drhalimahali

TIMBALAN PM JAHIL ATAU PURA-PURA TAK TAHU

In 1 on May 7, 2008 at 8:36 pm



Kenyataan akhbar Timbalan Perdana Menteri di bawah ini jelas menunjukkan sama ada beliau jahil tentang kewangan serta pentadbiran atau pura-pura tak tahu tentang “capital budgeting”. Tak lama dahulu semasa musim PRU 12, beliau mengatakan bahawa jika subsidi minyak diteruskan, nescaya negara akan bankrup dan tiada jalan raya serta pembangunan lain akan dilaksanakan.
Untuk pengetahuan orang no 2 dalam negara, Kerajaan BN Selangor semasa Dr Khir Toyo sempat menghabiskan peruntukan DUN sebanyak RM27 juta dalam masa dua bulan pertama tahun 2008. Peruntukan yang telah dihabiskan memerlukan permohonan baru dari Perbendaharaan Negeri. Dari itu budget 2008 yang telah dihabiskan perlu kepada dana kontigensi atau dana “perbelanjaan di luar jangkaan.”

Untuk menunaikan semua janji / manifesto PR pada PRU ke 12 dalam tempoh tiga bulan adalah melucukan jika tidak mencurigakan. Cuba kita lihat bagaimana pula dengan status Kerajaan Pusat BN. Bagaimana dengan “progress” serta laporan kemajuan BN di peringkat Pusat? Sila klik Di Sini untuk melihat JANJI BN pada PRU 12.

Kegagalan PR tunai janji telah dijangka


Sumber Harian Metro
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kegagalan parti Pakatan Rakyat (PR) Selangor menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 lalu untuk mengurangkan cukai pintu kepada rakyat Selangor memang telah dijangka.

“Kita (kerajaan) sudah menjangkakan bahawa apabila sampai pada masanya, mereka akan menghadapi kesukaran menunaikan semua janji manifesto pilihan raya mereka.

“Semasa pilihan raya, sesiapapun boleh buat janji, dan mungkin ada pihak yang akan terpedaya dengan janji-janji yang ditawarkan ekoran daripada apabila disebut, janji penurunan cukai dan sebagainya, sememangnya ia akan diterima oleh sebahagian daripada pengundi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Pekerja dan Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Kementerian Pertahanan, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berharap agar rakyat sedar bahawa apa yang penting untuk memilih parti yang betul-betul bertanggungjawab bukanlah melihat kepada janji, tetapi harus melihat adakah berkemungkinan janji itu mampu ditunaikan ataupun sebaliknya.

“Saya berharap, ianya mampu membuka mata dan sebagai pengajaran kepada pengundi bahawa kita mesti pandai menilai sesuatu yang dibuat sebelum pilihan raya diadakan, ataupun pilihan raya diadakan, bukanlah menilai apa yang dijanjikan, tapi kemungkinan sesuatu janji dilakukan selepas pilihan raya,” ujarnya.

Tambahnya, pengundi dalam negara perlu mempunyai kemampuan untuk menilai kredibiliti sesebuah parti kerana pada pilihan raya akan datang, akan lebih banyak janji-janji yang ditawarkan oleh parti yang bertanding.

Menurut Najib, pengundi haruslah mempunyai pemikiran lebih matang dan bijak untuk memilih dan menilai antara janji dan realiti. Pengundi perlu menilai sesuatu janji yang mungkin disuarakan hanya sebagai percakapan politik sahaja, sedangkan janji tersebut tidak mungkin dapat ditunaikan.

Dalam laporan akhbar Sinar Harian semalam, Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kajian terperinci sedang dilakukan sebelum melaksanakan penurunan cukai pintu sebanyak 20 peratus seperti yang dijanjikan dalam janji manifesto PR pada pilihan raya lalu, memandangkan tahap pembangunan ekonomi negeri masih belum sampai ke tahap yang diinginkan ekoran harga tanah yang semakin tinggi di samping pelaksanaan projek-projek perumahan yang masih berterusan.

Beliau, sebaliknya, akan memberikan insentif kepada pembayar cukai pintu dengan pengurangan sebanyak 70 peratus ke atas denda cukai pintu tertunggak bagi tunggakan hasil sebelum 31 Disember 2007, manakala bagi denda cukai tertunggak mulai 1 Januari tahun ini akan diberikan pengecualian 100 peratus berkuat kuasa kelmarin sehingga 30 Jun.

Bagaimanapun, menurut Abdul Khalid, kerajaan negeri sedang memikirkan kaedah terbaik untuk melaksanakan ‘janji kepada rakyat’ yang terkandung dalam janji manifesto PR dan kaedah tersebut akan diketahui ketika membuat belanjawan negeri bagi tahun 2009 nanti.KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kegagalan parti Pakatan Rakyat (PR) Selangor menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 lalu untuk mengurangkan cukai pintu kepada rakyat Selangor memang telah dijangka.

“Kita (kerajaan) sudah menjangkakan bahawa apabila sampai pada masanya, mereka akan menghadapi kesukaran menunaikan semua janji manifesto pilihan raya mereka.

“Semasa pilihan raya, sesiapapun boleh buat janji, dan mungkin ada pihak yang akan terpedaya dengan janji-janji yang ditawarkan ekoran daripada apabila disebut, janji penurunan cukai dan sebagainya, sememangnya ia akan diterima oleh sebahagian daripada pengundi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Pekerja dan Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Kementerian Pertahanan, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berharap agar rakyat sedar bahawa apa yang penting untuk memilih parti yang betul-betul bertanggungjawab bukanlah melihat kepada janji, tetapi harus melihat adakah berkemungkinan janji itu mampu ditunaikan ataupun sebaliknya.

“Saya berharap, ianya mampu membuka mata dan sebagai pengajaran kepada pengundi bahawa kita mesti pandai menilai sesuatu yang dibuat sebelum pilihan raya diadakan, ataupun pilihan raya diadakan, bukanlah menilai apa yang dijanjikan, tapi kemungkinan sesuatu janji dilakukan selepas pilihan raya,” ujarnya.

Tambahnya, pengundi dalam negara perlu mempunyai kemampuan untuk menilai kredibiliti sesebuah parti kerana pada pilihan raya akan datang, akan lebih banyak janji-janji yang ditawarkan oleh parti yang bertanding.

Menurut Najib, pengundi haruslah mempunyai pemikiran lebih matang dan bijak untuk memilih dan menilai antara janji dan realiti. Pengundi perlu menilai sesuatu janji yang mungkin disuarakan hanya sebagai percakapan politik sahaja, sedangkan janji tersebut tidak mungkin dapat ditunaikan.

Dalam laporan akhbar Sinar Harian semalam, Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kajian terperinci sedang dilakukan sebelum melaksanakan penurunan cukai pintu sebanyak 20 peratus seperti yang dijanjikan dalam janji manifesto PR pada pilihan raya lalu, memandangkan tahap pembangunan ekonomi negeri masih belum sampai ke tahap yang diinginkan ekoran harga tanah yang semakin tinggi di samping pelaksanaan projek-projek perumahan yang masih berterusan.

Beliau, sebaliknya, akan memberikan insentif kepada pembayar cukai pintu dengan pengurangan sebanyak 70 peratus ke atas denda cukai pintu tertunggak bagi tunggakan hasil sebelum 31 Disember 2007, manakala bagi denda cukai tertunggak mulai 1 Januari tahun ini akan diberikan pengecualian 100 peratus berkuat kuasa kelmarin sehingga 30 Jun.

Bagaimanapun, menurut Abdul Khalid, kerajaan negeri sedang memikirkan kaedah terbaik untuk melaksanakan ‘janji kepada rakyat’ yang terkandung dalam janji manifesto PR dan kaedah tersebut akan diketahui ketika membuat belanjawan negeri bagi tahun 2009 nanti.

Advertisements
  1. Assalamu’alaikum,

    Apa respons puan, terhadap pengakuan Tan Sri khalid bahawa kerajaan selangor tidak akan dapat menurunkan kadar cukai seperti yang dijanjikan?

    Adakah ini buat sementara waktu sahaja, atau akan dijalankan berperingkat- peringkat selepas penelitian teliti dijalankan?

    Kenyataan tan sri khalid seperti membayangkan yang janji pilihanraya ini tidak akan dikota.

    Kalau begitu, perkara ini amat memalukan. Rakyat memilih PR antara lain kerana termakan janji2 pilihanraya. Memang mudah hendak berjanji. Kalau setakat berjanji besar – seperti yang suka dilakukan oleh orang2 seperti Dr Hasan Ali – orang yang tidak bersekolah pun berjanji tinggi melangit

    Harap perkara ini mendapat maklum balas. Jangan beri imej bahawa kerajaan PR adalah kerajaan penipu. Jika kedah – negeri yang lebih miskin – boleh turunkan cukai, mengapa tidak selangor? malah, penurunan cukai menggalakkan pelaburan.

    Paling kurang pun, turunkan lah cukai bagi mereka yang tinggal di luar bandar, atau berikanlah rebate bagi yang berpendapatan rendah.

    Jangan jadi orang yang mungkir janji

    Yang berharap,
    Safiah

  2. YB,

    Saya pernah mendengar ceramah PAS tentang sifat2 org Munafik..
    salah satu sifatnya adalah adalah dgn tidak menunaikan janji @ berbohong.

    Cuba YB huraikan kepada pembaca2..

    Amat terkilan & terasa seperti tertipu kiranya. Masih sedang menghitung berapa byk janji yg telah tertunai..

    Anak langkawi

  3. jedyoong.com
    sloone.wordpress.com
    Saya dah baca post serta komen yang terdapat dalam blog di atas.
    Terima kasih Sophie kerana memberi maklumbalas yang begitu bermakna dan munasabah. Kalau saya ulas lebih-lebihpun agak sukar orang nak percaya. “Rationality” bertarung dengan “prejudice” dan “emotionality”. Time is the material fact.Wait, see and pray pls. Thank you once again.

    For anak Langkawi, or the unemployed UiTM graduate who lodged the police report regarding the quit rent, do you have the locus standi to moan, groan and whine about Selangor PR? Sorry for sounding so rough. Give us a break.

  4. Assalamu’alaikum.
    Saya setuju kiranya kerajaan baru diberi masa untuk menunaikan janji mereka. Biarlah parkara yang dilaksanakan itu bertunjang kepada kajian dan analisa yang mendalam. Dasar-dasar yang bersifat ‘reaktif’ tidak punya nilai dalam jangka masa yang panjang.

    Saya tidak meragui kebolehan dan keikhlasan kerajaan baru selangor. Malah saya agak kagum dengan kesungguhan mereka setakat ini. Orang2 seperti Tan Sri Khalid, Ronnie Liu, Teng Chang Khim, Dr Xavier, Eli Wong dan Puan Halimah sendiri merupakan orang2 yang kompeten dan tidak diragui kejujuran mereka (Walaupun saya agak loya dengan retorika melampau Dr Hassan Ali dan sebahagian tindak tanduk Teresa Kok).

    Cuma ada beberapa perkara yang kurang enak, yang saya kira lebih besar dari isu babi. Berikut saya pohon pihak puan dapat memberikan buah fikiran;
    1) Perisytiharan harta exco negeri selangor – mengapakah sudah senyap sekarang? apakah ada ‘time-frame’ bila mana nilaian harta exco akan didedah? Dalam hal ini kerajaan selangor harus tampil kedepan membuktikan kesungguhan mereka.
    2) Isu tol bandar Mahkota. Jangan ditangguh2. MB kata nak mesyuarat ‘akhir bulan’ ini. Di sana sudah seperti perang antara penduduk, konsesi dan polis – masih ingin menunggu sehingga akhir bulan
    3)SYABAS – Syarikat air yang banyak dosanya kepada rakyat selangor. Harap pihak kerajaan negeri dapat membuat siasatan komprehensif terhadap jenayah2 yang dilakukan oleh syabas setakat ini – termasuklah kontrat berat sebelah sehingga 2030. Boleh kiranya dirunding dengan pakar undang2 bagaimana untuk selesaikan isu ini.

    Harap mendapat respon.

    Yang berharap,
    Safiah

  5. Chaos in Bandar Mahkota – karajaan selangor lemah..

    http://malaysiakini.com/news/82607

    http://jedyoong.com/?p=123

    jangan tak baca – dan sila beri respon

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: