drhalimahali

DO’A MENCEGAH SERTA MERAWAT PENYAKIT ANGIN AHMAR (STROK/ CVA)

In diabetis, penyakit angin ahmar, penyakit jantung, strok on March 6, 2009 at 2:30 am

Strok merupakan penyakit yang ketiga atau keempat pentingnya di negara kita dari segi kematian, kemasukan ke wad hospital, ketidakselesaan serta penderitaan hidup (“hidup segan mati tak mahu” maaf kerana menggunakan ungkapan ini).

Faktor Risiko penyakit strok/Cerebrovascular Accident yang boleh diubah oleh individu:

Hipertensi (penyakit darah tinggi), Merokok, Diabetes (kencing manis), Hiperkolesteromia (tinggi kandungan kolesterol dalam darah), Penyakit arteri,Atrial fibrillation ( ritma jantung tidak menentu),Penyakit jantung, obesiti (kegemukan), kurang aktiviti fizikal, Penyakit sickel sel dan lain-lain.

Tanda-tanda awal Strok:

* Kebas atau lemah bahagian muka, tangan atau kaki terutama sebelah badan sahaja yang berlaku secara tiba-tiba,

* Kecelaruan fikiran (confusion), sukar bertutur atau memahami percakapan secara mengejut

* Sukar melihat pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba

* Sukar berjalan, hilang koordiansi atau imbangan badan serta pening

* Kesakitan di bahagian kepala yang berlaku secara tiba-tiba pada individu yang berisko tinggi seperti di atas

Selain dari mendapatkan rawatan untuk penyakit yang boleh membawa kepada strok serta
mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersukan/ bersenam, tidak merokok dan sebagainya, kita disarankan agar mengamalkan do’a di bawah. Disebut dalam satu riwayat bahawa paling minima ialah sekali dalam seumur hidup.





About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: