drhalimahali

KOS PENGAJIAN DI KUIS BANGI BERPATUTAN

In Exco Pendidikan, KUIS, SIDANG DUN SELANGOR on March 17, 2009 at 2:43 pm
Bayaran murah yang dikenakan untuk satu-satu produk atau perkhidmatan bukan bermakna produk atau perkhidmatan berkenaan berkualiti rendah.Hanya puak kapitalis sahaja yang mahu mengaut untung berlipat kali ganda secepat mungkin tanpa mengambil kira faktor-faktor lain kecuali kepentingan para pelabur.

Berteraskan konsep merakyatkan ekonomi Selangor serta negeri berkebajikan, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) masih menawarkan kursus-kursus di peringkat diploma pada kadar bayaran yang berpatutan.

Kemudahan prasarana dan pembelajaran tidak diabaikan. Antara kemudahan dan kebajikan pelajar yang disediakan ialah kemudahan tempat tinggal pelajar atau asrama dan pangsapuri, masjid, tempat riadah, kemudahan WiFi yang meliputi di asrama dan pangsapuri, perpustakaan pintar, kemudahan pengangkutan pelajar, kemudahan makmal siber serta semakan status pelajar secara dalam portal.

Kos perbelanjaan di Kuis lebih murah

Yuran pengajian yang ditawarkan di Kolej Universiti Islam Selangor yang merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diuruskan oleh kerajaan negeri Selangor lebih murah jika dibandingkan dengan IPT lain dalam negara.

Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali yang menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar yang ingin mengetahui perbandingan kos perbelanjaan di Kuis dengan IPT tempatan dalam bidang yang sama.

Menurut beliau, caj yuran yang dikenakan sangat berpatutan dan kompetitif jika dibandingkan dengan IPT awam dan swasta lain.

“Perbandingan yuran pengajian di Kuis dengan IPT awam dan swasta dengan nama kursus diploma teknologi maklumat dan multimedia, yuran di Kuis RM12,520, di Universiti Teknologi Mara pula sebanyak RM32,886.

“Oleh itu, di Kuis adalah lebih murah walaupun di UiTM diberi subsidi oleh kerajaan pusat sebanyak 96 peratus,” katanya.

Manakala, Diploma Sains Komputer,

di

Kuis yuran RM12,325;

Kolej Risda Melaka, RM18,792;

Kolej Infometik, RM27,200;

Kolej Islam Antarabangsa Gombak, RM14, 260.

“Semua caj ini adalah mengambil kira kemudahan dan mutu pengajian tinggi yang memenuhi piawaian tempatan dan antarabangsa agar setanding dengan IPT awam dan swasta yang lain.

“Antara kemudahan dan kebajikan pelajar yang disediakan ialah kemudahan tempat tinggal pelajar atau asrama dan pangsapuri, masjid, tempat riadah, kemudahan WiFi yang meliputi di asrama dan pangsapuri, perpustakaan pintar, kemudahan pengangkutan pelajar, kemudahan makmal siber, status pelajar secara dalam portal,” katanya.

Muhammad Arif Ismail/ mns / HARAKAHDAILY

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: