drhalimahali

Archive for May 18th, 2008|Daily archive page

TANGKAP BASAH SUATU TINDAKAN ZALIM!: SETUJU ATAU TIDAK?

In JAIS, khalwat, tangkap basah on May 18, 2008 at 5:48 pm

Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan tangkapan pihak berkuasa Agama atas alasan bahawa “pihak berkuasa harus mengambil kaedah atau pendekatan menasihati pasangan berkhalwat dan pelaku maksiat yang lain”. Ingin saya ajukan soalan di sini kepada pihak-pihak yang menggunakan pendekatan berdakwah kepada pelaku khalwat. Sebagai seorang Muslim di negara umat Islam yang mempunyai kefahaman asas tentang Islam lantaran sudah menjadi pengetahuan am semua kaum di negara ini bahawa berkhalwat atau berdua-duan dalam keadaan yang mencurigakan adalah salah di sisi perundangan Islam , adakah perlu lagi prosedur amaran pertama, kedua dan seterusnya.

Saya fikir di negara kita apabila di sebut berkhalwat, orang ramai telah mempunyai gambaran di fikiran mereka apa yang berlaku. Cuba kita bayangkan van Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tiba-tiba meluncur masuk ke kawasan di mana terdapat “pasangan yang berpelukan atau sedang melakukan aksi menjolok mata”. Apa akan berlaku? Yang mana sedang berbuat sesuatu terus kaku berhenti setakat itu. Mungkin akan ada buat-buat bangun menuju ke tempat lain, berpindah tempat, ‘start’ motosikal dan cabut. Paling tidakpun akan tersipu-sipu malu. Kenapa mereka tidak meneruskan aksi mereka, usah hiraukan kehadhiran Pegawai JAIS dan buat macam biasa sahaja? Salah satu sebab ialah kerana mereka tahu dan faham bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang salah di sisi agama, yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang Muslim dan Muslimah. Sila lihat reaksi tersipu-sipu apabila pasangan tahu aksi mereka dirakam oleh CCTV, videocam atau digital camera.

Mungkin pasangan yang ditangkap atau dijumpai mengaku bersalah dan merayu agar tidak dibawa ke tengah, mengaku sudah insaf dan mahu bertaubat. Dalam senario begini pihak Pegawai Jabatan Agama lebih arif tentang tindakan selanjutnya. Kita umat Islam kena jelas tentang konsep “amal bil makruf wan nahyu ‘anil munkar”. Ada masanya kita mesti hukum pesalah agar ia menjadi peringatan serta “sempadan” kepada yang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama. Jika tidak, maksiat akan berleluasa dan merebak seperti kanser payu dara.

Kita bukan suka-suka sengaja hendak mencari “salah orang” atau ” orang salah” tetapi IA ADALAH arahan Allah SWT dan jika tidak dilaksanakan kita mengundang kemurkaan serta bala’ dari ALlah yang jika turun tidak mengira siapa yang buat atau siapa yang tak buat. Semua akan kena. Jadi diwajibkan mesti ada golongan yang mencegah yang maksiat, munkar, perbuatan keji serta jelek. Tugas ini terpikul di bahu/pundak PEMERINTAH, pemimpin, ketua, penyelia, bos, ibu bapa, jiran dan keseluruhan lapisan masyarakat. Sila rujuk banyak ayat Al Quran serta Hadith Sahih tentang tanggungjawab, arahan, saranan, amaran , ganjaran, kepentingan “menjaga tepi kain orang” bawahan, tanggungan, atau mas’uliah kita.

Pihak berwajib bertanggungjawab bukan suka-suka sengaja meronda tempat atau sarang maksiat, kalau-kalau ada muda mudi berkhalwat. Kakitangan Jabatan Agama bukan berniat “siapa aku nak tangkap hari ini biar padan muka mak bapak dia biar malu bila kena tangkap basah nanti”. Kakitangan Jabatan Agama membuat rondaan tempat yang banyak maksiat berlaku agar TIDAK ADA MAKSIAT DILAKUKAN SECARA TERANG-TERANGAN. Apabila tiada tindakan dibuat terhadap maksiat yang dilakukan di tempat awam, hal ini mengalakkan lagi individu untuk berbuat demikian. “Ya ini tempat selamat. Kita boleh buat apa kita suka. Ajak kawan-kawan/member lain. Tengok. Semua kereta rosak di sini.”

Khalwat di rumah sendiri

KUANTAN: Seorang remaja perempuan lepasan sekolah menengah di Alor Akar, di sini, mengambil kesempatan daripada ketiadaan ibu bapanya yang keluar bekerja untuk membawa teman lelaki ke rumah.

Tindakan remaja berusia 18 tahun itu yang beberapa kali dilakukan sehingga menimbulkan rasa kurang senang jiran akhirnya membawa padah apabila dia dan pasangannya ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), petang kelmarin.

Difahamkan, Jaip bertindak selepas mendapat aduan jiran yang melihat teman lelaki remaja perempuan itu yang berusia 24 tahun memasuki rumah berkenaan, kira-kira jam 2 petang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jaip, Mohd Nor Idris, berkata penguat kuasa Jaip menyerbu rumah teres dua tingkat itu, kira-kira jam 3.30 petang.

Mohd Nor berkata, ketika pihaknya tiba di rumah itu, didapati pintu pagar berkunci sebelum dibuka teman lelaki remaja terbabit.

“Kami menunggu kira-kira 15 minit sebelum pintu pagar rumah itu dibuka seorang lelaki. Selepas memperkenalkan diri dan meminta izin untuk menjalankan pemeriksaan, kami menemui seorang remaja perempuan di tingkat atas rumah berkenaan.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek tiada hubungan sah suami isteri dan remaja perempuan itu mengaku lelaki itu, yang juga pengurus di sebuah syarikat perunding kewangan, adalah kekasihnya,” katanya.

Pasangan terbabit dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan kerana disyaki berkhalwat.

Katanya, pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 145, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) kerana berkhalwat yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 dan penjara enam bulan.

Sementara itu, beliau berkata, dalam serbuan lain di sebuah rumah di Mahkota Permai, di sini, Khamis lalu, lima pelajar sebuah kolej swasta ditahan kerana disyaki berkhalwat kira-kira jam 5.24 petang.

Advertisements

PENDEDAHAN KES HAKIM DR M DITUNGGU

In 1 on May 18, 2008 at 5:26 pm

Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa beliau sedia disiasat berhubung dengan kes pelantikan Hakim. Cuma isu yang mungkin timbul ialah “kehilangan ingatan terpilih” atau “selective memory loss” sekiranya terdapat jawaban kepada soalan-soalan tertentu beliau mengatakan “saya tak ingat” tetapi pada soalan lain beliau tidak mempunyai masalah untuk menjawab. Ini ditonjolkan dengan jelas dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Sharibu apabila seorang Pegawai Kanan Polis Bukit Aman tak ingat semua soalan asas yang dilemparkan kepada beliau termasuk nombor telefon bimbit sendiri. Mungkin jika ditanya namapun boleh jadi tak berapa ingat.

Saya mahu dedah segalanya: Dr Mahathir

Sumber Berita Harian Online
JOHOR BAHRU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia disiasat dan didakwa di mahkamah berhubung segala tuduhan dalam laporan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat klip video yang mengandungi perbualan seorang peguam dengan hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim.

Aktiviti Exco Pendidikan pada 18/05/08: Perasmian Sukan Tahunan PASTI

In 1 on May 18, 2008 at 5:16 pm

Acara Sukan telah bertempat di padang SRK Bukit Kuda Klang pada 18hb Mei 2008Pelajar-pelajar PASTI berbaris di padang
Para ibu bapa pelajar yang turut hadhir.
Exco sedang berucap.

MAJLIS MENJUNJUNG KASIH KE BAWAH DYMM RAJA PERMAISURI PERAK SEMPENA SAMBUTAN HARI IBU KELAB WANITA PERAK ANJURAN BERSAMA NONA KARANGKRAF

In 1 on May 18, 2008 at 4:37 pm

Majlis di atas telah berlangsung pada 18hb Mei 2008 bertempat di Saloma Bistro Theatre restaurant Jln Ampang Kuala Lumpur.
Ketibaan DYMM Tuanku Bainun, Tuanku Zara, YM Raja Dato’ Seri Azureen, YM Raja Elena dan YM Raja Yong Sofea

Kelihatan dari kiri Puan Sri Prof Emeritus Dato’ Fatimah bte Hamid Don ahli Majlis Penasihat di KemenEterian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat Penerima Anugerah Khas Wanita PLC dan Dr Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Penerima Anugerah Ibu Cemerlang NONA 2008.

Aktiviti Exco Pendidikan pada 17/05/08: Majlis Sambutan Hari Guru PASTI 2008 Kawasan Kapar

In 1 on May 18, 2008 at 3:10 am

Kelihatan Naib YDP PAS Kawasan Kapar merangkap wakil calon N45 serta Timb Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, ADUN Selat Klang dan Ustazah Noraini Husin Timb Ketua Muslimat Negeri Selangor merangkap Ketua Muslimat Pas Kawasan Kapar.

TULISAN JAWI DIBERI PENEKANAN KATA MB SELANGOR

In 1 on May 18, 2008 at 2:14 am

Tangan-tangan kotor yang telah merobek dan mengoyak satu-satunya syiar Islam yang mana dengannya seseorang itu dapat mengeja dan membaca ayat-ayat suci Al Quran telah disempurnakan oleh kerajaan BN beberapa tahun yang lalu dan majoriti rakyat Malaysia hanya membisu atau buat pura-pura tak mahu tahu. Jikalau adapun ia tidak memberi makna apa-apa kepada jutaan umat Islam di Malaysia. Mereka kini sibuk bercakap tentang ketuanan Melayu yang mana ketuanan yang sekian lama mereka nikmati telah disalahgunakan. Allah telah memberi amaran dalam Al Quran yang bermaksud

” (Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal) dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.” 38:47

Amaran Allah swt lagi:

“Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?” (6:6)

Seterusnya Allah swt memerintahkan:
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (22:41)

Abdul Khalid mahu sekolah agama beri penekanan tulisan Jawi

tokohguru.jpg

Abdul Khalid bersalaman dengan guru-guru yang hadir di Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam, semalam.

Sumber Agenda Selangor
SHAH ALAM, Sabtu 17 Mei :
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu semua sekolah agama di Selangor memberikan penekanan terhadap penguasaan tulisan jawi di kalangan pelajar-pelajarnya.

Menurutnya, apabila seseorang itu mengenali tulisan Jawi mereka juga mampu memahami Bahasa Arab yang asasnya ialah tulisan Jawi serta boleh membaca al-Quran.

”Ini (penekanan tulisan Jawi) boleh dilakukan dengan menambah satu kelas khas subjek itu di sekolah agama,” katanya katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 2008 di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, tulisan jawi perlu dikuasai memandangkan ia merupakan satu aspek kebudayaan dan memperlihatkan cara pemikiran masyarakat Melayu yang diwarisi dari generasi terdahulu.

“Kita mahu tulisan Jawi dikuasai oleh orang Melayu kerana ia identiti dan membantu dalam beberapa aspek kehidupan termasuk membantu kita memahami dan membaca al-Quran dengan lebih baik.” katanya.

Menurutnya, Orang Melayu sepatutnya mempertahankan tulisan Jawi serta akhbar Jawi tetapi kini tiada lagi akhbar tersebut kerana ramai tidak tahu serta tidak minat tulisan Jawi.

“Masyarakat India dan Cina walaupun tidak ramai tetapi mereka mempunyai banyak akhbar dan semuanya sukses,” katanya.

Abdul Khalid turut menyampaikan hadiah kepada dua tokoh guru sekolah agama JAIS iaitu Ismail Ibrahim dari Sabak Bernam bagi kategori lelaki dan Jama’aiah Boyok dari Sepang (wanita).

Kedua-dua tokoh guru itu dipilih kerana dedikasi mereka dalam bidang pendidikan sejak 30 tahun lalu dan masih aktif sehingga kini walaupun telah bersara.

Hadir sama di majlis itu Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Aktiviti Exco Pendidikan pada 17/05/08: Program hari Ibu dan Mesra Rakyat Seri Perantau

In 1 on May 18, 2008 at 1:31 am

Pada 17hb Mei 2008, satu Majlis Hari Ibu dan Mesra Rakyat telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk (kaum India) Seri Perantau Pelabuhan Klang bertempat di Padang Mainan Pangsapuri Seri Perantau.