drhalimahali

TAHNIAH SEKALI LAGI BUAT KDRM

In 1 on May 7, 2008 at 7:37 pm

Di atas kejayaan Kastam DiRaja Malaysia merampas dan mematahkan beberapa kes penyeludupan berskala besar sejak akhir-akhir ini amat membanggakan. Inilah contoh amalan “bersih,cekap dan amanah”. Kakitangan KDRM jika mahu, dan tak malu boleh melepaskan penjenayah terbabit dan tutup mata sebelah tentang kegiatan pihak terlibat, tetapi mereka memilih untuk berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan amanah. KDRM harus menjadi contoh kepada jabatan dan agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Luar Negeri serta Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.


Lima kontena rokok tiruan, minuman keras dirampas


Sumber harian Metro

PELABUHAN KLANG – Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) Selangor berjaya mematahkan cubaan menyeludup lima kontena mengandungi rokok putih tiruan serta minuman keras bernilai kira-kira RM10.9 juta termasuk cukai di Pelabuhan Klang dekat sini, semalam.

Lebih membanggakan, KDRM turut berjaya menahan empat suspek berusia lingkungan 40 hingga 57 tahun untuk membantu siasatan kes penyeludupan yang cuba dilakukan dalam tempoh sehari itu.

Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid berkata, sebanyak empat buah kontena mengandungi rokok putih yang diikrarkan sebagai ‘garment’, ‘filter carbon block’ dan aksesori kereta serta sebuah kontena mengandungi minuman keras tetapi diikrarkan sebagai ‘air compresor’ cuba diseludup masuk melalui pintu masuk di kedua-dua pelabuhan terbabit.

“Kita berjaya merampas satu kontena sepanjang 40 kaki yang mengandungi rokok putih berjenama Texas 5 American Blend dan Half Time 5 bernilai RM795,000 melibatkan cukai RM4.1 juta.

“Selain itu, satu lagi kontena berjaya ditahan di Pelabuhan Utara yang mengandungi rokok putih berjenama Benson & Hedges yang bernilai RM675,000 melibatkan cukai sebanyak RM1.9 juta,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam Pelabuhan Utara, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah Kastam (Pencegahan), Datuk Mardina Alwi dan Pengarah Kastam Selangor, Roslan Yusof.

Menurut Abdul Rahman, pada jam 11.30 pagi hari yang sama, sebuah lagi kontena yang mengandungi pelbagai jenama minuman keras yang diimport dari Singapura dan mempunyai tanda Bebas Cukai bernilai RM382,200 melibatkan cukai RM377,383 berjaya ditahan di Pelabuhan Barat.

“Pada jam 3,50 petang, dua buah kontena mengandungi rokok putih berjenama ‘Lambert & Butler, Davidoff dan Longlife’ yang diimport dari China bernilai RM471,750 dengan jumlah cukai sebanyak RM2.2 juta turut ditahan di Klang Container Terminal, Pelabuhan Utara,” jelasnya.

Menurut Abdul Rahman lagi, salah seorang suspek yang ditahan kini di reman untuk terus membantu siasatan, manakala tiga lagi masih disiasat dan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang-barang yang belum lulus kastam serta di bawah Seksyen 135 (1) (g) Akta yang sama kerana membuat ikrar tidak benar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: