaporkan isu mengenai beliau, terutama isu yang telah diberi penerangan.

Apabila ditanya oleh seorang pemberita asing, samada kejayaan beliau menduduki kerusi Presiden UMNO tanpa pertandingan telah mencemar demokrasi di Malaysia, ini jawapan Najib: ” kenapa kamu membuat penilaian ( keputusan/ penghakiman) tentang diri saya. Ia tidak adil.”

All these allegations are not true. They are malicious, baseless lies. I have given my reply but they persist because that is the opposition’s ploy.”

Prime Minister soon-to-be asked to be given fair treatment by the media in reporting issues concerning him, especially when the issues had been explained.

When asked by a foreign journalist whether his elevation as Umno president without a contest had tainted democracy in the country, Najib responded: “Why do you form this judgment about me. This judgement is not fair.”

Najib Confident Of Tackling Personal Allegations

Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak said today he could ‘tackle’ the allegations by the opposition linking him to several issues which had already been clarified.

“Insya Allah (God willing), we will manage because they are not true. They are malicious, baseless lies. I have given my reply but they persist because that is the opposition’s ploy,” he told the media at the conclusion of the 2008 Umno general assembly here.

“It is deliberately done by the opposition. I have already made my statements all the necessary answers, but they continue. But we will handle it.

“We will do it. We know what to do. You give me a chance. Do not judge me on rumours and baseless allegations. I will do and I will reform, and I will make changes. And I am aware that the people expect me to do certain things,” he said.

Najib, who will assume the post of Prime Minister soon, also asked to be given fair treatment by the media in reporting issues concerning him, especially when the issues had been explained.

When asked by a foreign journalist whether his elevation as Umno president without a contest had tainted democracy in the country, Najib responded: “Why do you form this judgment about me. This judgement is not fair.”

“You are pre-judging me even before I take office. And I don’t think on the basis of being a journalist you must uphold the principle of being fair. You are not being fair if you pre-judge somebody.
“Please judge me by my action. My action will come in due course. I am not even taking office yet. Give me a chance to take office. I am only asking to be fair and be treated fairly by the press.”

When asked to comment on the request by certain quarters that he should ‘brush aside’ family and friends in administering the country later, Najib said: “Again judge me by my action.”

“You do seem to jump into conclusion even before I take over office. I have not even taken over office. I have not even announced and I have not even done anything and yet you persist with a certain line of thinking towards me. I do not think that is fair.”

On the barring of Datuk Seri Mohd Ali Rustam from contesting the Umno deputy presidency, Najib said: “As far as we are concerned, (Mohd) Ali was being punished in the sense that Lembaga Disiplin (Umno Disciplinary Board) decided that he should not contest. So not being able to contest is already a big punishment. You can see the delegates felt okay. He has certain roles to play in the party and let him do so.”
Also present at the media conference was deputy Umno president Tan Sri Muhyiddin Yassin, who is also the Minister of International Trade and Industry.

BERNAMA

New York Times

Philadelphia News

International Herald Tribune dari US

TIMESONLINE dari UK

The Australian

9NEWS dari Australia

ABC Radio Australia

THE KOREA TIMES

THE TIMES OF INDIA

Reuters of India

THE NATION dari Thailand

KOMPAS.com dari Indonesia

JakartaGlobe dari Indonesia

THE STRITS TIMES dari Singapore

THE silobreaker.com

Philstar.Com dari Filipina

Chinadaily online dari China

Defense Industry Daily

Asia Sentinel Consulting

Asia sentinel

Asiasentinel.com

Asiasentinel

MAHATHIR TUKAR FIKIRAN DAN PENDIRIAN LAGI

In Tun Dr Mahathir, UMNO, rasuah politik. politik wang on March 28, 2009 at 6:40 pm

Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir isytihar keluar UMNO. Hari ini tanggal 28 Mac 2009 beliau menyatakan hasrat untuk masuk semula UMNO, persoalannya bila. Menurut beliau, itu bergantung kepada beberapa perkembangan dalam UMNO sendiri.

Beliau akhirnya menghadiri persidangan tengahari tadi kerana pemilihan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden memberi harapan kepada beliau untuk UMNO berubah.

Dr Mahathir Akan Sertai Semula Umno

Mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau akan kembali menyertai Umno.

Katanya, beliau akan mengumumkan tarikh itu pada satu masa yang sesuai ’selepas beberapa perkembangan’.

“Saya kena isi borang, lambat sikit. Saya akan beritahu kemudian. Saya sedang menunggu beberapa perkembangan,” katanya kepada pemberita selepas hadir mengikuti hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Pada 19 Mei tahun lepas, Dr Mahathir dalam satu ceramah di Alor Star mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.

Dr Mahathir dilihat memasuki Dewan Merdeka bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada pukul 12.30 tengah hari sewaktu ucapan penggulungan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kehadiran beliau disambut tepukan gemuruh oleh para perwakilan yang turut berdiri untuk memberikan penghormatan.

Dr Mahathir juga kelihatan menganggukkan kepala bagaikan bersetuju apabila Muhyiddin meluahkan harapan untuk melihat bekas Perdana Menteri itu kembali menyertai Umno secara rasmi.

Muhyiddin juga berkata kedatangan Dr Mahathir seolah-olah mengiktiraf barisan kepimpinan Umno yang baru dengan disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Dr Mahathir kemudian turun ke pentas utama dan bersalam-salaman dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan kemudian menjulang tangan bersama-sama Abdullah, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhyiddin.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa beliau menghadiri persidangan berkenaan selepas memutuskan untuk tidak berbuat demikian, Dr Mahathir berkata pemilihan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden telah memberi keyakinan kepadanya bahawa perubahan yang diharapkan akan berlaku.

“Pasal itu, pemilihan Muhyiddin meyakinkan saya ada perubahan,” katanya.

Beliau juga tidak menolak bahawa barisan kepimpinan baru Umno memberi gambaran baik bahawa parti itu akan berubah ke tahap yang lebih cemerlang berbanding sebelum ini.

“Saya ingat ada harapan baik untuk masa depan,” katanya.

Dr Mahathir menerusi laman blognya, CheDet.com, sebelum ini menyatakan bahawa beliau tidak akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2008 kerana berpendapat bahawa Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

“Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah,” katanya di dalam blog itu.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata Umno harus berjuang untuk rakyat dan bukannya untuk orang tertentu di dalam parti jika ia mahu kembali kukuh dan diterima semula.

“Tanpa rakyat, Umno tidak boleh menang. Pengukuhan Umno serta penerimaannya oleh rakyat terpulang kepada perjalanan masa hadapannya. Apakah ia betul-betul berjuang untuk rakyat atau untuk orang tertentu,” katanya.

Dr Mahathir turut bersetuju dengan saranan supaya sistem kuota dihapuskan bagi pemilihan Umno dan digantikan dengan sistem satu anggota.

Namun, katanya, apa yang lebih penting adalah supaya anggota-anggota Umno tidak mengamalkan politik wang.

“Kalau boleh diadakan di mana semua pihak boleh membuat pilihan, itu memang baik. Tapi apa sistem yang kita buat, kalau tukar 10 kali pun, kalau ahli-ahli Umno lebih utamakan wang untuk diri sendiri, Umno akan hancur,” katanya.

Ditanya mengenai peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib, Dr Mahathir berkata: “Peralihan ini berkaitan Presiden Umno, yang lagi satu (peralihan) berkenaan dengan Perdana Menteri. Itu saya harap akan dilakukan.”

Dr Mahathir juga menafikan bahawa beliau akan dilantik sebagai penasihat kerajaan bagi menghadapi cabaran mendatang.

“Kalau tanya pendapat, bolehlah. Macam Pak Lah jugak, dia kata dia boleh beri pendapat, saya pun boleh beri pendapat saja,” katanya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan barisan kepimpinan Umno yang baru, Mahathir berkata: “Ada yang tak menyenangkan hati juga….”

Sementara itu, anak lelaki ketiga Dr Mahathir, Datuk Mukhriz berharap bapanya akan kembali semula menyertai Umno secepat mungkin setelah meninggalkan parti itu sejak Mei tahun lepas.

“Itu yang kita nanti-nantikan. Memang ayah saya sebelum ini telah berjanji bahawa pada hari Datuk Seri Najib mengambil alih presiden parti, maka beliau akan menyerah borang untuk menjadi ahli.

“Alhamdullilah itu (Najib menjadi presiden) telah menjadi kenyataan. Jadi kita rasa begitu senang hati dengan perkembangan terbaru ini.(Bagaimanapun) saya tidak pengaruhi ayah saya untuk berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas berakhirnya perhimpunan agung Umno 2008 di sini.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula menyifatkan kehadiran Dr Mahathir pada hari terakhir perhimpunan itu sebagai satu kelebihan dan keterbukaan Umno yang tidak ada pada parti pembangkang.

“Saya rasa begitu terharu kerana Umno ada caranya sendiri dan hari ini jelas dari segi keramatnya Umno, dengan izin Allah, merapatkan barisan kita, bukan sahaja barisan-barisan baru tetapi dari segi kehadiran Tun Mahathir sendiri yang tergerak untuk bersama-sama dengan kita hari ini.

“Inilah kelebihan yang ada pada Umno dan saya sebagai Naib Presiden baru dilantik, saya tengok asas-asasnya telah pun dibina.

Sekarang ini terserah kepada pemimpin-pemimpin yang telah diamanahkan ini untuk menjalankan tugas,” katanya.

BERNAMA

UMNO JOHOR MAHU PPSMI DIMANSUHKAN, PUTERI MAHU SYARIAH

In PERBAHASAN, PUTERI UMNO, Perhimpunan Agung UMNO on March 28, 2009 at 1:47 pm

UMNO Johor gesa PPSMI dimansuhkan sambil menyebut bukti kajian UMNO sendiri, UNESCO dan lain-lain.

Puteri UMNO mahu perundangan Islam dimartabatkan sementara UMNO Selangor mahu pemimpinnya menggunakan kuasa yang ada terhadap mereka yang mencabar status quo.

Perwakilan Mahu Perundangan Islam Dimartabatkan

Sistem perundangan dan ekonomi Islam perlu segera diperkasakan demi menjamin kekuatan dan keagungan ummah di masa akan datang, kata wakil Puteri Umno Seriwani Sabtu.

Dalam ucapannya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden, usul pendidikan dan agama sempena Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, beliau berkata jika kedudukan syariah dimartabatkan, ia secara tidak langsung akan memastikan tidak berlaku lagi kes-kes mempersenda kesucian dan kedudukan agama Islam dalam negara.

Ketua Puteri Umno Setiawangsa itu berkata peranan dan kuasa Mahkamah Syariah wajar diperluas bagi membolehkannya membicarakan pelbagai kes-kes berhubung agama Islam dan bukan hanya tertumpu kepada kes-kes nikah kahwin semata-mata.

“Sepatutnya mereka yang mengeluarkan kenyataan mempertikaikan agama juga harus dibicarakan di Mahkamah Syariah dan jika sabit kesalahan, hukuman berat wajar dikenakan. Dengan cara ini baru agama Islam tidak diperkotak-katik sesuka hati,” katanya.

Selain itu beliau turut menggesa agar langkah tegas dan proaktif diperkenal dalam mengawal akidah umat Islam bagi mengelak adanya kes-kes menyeleweng dari agama Islam, terutama di kalangan pelajar-pelajar beragama Islam.

Seriwani seterusnya menolak penganjuran sebarang majlis perbicangan antara agama bagi mengelak berlakunya campur tangan penganut agama lain dalam hal ehwal dan isu agama Islam.

“Jika dibenarkan mungkin akan ada pihak yang mengambil kesempatan mencalar dan merosakkan agama Islam. Justeru tindakan mengawal dan memantau perlu ditingkatkan,” katanya.

Bagi memperkasa sistem ekonomi Islam pula, Seriwani menyarankan supaya satu mahkamah khas bagi membicarakan kes-kes membabitkan kewangan Islam diwujudkan bagi mengadili kes-kes pinjaman dan hutang berasaskan hukum syarak.

Sementara itu Umno Selangor pula mahu anggota dan pemimpin Umno berani menggunakan kuasa politik bagi mempertahankan bahasa, agama dan kedaulatan raja-raja Melayu daripada diperkotak-katikkan pihak-pihak tertentu.

Wakil Umno Selangor Datuk Zainal Abidin Sakom berkata sejak kebelakangan ini para pemimpin Umno dilihat seperti takut untuk menggunakan kuasa politik yang ada bagi mempertahan hak itu.

“Apabila takut menggunakan kuasa, maka mudahlah diperkotak-katikkan,” katanya.

Beliau juga mahukan supaya pemimpin Umno mengangkat bahasa Melayu di peringkat yang sewajarnya.

“Kita mahu bangsa Melayu mahir menguasai bahasa Inggeris, tapi kita juga mahu bahasa Melayu itu diperkasakan,” katanya.

Sementara itu, wakil Umno Johor Ayub Rahmat pula meminta Majlis Tertinggi parti itu membatalkan perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Menurutnya sejak PPSMI dilaksanakan pada 2003, pelbagai bukti dan kajian termasuk yang dilakukan oleh Umno sendiri menunjukkan dasar itu merugikan pelajar-pelajar Melayu.

“Kajian demi kajian, penyelidikan demi penyelidikan termasuk oleh Umno sendiri mengenai PPSMI menunjukkan ia gagal. Mengapa Umno enggan menerima hasil kajian yang dilakukannya sendiri.

“Umno Johor mahu Majlis Tertinggi parti mengkaji semula PPSMI dan membatalkan perlaksanaannya,” kata beliau sambil menambah konvensyen Umno Johor setiap tahun turut meminta pembatalan dasar tersebut.

Ayub berkata laporan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Unesco, turut mengatakan cara terbaik mengajar ilmu kepada murid-murid adalah menerusi bahasa ibunda.

Hasil kajian antarabangsa turut menunjukkan daripada 45 negara yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar katanya, hanya lima yang muncul sebagai negara maju.

BERNAMA

CHEDET BENGANG

In Ketua Pemuda UMNO, Perhimpunan Agung UMNO on March 28, 2009 at 1:18 pm

CheDet menempelak dan tak puas hati:

“Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam? Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai.Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.”

Umno restui dan pilih pemimpin rasuah – Mahathir

“Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.”

Demikian luahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam nukilan peribadinya di blognya semalam.

“Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung Umno kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.Memanglah saya terasa sedih kerananya.

“Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah,”jelasnya.

Menurutnya, perwakilan pemuda memilih ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda.

“Sama ada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

“Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding,”katanya.

Beliau juga menyindir, betapa tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua.

“Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan Umno,”ulasnya secara sinis.

Tambahnya, Pemuda Umno telah merosakkan imej Umno dan imej orang Melayu sendiri.

“Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia,”tegasnya.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan mengenai proses pengiraan undi yang tidak masuk akal.

“Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

“Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai.

“Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa,”jelasnya lagi.

Dan katanya, “inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.”

mks/Mohd Khalil Abdullah/harakahdaily

KHUTBAH JAKIM ISU POLITIK WANG TERLAMBAT SEHARI

In JAKIM, money politics, politik wang on March 28, 2009 at 2:28 am

Tahniah Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (foto sebelah kanan)kerana mengeluarkan khutbah Jumaat tentang politik wang.

Sokong penuh tindakan JAKIM. Semoga usaha ini berterusan , bukan bermusim.

JAKIM sepatutnya tidak diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, sebaliknya ia mesti sebuah badan bebas dan tidak terikat kepada mana-mana organisasi atau parti. Selagi ia dibelanggu dan dikekang oleh mana-mana pihak yang berkepentingan, selagi itu ISLAM diperintah, bukan memerintah.

Usaha JAKIM mengeluarkan khutbah mengenai isu rasuah atau politik wang sedikit terlambat sebab Pemilihan UMNO telahpun berlangsung dan keputusan pemilihan telah diumumkan. Ia sepatutnya dikeluarkan untuk khutbah Jumaat bertarikh 20hb Mac 2009.

“Better late than never” but “the damage has been done”.

“Kelemahan kepimpinan Islam ( di baca UMNO) akan menyebabkan pihak tertentu mengambil peluang memperhebatkan tekanan yang mencabar institusi Raja sebagai ketua agama Islam” tegas KP JAKIM.

Jakim Keluarkan Khutbah Sentuh Politik Wang

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengeluarkan khutbah Jumaat bertajuk “Pemimpin Bertelagah Rakyat Berpecah” yang diharap dapat membantu menangani isu politik wang.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata topik itu amat sesuai kerana pada masa ini negara berhadapan dengan krisis politik wang atau rasuah politik yang telah menjadi budaya segelintir pemimpin masyarakat.

“Di harap isu yang dibincangkan di dalam khutbah Jumaat pada hari ini dapat menyedarkan orang ramai agar dalam memilih kepimpinan dan menjadi pemimpin, ia hendaklah selari dengan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara isi kandungan khutbah tersebut ialah rakyat perlu insaf dan sedar bahawa budaya politik wang akan mewariskan pemimpin yang tidak berkualiti, pemimpin korup, tidak berakhlak dan tidak berintegriti.

Wan Mohamad berkata isu politik wang dalam kalangan pemimpin akan menyukarkan usaha untuk menyatupadukan umat Islam di negara ini.

“Kelemahan kepimpinan Islam akan menyebabkan pihak tertentu mengambil peluang memperhebatkan tekanan yang mencabar institusi Raja sebagai ketua agama Islam, mempertikai kedudukan Islam dalam perlembagaan dan pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini,” katanya.

BERNAMA

ABDULLAH BELUM DAPAT ILHAM BILA TARIKH BERUNDUR

In Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden UMNO on March 28, 2009 at 1:59 am

DS Abdullah Ahmad Badawi diminta terus kekalkan jawatan PM Malaysia kerana banyak tugas, janji dan impian beliau belum tertunai atau selesai. Sebagai contoh, saranan Presiden PAS.

Adakah beliau hanya mahu dikenang sebagai “Bapa Pertanian Malaysia” atau “Bapa Islam Hadhari” sahaja?

Abdullah hanya akan memaklumkan tarikh itu apabila beliau “suka” untuk berbuat demikian.

Antara dua kejahatan atau kemudaratan kita kena pilih yang mana satu kurang kejahatan atau kemudaratannya. Itu adalah salah satu dari usul Fiqh yang terdapat dalam Islam.

*Abdullah Terus Berteka Teki Tarikh Peralihan Kuasa Kepada Najib

*Abdullah masih rahsiakan tarikh peralihan kuasa

Abdullah Terus Berteka Teki Tarikh Peralihan Kuasa Kepada Najib

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus berteka teki mengenai tarikh peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika ditemui pada perhimpunan Agung Umno 2008 di sini Jumaat, Abdullah yang kelihatan ceria dalam sidang media berkata beliau akan hanya memaklumkan tarikh itu apabila beliau “suka” untuk berbuat demikian.

“Yang itu (tarikh peralihan kuasa) tak payah tanya, saya akan bagi tau bila-bila saya suka,” katanya.

Timbalannya, Najib sebelum ini dinamakan sebagai penggantinya dan peralihan kuasa itu dilaporkan sebelum ini akan diadakan pada April ini.

Mengulas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa semua menteri di bawah pimpinan Abdullah secara teknikalnya turut dianggap meletak jawatan selepas beliau (Abdullah) meletak jawatan, Abdullah berkata:

“Masa zaman saya dulu pun (Tan Sri) Lim Keng Yaik (bekas menteri kabinet) pun kata begitu juga, tapi tak jadi apa pun, bukan boleh paksa.”
Bernama
————————————————————————————————-
Abdullah masih rahsiakan tarikh peralihan kuasa

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih merahsiakan tarikh beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.

“Tarikh satu lagi akan diberitahu bila saya suka,” katanya kepada pemberita apabila bertalu-talu diajukan soalan itu.

Beberapa media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri akan melepaskan jawatan pada 3 April ini.

Diminta mengulas perkara itu, Abdullah berkata ia hanya spekulasi di kalangan media.

“Anda yang membuat spekulasi berkenaan tarikh itu, bukan saya,” katanya.

Berita harian Online

PERWAKILAN UMNO MASIH BERSIKAP "MALE CHAUVANIST" SELAIN "MALAY CHAUVANIST"

In Barisan NASIONAL, PUTERI UMNO, Pakatan Rakyat Selangor, ahli MT UMNO on March 28, 2009 at 12:38 am

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (foto kanan) , Ketua Puteri yang baru berharap pucuk pimpinan parti akan melantik wakil Puteri untuk menganggotai MT bagi mewakili suara wanita, khususnya golongan muda.

Datuk Dr Norraesah Mohamad (foto kiri) merupakan satu-satunya pemimpin wanita yang menang sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan UMNO 2008. Kenapa boleh jadi begini. Sebab para perwakilan masih bersikap “male chauvanist” di samping sikap “Malay chauvanist”.

Wahai Wanita UMNO, inilah hakikat atau realiti sebenar dalam perjuangan PERKEMBAR. Cakap lain, bikin lain. Cuba teropong representasi wanita dalam kerajaan atau parti komponen Pakatan Rakyat.

Puteri kecewa tiada wakil dalam MT

PUTERI Umno kecewa dan sedih kerana wakilnya tidak terpilih menduduki kerusi Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Sehubungan itu, Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (foto kanan) berharap pucuk pimpinan parti akan melantik wakil Puteri untuk menganggotai MT bagi mewakili suara wanita, khususnya golongan muda.

“Keahlian Wanita dan Puteri mewakili suara majoriti dalam Umno dengan peranan mereka amat besar dalam parti.

“Selayaknya wanita turut diberi tempat menganggotai MT dan kita berharap pucuk pimpinan parti akan memberi pertimbangan serius terhadap perkara ini,” katanya ketika diminta mengulas keputusan pemilihan ahli MT, malam tadi.

Beliau turut menyifatkan pemilihan Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno kali ini sebagai barisan ampuh dan padu yang mampu membantu Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Najib Razak, melakukan perubahan serta memulihkan parti.

Sementara itu, bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad, tidak terkilan walaupun tidak terpilih menduduki barisan Ahli MT Umno pada pemilihan kepemimpinan Umno pada Perhimpunan Agung kali ini.

Malah, beliau berterima kasih di atas 1,064 undi yang diberikan perwakilan kepadanya, sekali gus meletakkan beliau di tempat ke-31 di kalangan 50 calon yang bertanding.

“Saya akur dengan keputusan perwakilan dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang menang. Saya akan meneruskan khidmat saya kepada parti dan sebagai ahli Wanita Umno, biarpun tanpa memegang sebarang jawatan,” katanya.
Utusan Online
————————————————————————————-

Najib, Muhyiddin Gandingan Yang Baik, Kata Abdullah

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah gandingan yang baik selaku presiden dan timbalan presiden Umno.

“Gandingan Najib dengan Muhyiddin bagus… boleh bekerjasama dan serasi… tiada percanggahan pendapat,” kata Perdana Menteri.

Najib, yang juga Timbalan Perdana Menteri, mengambil alih jawatan presiden daripada Abdullah selepas menang tanpa bertanding bagi jawatan itu manakala Muhyiddin, yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dipilih sebagai timbalan presiden yang baru pada pemilihan Umno semalam.

Melahirkan keyakinannya terhadap barisan kepimpinan tertinggi Umno yang baru, Perdana Menteri berharap para pemimpin berkenaan berupaya menunaikan semua janji-janji yang mereka berikan kepada anggota perwakilan Umno.

“Saya harap mereka boleh menunaikan semua janji-janji yang telah mereka berikan bagi memastikan Umno terus relevan, bagi memastikan rakyat mempunyai keyakinan terhadap parti dan menjadikan Umno sebagai parti pilihan pertama, katanya kepada pemberita di luar Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Ditanya sama ada beliau mahu Najib meneruskan polisi tertentu apabila mengambil alih kepimpinan daripada beliau, Abdullah berkata ia tidak perlu.

“Tidak payah sebab Datuk Seri Najib adalah timbalan saya sebelum ini dan apa juga dasar-dasar yang telah dilaksanakan adalah dasar-dasar yang beliau pun sama-sama sokong dan laksanakannya.

“Jadi terserahlah kepada beliau apa yang hendak dilakukan atau adjustment mungkin….Saya tidak nampak akan ada tindakan untuk menghapuskan sesuatu dasar (yang telah diperkenalkan sebelum ini)”.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan ada dasar yang akan diubahsuai atau ditambahbaik.

Pada keseluruhannya, Abdullah berkata anggota Majlis Tertinggi Umno yang dipilih adalah seimbang dari semua negeri.

“Kita ada wakil dari hampir semua negeri, Kita ada wakil Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu dan Sabah,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata Sabah telah berjaya dengan agak baik dalam Perhimpunan Agung itu dengan pemilihan seorang Naib Presiden (Datuk Seri Shafie Apdal), tiga anggota Majlis Tertinggi (Datuk Seri Musa Aman, Datuk Seri Lajim Ukim dan Datuk Bung Moktar Radin) dan Ketua Puteri (Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin), semuanya datang dari Negeri Di bawah Bayu.

Ditanya mengenai kurangnya wakil Menteri Besar dalam barisan Majlis Tertinggi Umno, beliau berkata: “Mereka (ahli Majlis Tertinggi) itu pilihan mereka (perwakilan) dan itulah keputusan yang kita lihat”.

Abdullah juga berkata beliau sebenarnya berharap lebih daripada seorang pemimpin wanita dipilih ke Majlis Tertinggi.

Datuk Dr Norraesah Mohamad merupakan satu-satunya pemimpin wanita yang menang sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan yang berlangsung semalam.

Perdana Menteri bagaimanapun mengharapkan perpaduan dan kerjasama yang baik antara pemimpin yang dipilih semalam.

“Kalau tidak ada kerjasama atau perpaduan, kalau tak sokong (presiden) tak baik. Yang baik persefahaman, kerjasama, perpaduan dan sokong presiden parti,” katanya.

Mengenai kedudukan Umno sekarang, Abdullah berkata semasa kepimpinannya, Umno pernah mengadakan sesi pemukiman selama dua hari bagi membincangkan pelbagai aspek berhubung kait kedudukan parti.

“Dalam pemukiman itu pelbagai aspek yang berhubung kait dengan kedudukan parti, mengapa orang tidak suka kepada parti, apa salahnya, apa tidak eloknya sikap ahli, pandangan rakyat kepada pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) (telah dibincang) dan itu satu usaha yang baik pada peringkat awal,” katanya.
Bernama

KHIR TOYO BAKAL DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN KERANA "AWOL", SAKIT GIGI KE?

In SELCAT on March 27, 2009 at 7:43 pm

Mungkin Dr Khir Toyo telah mendapat nasihat dari peguamnya agar jangan hadhir ke sesi Pendengaran Awam SELCAT. Apapun, kita tunggu dan lihat apa akan berlaku. Puan Sri Asbi Rohani Asnan, isteri Mat Taib juga akan dipanggil kerana memalsukan dokumen.

*Khir says Balkis probe main reason for his loss(sun2surf)

Khir Toyo akan digantung tugas sebagai Adun

Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo akan digantung tugas sebagai Adun Sungai Panjang dan ditarik elaun kerana engkar arahan Dun untuk menghadiri sesi siasatan terbuka Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat).

Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim, berkata berhubung keengkaran Khir menghadiri sesi siasatan berkenaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat (Balkis), laporan polis akan dibuat melalui Setiausaha Dun.

Katanya, Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zaharah Kecik yang juga isteri Khir akan diambil tindakan undang-undang kerana engkar menghadiri siasatan Selcat.

“Surat menyatakan keengganan Khir dan Zaharah untuk hadir ke siasatan Selcat telah disampaikan melalui peguamnya petang Isnin, 23 Mac,” katanya dalam sidang media selepas siasatan Selcat, tengah hari tadi.

Sementara itu tambah beliau isteri Tan Sri Muhammad Muhd Taib (bekas Menteri Besar Selangor),Puan Sri Asbi Rohani Asnan akan dipanggil menjadi saksi pada Isnin, 30 Mac nanti.

Beliau memaklumkan, Selcat telah menerima surat pemberitahuan daripada Asbi pada pagi tadi yang memohon penangguhan menjadi saksi kerana mempunyai tugas-tugas rasmi.

Beberapa saksi lain akan dipanggil semula termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Datin Khairiyah Abu Hasan dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor (JPPPN) pada Isnin dan Rabu.

lanh / Saidah Hairan/harakahdaily
————————————————————————————-
Khir says Balkis probe main reason for his loss

Licking the wounds from his defeat at the Umno Youth polls on Wednesday, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo today admitted the Selangor Government’s probe into the now-dissolved Selangor Elected Representatives’ Wives Charity and Welfare Association (Balkis) was mainly responsible for his loss.

The probe, which started days before the Umno general assembly and continued throughout the proceedings, churned up unsavoury disclosures about spending excesses using funds of state-controlled companies by Balkis which was headed by Khir’s wife Datin Seri Zahrah Kechik.

“They (Selangor government) are just doing this to tarnish my image and name when there is no wrongdoing,” Khir told reporters when the debate session adjourned for a tea break today.

He the Balkis issue also wasted a lot of his time. Khir and his wife were summoned for the inquiry but they have refused to appear before it.

However, Khir said that despite the inquiry, he still received good support from Youth delegates.

“I accept the results. I enjoyed almost one-third of the votes and support from Pemuda,” said Khir, referring to the 254 votes he got against victor Khairy Jamaluddin’s 304 votes.

The third contestant, Datuk Mukhriz Mahathir, who was speculated to be leading the pack, fared the worse, garnering only 232 votes.

Khir said as the new Youth chief Khairy has a lot of work to do, especially in regaining support from all the different groups in the movement in light of the negative reaction to his victory by certain sections.

“He (Khairy) must work hard to get enough support from the grassroots,” he said. “Khairy must outline everything that he had promised to the Pemuda and fulfil them.”

“If he fails to fulfill this responsibility, he will face another turbulence from the members,” Khir emphasised, referring to the minor scuffle which occurred following Khairy’s victory as the new chief.

Khir also said he, Mukhriz and Khairy promised support for each other, regardless of who won.

On a different note, Khir hit out at the Pakatan Rakyat-led administration of Selangor for making promises which were not fulfilled.

“They are doing senseless things, for example the RM10 billion for Sungai Klang,” he said.
Karen Arukesamy/sun2surf

Aktiviti Exco Pendidikan pada 23/02/09: Menghadhiri Forum & Ikrar Mansuhkan PPSMI di KL

In 1 on March 27, 2009 at 5:02 pm

Aktiviti Exco Pendidikan pada 23/02/09: Menghadhiri Forum & Ikrar Mansuhkan PPSMI di KL

In 1 on March 27, 2009 at 5:02 pm

Aktiviti Exco Pendidikan pada 23/02/09: Menghadhiri Perjumpaan Bulanan Staf SUK di Dataran SUK

In 1 on March 27, 2009 at 4:59 pm

Aktiviti Exco Pendidikan pada 23/02/09: Menghadhiri Perjumpaan Bulanan Staf SUK di Dataran SUK

In 1 on March 27, 2009 at 4:59 pm

UMNO MASIH LENA TIDUR DIBUAI MIMPI

In 1 on March 27, 2009 at 3:05 pm

UMNO masih menuding jari mencari siapa silap, terutama dalam halMelayu dan Bumiputra dihina. Teruskan tidur.

Melayu dan Bumiputera dihina, silap Umno sendiri

PAS menyanggah kenyataan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyalahkan pembangkang bila orang Melayu dan bumiputera dihina sewenang-wenangnya.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato’ Kamaruddin Jaffar menegaskan perkara tersebut berlaku akibat kesilapan dan kelemahan Umno yang mengetuai Barisan Nasional (BN).

Beliau menegaskan Abdullah tidak sepatutnya mengaitkan kelemahan Umno-BN dengan pembangkang kerana telah terbukti pemerintahan PAS di Kelantan yang telah hampir 20 tahun bersih dan telus tanpa sebarang salah laku dan rasuah.

“Kenapa Abdullah nak kaitkan pembangkang bila rakyat marah dengan Umno-BN sedangkan telah hampir 20 tahun PAS perintah Kelantan tidak ada pun exco atau wakil rakyat yang dikaitkan dengan rasuah.

“Rakyat bukan Melayu tidak menghina orang Melayu dan Bumiputera tetapi sebaliknya marah dan kecewa dengan Umno yang kononnya menjaga ketuanan Melayu namun membiarkan orang Melayu terus menerus dihimpit kesusahan,” tegas beliau.

Pemerintahan PAS di Kelantan tegas Kamaruddin yang telus dan berintegriti diterima baik oleh masyarakat bukan Melayu dan tidak pernah berlaku orang Melayu dan Bumiputera dihina kerana hak semua dijaga.

Beliau seterusnya menegaskan penerimaan baik masyarakt bukan Melayu terhadap PAS di Kelantan membuktikan bahawa orang Melayu dan Bumiputera tidak dipersalahkan sebaliknya mereka hanya menyalahkan Umno-BN.

mks/Irwan Muhammad Zain/ Harakahdaily

SHAHRIR LETAK JAWATAN ALASAN KURANG PRESTASI

In Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Pengguna on March 27, 2009 at 2:25 pm

Daripada dipecat kemudian, lebih baik letak jawatan sekarang, sekurang-kurang ada maruah, tak betul begitu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Pengguna berkata “kekalahan pada pemilihan Ahli MT seolah-olah memberi gambaran saya tidak cemerlang dalam barisan Kabinet kerajaan”.

Shahrir mahu letak jawatan Kabinet

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Shahrir Abd, Samad akan meletakkan jawatan dalam Kabinet susulan daripada kekalahannya pada pemilihan ahli Majlis Tertinggi (MT) parti.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Pengguna itu berkata, kekalahan itu seolah-olah memberi gambaran beliau tidak cemerlang dalam barisan Kabinet kerajaan.

“Bagi saya, apabila tidak dipilih dalam MT UMNO, ia seolah-olah saya tidak menunjukkan prestasi cemerlang dalam barisan kabinet kerajaan.

“Justeru, saya menawarkan untuk meletak jawatan seiring dengan peralihan kuasa Presiden UMNO pada awal bulan April nanti,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan pemilihan UMNO di sini malam ini.

Kata Shahrir, keputusan itu adalah selari dengan konvensyen parti.

Utusan Online

CALON NEGERI DI BAWAH BAYU MENYERLAH

In KETUA PUTERI UMNO, NAIB PRESIDEN UMNO, ahli MT UMNO on March 27, 2009 at 11:59 am

Sabah adalah antara negeri yang mempunyai perwakilan tertinggi dalam pucuk pimpinan Umno pusat selepas tiga lagi pemimpinnya turut dipilih untuk mengisi 25 jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT)selain memenangi jawatan Ketua Puteri dan salah satu kerusi Naib Presiden.

Calon Sabah Jadi Pilihan Pada Pemilihan Umno

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mencipta sejarah tersendiri selepas memenangi jawatan naib presiden Umno, menjadi pemimpin pertama dari Sabah untuk mencapai tahap itu dalam sejarah 63 tahun parti.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan itu merupakan calon yang mendapat undi ketiga paling banyak iaitu 1,445 untuk mengisi tempat terakhir jawatan itu dalam pertandingan lapan penjuru.

Dua lagi pemimpin yang berjaya mengisi jawatan naib presiden dalam pertandingan itu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat undi tertinggi sebanyak 1,592 dan bekas Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan 1,515 undi.

Pencapaian Shafie itu amat membanggakan dengan mengambil kira bahawa Umno memasuki negeri di bawah bayu itu hanya 18 tahun lepas pada Februari 1991.

Malahan, Sabah adalah antara negeri yang mempunyai perwakilan tertinggi dalam pucuk pimpinan Umno pusat selepas tiga lagi pemimpinnya turut dipilih untuk mengisi 25 jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT).

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mendahului barisan itu apabila menduduki tempat ketiga dengan 2,084 undi. Ini diikuti Timbalan Menteri Pengangkutan dan anggota Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin, yang menduduki tempat kelapan dengan 1,804 undi.

Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin menduduki tangga ke-20 dengan 1,517 undi.

Umno, parti politik terbesar di negara ini, mengadakan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti pada Khamis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan keputusannya diumumkan lewat malam ini. Semalam, tiga sayap parti itu Pemuda, Wanita dan Puteri turut mengadakan pemilihan.

Malahan pada pemilihan itu, Sabah turut menyerlah selepas Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, anggota Parlimen Papar, memenangi jawatan Ketua Puteri Umno.

Shafie ketika ditemui pemberita selepas pengumuman keputusan pemilihan itu berkata perjuangan Barisan Nasional (BN) melalui Umno masih utuh di Sabah, kini diperkukuhkan lagi dengan kemenangan barisan pemimpin dari negeri itu.

“Tohmahan pembangkang bahawa kita diketepikan (BN pusat) adalah tidak benar. Mereka boleh cuba (menguasai Sabah), tetapi sudah banyak pilihan raya di Sabah dan ada sesetengah kawasan pun mereka hilang deposit.

“Ini merupakan tanda-tanda kita akan memperkuatkan sokongan kita pada perjuangan BN menerusi Umno di sana,” katanya.

Shafie yang juga anggota Parlimen Semporna berkata kemenangan beliau serta beberapa wakil lain Sabah pada pemilihan kali ini merupakan satu perakuan daripada para perwakilan yang ingin melihat perpaduan dipupuk di kalangan rakyat di Semenanjung dan negeri itu.

Katanya tugas pertama yang akan dilaksanakan adalah untuk memperkuatkan parti serta menguruskan khidmat yang diperlukan rakyat, dan beliau yakin ini dapat dilaksanakan terutamanya dengan pasukan baru Umno yang dianggapnya sebagai “pasukan berwibawa”.

BERNAMA

ANDAIKU TAHU APA ISI HATIMU

In skandal VVIP on March 27, 2009 at 10:17 am

Kisah Kala jengking dan Katak, merupakan sebuah cerita yang kerap ditonjolkan dalam kursus-kursus motivasi seperti kursus yang dikendalikan oleh Tony Robbins, Robert Allens dan Eric Lofholm. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi dari cerita tersebut.

Terdapat suatu berita yang menarik tersiar dalam edisi internet majalah Defense Industry Daily perihal Sengatan kala Jengking yang dalam bahasa orang putihnya Scorpene’s Sting. Mungkin saudara tak berminat membacanya kerana mungkin pendirian saudara ialah “What that has got to do with me”. Orang kampung Aussie (bush) mengungkapkan sikap begini sebagai “Fair dinkum old bloke, piss off”.

Tetapi yang merungsingkan tentang laporan bertarikh 24Mac 2009 ini ada menyebut tentang VVIP Malaysia, sistem kehakiman, pihak Polis, parti pemerintah dan soksek, soksek lain yang kurang sedap didengar sejak tahun 2007 lagi.

Jikalau pasangan kekasih yang bertengkar, seorang akan berkata, “sayang cakap sayang, usah berdolak dalik lagi ” dan seorang lagi mungkin akan berdiam diri atau jika diasak juga dia mungkin akan berkata dengan nada yang sedih, “suka hati you la, Tuhan saja yang tahu”. “You cakap senang la..”.” Masakan pokok bergoyong jika tak ada angin”. “Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata”.

ANDAIKU TAHU APA ISI HATIMU

In skandal VVIP on March 27, 2009 at 10:17 am

Kisah Kala jengking dan Katak, merupakan sebuah cerita yang kerap ditonjolkan dalam kursus-kursus motivasi seperti kursus yang dikendalikan oleh Tony Robbins, Robert Allens dan Eric Lofholm. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi dari cerita tersebut.

Terdapat suatu berita yang menarik tersiar dalam edisi internet majalah Defense Industry Daily perihal Sengatan kala Jengking yang dalam bahasa orang putihnya Scorpene’s Sting. Mungkin saudara tak berminat membacanya kerana mungkin pendirian saudara ialah “What that has got to do with me”. Orang kampung Aussie (bush) mengungkapkan sikap begini sebagai “Fair dinkum old bloke, piss off”.

Tetapi yang merungsingkan tentang laporan bertarikh 24Mac 2009 ini ada menyebut tentang VVIP Malaysia, sistem kehakiman, pihak Polis, parti pemerintah dan soksek, soksek lain yang kurang sedap didengar sejak tahun 2007 lagi.

Jikalau pasangan kekasih yang bertengkar, seorang akan berkata, “sayang cakap sayang, usah berdolak dalik lagi ” dan seorang lagi mungkin akan berdiam diri atau jika diasak juga dia mungkin akan berkata dengan nada yang sedih, “suka hati you la, Tuhan saja yang tahu”. ” You senang la cakap macamtu. Kalau tak  ada angin masakan pokok bergoyang”…………..”Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kan orang kata”…

PERIHAL MENTERI DAN MENTERI BESAR YANG TEWAS

In PAU, ahli MT UMNO on March 27, 2009 at 9:13 am

Antara 24 calon untuk kerusi ahli MT, seramai 4 Menteri Besar kempunan, ramai Timbalan Menteri gigit jari, beberapa bekas menteri putih mata dan ada senator serta setiausaha Parlimen kecundang.

Dua Menteri, Empat MB Tewas Pada Pemilihan

Dua menteri dan empat Menteri Besar merupakan antara 24 calon Majlis Tertinggi (MT) yang kecundang dalam pemilihan parti Umno kali ini.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad, yang sebelum ini merupakan anggota MT, terpaksa akur dengan kehendak perwakilan dan melepaskan kerusi masing-masing.

Menteri Besar yang gagal mempertahankan kedudukan sebagai Anggota Majlis Tertinggi pula terdiri daripada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Sementara itu Menteri Besar Perlis Dr Md Isa Sabu yang baru pertama kali dicalonkan untuk merebut kerusi MT tahun ini turut tewas.

Beberapa nama-nama besar lain yang turut tewas termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Noraini Ahmad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasan Malek.

Turut gagal menempa tempat masing-masing sebagai anggota MT ialah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Siti Zaharah Sulaiman, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin, bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Sazmi Miah serta bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Selain itu Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan Senator Tan Sri Mohamed Jins Samsudin juga tidak terpilih untuk menganggotai MT.

BERNAMA

NOMBOR KEPALA TELAH DICABUT

Aktiviti Exco Pendidikan pada 23/02/09: Menghadhiri Forum & Ikrar Mansuhkan PPSMI di KL

In GMP, Memorendum Mansuhkan PPSMI, PPSMI on March 27, 2009 at 9:02 am

Aktiviti Exco Pendidikan pada 23/02/09: Menghadhiri Perjumpaan Bulanan Staf SUK di Dataran SUK

In 1 on March 27, 2009 at 8:59 am

IKRAR, AKUJANJI DAN SUMPAH SETIA MUHYIDDIN

In Timbalan Presiden UMNO on March 27, 2009 at 12:25 am

Adakah taat dan setia yang tidak boleh dibelah dan dibahagi, tanpa soalan dan syarat
satu tindakan yang bijak sana atau sini, dulu, kini dan selamanya.

Saya Akan Sentiasa Setia Kepada Presiden, Kata Muhyiddin

Timbalan Presiden Umno yang baru Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan sentiasa setia kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan membantunya memimpin parti serta mengemudi negara.

Muhyiddin, yang memperolehi 1,575 undi untuk menewaskan Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, menyifatkan kemenangannya hari ini sebagai suatu amanah yang amat besar dan perlu dipikul dengan penuh jujur serta ikhlas.

“Saya bertanggungjawab untuk membantu Presiden parti. Saya berikrar untuk melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh jujur serta ikhlas, dan sentiasa setia kepada Presiden dalam membantu beliau memimpin parti dan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita yang mengerumuninya selepas majlis pengumuman keputusan pemilihan jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan anggota Majlis Tertinggi Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Muhyiddin yang juga Ketua Umno bahagian Pagoh berkata beliau akan turut membantu Najib mengukuhkan parti, terutamanya di dalam usaha untuk merapatkan semula barisan kepimpinan dan anggota Umno.
Bernama

MUHYIDDIN KALAHKAN MAT TAIB, DUA MENTERI TERKELUAR DARI SENARAI AHLI M.T UMNO

In Ahli Majlis Tertinggi, Pemilihan UMNO 2008, Timbalan Presiden UMNO on March 27, 2009 at 12:03 am

Keputusan Pemilihan UMNO 2008 telah diketahui.
Yang disangka kalah pada peringkat awal, bertukar nasib dan mampu mengalahkan pesaing masing-masing.

Yang pasti tak berapa lama lagi, akan muncul wajah menteri dan anggota kabinet yang baru.

Sama-sama kita tunggu siapa yang digugurkan dan siapa pula yang naik menjawat ketua kementerian dan portfolio tertentu.

Keputusan Pemilihan Umno 2008

Berikut adalah keputusan pemilihan Umno 2008.

PENGERUSI TETAP

DATUK PADUKA HAJI BADRUDDIN AMIRULDIN …………… (2272 undi)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

DATUK HAJI MOHAMAD HAJI AZIZ …………………… (tanpa bertanding)

PRESIDEN

DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK………………… (tanpa bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN……………………….. (1575 undi)

NAIB PRESIDEN

1. DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI………………… (1592 undi)

2. DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN……………… (1515 undi)

3. DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL……………………. (1445 undi)

AHLI MAJLIS TERTINGGI

1. DATUK MUSTAPA MOHAMED ………………………… (2259 undi)

2. DATUK NOH OMAR ………………………………. (2084 undi)

3. DATUK SERI PANGLIMA MUSA AMAN …………………. (2084 undi)

4. DATUK AZIAN OSMAN ……………………………. (2060 undi)

5. DATUK ZAINAL ABIDIN OSMAN …………………….. (2054 undi)

6. DATUK SERI MOHD ZIN MOHAMED …………………… (1854 undi)

7. DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB ………………… (1838 undi)

8. DATUK SERI PANGLIMA LAJIM UKIN ………………… (1804 undi)

9. DATUK SHAZIMAN ABU MANSOR …………………….. (1705 undi)

10. DR MOHD PUAD ZARKASHI ………………………… (1700 undi)

11. DATUK TAJUDDIN ABDUL RAHMAN …………………… (1685 undi)

12. DATUK HAJI IDRIS HJ HARON …………………….. (1658 undi)

13. DATUK DR HAJI ABD LATIFF AHMAD ………………… (1624 undi)

14. DATUK SERI DR JAMALUDIN JARJIS ………………… (1622 undi)

15. DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH ……………………… (1619 undi)

16. DATUK DR NORRAESAH MOHAMAD ……………………. (1611 undi)

17. DATUK SERI MAHDZIR KHALID……………………… (1584 undi)

18. DATUK AHMAD HUSNI MOHD HANADZLAH ………………. (1529 undi)

19. DATUK HAMZAH ZAINUDIN ………………………… (1518 undi)

20. DATUK BUNG MOKTAR RADIN ………………………. (1517 undi)

21. DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN ……………………. (1481 undi)

22. DATUK SERI ZULHASNAN RAFIQUE ………………….. (1431 undi)

23. DATUK AHMAD SHABERY CHEEK …………………….. (1377 undi)

24. DATUK SERI IDRIS JUSOH ……………………….. (1275 undi)

25. DATUK ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM …………………. (1265 undi)

BERNAMA

Muhyiddin wins

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tonight beat another party veteran Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib for the Umno deputy presidency.

The win puts the 61-year-old Johor politician, who was first elected vice-president in 1993, in line for the post of deputy prime minister.

Muhyiddin, who is International Trade and Industry Minister, garnered 1,575 votes while the 63-year-old Muhammad, the affable party information chief, collected 916 votes. A total of 2,519 delegates voted.

The contest for the number two post was earlier a three-cornered one but Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam was sensationally barred by the disciplinary board for involvement in money politics by association a week ago.

The results were announced by Umno permanent chairman Tan Sri Onn Ismail at 10.40pm, to a crowd that had waited hours.

For the hotly-contested three vice-president posts, the victors were Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (1,592 votes), Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein (who had relinquished his Youth chief post) (1,515) and Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Shafie Apdal (1,445 ).

For Ahmad Zahid, it was a double celebration as it was his wedding anniversary. His wife shared his joy in the hall where the results were announced. They happily posed for photographs.

They beat five other contestants, namely Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar and former mentris besar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad and Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

For the 25 supreme council posts, it was a crowded field of 49 contestants.

Of the eight cabinet ministers who contested, two did not make it. They were Tourism Minister Datuk Seri Azalina Othman Said and Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad.

Azalina came under a graft probe by the Malaysian Anti-Corruption Council (MACC) days before the assembly started, and maintained that she should be considered innocent until she has been found guilty before a court of law. She has yet to be charged.

Those who won were Datuk Ahmad Shabery Cheek ((Information), Datuk Noh Omar (Entrepreneur and Coopeative Development), Datuk Mustapa Mohamed (Agriculture and Agro-based Industries), Datuk Mohd Zin Mohamed (Works), Datuk Shaziman Abu Mansor (Energy, Water and Communications) and Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Youth and Sports).

Of the five mentri besar who also vied for seats in the supreme council, only one was elected. He is Datuk Seri Musa Aman (Sabah)

sun2surf

PAS CABAR KERAJAAN SAMAN MEDIA ASING BUAT TUDUHAN TAK BERASAS

In Harakah, KDN on March 26, 2009 at 8:17 pm

Tuduhan terhadap TPM:PAS cabar kerajaan saman media asing

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar kepimpinan negara ini untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan menyaman media-media cetak dan internet antarabangsa berhubung tuduhan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan pelbagai kes rasuah dan jenayah.

Katanya tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan.

“Sekiranya tindakan saman ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akanmenjadi bahan momokan masyarakat dunia,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Antara media asing yang menyiarkan berita berkaitan salah laku Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dikatakan bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara ialah akhbar Liberation yang berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online, The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa).

Kata Ustaz Hadi penyiaran berita seperti demikian adalah sangat memalukan seluruh rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat ini.

PAS katanya berpendapat bahawa kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang sangat besar, dan ianya wajib dipikul oleh orang atau pemimpin yang bukan sahaja layak dan adil tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya.

Risiko mempunyai kepimpinan yang rosak akhlak dan mempunyai seribu satu macam bebanan fitnah adalah sangat tinggi, di mana maruah negara adalah menjadi taruhannya, kata Ustaz Hadi

Hal ini menjadi lebih buruk apabila media cetak dan internet antarabangsa mula menyiarkan berita kaitan kes rasuah dan jenayah ini dengan Timbalan Perdana Menteri yang bakal mengambil alih kuasa.

“Ucapan saya di Dewan Rakyat pada 18 Februari lalu adalah terang dan jelas, bahawa seseorang pemimpin terutamanya bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru mestilah dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang fitnah sebelum layak memegang tampuk pemerintahan yang sangat berat ini,”katanya.

Azamin Amin/ azm/ HARAKAHDAILY

PEMBUBARAN DAN PEMINDAHAN DANA BALKIS TIDAK SAH

In BAKTI, BALKIS, REGISTRAR OF SOCIETIES on March 26, 2009 at 7:39 pm

Pembubaran BALKIS dan pemindahan dana dari BALKIS ke BAKTI tidak sah mengikut perlembagaan BALKIS kerana yang hadhie pada mesyuarat tergempar BALKIS bukan ahli biasa dan korum tidak wujud.

ROS atau Pendaftar Pertubuhan ibarat lembu cucuk hidung, ikut sahaja cakap BALKIS tanpa usul periksa.

According to Article 15(I) of the Balkis constitution, the organisation cannot be dissolved without the approval of at least two-thirds of its ordinary members.

Dissolution of Balkis may have been illegal: Panel

The dissolution of Balkis, the wives of Selangor elected representatives charity and welfare organisation, in March last year may have been illegal because there was no quorum, a member of the Selangor State Assembly’s Select Committee on Competency, Accountability and Transparency (Selcat) suggested today.

Azmin Ali (Bukit Antarabangsa) said that according to Article 15(I) of the Balkis constitution, the organisation cannot be dissolved without the approval of at least two-thirds of its ordinary members.

“Because those present (at the dissolution meeting) were not ordinary members, the decision to dissolve the organisation was against the law,” he said.

Azmin made his remarks when the select committee was questioning state Registrar of Societies officer Tairah Yusoff in its ongoing inquiry into excesses by Balkis.

“Why did ROS not take the responsibility to advise Putrajaya (the head office of ROS)?” he asked Tairah.

“This is your function and responsibility as a ROS state officer, as the constitution of Balkis was approved by the state ROS.”

State Assembly Speaker Teng Chang Khim, who chaired the committee, also questioned Tairah on the matter.

“If the state office knew that several provisions were breached in the dissolution, why did the state ROS not advise the head office accordingly? he asked.

“The members who attended the meeting on March 11, 2008, were illegal members. Why did the state office keep quiet on this?”

Tairah replied: “This was the process and we did not know the rest. We looked at the constitution and the quorum. We don’t know the rest.”

Teng pointed out that it was insufficient to merely assume quorum was constituted based on mere numbers.

“The quorum is more than just numbers. One has to see the membership of the people in the quorum, whether they are all valid members. If they put in people who are not members, does that make it a valid quorum? It is not. You have to examine (the membership),” he said.

Teng said the change in the state government after the March 8 general election had to be taken into account.

“On March 8, you knew that the previous ruling party had lost and that 34 seats had changed hands. This means that 34 members (of Balkis) had lost the right to be members. This means that out of the 70 who attended (the meeting), 34 were ineligible. This means there was no quorum,” he said.

Azmin then told Tairah: “You testified that at the time, the new mentri besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) had not taken his oath of office yet. That means, there was some consideration (by ROS) at the state level.

“If you could think that the members (of Balkis) were valid as Tan Sri Khalid had yet to be sworn in, that means that a consideration was made.”

He said the consideration was not the right one and that the question of whether the new mentri besar had been sworn in was a matter of procedure.

Azmin described the action of the Selangor ROS as a “political” one, to which Tairah disagreed.
“We do not go to that level of detail,” she said.

“We do not check for the validity of members. I really did not go to that level of detail and I really did not know,” she said, adding that the state assistant registrar would know such details.
Teng then asked Tairah to provide the details of the assistant registrar, who would be called to testify on a later date.

The other members of the select committee are Taman Medan assemblyman Haniza Talha, Ulu Kelang assemblyman Shaari Sungib, Bukit Gasing assemblyman Edward Lee, Dusun Tua assemblyman Ismail Sani (BN) and Permatang assemblyman Sulaiman Abdul Razak (BN)

Tan Yi Liang/ sun2surf

INTIPATI UCAPAN ABDULLAH DI PAU

In PAU, Rukun Negara on March 26, 2009 at 6:41 pm

Sifat mengutamakan kebendaan hingga menjadikan sebahagian ahli bersifat tamak, bersifat haloba, lalu memberikan persepsi negatif bahawa Umno adalah parti yang korup.

“Faktor-faktor dalaman tersebut telah memberikan modal besar kepada musuh-musuh Umno untuk memburukkan Umno.

Ditambah pula dengan sikap dan gelagat watak-watak Melayu tertentu yang mengangkat bola tanggung hingga memberi ruang seluas-luasnya untuk orang-orang Melayu dan bumiputera boleh dilibas atau dicerca sewenang-wenangnya.” tegas Abdullah.

“Ketaatsetiaan setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum harus dihargai dalam semangat perkongsian kuasa dan setiakawan”

“Umno jangan sekali-sekali mengamalkan diskriminasi hingga dianggap bersifat rasis kepada warga Malaysia yang bukan Melayu. Hak semua warganegara hendaklah sentiasa diberikan jaminan dan dihormati, dilindungi dan dipelihara selaras dengan semangat Perlembagaan dan Rukun Negara.”

*Abdullah: Umno Jangan Amal Fahaman Ekstremis Kaum Dan Agama

*Beri Sokongan Padu Kepada Najib, Kata Abdullah

*Pak Lah tempelak Najib sekat kebebasan rakyat bersuara

*Umno tidak akan berubah jika sekat kebebasan rakyat – PM

Abdullah: Umno Jangan Amal Fahaman Ekstremis Kaum Dan Agama

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengingatkan Umno supaya tidak mengamalkan fahaman ekstremis kaum dan agama dalam melaksanakan tanggungjawabnya membela nasib Melayu dan Bumiputera di negara ini.

“Umno jangan sekali-sekali mengamalkan diskriminasi hingga dianggap bersifat rasis kepada warga Malaysia yang bukan Melayu. Hak semua warganegara hendaklah sentiasa diberikan jaminan dan dihormati, dilindungi dan dipelihara selaras dengan semangat Perlembagaan dan Rukun Negara.

“Ketaatsetiaan setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum harus dihargai dalam semangat perkongsian kuasa dan setiakawan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar yang terakhir sebagai Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Dalam ucapan bertema “Masa Depan Dan Survival Parti”, Abdullah berkata rakyat negara ini telah lama bersetuju untuk menyuburkan semangat “yang berat sama dipikul, yang ringan itu sama dijinjing; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.

“Berusahalah!Berusahalah!Berusahalah! mencari titik pertemuan, menyemarakkan nilai persamaan. Jauhkanlah!Jauhkanlah!Jauhkanlah! daripada mengungkit perbezaan dan memperbesarkan kelainan,” katanya.

Presiden Umno itu berkata beliau amat menghargai peranan yang dimainkan oleh rakyat dalam menjamin keamanan dan kemakmuran negara.

Selama 52 tahun, katanya negara telah menghadapi pelbagai cabaran dan cekal bersatu menghadapi pelbagai kemelut sehingga menjadikan ia sebuah negara yang berdaulat dan makmur.

Beliau berkata negara sedang menghadapi tanggungjawab yang amat berat untuk meringankan rakyat daripada kesusahan yang berpunca daripada krisis ekonomi yang paling menakutkan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Menurut Abdullah, keistimewaan luar biasa yang menjadi tunjang kekuatan Umno adalah kejayaannya merintis dan mewujudkan formula kerjasama antara kaum yang benar-benar bermakna.

Ia bermula dengan kerjasama Umno-MCA, diikuti dengan MIC untuk menubuhkan Perikatan sebelum ia dikembangkan menjadi Barisan Nasional, kata Perdana Menteri.

Beliau berkata, percubaan mewujudkan kerjasama antara kaum sebagaimana yang dilakukan oleh Umno itu turut dilaksanakan di antaranya melalui Independence of Malaya Party (IMP), Parti Negara, Parti Rakyat dan Parti Buruh, tetapi kesemuanya menemui kegagalan.

“Hari ini peniruan formula kerjasama hak cipta kejayaan Umno atau salinan foto yang paling hampir adalah usaha yang sedang ditiru oleh pakatan pembangkang yang sedang berbulan madu, tetapi jiran-jiran memberitahu, sudahpun terdengar bibit-bibit perselisihan,” katanya.
Bernama
————————————————————————————————–
Pak Lah tempelak Najib sekat kebebasan rakyat bersuara

Semakin dekat Dato’ Seri Najib Razak menghampiri jawatan Perdana Menteri, bertambah ramai pihak tampil mempertikaikan kewibawaannya.

Malah kegelojohan pemimpin terbabit dapat dilihat apabila cuba menyekat kebebasan rakyat bersuara. Tindakan menggantungkan permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan membuktikan hakikat itu.

Lebih memeranjatkan lagi apabila Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti menempelak tindakan Najib dengan menganggap Umno tidak akan berjaya melakukan perubahan dalaman jika mengambil pendekatan ‘order lama’ yang tidak disenangi rakyat.

“Termasuk menyekat kebebasan rakyat. Ramai tidak yakin Umno akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama dengan menyekat kebebasan rakyat menyuarakan kritikan,” katanya pada ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melihat Umno tidak akan selamat bahkan mungkin berdepan dengan masalah dalaman yang lebih parah di bawah kepemimpinan Najib.

Menurutnya kekalutan yang berlaku dalam parti itu bukan kerana orang lain, sebaliknya kerana masalah dalaman parti itu sendiri.

“Keadaan itu berlaku berikutan kegagalan pemimpin Umno mentadbir parti dalam mengekang kemaraan rasuah yang semakin parah dan bernanah dalam parti itu,” katanya pada majlis penyerahan watikah dan angkat sumpah penghulu-penghulu Kelantan 2009, di Putik, hari ini.

Pada perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno semalam menyaksikan calon yang kurang pencalonan pada mesyuarat di peringkat bahagian menang iaitu Khairy Jamaluddin.

Sedangkan sebelum ini menantu Perdana Menteri itu disahkan bersalah kerana terbabit dengan amalan politik wang, namun masih berpeluang bertanding.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ekoran masalah yang berlaku dalam Pemuda Umno semalam beliau difahamkan telah berlaku rasa tidak puas hati di kalangan perwakilan.

“Ini adalah sebahagian dari petanda-petanda yang akan memecah-belahkan Umno pada masa akan datang khususnya setelah berada di bawah Najib,” katanya.

Beliau juga berkata, walau pun kesemua sayap Umno kini dipimpin pemimpin baru termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri namun asas perjuangan tetap sama.

Katanya, selagi parti berkenaan tidak menjurus kepada ketaqwaan kepada Allah dan hanya mengutamakan bangsa Melayu sahaja, suasana gawat tetap akan berlaku.

Oleh itu beliau berkata, bagi mengelakkan kecelaruan politik di negara ini rakyat hendaklah menolak perjuangan Umno dan BN.

Katanya juga pemimpin Umno sekarang mulai membaca terjemahan ayat-ayat al Quran ketika merasmikan perhimpunan tersebut semalam.

“Ini menggambarkan pengaruh PAS dalam masyarakat hari ini begitu hebat sehingga menyebabkan pemimpin Umno terpaksa menggunakan terjemahan ayat al-Quran dalam ucapannya untuk menarik perhatian umum.

“Perkembangan itu memaksa Umno menciplak apa yang menjadi pegangan PAS selama ini,” ujarnya.

Beliau juga menyarankan Umno mengamalkan apa yang terkandung dalam al-Quran sepenuhnya berbanding dari apa yang dilakukan sekarang hanya mengambil sebahagian kecilnya sahaja.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Umno masih lagi mengangkat pemimpin yang disahkan terbabit dengan rasuah seperti diputuskan Lembaga Disiplin Umno terhadap Khairy sebelum ini.

Ketua Pemuda PAS Pasir Mas, Rozi Muhammad berkata, Umno semakin cepat menuju kehancuran apabila pemimpin yang disahkan terbabit dengan rasuah diberi peluang menerajui Umno.

“Kemenangan Khairy membuktikan usaha Umno membanteras rasuah politik tidak berjaya,” katanya.

Salmah Mat Husain/ Mohd Nor Yahya / Harakahdaily

————————————————————————————-
Umno tidak akan berubah jika sekat kebebasan rakyat – PM

Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata “Umno tidak akan berjaya melakukan perubahan dalaman jika mengambil pendekatan lama yang tidak disenangi masyarakat, termasuk menyekat kebebasan rakyat”.

“Mereka mempercayai bahawa Umno akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama – kepada order lama, dengan menyekat kebebasan warga – dengan menghalang warga dari menyuarakan kritikan.

“Mereka berpandangan bahawa Umno itu boleh terus berkuasa dan kekal kuat dengan kaedah menjaga kepentingan beberapa individu tertentu, dan memenuhi tuntutan-tuntutan kumpulan tertentu,” kata beliau

“Jika laluan lama itu yang dipilih, saya berpandangan bahawa kita telah memilih laluan yang salah; laluan yang membawa kita ke belakang.

“Saya bimbang laluan tersebut akan lebih mempercepatkan berakhirnya talian hayat Umno.

“Jika kita tidak melakukan perubahan berani, selaras dengan transformasi masyarakat yang begitu dinamik dan perkembangan global yang begitu radikal, kita akan menyaksikan hari-hari berakhirnya parti Umno yang kita kasihi ini.”

Ucapan dasar terakhirnya bertema “Masa Depan dan Survival Parti”, kedengaran bernada cemas seperti juga beberapa pemimpin kanan parti, imbas kembali penglibatan lamanya dalam Umno dan ramuan untuk parti itu mengorak langkah kedepan.

Abdullah juga menyatakan dukungan terbuka kepada penggantinya Datuk Seri Najib Razak, selain mengucapkan terima kasih kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan memohon maaf atas kegagalan janji reformasinya.

“Saya percaya, saya menyerahkan tanggung jawab negara kepada nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudikan bahtera negara.

“Saya menyeru supaya beliau diberikan sokongan yang padu untuk membolehkan beliau membawa negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.

“Saya sendiri berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada presiden Umno yang baru, kepada perdana menteri Malaysia yang baru,” katanya.

“Saya berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana melantik saya menganggotai jemaah menteri, melantik saya sebagai timbalan perdana menteri dan akhirnya memberikan laluan kepada saya menggantikan beliau sebagai perdana menteri.”

Dalam ucapan dasar lebih sejam – yang bertukar ucapan perpisahan – bermula kira-kira jam 10 pagi, Abdullah menyebut lima faktor yang menjadi punca penolakan rakyat terhadap Umno:

Setelah selesa kerana lama berada di tampuk kuasa, sebahagian pemimpin Umno tidak seakrab dahulu dengan rakyat jelata yang selama hari ini menjadi akar kekuatan Umno.

Tumpuan yang kurang seimbang kepada masyarakat luar bandar dalam keghairahan dan hasrat untuk mencapai status negara maju di peringkat global.

Program-program politik Umno yang kurang berkesan mendampingi generasi muda, selain dari apa yang dilaksanakan oleh pelbagai institusi kerajaan.

Perbalahan berpanjangan sesama sendiri terutama ketika berebut jawatan di dalam parti telah meruntuhkan semangat kekeluargaan di kalangan ahli.

Sifat mengutamakan kebendaan hingga menjadikan sebahagian ahli bersifat tamak, bersifat haloba, lalu memberikan persepsi negatif bahawa Umno adalah parti yang korup.

“Faktor-faktor dalaman tersebut telah memberikan modal besar kepada musuh-musuh Umno untuk memburukkan Umno. Ditambah pula dengan sikap dan gelagat watak-watak Melayu tertentu yang mengangkat bola tanggung hingga memberi ruang seluas-luasnya untuk orang-orang Melayu dan bumiputera boleh dilibas atau dicerca sewenang-wenangnya.

“Akhirnya susulan dari gerakan tersusun menyerang dan mencalarkan Umno secara berterusan, minda warga berjaya diracun, hingga sampai ke tahap warga pada hari ini, tanpa penilaian rasional dan objektif begitu mudah mempercayai dan menerima setiap fitnah yang dilemparkan kepada Umno,” tambahnya.

Kempen reformasi parti itu bagaimanapun diucapkan dalam nada amaran, bimbang Umno dan BN akan terkubur dalam pilihanraya umum akan datang.

“Sedarilah! Di luar Dewan Merdeka ini, ramai yang berpandangan bahawa jika Umno, dan jika Barisan Nasional tidak berubah, maka pilihanraya ke-12 pada 8 Mac 2008 merupakan kemenangan terakhir kepada Barisan Nasional menubuhkan kerajaan.

“Selepas ini, rakyat di luar dewan ini tidak akan mengundi kita lagi.

“Di peringkat negeri, Barisan Nasional turut menghadapi cabaran yang sama. Di kalangan kita juga, malah di kalangan yang duduk di atas pentas ini, turut menyuarakan bahawa ‘Umno wajib melakukan perubahan’,” kata Abdullah.

“Apa yang saya ingin dengar, adalah suara yang menyatakan ‘Aku akan berubah’, lalu disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan itu dalam diri sendiri.

“Betapa malangnya Umno jika ramai yang gagal memahami bahawa Umno itu adalah kita, selagi kita tidak berubah, Umno tidak mungkin dapat berubah.”

Selain ucapan ini, sesi perbahasan usul-usul juga menarik perhatian ramai apabila perwakilan – secara tradisi – mengajukan kritikan dengan pantun atau seloka, nada keras dan lawak jenaka.

Namun, ramai peminat politik lebih ternanti-nanti keputusan persaingan sengit dua penjuru jawatan timbalan presiden antara Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Selain itu, perebutan lapan calon untuk tiga kerusi naib presiden dan 25 kerusi ahli Majlis Tertinggi (MT) mencuri fokus masyarakat.

Selain jawatan-jawatan penting itu, turut dipertaruhkan adalah jawatan pengerusi tetap dan timbalannya.

Keputusan rasmi dijangka dapat diketahui sekitar jam 10 malam.
wann/ Harakahdaily

————————————————————————————————–

Beri Sokongan Padu Kepada Najib, Kata Abdullah

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyeru supaya Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan sokongan padu untuk membolehkan beliau memimpin Malaysia ke mercu kejayaan yang lebih cemerlang.

Presiden Umno itu yang turut berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri baru, berkata beliau percaya, beliau menyerahkan tanggungjawab negara kepada Najib yang merupakan “nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudi bahtera negara.”

Abdullah dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai presiden parti pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini turut memberi nasihat berasaskan pengalamannya sebagai presiden parti dan Perdana Menteri, bahawa tugas dan amanah tersebut amatlah berat.

“Ada kalanya keputusan yang dibuat boleh mencetuskan kontroversi, ada keputusan yang tidak mendapat persetujuan seratus peratus.

“Tanggungjawab utama seorang pemimpin adalah menentukan sesuatu yang terbaik untuk warga dan negara meskipun ada keputusan yang tidak akan disenangi,” katanya.

“Namun pemimpin itu perlu diberikan keyakinan dan kestabilan minda supaya terus bersikap rasional dan objektif. Jika kita tidak memberikan sokongan dan kepercayaan kepadanya, jika kita pula memilih menyerang dan mempersendakan peribadinya, kita sebenarnya bertanggungjawab melemahkan parti kita; kita juga bertanggungjawab menjatuhkan pemimpin Umno di kerusi Perdana Menteri”.

Abdullah berkata: “Kita sebenarnya menghakis sistem yang telah kita bina, sistem yang telah memberi kekuatan kepada kita selama ini.

“Betapa beratnya amanah yang wajib dipikul oleh Perdana Menteri, memenuhi tanggungjawab sebagai pemimpin parti, bangsa dan negara. Di bahu beliaulah harapan semua, tanggungjawab menentu nasib kita bersama,” katanya.

BERNAMA

Aktiviti Exco Pendidikan pada 23/02/09: Menghadhiri Forum & Ikrar Mansuhkan PPSMI di KL

In 1 on March 26, 2009 at 5:02 pm

Aktiviti Exco Pendidikan pada 23/02/09: Menghadhiri Perjumpaan Bulanan Staf SUK di Dataran SUK

In 1 on March 26, 2009 at 4:59 pm

WANITA UMNO LEDANG DAN K.LANGAT PRIHATIN MASALAH PPSMI

In GMP, MEMORANDUM MANSUH PPSMI, PPSMI on March 26, 2009 at 3:51 am

Terima kasih diucapkan kepada Wanita Umno Ledang, Johor dan Kuala Langat, Selangor kerana membawa usul tolak PPSMI dan diterima tanpa bahas.

Terima kasih kerana telah buat “kerja rumah” dan turun padang ke FELDA, estate dan kampung-kampung. Orang Bandar agak susuah nak faham isu PPSMI.

Tak lupa diucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Aminah serta ahli wanita UMNO Ledang sekembali ke rahmatullah ketua mereka.

Usul tolak PPSMI diterima tanpa bahas

Dua Wanita Umno bahagian mengesa kerajaan mengembalikan penggunaan bahasa ibunda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPMSI) yang diamalkan di sekolah-sekolah.

Usul daripada Wanita Umno Ledang, Johor dan Kuala Langat, Selangor itu merupakan sebahagian usul pendidikan yang diterima tanpa bahas dalam perhimpunan Wanita Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

Wanita Umno Ledang membuat gesaan itu dalam kerana perlaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan didakwa “melemahkan minat murid, terutamanya daripada kawasan luar bandar”.

Usul itu menyebut: “Menegaskan kerajaan menimbang semula kesan negatif pengajaran dan pembelajaran (Sains dan Matematik) dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah bagi mata pelajatan Sains dan Matematik.”

Wanita Umno Kuala Langat pula menyifatkan bahasa Melayu perlu digunakan kembali berdasarkan ketetapan dan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaaan dan bahasa rasmi negara.

Perhimpunan Agung Wanita Umno hari ini turut menerima beberapa usul politik, ekonomi, agama dan sosial yang diterima tanpa dibahaskan.

Jawatan menteri

Beberapa bahagian didapati menyuarakan hasrat mereka supaya ketua Wanita diberi tempat sebagai menteri kabinet.

Cadangan itu dibuat oleh dua bahagian daripada Perlis (Padang Besar dan Kangar) dan dua bahagian lagi daripada Terengganu (Besut dan Kuala Terengganu).

Pasir Salak, Bagan Serai, Kuala Langat dan Bukit Katil pula mengusulkan supaya Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dikekalkan dan dipertahankan.

Pasir Salak bagaimanapun menekankan perlunya akta kontroversi itu dilaksanakan secara profesional, adil dan tidak berlaku penyalahgunaan kuasa.

Setelah dirasmikan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak malam tadi, tiga sayap Umno – Pemuda, Putera dan Puteri – mula bersidang hari ini.

Pada masa ini sedang berlangsung pengundian untuk memilih pucuk pimpinan masing-masing.

Persidangan Wanita kali ini juga menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, antara penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang dicabar oleh Timbalannya, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

Jimadie Shah Othman/Malaysiakini

PNSB ZAMAN KHIR TERIMA ARAHAN DARI ISTERI MB

In BAKTI, BALKIS, PNSB, SELCAT on March 26, 2009 at 12:47 am

Tiga acara sukan BALKIS -telematch, bowling dan badminton melibatkan 400 peserta dan 180 pegawai menelan belanja RM338,000. 00 yang ditaja oloeh PNSB.

PNSB juga menjadi penaja solo untuk lawatan-menziarah anak Khir Toyo di Melbourne. Khir juga menerima tanda penghargaan dari PNSB dalam bentuk jam tangan bernilai RM159,000.00 yang kemudian dijual dengan harga dua kali ganda.

*PNSB taja Zaharah lawat anak di Australia

*PNSB foot RM338,000 bill for sports event organised by Balkis

PNSB taja Zaharah lawat anak di Australia

Ketua Pegawai Eksektuif PNSB, Datin Khairiyah Abu Hasan (foto sebelah kiri) mengaku menerima arahan daripada Yang Dipertua Balkis, Datin Seri Zaharah Kechik (foto sebelah kanan) untuk mengiringi beliau melawat anaknya di Melbourne, Australia.

“Saya diarah untuk mengiringi Zaharah melawat anaknya yang belajar di Melbourne,” katanya ketika menjawab pertanyaan daripada Azmin Ali (KeADILan-Bukit Antarabangsa) dalam siri siasatan Balkis hari ketiga, di dewan Annex, Shah Alam.

Beliau memaklumkan tarikh pergi ke Melbourne pada 6 Februari 2007 dengan kos RM14,900 dan bukan lawatan rasmi tetapi menurut `arahan’ dengan menggunakan kos perbelanjaan rasmi.

Siasatan Selcat terhadap Khairiyah yang masuk hari kedua banyak menggunakan alasan `Tidak boleh jawab dan ikut arahan’ menyebabkan beliau diarahkan oleh Pengerusi, Teng Chang Khim supaya hadir pada pagi Khamis untuk meneruskan siasatan.

Teng dengan tegas mengingatkan beliau supaya memberi jawapan yang jujur kerana dibimbangi jika beliau meninggalkan PNSB tiada syarikat korporat yang mahu mengambilnya.

Ini kerana kata Teng, Khairiyah tidak berani untuk memberi jawapan daripada sudut pandangannya.

Dalam siasatan itu Khairiyah turut mengakui membeli jam tangan bernilai RM159,000 kepada Menteri Besar ketika itu, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo yang juga Pengerusi PNSB.

Menurut Khairiyah, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Pengurusan PNSB untuk menghargai jasa-jasa Khir Toyo dan jam itu diserahkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah.

“Apakah ini satu amalan PNSB memberi hadiah yang mahal kepada mantan Lembaga Pengarah sebelum Khir Toyo iaitu Dato’ Abu Hasan Omar dan Tan Seri Mohamad Taib,” soal Teng.

Khairiyah menjawab; “Pengetahuan saya tidak ada.”

Bagaimanapun, menurut Azmin jam tersebut telah dijual dengan harga dua kali ganda tanpa ada rekod di PNSB.

Saidah Hairan/harakahdaily

————————————————————————————————
PNSB foot RM338,000 bill for sports event organised by Balkis

More than RM338,000 was spent for a Bakti sporting event hosted by Balkis, the wives of Selangor elected epresentatives charity and welfare organisation, in August 2007, the Selangor State Assembly’s Select Committee on Competency, Accountability and Transparency (Selcat) heard today.

The amount included RM131,000 spent on sporting attire, Datin Khairiyah Abu Hassan, chief executive officer of the state-owned Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), told Selcat which is investigating execesses by Balkis.

Selcat is chaired by Assembly Speaker Teng Chang Khim while its members are Bukit Antarabangsa state assemblyman Azmin Ali, Taman Medan assemblyman Haniza Talha, Ulu Kelang assemblyman Shaari Sungib, Bukit Gasing assemblyman Edward Lee, Dusun Tua assemblyman Ismail Sani (BN), and Permatang assemblyman Sulaiman Abdul Razak (BN).

“The sportswear purchased by PNSB were tracksuits for 400 people and 180 liaison officers and everyone got four pairs,” Khairiyah who was continuing her testimony from yesterday, said.

She said the sportswear was originally provided by the Malaysian Sports Council (MSN) but had failed to meet the criteria set by Balkis.

“MSN should have supplied the sportswear but as they did not meet the Balkis specification, we were directed to buy new ones,” she said.

Khairiyah said only three sports were organised for the games — telematch, bowling and badminton.

“The total amount, RM338,000, looks like (it is for) a big sporting event but only telematches (were played). And if we look at other sporting events, the contingents have to prepare their own sportswear, while here, the organisers are supplying it,” he said.

Teng commented that it was not the norm for organisers to provide the apparel for sporting events.

Khairiyah corrected Teng and said the amount was also for the staff who had helped in the three-day long games.

“They were for the drivers, the police and other staff,” she said, adding that the purchases included packed meals. He then pointed out that in the programme given to them, no telematch was listed

This was countered by Khairiyah, who said that in her schedule, the telematches were listed for Aug 4.

“But our programme does not show this. All it shows on that date is a team-building exercise at Sunway Lagoon Theme Park,” said Teng.

Khairiyah then added that over RM 30,000 was paid by PNSB for three pairs of batik wear for the Sultan of Selangor, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife Datin Seri Rosmah Mansor, and the wife of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jeanne Abdullah, before being asked to testify on a 2007 trip by the wife of former Selangor Menteri Besar Datuk Seri Khir Toyo, Datin Zahrah Kechik to visit her son in Melbourne.

When asked about the trip, Khairiyah told the committee that she had received instructions directly from Zahrah for PNSB to foot the bill for the trip and to accompany her on the three day visit.

Over RM14, 000 was spent to purchase return business class and economy class tickets sometime in December 2007, she said, adding that the trip was not an official visit.

Khairiyah was then asked by Teng about a Balkis charity visit to Cambodia in 2002, where USD11,000 was listed as being set aside for “contingency” expenses, while the other expenses, including the donations made were listed in Ringgit Malaysia.

Khairiyah replied that the other expenses were also paid in US Dollars, but were not converted in the accounts.

When grilled about a gift of a watch worth almost RM160,000 by PNSB to Khir Toyo, who was then chairman of PNSB, she said it was merely a “token of appreciation” which had been decided unanimously by the board.

“A token is something small, given as a small mark of appreciation. A certificate is a token,” quipped Teng, who asked why the gift was given discreetly, when it was intended as a show of appreciation.

In response, Khairiyah said that Khir had declined the gift, and it had been sold for double the original price.

However, Teng pointed out that the accounts showed that the watch was sold for the same price it was bought.

Tan Yi Liang/sun2surf

SAYAP UMNO SEMUANYA TELAH MENDAPAT KETUA BARU

In PUTERI UMNO, Pemuda UMNO, Wanita UMNO on March 26, 2009 at 12:43 am

Tahniah kepada semua ketua sayap UMNO yang telah menang pertandingan-pemilihan sebentar tadi. Semoga natijah yang baik akan timbul dari semua ini. Serahkan keputusan untuk semua urusan kepada ALlah yang kepadaNya kita akan kembali, mahu tak mahu, tiada pilihan.

“Katakanlah lagi: Tuhan kita akan menghimpunkan Kita semua (pada hari kiamat), kemudian Dia akan menyelesaikan perselisihan yang ada di antara kita dengan penyelesaian yang benar dan Dialah jua Hakim yang seadil-adilnya, lagi Yang Maha Mengetahui segala-galanya.” 34:26

Khairy Dipilih Ketua Pemuda Umno

Khairy Jamaluddin dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru setelah memperolehi 304 undi, menewaskan dua calon lain iaitu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

PEMUDA

Pengerusi tetap
Datuk Abdul Fattah Abdullah (460 undi)

Timbalan pengerusi tetap
Muhammad Yadzan Mohammad (202 undi)

Ketua

Khairy Jamaluddin Abu Bakar (304 undi)

Naib ketua

Datuk Razali Ibrahim (417 undi)

Ahli jawatankuasa

1. Mohamed Suffian Awang (653 undi)
2. Shafiqurrahman Haji Shamsuddin
3. Sohaimi Shahadan (541 undi)
4. Mohamad Nazim A Samad (534 undi)
5. Mohd Afandi Yusoff (503 undi)
6. Jamawi Jaafar (471 undi)
7. Wan Amizan Wan Abdul Razak (471 undi)
8. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (455 undi)
9. Ahmad Darus (446 undi)
10. Ahmad Zaki Zahid (446 undi)

11. Ali Mazat Salleh (437 undi)
12. Megat Zulkarnain (436 undi)
13. Zuber Zabidi
14. Nazir Hussin Akhtar Hussin (419 undi)
15. Lokman Noor Adam (406 undi)
16. Syahrin Md Jamaluddin (404 undi)
17. Tun Faisal Ismail Aziz (402 undi)
18. Muhammad Khairun Aseh (389 undi)
19. Mohd Hisamudin Yahaya (388 undi)
20. Mohamad Iruan Zulkefli (387 undi)

Rosnah Dipilih Ketua Puteri Umno

Datuk Rosnah Abdul Rahsid Shirlin dipilih sebagai Ketua Puteri Umno yang baru setelah memperolehi 245 undi menewaskan lima calon lain.

PUTERI

Pengerusi tetap

Azlieza Azizan (445 undi)

Timbalan pengerusi tetap

Hasspalela Mohammed Hassan (499 undi)

Ketua

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (245 undi)

Naib ketua

Shahanim Mohamad Yusoff (353 undi)

Ahli jawatankuasa

1. Mas Ermieyati Samsudin (604 undi)

2. Hasrunizah Hassan (514 undi)

3. Azlinda Zubir (510 undi)

4. Zahida Zarik Khan (501 undi)

5. Asmaiza Aahmad (498 undi)

6. Norhasmizah Mat Tahir (482 undi)

7. Fahariyah Md Nordin (474 undi)

8. Wan Salwati Abdullah (465 undi)

9. Dg Maimunah Sidek (453 undi)

10. Isfarina Mohd Ali (444 undi)

11. Wan Zawiyah Wan Halim (433 undi)

12. Norsabrina Mohd Noor (426 undi)

13. Nor Azita Abdul Rahman (414 undi)

14. Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh (400 undi)

15. Seriwani Sabtu (395 undi)

16. Jamilah Hanim Othman (388 undi)

17. Idamoerni Zakaria (384 undi)

18. Anita Murad (379 undi)

19. Zauyah Zainuddin (377 undi)

20. Rina Mohd Harun (375 undi)

Keputusan Pemilihan Wanita Umno

Berikut adalah keputusan pemilihan Wanita Umno 2008.

PENGERUSI TETAP

Tan Sri Napsiah Omar (tanpa bertanding)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Datuk Saripah Aminahbi Syed Mohd

KETUA

Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil………… (507 undi)

NAIB KETUA

Datuk Kamilia Ibrahim………………….. (tanpa bertanding)

EXCO

1. Hasnah Salam……………………….. (520 votes)

2. Datuk Maznah Abdul Hamid…………….. (509 votes)

3. Datuk Rosni Zahari………………….. (480 votes)

4. Datuk Armani Mahiruddin……………… (463 votes)

5. Datin Paduka Norhayati Onn…………… (463 votes)

6. Datuk Norhayati Omar………………… (432 votes)

7. Datuk Rusnah Kassim…………………. (430 votes)

8. Marlia Abd Latiff ………………….. (416 votes)

9. Noriah Mahat……………………….. (412 votes)

10. Ros Suryati Alang………………….. (405 votes)

11. Jamelah A Bakar……………………. (400 votes)

12. Suraya Yaacob……………………… (388 votes)

13. Azihani Ali……………………….. (385 votes)

14. Norliza Abdul Rahim………………… (377 votes)

15. Sharifah Azizah Syed Zain…………… (375 votes)

16. Datuk Maznah Mazlan ……………….. (374 votes)

17. Datuk Azizah Mohd Dun………………. (371 votes)

18. Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin… (367 votes)

19. Norliza Hj Ahmad ………………….. (347 votes)

20. Wan Hazani Wan Mohd Nor……………..(344 votes)

BERNAMA

TAHNIAH DAN SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PDRM SEMPENA HARI POLIS KE 202

In IGP, PULAPOL, Perhimpunan Hari Polis on March 25, 2009 at 7:40 pm

Sempena memperingati Hari Polis ke 202, sukacita diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kepada PDRM yang telah banyak berjasa. Posting di kesempatan ini dipaparkan aktiviti PDRM.

Foto aktiviti PDRM Sempena Sambutan Hari Polis ke 202 yang diadakan di PULAPOL pada 25Mac 2009 dikutip dari laman web PDRM.

Sila klik pada imej untuk lebih jelas.

Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202

Perhimpunan majlis di atas telah berlangsung pada pagi ini, merupakan perhimpunan tahunan bagi seluruh peringkat pegawai dan anggota PDRM untuk memperingati dan mengenang kembali tanggal keramat 25 Mac 1807, serta memperbaharui lafaz ikrar.

Perhimpunan ini adalah untuk memberi pengiktirafan bukan sahaja kepada pegawai, anggota dan kakitangan PDRM, yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang tetapi juga adalah satu hari istimewa PDRM untuk mengungkapkan penghargaan kepada ahli masyarakat yang merupakan “Friends of the Police” yang telah memberi kerjasama yang membawa kepada kejayaan PDRM hari ini.

Tetamu istimewa yang hadir pada pagi ini ialah YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YABhg. Datin Seri Jeanne Abdullah. Turut hadir ialah YB Dato’ Seri Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri dan YBhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin.

Hadir sama, YDH Tan Sri Musa bin Dato’ Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan YBhg. Puan Sri Juriah binti Dato’ Ahmad, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan YBhg. Puan Sri Suriati binti Md. Sobri, mantan Ketua Polis Negara dan Pengarah-Pengarah PDRM, YDH Dato’-Dato’ Pengarah PDRM, Ketua-ketua Polis Negeri dan Pesuruhjaya Polis, Pegawai-pegawai kanan serta anggota Polis Diraja Malaysia.

Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 hari ini diketuai oleh DSP Shafie bin Mat Jatim, Pegawai Pemerintah Baris dan dibantu oleh ASP Mohd Raha bin Abdul Rauf bersama 102 orang Kawalan Kehormatan dan pembawa Panji Utama. Kumpulan detachment pula terdiri daripada 1,996 orang pegawai dan anggota semua jabatan di dalam PDRM, Polis Bantuan, Sukarelawan Polis serta Kadet Sekolah.

Di perhimpunan ini juga, YDH SAC II Mohd Hazam bin Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan) JSJK, Bukit Aman telah mengetuai lafaz Ikrar Rukunegara dan Taat Setia. YDH Tan Sri Musa bin Dato’ Haji Hassan, Ketua Polis Negara pula melancarkan Ikrar Perkhidmatan Ketua Polis Negara dihadapan YAB Perdana Menteri Malaysia.

Lagu tema “Tegas, Adil dan Berhemah” juga diperdengarkan buat pertama kalinya bersempena Hari Polis Ke-202. Lagu ini akan menjadi lagu yang dimainkan di majlis-majlis rasmi PDRM dengan tujuan untuk menanam semangat, komitmen serta dedikasi seluruh warga PDRM dalam mencurah khidmat kepada masyarakat dan negara tercinta. Lagu ini adalah sumber ilham YDH Ketua Polis Negara manakala lirik lagu dicipta oleh Supt. Rasdi bin Ramli dan melodinya digubah oleh Supt. Alina binti Saad.

Seramai 14 orang pegawai, anggota dan kakitangan awam telah menerima Anugerah Cemerlang dan penyampaian anugerah ini disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Sempena Perhimpunan Hari Polis Ke-202 ini juga, 2 orang yang mewakili dua organisasi telah dipilih khas untuk menerima anugerah “Friends Of The Police”. Anugerah ini merupakan satu penghargaan yang diberikan kepada organisasi dan individu yang berperanan dalam menaikkan imej dan integriti PDRM. Disamping itu juga, YAB Perdana Menteri telah sudi menyampaikan bayaran ‘Ex Gratia’ kepada 27 orang pegawai dan anggota PDRM yang layak.

Sempena Perhimpunan Hari Polis Ke-202 ini juga, PDRM telah memperkenalkan kenderaan baru untuk kereta peronda polis (MPV) jenis Mitsubishi Lancer Evolution X (Evo-10) dan motosikal Honda ST 1300. PDRM akan memiliki sebanyak 25 buah Evo-10 di mana kenderaan elit ini akan menjadi unit pertama untuk memberi respon jika sesuatu kejadian berlaku. Evo-10 akan dilengkapi dengan sistem C4i (Command, Control, Communication and Integration), peralatan ILSS Arjent S2 LED 12v serta set komunikasi model Motorola XTL 5000 dan lain-lain peralatan.

YAB Perdana Menteri juga mengambil kesempatan memandu uji kenderaan Evo-10 sambil diiringi oleh YDH Ketua Polis Negara. PDRM membeli sebanyak 400 buah motosikal Honda ST 1300 yang akan digunakan sebagai kenderaan pengiring SPB Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan tetamu-tetamu kenamaan negara serta penugasan penguatkuasaan Cawangan Trafik PDRM.

PDRM MAJU SELANGKAH LAGI, KELAJUAN BERTAMBAH, AWAS PENJENAYAH

In Hari Polis, Perhimpunan Hari Polis on March 25, 2009 at 6:54 pm

Dalam usaha penambahbaikan serta memperkasakan PDRM, Ketua Polis negara melancarkan ikrar yang akan menjadi janji setiap pegawai dan anggota polis PDRM bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat terbela.

PDRM akan berusaha memastikan ikrar tersebut dapat dilaksanakan dengan menugaskan pegawai polis di tempat-tempat yang jenayahnya meningkat agar kehadiran mereka digeruni oleh penjenayah.

Berita ringkas yang menarik hari ini sempena memperingati Hari Polis ke-202.

*Ikrar Ketua Polis Negara Dilancarkan

*PDRM Tambah Dua Timbalan Ketua Polis, Enam Jabatan Baru

*Denda RM80 Kerana Kata Polis Bodoh

VIDEO PREVIEW KENDERAAN PDRM TERCANGGIH DALAM USAHA MEMBENTERAS JENAYAH.

Problem: Kereta Turbo tidak boleh dipecut serta merta dan perlu warm up idling serta cool down idling. Jika tidak diamalkan, sistem turbo cepat rosak. Jikalau perlu pecut setelah dihidupkan injin kerana nak kejar penjenayah, ini boleh memberi masalah.

Ikrar Ketua Polis Negara Dilancarkan

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan melancarkan ikrar Ketua Polis Negara yang dibacanya sendiri di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta pegawai dan anggota PDRM sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-202 Rabu.

Ikrar itu antara lain menyasarkan agenda untuk membanteras dan menyelesaikan kejadian jenayah, memastikan keamanan dan ketenteraman awam, meyakinkan masyarakat bahawa polis sentiasa bersama dalam memberikan perkhidmatan yang dikehendaki serta tidak akan bertolak ansur dalam segala bentuk penyelewengan kuasa, rasuah dan keganasan demi memantapkan integriti pasukan.

Ikrar Ketua Polis Negara, yang pertama kali diperkenalkan dalam sejarah PDRM, juga akan menjadi janji setiap pegawai dan anggota polis PDRM bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat terbela.

Musa berkata PDRM akan berusaha memastikan ikrar tersebut dapat dilaksanakan ialah dengan menugaskan pegawai polis di tempat-tempat yang jenayahnya meningkat agar kehadiran mereka digeruni oleh penjenayah.

Mereka yang hadir pada sambutan kali ini juga diperdengarkan lagu pasukan PDRM baru yang bertajuk “Tegas, Adil dan Berhemah”.

Lagu itu adalah ciptaan Pengarah Pancaragam PDRM Supt Alina Saad dan liriknya ditulis oleh Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli.

Perbarisan serupa diadakan di seluruh negara.

Pada sambutan di SHAH ALAM, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Jamshah Mustapa berkata polis negeri itu berhasrat meningkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti pencegahan jenayah melalui Rakan Cop dengan sasaran meningkatkan keahlian kepada 35,000 pada hujung tahun ini berbanding 27,000 sekarang.

Di KUANTAN, polis Pahang pula akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Kuantan dalam pemasangan 16 kamera litar tertutup (CCTV) bagi fasa kedua di sekitar bandar itu sebelum akhir tahun ini, kata Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff.

Di KOTA BAHARU, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Mazlan Lazim berkata kadar jenayah di Kelantan menunjukkan penurunan sebanyak 13 peratus dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini berbanding dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata penurunan kadar jenayah seperti samun dan pecah rumah itu merupakan satu kejayaan kepada polis hasil kerjasama erat polis dan masyarakat.
————————————————————————————-
PDRM Tambah Dua Timbalan Ketua Polis, Enam Jabatan Baru

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan distruktur semula di peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, ibu pejabat polis kontinjen dan ibu pejabat polis daerah dan balai-balai polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata penstrukturan semula itu turut membabitkan penambahan dua lagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara dan penubuhan enam jabatan baru kepada tujuh jabatan yang sedia ada.

Beliau berkata penstrukturan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan PDRM dan ia akan dilaksanakan sebaik sahaja mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA dan Ketua Setiausaha Negara dan kertas kerja mengenainya telah dihantar kepada mereka. Jika tiada kekangan kita akan dapat laksanakannya dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) hari ini.

Beliau berkata penambahan dua jawatan Timbalan Ketua Polis Negara yang masih ditahap penelitian, penting untuk memastikan PDRM dapat merancang dan memfokuskan kepada usaha membanteras jenayah dengan lebih teratur.

Seorang Timbalan Ketua Polis Negara akan bertanggungjawab terhadap operasi, seorang lagi pengurusan dan yang ketiga risikan, katanya.

Musa berkata tranformasi yang dicadangkan di semua struktur dan peringkat itu adalah wajar untuk menambahbaik keseluruhan pasukan polis.

Selain itu, tambah Musa, PDRM merancang untuk membina sebuah pusat latihan polis di setiap negeri.

“Dengan adanya pusat-pusat latihan ini anggota kita boleh menjalani latihan intensif secara berterusan,” kata Musa.

Katanya PDRM juga telah memohon kepada kerajaan untuk melengkapkan lagi kenderaan PDRM dengan sistem komputer bagi membantu operasi cegah jenayah.

“Dengan adanya kemudahan ini anggota kita akan dapat bertindak dengan lebih cepat dalam mengesan sebarang kegiatan jenayah,” tambahnya.

Katanya hari ini PDRM telah memperoleh 25 buah Kereta Peronda Polis (MPV) jenis Mitsubishi Evolution X (Evo-10).

Selain itu sebanyak 426 buah motosikal Honda ST 1300 akan digunakan bagi mengiringi Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan tetamu-tetamu kenamaan negara selain untuk digunakan sebagai penugasan kawalan trafik.

BERNAMA
————————————————————————————-
Denda RM80 Kerana Kata Polis Bodoh

Akibat mengeluarkan perkataan kesat, “polis bodoh” kepada polis yang menyamannya, seorang pemandu teksi didenda RM80 di Mahkamah Majistret di sini Rabu.

Majistret Nor Azah Kasran menjatuhkan hukuman tersebut setelah Wong Yoot Weng, 62, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di hadapan lampu isyarat, Jalan Hang Lekir, pada pukul 5.32 petang semalam.

Wong didakwa telah mengeluarkan perkataan itu bagi tujuan mengaib dan menghina anggota polis trafik yang sedang bertugas iaitu Mohd Fauzlei Mohd Zaid, 26.

Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Cif Insp Charles Aliff Belon manakala Wong tidak diwakili peguam.

Menurut fakta kes, Mohd Fauzlei dan rakannya sedang menjalankan tugas iaitu menyaman sebuah teksi yang diletakkan di hadapan lampu isyarat Jalan Hang Lekir.

Tiba-tiba Wong datang ke arah Mohd Fauzlei dan mengaku teksi itu kepunyaannya sambil mengeluarkan perkataan “polis bodoh” kepada Mohd Fauzlei.

BERNAMA

Gambar Berkumpulan Majlis Hi Tea Perpaduan LPN DMPP pada 22/02/09 di Hotel Carlton Shah Alam

In 1 on March 25, 2009 at 4:42 pm

Gambar Berkumpulan Majlis Hi Tea Perpaduan LPN DMPP pada 22/02/09 di Hotel Carlton Shah Alam

In 1 on March 25, 2009 at 4:42 pm

Aktiviti Pengerusi LPN DMPP pada 22/02/09: Majlis Hi Tea Perpaduan Sempena Tahun Baru Cina 2009 di Carlton Hotel Shah Alam

In 1 on March 25, 2009 at 4:33 pm

Aktiviti Pengerusi LPN DMPP pada 22/02/09: Majlis Hi Tea Perpaduan Sempena Tahun Baru Cina 2009 di Carlton Hotel Shah Alam

In 1 on March 25, 2009 at 4:33 pm

Aktiviti Exco Pendidikan pada 22/02/09: Merasmikan Majlis Penutup Kursus Team Building PPAS di Grand Blue Wave Hotel Shah Alam

In 1 on March 25, 2009 at 4:26 pm

Aktiviti Exco Pendidikan pada 22/02/09: Merasmikan Majlis Penutup Kursus Team Building PPAS di Grand Blue Wave Hotel Shah Alam

In 1 on March 25, 2009 at 4:26 pm

Aktiviti Exco Pendidikan pada 20/03- 22/03/09: Menghadhiri Retreat Exco Kerajaan Negeri Selangor di Subang Holiday Villa

In 1 on March 25, 2009 at 4:15 pm

Aktiviti Exco Pendidikan pada 20/03- 22/03/09: Menghadhiri Retreat Exco Kerajaan Negeri Selangor di Subang Holiday Villa

In 1 on March 25, 2009 at 4:15 pm

Aktiviti Exco Pendidikan pada 20/02/09: Menghadhiri Majlis Perasmian Kursus Team Building PPANS di Hotel Grand Blue Wave

In 1 on March 25, 2009 at 4:11 pm

Aktiviti Exco Pendidikan pada 20/02/09: Menghadhiri Majlis Perasmian Kursus Team Building PPANS di Hotel Grand Blue Wave

In 1 on March 25, 2009 at 4:11 pm

Aktiviti Exco Pem Modal Insan pada 19/02/09: Meraikan Alumni SPIES Adun Selat Klang di PutRa

In 1 on March 25, 2009 at 3:55 pm

Aktiviti Exco Pem Modal Insan pada 19/02/09: Meraikan Alumni SPIES Adun Selat Klang di PutRa

In 1 on March 25, 2009 at 3:55 pm

Aktivit Exco Pem Modal Insan pada 19/02/09: Merasmikan Majlis Penutup Kursus SPIES Pimpinan Perdana Untuk Datuk Bandar dan Pegawai Daerah Negeri

In 1 on March 25, 2009 at 3:46 pm

Aktivit Exco Pem Modal Insan pada 19/02/09: Merasmikan Majlis Penutup Kursus SPIES Pimpinan Perdana Untuk Datuk Bandar dan Pegawai Daerah Negeri

In 1 on March 25, 2009 at 3:46 pm

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 15/02/09: Majlis Dialog Bersama PKNS dan Syabas Dengan Penduduk Flat Seri Perantau

In 1 on March 25, 2009 at 3:43 pm

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 15/02/09: Majlis Dialog Bersama PKNS dan Syabas Dengan Penduduk Flat Seri Perantau

In 1 on March 25, 2009 at 3:43 pm

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 15/02/09: Meraikan Petugas Majlis Hi-Tea Tahun Baru Cina 2009 DUN Selat Klang 2

In 1 on March 25, 2009 at 3:39 pm

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 15/02/09: Meraikan Petugas Majlis Hi-Tea Tahun Baru Cina 2009 DUN Selat Klang 2

In 1 on March 25, 2009 at 3:39 pm

"JAWATAN UNTUK DILELONG", TENDER TERTUTUP ATAU RUNDING TERUS??

In OVERHAUL, PEMBANGKANG, PENJENAMAAN, REBRANDING, REPOSITIONING, UMNO on March 25, 2009 at 2:22 pm

Kata-kata nasihat dari orang lama dalam UMNO yang lazimnya hanya mampu dikeluarkan oleh kumpulan bergelar Pembangkang. Belum terlambat untuk melakukan perubahan.

“Nafsu gelojoh mengejar jawatan dan merebut kuasa membiakkan budaya baru iaitu budaya upahan dan imbuhan di mana sokongan yang diberi bukan kepada mereka yang berkemampuan untuk berusaha dan bekerja, tetapi kepada sesiapa juga yang boleh menawarkan sesuatu,” katanya.

Rafidah berkata jawatan dalam Umno sudah mula menjadi seolah-olah “Tawaran Tender dengan pihak yang membuat tawaran tertinggi diberi pertimbangan. Bahkan lebih tepat lagi kalau dikatakan sudah muncul pendekatan ‘Lelong Jawatan’ dengan kemungkinan mereka yang sanggup memberi lebih diundi untuk sesuatu jawatan.”

Penjenamaan Tidak Memadai Dengan Hanya Tukar Label, Kata Rafidah

Penjenamaan semula Umno tidak memadai dengan hanya menukar label atau peragaan jika tidak diiringi usaha meneliti dan memperbaiki isi kandungannya iaitu anggota serta pemimpin parti sendiri, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

“Sebenarnya bukan Umno yang patut berubah. Tidak ada cacat celanya parti yang menjadi payung dan penaung kepada orang Melayu selama lebih 62 tahun ini, yang patut berubah dan jalani proses perubahan ialah setiap daripada kita ahli-ahli Umno,” katanya.

Dalam ucapan dasarnya pada Persidangan Perhimpunan Agung Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Rabu ketua pergerakan Wanita Umno itu berkata ketika ini terlalu ramai yang melaungkan tentang perlunya Umno berubah jika mahu terus relevan dan diterima rakyat terutama generasi muda.

Beliau turut mengingatkan anggota Umno supaya tidak menggulangi kejadian 1987 ekoran pertandingan sengit merebut jawatan presiden parti, yang menurutnya mula mencetuskan penularan gejala politik wang dan politik berpuak-puak.

Rafidah berkata kesan daripada perebutan jawatan itu, Umno diharamkan dan apabila didaftarkan semula, parti itu dikenali sebagai Umno Baru, sebelum perkataan “Baru” digugurkan.

“Walaupun Umno yang baru itu kembali kepada misi dan perjuangan asalnya dan boleh diibaratkan sebagai rumah besar yang melindungi orang Melayu, terdapat jua penghuninya yang mencemar serta menjejaskan reputasi parti.

“Nafsu gelojoh mengejar jawatan dan merebut kuasa membiakkan budaya baru iaitu budaya upahan dan imbuhan di mana sokongan yang diberi bukan kepada mereka yang berkemampuan untuk berusaha dan bekerja, tetapi kepada sesiapa juga yang boleh menawarkan sesuatu,” katanya.

Rafidah berkata jawatan dalam Umno sudah mula menjadi seolah-olah “Tawaran Tender dengan pihak yang membuat tawaran tertinggi diberi pertimbangan. Bahkan lebih tepat lagi kalau dikatakan sudah muncul pendekatan ‘Lelong Jawatan’ dengan kemungkinan mereka yang sanggup memberi lebih diundi untuk sesuatu jawatan.”

Rafidah juga berkata sudah tiba masanya anggota Umno dan pemimpinnya memikirkan dengan serius hala tuju parti.

“Terutama sekali berdasarkan situasi semasa dunia seperti pergolakan yang berlaku di Gaza, pengajaran yang wajar dipelajari ialah bagaimana pentingnya menjaga perpaduan dan muafakat di kalangan anggota parti,” katanya.

Beliau berkata rakyat mesti menolak budaya politik huru-hara dan politik jalanan seperti juga mereka menolak politik yang membawa pecah-belah di kalangan rakyat berbilang kaum dalam negara.

Katanya Wanita Umno yang merupakan 38.7 peratus daripada keseluruhan anggota parti itu dan merupakan tulang belakang parti, perlu memastikan supaya tidak ada persengketaan selepas pemilihan parti hari ini, sebaliknya perlu meneruskan usaha membantu Barisan Nasional memenangi tiga pilihan raya kecil bagi merebut kerusi Parlimen Bukit Gantang, serta kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dan Batang Ai pada 7 April ini.

“Insya-Allah kemenangan ini merupakan hadiah pertama Wanita Umno buat Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan memimpin negara selepas ini,” katanya.

Rafidah juga mencadangkan supaya generasi muda diperkenalkan seawal mungkin mengenai pemerintahan Raja Berperlembagaan untuk memupuk semangat patriotisme dan kenegaraan.

Bagi menangani krisis ekonomi global, beliau menyarankan agar kaum wanita membantu melengkapkan usaha-usaha kerajaan dengan mengamalkan perbelanjaan berhemat bermula daripada unit keluarga masing-masing bagi memastikan kestabilan kewangan keluarga.

Malah dalam keadaan pekerjaan sukar diperolehi, terutama dalam sektor swasta, anak-anak muda perlu dibimbing supaya tidak memilih pekerjaan dan supaya sanggup menimba pengalaman dalam apa juga pekerjaan yang halal, katanya.

BERNAMA

HISHAMUDDIN TERLEPAS PANDANG FAKTA SEJARAH DATUKNYA SENDIRI

In INDEPENDENCE OF MALAYA PARTY, PARTI NEGARA, UMNO, lompat parti on March 25, 2009 at 2:01 pm

Cucu mintak maaf Tok sebab tersalah sebut tentang riwayat hidup Tok. Stress sebab isu PPSMI ni tak selesai lagi.

“Bahawa, di dalam diri cucunda Datuk Onn (Jaafar – pengasas Umno) ini, mengalir darah perjuangan Melayu yang sejati berpaksikan kepada keluhuran nilai dan idealisme murni. Saya sama sekali tidak akan menderhakai wadah perjuangan yang diwarisi daripada nenda dan ayahanda saya. Saya sama sekali tidak akan mengkhianati perjuangan Melayu,” bunyi pidato Hishamuddin.

Pak Menteri Pelajaran: Tolong ulangkaji sejarah. Tok Hang pun meninggal dunia bukan dalam pekat biru berkarat UMNO. MARILAH BERFIKIRAN TERBUKA.

(Datuk Onn left UMNO on August 26, 1951, to form the Independence of Malaya Party (IMP). However, the IMP failed to receive sufficient backing from Malayans, and eventually Onn left it to form the Parti Negara, which placed membership restrictions on non-Malays in an attempt to woo the Malays.

Pemuda Umno Ikrar Tentang Habis-habisan Petualang Bangsa

Pemuda Umno hari ini mengambil ketetapan menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh ‘petualang bangsa’ dan berikrar mempertahankan kedaulatan negara.

Ketuanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pergerakan itu akan mempertahankan keluhuran undang-undang, hak dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera, kesucian agama Islam dan institusi raja-raja Melayu.

“Kita tidak akan membiarkan sama sekali tiang-tiang seri di dalam negara ini dicabut dari bumi negara tercinta ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno 2008 di sini, Rabu.

Beliau yang tidak menyebut nama siapa yang dilabelkan sebagai petualang itu, berkata orang berkenaan sanggup berbuat apa sahaja termasuk menyemai benih kebencian, bersekongkol dengan musuh dan menidakkan hak bangsa sendiri, kerana gilakan kuasa.

“Selain itu beliau juga sanggup menghina tanah airnya sendiri di pelbagai forum di serata dunia, bersedia mempersenda institusi raja dan sesiapa juga untuk memenuhi nafsu rakusnya,” katanya.

Hishammuddin yang tidak mempertahankan jawatannya sebagai ketua pergerakan itu kali ini kerana bertanding jawatan naib presiden Umno, berkata petualang bangsa itu bertindak sebagai manusia pelbagai topeng yang mengamalkan budaya hipokrasi.

Beliau turut mengingatkan pihak pembangkang supaya tidak menyalahguna kebebasan bersuara, lebih-lebih lagi untuk menyalakan api perkauman kerana ia boleh memusnahkan negara.

“Kepada mereka yang tidak bertanggungjawab itu, janganlah mengambil kesempatan menonjol keberanian, bermulut celupar berselindung di sebalik kekebalan Dewan Rakyat yang mulia untuk melontarkan tuduhan liar tidak berasas,” katanya.

Beliau berkata pembangkang kini dilihat sedang menyusun usaha secara terancang untuk meruntuhkan tiang-tiang seri negara yang berperanan sebagai pendukung utama kedaulatan sebuah negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat.

“Mereka begitu angkuh, sombong dan bongkak mempersoalkan kontrak sosial dan mempertikai hak kedudukan orang Melayu dan kaum bumiputera. Kontrak sosial sengaja disalah tafsir dan dijadikan tajuk untuk menyemarakkan api perkauman,” katanya.

Hishammuddin juga menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengkhianati orang Melayu sepanjang 11 tahun menerajui pergerakan itu.

“Saya sedar banyak SMS dan surat layang disebarkan menyerang peribadi saya…saya menyerahkan kepada penilaian Ilahi yang Maha Mengetahui.

“Bahawa, di dalam diri cucunda Datuk Onn (Jaafar – pengasas Umno) ini, mengalir darah perjuangan Melayu yang sejati berpaksikan kepada keluhuran nilai dan idealisme murni. Saya sama sekali tidak akan menderhakai wadah perjuangan yang diwarisi daripada nenda dan ayahanda saya. Saya sama sekali tidak akan mengkhianati perjuangan Melayu,” katanya.

Beliau juga meminta barisan kepimpinan Pemuda yang baru supaya terus berusaha menarik minat golongan muda untuk menyertai Umno dan menyemarakkan semangat berkhidmat untuk parti.

Hishammuddin mahu pergerakan itu terus mendampingi rakyat dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa nasib mereka adalah sentiasa dibela.

Sehubungan itu faktor keikhlasan, kejujuran dan integriti amat penting dijadikan asas penilaian dalam memilih barisan kepimpinan Pemuda yang akan diamanahkan untuk menentukan masa depan dan hala tuju pergerakan itu, tambahnya.

BERNAMA

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 15/02/09: Majlis Hi-Tea Tahun Baru Cina 2009 DUN Selat Klang 2

In 1 on March 25, 2009 at 12:28 pm

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 15/02/09: Majlis Hi-Tea Tahun Baru Cina 2009 DUN Selat Klang 2

In 1 on March 25, 2009 at 12:28 pm

Aktiviti ADUN Selat Klang Bersama Exco Pertanian pada 14/02/09: Majlis Dialog Bersama Nelayan Pulau Ketam

In 1 on March 25, 2009 at 11:25 am

Aktiviti ADUN Selat Klang Bersama Exco Pertanian pada 14/02/09: Majlis Dialog Bersama Nelayan Pulau Ketam

In 1 on March 25, 2009 at 11:25 am

SAKSIKAN SELCAT BERAKSI DI PENDENGARAN AWAM BERSAMA AKTOR PENTING KERAJAAN BN SELANGOR 2000 -2008

In PENDENGARAN AWAM, SELCAT on March 25, 2009 at 9:00 am
THE Selangor State Assembly’s Select Committee on Competency, Accountability and Transparency (Selcat)

Dipengerusikan oleh Teng, Selcat dianggotai tiga Adun Pakatan dan dua Adun BN, iaitu, Haniza Talha (PKR-Taman Medan), Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), dan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

Gambar Berkumpulan Majlis Hi Tea Perpaduan LPN DMPP pada 22/02/09 di Hotel Carlton Shah Alam

In 1 on March 25, 2009 at 8:42 am

Aktiviti Pengerusi LPN DMPP pada 22/02/09: Majlis Hi Tea Perpaduan Sempena Tahun Baru Cina 2009 di Carlton Hotel Shah Alam

In Hi Tea Perpaduan Sempena Tahun Baru Cina 2009 on March 25, 2009 at 8:33 am

Aktiviti Exco Pendidikan pada 22/02/09: Merasmikan Majlis Penutup Kursus Team Building PPAS di Grand Blue Wave Hotel Shah Alam

In 1 on March 25, 2009 at 8:26 am

Aktiviti Exco Pendidikan pada 20/03- 22/03/09: Menghadhiri Retreat Exco Kerajaan Negeri Selangor di Subang Holiday Villa

In Exco Retreat 2009 on March 25, 2009 at 8:15 am

Aktiviti Exco Pendidikan pada 20/02/09: Menghadhiri Majlis Perasmian Kursus Team Building PPANS di Hotel Grand Blue Wave

In 1 on March 25, 2009 at 8:11 am

Aktiviti Exco Pem Modal Insan pada 19/02/09: Meraikan Alumni SPIES Adun Selat Klang di PutRa

In 1 on March 25, 2009 at 7:55 am

Aktivit Exco Pem Modal Insan pada 19/02/09: Merasmikan Majlis Penutup Kursus SPIES Pimpinan Perdana Untuk Datuk Bandar dan Pegawai Daerah Negeri

In Kursusu SPIES Perdana Modul Datuk Bandar dan Pegawai Daerah Negeri Selangor on March 25, 2009 at 7:46 am

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 15/02/09: Majlis Dialog Bersama PKNS dan Syabas Dengan Penduduk Flat Seri Perantau

In 1 on March 25, 2009 at 7:43 am

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 15/02/09: Meraikan Petugas Majlis Hi-Tea Tahun Baru Cina 2009 DUN Selat Klang 2

In 1 on March 25, 2009 at 7:39 am

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 15/02/09: Majlis Hi-Tea Tahun Baru Cina 2009 DUN Selat Klang 2

In 1 on March 25, 2009 at 4:28 am

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 15/02/09: Majlis Hi-Tea Tahun Baru Cina 2009 DUN Selat Klang 2

In 1 on March 25, 2009 at 4:28 am

Aktiviti ADUN Selat Klang Bersama Exco Pertanian pada 14/02/09: Majlis Dialog Bersama Nelayan Pulau Ketam

In 1 on March 25, 2009 at 3:25 am

"UMNO DALAM POLITIK DAN PERNIAGAAN" OLEH JAMAIE HJ ISMAIL

In Kronisme, Nepotisme, Umno dalam Politik Dan Perniagaan, politik wang on March 25, 2009 at 2:26 am

Umno dalam Politik dan Perniagaan
Melayu. 2004. Jamaie Hj Hamil. ISBN
967-942-643-2. RM 35.00.
Staf di Jabatan Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM

Perniagaan adalah suatu bidang yang jarang diceburi oleh orang Melayu kerana dasar diskriminasi kolonial serta sistem ekonomi dualisme yang dibawa oleh penjajah untuk terus meminggirkan orang Melayu dari menguasai bidang ekonomi. Menyedari akan kemunduran kedudukan sosioekonomi berkenaan, UMNO sebagai teras pemerintah yang berkuasa telah mengambil inisiatif untuk mengatasinya.

Melalui kepimpinan UMNO bermula era Tun Razak beberapa langkah telah diperkenalkan untuk mengatasi kemunduran berkenaan. Kongres Ekonomi Bumiputera I dan II, DEB, MARA, PERNAS dan UDA dilancarkan untuk membantu orang Melayu supaya terlibat dalam sektor perekonomian khusnya bidang perniagaan. Institusi-institusi amanah ini dibentuk untuk memastikan kepentingan bumiputera dipelihara dengan menyediakan pelbagai kemudahan, insentif dan bantuan yang diperlukan.

Dalam masa yang sama UMNO turut bertindak sebagai mangkin dalam mempercepat penglibatan organisasi orang Melayu dalam perniagaan. UMNO telah membentuk syarikat-syarikat korporatnya. Di era Dr. Mahathir, orientasi perekonomian telah bertukar kepada meletakkan asas berkenaan sejak DEB dilancarkan. Akan tetapi apabila pemegang amanah korporat (nominees & proxy) UMNO ini turut terlibat dalam perniagaan, situasi telah bertukar kerana kepentingan politik serta kepentingan ekonomi dimanipulasi.

Situasi ini semakin sukar dipisahkan apabila orang Melayu yang dibantu oleh UMNO dahulunya telah menjadi jutawan atau ahli korporat yang berjaya. Mereka terus bergantung pada elit politik untuk memastikan survival perniagaan mereka terjamin. Sementara itu elit politik pula bergantung pada elit ekonomi berkenaan untuk terus mengukuhkan kekuasaan.

Bagi orang Melayu untuk mengumpul kekayaan, jalan pintas adalah dengan sukarela, tetapi menjadi rebutan di semua peringkat. Amalan kronisme dan nepotisme dibenarkan, politik wang berlanjutan, krisis kepimpinan bertukar ganti dan perpecahan perpaduan Melayu adalah berpunca dari gejala-gejala tindakan aktor dalam kepimpinan UMNO.

UNDI POPULAR BARISAN NASIONAL PADA PRU 12 HANYA 50 PERATUS

In GOOD GOVERNANCE, INTEGRITI, UNDI POPULAR, rasuah politik. politik wang on March 25, 2009 at 2:05 am

PADA Pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO hari ini, slogan digunakan Khairy ialah “Setiakawan” berbanding slogan “Pemuda Berani” bagi Mohamad Khir dan “Berani Berubah” untuk Mukhriz.

Dengan 51 peratus undi popular, Umno dan BN dianggap berada dalam keadaan seperti “telur di hujung tanduk” dengan perkiraan jika satu peratus undi memihak kepada pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.

“Rakyat mahukan perubahan. Mereka mahukan pemimpin yang ada integriti dan tidak korup. Keputusan pemilihan esok akan menguji sama ada perwakilan memahami mesej itu,” kata penganalisis politik Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman.

Pemilihan Ketua Pemuda Umno Titik Mula Transformasi Parti

Hari ini 25 Mac 2009, 791 perwakilan Pemuda Umno akan memilih barisan kepimpinan baru termasuk Ketua pergerakan itu yang dianggap komponen kritikal dalam transformasi Umno untuk kekal relevan.

Pemilihan kali ini bukan sekadar menguji kematangan perwakilan, sebaliknya akan menguji sejauh mana kesedaran mereka terhadap mesej yang disampaikan rakyat pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) 8 Mac tahun lepas.

“Rakyat mahukan perubahan. Mereka mahukan pemimpin yang ada integriti dan tidak korup. Keputusan pemilihan esok akan menguji sama ada perwakilan memahami mesej itu,” kata penganalisis politik Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Selasa.

Pemilihan Ketua Pemuda Umno dilihat amat penting kerana sebahagian besar daripada 4.9 juta pengundi muda dilihat beralih arah kepada pembangkang pada pilihan raya umum lepas menyebabkan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.

Dengan 51 peratus undi popular, Umno dan BN dianggap berada dalam keadaan seperti “telur di hujung tanduk” dengan perkiraan jika satu peratus undi memihak kepada pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.

“Pemilihan kali ini menentukan hidup mati Umno. Pada PRU13 nanti akan ada lebih kurang 1.5 juta orang muda mengundi iaitu tambahan dari dulu,” kata calon Ketua Pemuda Umno yang juga Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir.

Ketiga-tiga calon Ketua Pemuda Umno, Mukhriz, 44, Anggota Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, 43, dan Anggota Parlimen Rembau yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, 33, menyatakan tentang perubahan dalam Umno perlu bermula dengan Pemuda.

Mukhriz menekankan kepentingan Pemuda Umno menjadi suara pendesak dalam dan luar kerajaan dan mengubah peranannya seperti NGO, manakala Mohamad Khir mahu Pemuda menjadi suara rakyat dan bukannya suara kerajaan.

“Jika kita gagal menjadi suara rakyat pengundi akan beralih kepada pembangkang,” kata Mohamad Khir yang mendapat 62 pencalonan, di belakang Mukhriz dengan 74 pencalonan dan diikuti Khairy dengan 52 pencalonan.

Khairy sebelum ini berkata perubahan merakyatkan Pemuda Umno amat penting dengan penekanan untuk menjana ekonomi di peringkat akar umbi bagi kepentingan golongan muda perlu dibuat.

“Antara tugas Pemuda adalah untuk memudahkan generasi muda mendapat akses kepada kemudahan dan peluang ekonomi yang disediakan kerajaan,” katanya mempertaruh slogan “Setiakawan” berbanding slogan “Pemuda Berani” Mohamad Khir dan “Berani Berubah” Mukhriz.

Seorang perwakilan dari Perak yang ditemui Bernama pada perhimpunan agung parti itu berkata persaingan jawatan Ketua Pemuda Umno kali ini amat sengit dengan 10 peratus pengundi “kelabu” daripada 791 perwakilan dijangka menjadi penentu.

“Nisbahnya 30-30-30 bagi setiap calon. Sepuluh peratus akan jadi penentu. Tiada pihak yang boleh mendabik dada yang mereka kini di depan,” katanya yang enggan dikenali sambil menolak politik wang mempunyai pengaruh besar pada pemilihan kali ini.

Jika faktor pengalaman menjadi ukuran, Mohamad Khir dilihat mempunyai kelebihan berbanding Mukhriz dan Khairy, namun kedua-dua calon itu juga dilihat mempunyai kelebihan tersendiri.

Khairy dilihat mempunyai kelebihan jika faktor umur menjadi sandaran dan dilihat mampu mendekati generasi muda manakala Mukhriz pula dilihat sebagai pemimpin yang lantang bersuara dengan pendekatan berbeza.

Pada 17 Mac lepas, Lembaga Disiplin Umno memutuskan Khairy bersalah di bawah Artikel 10.1 Etika Parti melibatkan politik wang tetapi diberikan amaran dan dibenarkan bertanding, dan ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemilihan itu.

Persoalannya di sini adakah suara akar umbi menjadi pertimbangan pada pemilihan kali ini? Adakah perwakilan ini memikirkan tentang aspirasi parti dan masa depan negara atau faktor-faktor lain sebagai penentu?

“Kita tak boleh salahkan perwakilan jika mereka tidak ikut suara akar umbi. Ini kerana perwakilan lebih mengenali calon secara peribadi. Mereka tahu sejauh mana kemampuan setiap calon,” kata Mohamad Khir.

Namun bagi penganalisis politik, apa yang lebih penting, perwakilan perlu memilih pemimpin yang boleh melakukan perubahan seiring dengan perkembangan zaman selain menangkis persepsi negatif bahawa Umno parti tiada integriti.

“Pemimpin dipilih perlu ada kemampuan untuk membawa perubahan mengikut kehendak semasa. Umno perlu bekerja bukannya untuk pembangunan fizikal seperti 52 tahun lepas tetapi pembangunan ‘intangible’, good governance dan integriti,” katanya yang enggan dikenali.

Pemilihan Pemuda Umno dijadual bermula pukul 11 pagi esok di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan keputusannya dijangka diumumkan pada malam hari yang sama.

Oleh Syed Azwan Syed Ali/ BERNAMA

AHLI UMNO SERTA PARTI MEREKA PERLUKAN OVERHAUL

In Perhimpunan Agung UMNO, politik wang on March 25, 2009 at 12:42 am

“Hapuskan politik wang, jika tidak, nantinya kita sama-sama bertanggungjawab untuk mengkafan dan menguburkan Umno, parti tercinta ini” sebagai kata-kata hikmah dari bakal PM.

Oleh kerana UMNO sebuah parti sekular yang majoriti ahlinya beragama Islam, jalan keluar dari kemelut yang berlaku dalam UMNO ialah dengan “transformasi (metamorphosis) , rebuild dan reengineering bukan rebranding dan bukan juga repositioning

Isi penting Ucapan Perasmian DS Najib di PAU pada 24 Mac 2009 di PWTC

1. UMNO perlu mengubah cara ia menentukan pemimpin dan sekaligus membendung masalah politik wang dan mengemaskini pendidikan dan pengkaderan politik untuk anggota-anggota.

2. Ahli UMNO perlu berubah dari sikap-sikap mazmumah (buruk) kepada sikap-sikap mahmudah (baik).

3. UMNO perlu mengkaji semula perlembagaan parti Umno dari aspek ini agar proses pemilihan kepimpinan Umno dapat disertai oleh lebih ramai ahli dari semua peringkat.

4. Umno memerlukan barisan pimpinan yang berupaya lagi mengupayakan; pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan; yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran.

5. UMNO perlu menawan imaginasi golongan umur 17 hingga 23 tahun dengan memastikan arah tuju parti seiring dan sejalan dengan aspirasi mereka.

Umno Mesti Berubah Jika Tidak Mahu Rebah, Kata Najib

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak malam ini mengajak seluruh anggota Umno untuk bersama-sama melakukan transformasi ke atas parti itu secara menyeluruh bagi membolehkannya kekal sebagai pilihan orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Berucap merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, yang pertama selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, beliau memberi amaran parti itu akan kehilangan sokongan sekiranya ia tidak melakukan perubahan.

“Berubahlah, jika tidak, kita rebah”, kata beliau yang bakal mengambil alih teraju Umno dan kerajaan, dalam nada dan wajah serius di hadapan lebih 2,300 perwakilan ketiga-tiga sayap Umno itu, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Ketika menyampaikan ucapan bertema “Menakhoda Zaman”, Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh parti itu iaitu mengubah cara Umno menentukan pemimpin dan sekaligus membendung masalah politik wang dan mengemaskini pendidikan dan pengkaderan politik untuk anggota-anggota.

Umno, katanya, perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar agar pemilihan parti lebih mencerminkan hasrat lebih tiga juta anggotanya di peringkat akar umbi.

“Pada hemat saya, telah tiba masanya untuk kita mengkaji semula perlembagaan parti Umno dari aspek ini agar proses pemilihan kepimpinan Umno dapat disertai oleh lebih ramai ahli dari semua peringkat.

“Inilah jalan yang akan dapat membendung masalah politik wang dan salah guna kuasa. Inilah juga jalan, jika kita ingin parti ini terus kekal kuat dengan sewajarnya mengembalikan semula mandat pemilih kepada akar umbi.

“Apabila rakyat sudah berpaut dengan kita, barulah Umno akan kembali menjadi perkasa” katanya. Ini boleh dilakukan jika setiap pemimpin dan ahli Umno menjiwai kelazatan berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Mengenai soal pendidikan dan pengkaderan, beliau berkata kursus-kusus politik secara terancang berdasarkan kurikulum yang digubal khas merangkumi pendedahan sejarah, pembinaan jati diri dan esprit de corps, perlu diadakan untuk mengukuhkan nilai murni perjuangan selain melatih anggota parti menjadi pemimpin yang mulia.

“Di semua peringkat ahli-ahli Umno perlu dididik dan diberi kefahaman yang secukupnya agar menjadi penyokong yang celik tentang sejarah parti.

“Barulah nanti akan wujud kesetiaan yang berasaskan kepada keyakinan terhadap perjuangan Umno,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata Umno mesti memenangi semula hati dan pemikiran orang Melayu untuk kekal lestari.

“Mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah dari sikap-sikap mazmumah (buruk) kepada sikap-sikap mahmudah (baik).

“Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat.

Najib turut meminta para perwakilan yang akan terlibat dalam pemilihan kepimpinan parti pada Khamis ini supaya memilih satu pasukan pimpinan yang ampuh dan padu.

“Bariskanlah kepada saya satu pasukan yang setia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi.” katanya.

Beliau berkata Umno memerlukan barisan pimpinan yang berupaya lagi mengupayakan; pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan; yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran.

Umno, kata Najib, harus berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat.

“Umno dan mana-mana juga parti atau organisasi akan hancur jika pemimpin dan ahlinya dibelenggu politik wang.

“Pemimpin berkualiti tetapi tidak memberi rasuah akan terpinggir. Parti akan diterajui pula oleh golongan yang akan terus mengamalkan budaya itu dalam kepimpinan,” katanya.

Sambil menegaskan bahayanya gejala rasuah, Najib berkata: “Kalau tidak dibendung dan membarah, kelaknya pemimpin dan pengikut akan menganggap ia sesuatu yang biasa hingga timbul ungkapan ‘beri salah, tidak beri kalah’.

“Barangkali juga semua dalam dewan ini tahu apa itu SK dan SI, Salam Kosong dan Salam Isi… Ini bukan satu gurauan. Kita mestilah menghapuskan politik wang hingga ke akar umbinya,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

“Jika tidak, nantinya kita sama-sama bertanggungjawab untuk mengkafan dan menguburkan Umno, parti tercinta ini,” katanya.

Selain itu, Najib juga bercakap mengenai tanggapan umum bahawa aspirasi Umno adalah berbeza dengan aspirasi massa.

“Bagi mereka, cita rasa Umno bukan lagi cita rasa rakyat. Oleh yang demikian, orang-orang Umno janganlah terperangkap dalam kepompong sendiri dan terlalu asyik dengan proses dalaman parti.

“Janganlah begitu teruja dalam merebut kedudukan sehingga lupa tentang kayu ukur sebenar kejayaan parti demokratik itu adalah, memenangi pilihan raya atau pun tidak.

“Apalah gunanya kita menduduki jawatan dalam sesebuah parti yang tidak ada kuasa dan tidak menerajui kerajaan?,” katanya dalam ucapan lebih sejam yang mengupas pelbagai isu.

Najib juga berkata Umno perlu membuka pintunya seluas mungkin kepada orang Melayu memandangkan bukan semua orang Melayu menjadi anggota parti itu.

“Umno juga akan menjadi hebat jika budaya merendah diri dan sikap suka berkhidmat kepada masyarakat menjadi amalan ahli-ahlinya.

“Umno akan menjadi lebih kukuh jika ahli-ahli Umno berhenti mempersoalkan apakah yang mereka boleh dapat dari parti, sebaliknya apakah sumbangan kepada agama, bangsa dan negara melalui Umno,” katanya.

Lantas, Najib mengingatkan para perwakilan ketiga-tiga sayap parti itu bahawa tugas mereka tahun ini adalah “yang paling berat dalam sejarah ” Umno.

“Yang dipertaruhkan sebenarnya ialah survival Umno itu sendiri. Keputusan yang bakal kita ambil sepanjang persidangan ini akan menentukan masa depan parti sama ada akan terus mencipta dan melakar sejarah ataupun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah’” katanya.

Tetapi, menurut Najib, Umno masih disayangi oleh orang-orang Melayu.

“Sebab itulah mereka mengundi untuk mengekalkan Umno sebagai parti terbesar dengan kerusi terbanyak di Dewan Rakyat walaupun dinafikan majoriti dua pertiga.

“Oleh sebab itu, Umno wajib mengambil iktibar yang betul dari mesej yang disampaikan oleh orang Melayu. Jika tidak, perasaan sayang tapi marah ini akan bertukar menjadi benci dan terus tidak peduli”.

Menyingkap sejarah perjuangan Umno, Najib berkata Umno ternyata mampu mengubah kesengsaraan menjadi harapan.

Katanya, telah terbukti juga Umno adalah parti yang berupaya membina satu bangsa bermaruah dan dihormati di seantero dunia.

“Parti inilah yang telah berjasa mengangkat rakyat Malaysia daripada kekangan kemiskinan kepada kelas hidup menengah dalam satu generasi sahaja.

“Hakikatnya, Umno parti keramat ini telah sentiasa menjadi Nakhoda Zaman,” kata Najib.

Beliau juga mengingatkan anggota Umno supaya berpijak di bumi nyata kerana lanskap politik negara telah berubah sama sekali.

“Kita tidak boleh terus bernostalgia dengan kejayaan lampau tanpa mencipta kejayaan-kejayaan baru. Sebagai parti siasah yang ingin kekal relevan selari dengan tuntutan zaman. kita tidak boleh hidup dengan hanya bertunjangkan jasa-jasa semalam,” katanya.

Umno, kata Najib, juga tidak boleh dilihat sebagai parti yang anti idea baru, anti cerdik pandai atau parti yang tidak mesra dengan orang muda, kerana parti itu bertanggungjawab meningkatkan akses pendidikan, terutamanya pendidikan tinggi kepada mereka.

Pada masa ini 38 peratus kumpulan umur 17 hingga 23 tahun berpeluang mendapat pendidikan tinggi dan ia dijangka meningkat kepada 40 peratus menjelang tahun 2010 dan 50 peratus pada 2020.

“Janganlah kita biarkan hasil semaian Umno ini terlepas ke tangan pihak lain. Sebolehnya kita perlu menawan imaginasi golongan ini dengan memastikan arah tuju parti seiring dan sejalan dengan aspirasi mereka.

BERNAMA

Gambar Berkumpulan Majlis Hi Tea Perpaduan LPN DMPP pada 22/02/09 di Hotel Carlton Shah Alam

In 1 on March 24, 2009 at 4:42 pm

REBUT PIALA MB KELANTAN ACARA TOMOI ANTARABANGSA

In Muay Thai, Piala MB Kelantan, Tomoi on March 24, 2009 at 4:41 pm

Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kelantan akan diadakan selama tiga hari bermula 27 Mac ini bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan ditaja Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama kerajaan Kelantan, Persatuan Boksing Negeri Kelantan dan Boxx Event.

Ini baru betul. Kita lawan macam anak jantan, satu lawan satu, guna peraturan yang sama dan gelanggang yang sama. Ikut kategori. Baru adil. Bukan terbuka. Hanya anggota badan sahaja dibenarkan untuk meraih point. Pemenang akan diisytihar dalam gelanggang dan bukan di luar.Keputusan Pengadil adalah muktamad

42 peninju tomoi antarabangsa rebut Piala MB Kelantan

Peminat-peminat sukan tomoi di negeri ini berpeluang menyaksikan aksi 42 peninju antarabangsa dan tempatan bagi merebut Piala Menteri Besar yang julung kali diadakan.

Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kelantan akan diadakan selama tiga hari bermula 27 Mac ini bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Kejohanan tersebut akan menampilkan dua kategori iaitu superfight dan super 4. Antara peninju luar negara yang akan beraksi iaitu dari Thailand, Perancis, Sweden, Uzbekistan, Iran, Afghanistan, Poland, Sepanyol, Afrika Selatan,Tunisia, England dan Turki.

Manakala peserta tempatan ialah M-150 dan Kuda Merah PDRM.

Kejohanan diadakan mengikut kategori 57.5 kg, 61.5 kg dan 63.5 kg. Dan bagi kategori 57.5 kg peninju akan merebut tali pinggang kejohanan dan piala pusingan dari Exco Pelancongan serta Exco Belia dan Sukan.

Bagi kategori 61.5 kg ke atas peninju akan merangkul tali pinggang serta piala pusingan Menteri Besar Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, sebanyak 24 perlawanan akan diadakan dengan lapan perlawanan setiap malam.

“Kerajaan Kelantan sentiasa memberi sokongan untuk meneruskan kejohanan ini pada masa depan kerana di samping sebagai aktiviti sukan, ia juga akan menjadi tarikan pelancong dengan kehadiran peninju terkenal dari luar negara,” katanya pada persidangan media di sini, hari ini.

Kejohanan tersebut ditaja Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama kerajaan Kelantan, Persatuan Boksing Negeri Kelantan dan BoxX Event.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Boksing Kelantan, Mohd Farid Abdul Ghani berkata, juara yang lahir dari kejohanan berkenaan akan mewakili negara ke kejohanan Tomoi Sedunia Z1.

Katanya, kejohanan tersebut melibatkan seramai 32 peninju dari seluruh dunia dan dijangka diadakan pada Oktober hingga Disember hadapan di Kelantan.

Maklumat Lanjut di SINI

mj/Mohd Nor Yahya/HARAKAHDAILY

REBUT PIALA MB KELANTAN ACARA TOMOI ANTARABANGSA

In Muay Thai, Piala MB Kelantan, Tomoi on March 24, 2009 at 4:41 pm

Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kelantan akan diadakan selama tiga hari bermula 27 Mac ini bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan ditaja Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama kerajaan Kelantan, Persatuan Boksing Negeri Kelantan dan Boxx Event.

Ini baru betul. Kita lawan macam anak jantan, satu lawan satu, guna peraturan yang sama dan gelanggang yang sama. Ikut kategori. Baru adil. Bukan terbuka. Hanya anggota badan sahaja dibenarkan untuk meraih point. Pemenang akan diisytihar dalam gelanggang dan bukan di luar.

42 peninju tomoi antarabangsa rebut Piala MB Kelantan

Peminat-peminat sukan tomoi di negeri ini berpeluang menyaksikan aksi 42 peninju antarabangsa dan tempatan bagi merebut Piala Menteri Besar yang julung kali diadakan.

Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kelantan akan diadakan selama tiga hari bermula 27 Mac ini bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Kejohanan tersebut akan menampilkan dua kategori iaitu superfight dan super 4. Antara peninju luar negara yang akan beraksi iaitu dari Thailand, Perancis, Sweden, Uzbekistan, Iran, Afghanistan, Poland, Sepanyol, Afrika Selatan,Tunisia, England dan Turki.

Manakala peserta tempatan ialah M-150 dan Kuda Merah PDRM.

Kejohanan diadakan mengikut kategori 57.5 kg, 61.5 kg dan 63.5 kg. Dan bagi kategori 57.5 kg peninju akan merebut tali pinggang kejohanan dan piala pusingan dari Exco Pelancongan serta Exco Belia dan Sukan.

Bagi kategori 61.5 kg ke atas peninju akan merangkul tali pinggang serta piala pusingan Menteri Besar Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, sebanyak 24 perlawanan akan diadakan dengan lapan perlawanan setiap malam.

“Kerajaan Kelantan sentiasa memberi sokongan untuk meneruskan kejohanan ini pada masa depan kerana di samping sebagai aktiviti sukan, ia juga akan menjadi tarikan pelancong dengan kehadiran peninju terkenal dari luar negara,” katanya pada persidangan media di sini, hari ini.

Kejohanan tersebut ditaja Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama kerajaan Kelantan, Persatuan Boksing Negeri Kelantan dan BoxX Event.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Boksing Kelantan, Mohd Farid Abdul Ghani berkata, juara yang lahir dari kejohanan berkenaan akan mewakili negara ke kejohanan Tomoi Sedunia Z1.

Katanya, kejohanan tersebut melibatkan seramai 32 peninju dari seluruh dunia dan dijangka diadakan pada Oktober hingga Disember hadapan di Kelantan.

Maklumat Lanjut di SINI

mj/Mohd Nor Yahya/HARAKAHDAILY

Aktiviti Pengerusi LPN DMPP pada 22/02/09: Majlis Hi Tea Perpaduan Sempena Tahun Baru Cina 2009 di Carlton Hotel Shah Alam

In 1 on March 24, 2009 at 4:33 pm

Aktiviti Exco Pendidikan pada 22/02/09: Merasmikan Majlis Penutup Kursus Team Building PPAS di Grand Blue Wave Hotel Shah Alam

In 1 on March 24, 2009 at 4:26 pm

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT AP KLANG YB SANTIAGO DIPECAH MASUK

In Charles Santiago, Klang on March 24, 2009 at 4:19 pm

Pejabat yang terletak di 2A, Jln. Bayu Tinggi 8/KS6, Batu Unjur,Klang, Selangor telah dipecah masuk pada malam Jumaat lepas 21Hb Mac 2009 dan insident disedari oleh Pembantu beliau Sarah Devaraj pada pagi Sabtu 23 Mac 2009.

Kerugian dianggarkan sekitar RM15 ribu sahaja dari kerosakan yang berlaku kepada sistem pintu eletronik. Dua Sistem komputer telah hilang. Perbuatan ini mungkin dilakukan oleh PRO kerana pendawaian eletrik telah dipotong untuk melumpuhkan sistem pintu magnetik.

Laporan Selanjutnya di SINI

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT AP KLANG YB SANTIAGO DIPECAH MASUK

In Charles Santiago, Klang on March 24, 2009 at 4:19 pm

Pejabat yang terletak di 2A, Jln. Bayu Tinggi 8/KS6, Batu Unjur,Klang, Selangor telah dipecah masuk pada hari Sabtu lepas 21Hb Mac 2009 dan insident disedari oleh Pembantu beliau Sarah Devaraj pada pagi Sabtu 23 Mac 2009.

Kerugian dianggarkan sekitar RM15 ribu sahaja dari kerosakan yang berlaku kepada sistem pintu eletronik. Dua Sistem komputer telah hilang. Perbuatan ini mungkin dilakukan oleh PRO kerana pendawaian eletrik telah dipotong untuk melumpuhkan sistem pintu magnetik.

Laporan Selanjutnya di SINI

Aktiviti Exco Pendidikan pada 20/03- 22/03/09: Menghadhiri Retreat Exco Kerajaan Negeri Selangor di Subang Holiday Villa

In 1 on March 24, 2009 at 4:15 pm

Aktiviti Exco Pendidikan pada 20/02/09: Menghadhiri Majlis Perasmian Kursus Team Building PPANS di Hotel Grand Blue Wave

In 1 on March 24, 2009 at 4:11 pm

Aktiviti Exco Pem Modal Insan pada 19/02/09: Meraikan Alumni SPIES Adun Selat Klang di PutRa

In 1 on March 24, 2009 at 3:55 pm

Aktivit Exco Pem Modal Insan pada 19/02/09: Merasmikan Majlis Penutup Kursus SPIES Pimpinan Perdana Untuk Datuk Bandar dan Pegawai Daerah Negeri

In 1 on March 24, 2009 at 3:46 pm

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 15/02/09: Majlis Dialog Bersama PKNS dan Syabas Dengan Penduduk Flat Seri Perantau

In 1 on March 24, 2009 at 3:43 pm