drhalimahali

Archive for June 9th, 2008|Daily archive page

WACANA SPIES PADA 9/06/08 DI ANNEX BANGUNAN SUK

In jurulatih, SPIES on June 9, 2008 at 11:59 pm

Satu wacana ilmu tentang konsep pembangunan modal insan berteraskan SFIES (spiritual, fizikal, intelektual, emosi dan sosial) dianjurkan team Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan di bangunan SUK Shah Alam pada 9hb Jun 2008.

Para peserta wacana dijemput dari kalangan Pegawai Kanan, Pentadbir, Pengurus IPTS serta Para Perunding dan Jurulatih.
YB Dr Ahmad Yunus selaku Pembantu Exco sedang menyampaikan slot beliau bertajuk “Pembangunan Kesihatan Fizikal”

Advertisements

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 09/06/08: Lawatan ke Rumah Shekinah

In Rumah Shekinah on June 9, 2008 at 8:33 pm

ADUN Selat Klang telah membuat lawatan bersama sekumpulan Muslimat Selat Klang ke RUMAH SHEKINAH iaitu rumah jagaan warga Emas yang terletak di Klang. Satu majlis ramah mesra telah berlangsung,

ADUN sedang menandatangani buku pelawat diperhatikan oleh salah seorang ahli Lembaga Pengarah pusat.

Sessi bergambar sebagai kenangan.

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 09/06/08: Forum bersama Ust Saifuddin di PutRA Klang

In forum. PutRA, Keluarga bahagia on June 9, 2008 at 8:18 pm

Satu Forum bertemakan “Pembentukan Keluarga Bahagia” telah dianjurkan bersama oleh Kelab Remaja Intan Islam, Alumni Matrikulasi dan Penduduk Kg Delek Klang pada malam 09hb jun 2008 bertempat di dewan PutRA .
Kelihatan hadhirin Muslimin sedang khusyuk mendengar perbincangan.
Ir Sujan sedang bertanyakan soalan. Kelihatan Muslimat di belakang.
Sesi bergambar dengan ahli panel forum dan AJK Penganjur.

HARGA BARANG DAPUR NAIK LAGI: TAK MEMBEBANKAN

In 1 on June 9, 2008 at 3:42 am

Harga Barang naik ekoran kenaikan harga petrol dan diesel. “Tak membebankan” kata ramai pemimpin UMNO/BN termasuk Mohamed Ariff bin Abdul Kareem, Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia ( MIER) yang menyebut sebagai berkata “Penawar Yang Pahit” seorang yang tak arif tentang masalah rakyat biasa dan rakyatpun tak pandang dia karim (mulia). Saya tidak bersetuju dengan pandangan Profesor Emeritus ini tentang salah satu sebab mengapa harga minyak naik ialah kerana banyak negara memberi subsidi. Prof cuba tengok laporan the Economist,

http://www.economist.com/business/displaystory.cfm?story_id=11496858

http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2008/06/02/AR2008060200091.html

http://money.aol.com/news/articles/_a/oil-rises-as-dollar-falls-on-europe-rate/n20080605145909990036

http://www.economist.com/finance/displaystory.cfm?story_id=11453090

Sila ikuti wawancara Prof bersama wartawan Mingguan Malaysia bertarikh Ahad 8 Jun 2008.

ISLAM HADHARI LAGI: kes puteri litar

In 1 on June 9, 2008 at 2:58 am

Anak siapa agaknya yang “bertuah” dapat menyerikan dan menyemarakkan suasana litar lumba yang sudah sedia terbilang dengan aksi mendebarkan jantung dan melajukan nafas? Jika di litar “halal” disajikan dengan wanita, betul ke di litar “haram”, mat rempit dan pelumba haram dapat habuan ‘wanita’ jika menang? Kesian ‘wanita’ jadi alat dalam Islam hadhari. Islam yang syumul telah memertabatkan “wanita” ke status yang sangat tinggi dan mulia, tetapi kini senarionya terbalik seperti zaman Greek/Yunani dan jahiliah arab sebelum kedatangan Islam.

Kehadhiran wanita Islam dan bukan Islam ini amat diperlukan sangat ke di litar lumba? Untuk apa? Memayungkan peserta? Menarik minat lebih ramai penonton? Menambahkan dosa dan gejala sosial?

Siapa penganjur dan penaja maksiat di sini? Duit negara berbillion di habiskan dengan sewenang-wenangnya. Islam hadhari menganjurkan pesta menarik muda mudi seperti JOM HEBOH, PERKAMPUNGAN HADHARI dan seumpamanya.

ISLAM HADHARI YANG MENYELEWENG: kes johor

In HAB ILMUAN, Islam hadhari on June 9, 2008 at 1:19 am

Islam yang telah lengkap dan sempurna (sila rujuk Al Maidah :3) dengan semua permasalahan dan aspek kehidupan manusia disentuh dan diberi petunjuk (Sila rujuk Al ‘Anam : 38 dan An Nahl : 89), sentiasa relevan dan “segar” bagi menjawab cabaran yang lebih hebat dari globalisasi
dan apa jua konsep, methodologi serta kemelut yang otak manusia boleh fikir dan terokai. Adakah kemelut dan konsep lain yang lebih hebat dari konsep dan kemelut sakaratul maut dan hari kiamat (hari pembalasan atau DOOMSDAY).

Segala teori mengenai kehancuran bumi serta segala planet dan galaksi hanya polemik akademik. Persoalan pokok ialah bagaimana kita menghadapinya. Manusia bercakap tentang persiapan hari tua, jika ada tetapi manusia jarang bercakap tentang persiapan mengenai mati. Manusia akhir zaman tidak perlu menokok tambah, lebih-lebih lagi mengurangkan atau memperlekehkan ajaran Islam yang murni lagi agung.

Apa yang perlu dilakukan oleh pemerintah dan rakyat untuk mengembalikan keagungan dan kegemilangan umat Islam (bukan ISLAM itu sendiri), ialah untuk mereka kembali menceduk dan menghirup ajaran Islam dari sumbernya yang SAHIH seperti yang ditunjukkan oleh Ar Rasul SAW, para sahabat serta yang mengikut mereka hingga hari kiamat.

Ar Rasul SAW telah bersabda ” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Tidak sekali-kali kamu akan menjadi sesat selagi kamu berpegang (beramal) dengan kedua-duanya: kitab ALlah ( al Quran) dan sunnahku ( al Hadis)”.

Dalam satu Hadith yang panjang Baginda Rasulullah SAW bersabda ” Wajiblah kamu dengar dan taat walaupun terhadap seorang hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang sempat hidup selepas aku, maka akan ditemui dengan perselisihan yang banyak, oleh itu hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa Ar Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sekuat-kuat dengan geraham kamu…”

Cuba saudara lihat keratan akhbar di bawah bertajuk ” Johor semarak cinta berzanji” dipetik dari Harian Metro keluaran 6hb Jun 2008.

Ucapan Menteri Besar Johor yang mengatakan berzanji adalah kitab suci memperlihatkan kejahilan “penulis teks ucapan dan pembaca teks” tentang ISLAM. Ini sebahagian dari penyelewengan konsep Islam hadhari yang menjadi tunjang negara Malaysia. Kejahilan pemimpin dan seterusnya rakyat akan berterusan dan menjadi kian parah. Lama kelamaan, generasi mendatang yang mana kefahaman mereka tentang “ISLAM yang syumul” menjadi sangat lemah boleh menganggap “Islam Hadhari” yang ditonjolkan adalah satu lagi “Islam” baru.

Semua Imam seperti Imam Ahmad bin Hambal, Imam Malik dan lain-lain tidak pernah mengaku bahawa mereka “membawa ajaran baru atau mazhab baru”. Tetapi jika kita lihat pada hari ini ramai umat Islam yang fanatik dengan mazhab mereka. Kenapa hal ini boleh berlaku? Antara sebab-sebabnya ialah penganut Islam masa kini tidak didedahkan dan diajar tentang Islam dari sumbernya yang asal seperti yang diterima oleh para sahabat seperti Abu Bakar dan Ali RA. Terlalu banyak tafsiran dan pandangan ditonjolkan seolah-olah murid tidak dapat membezakan antara pohon dan hutan rimba atau antara kayu dan pokok.

Kerajaan negeri Johor memiliki sistem pendidikan agamanya yang tersendiri yang mana para murid diajar dan dinilai dari segi akademik, bukan ditarbiyah atau dididik. Budaya orang Johor yang mengamalkan pembacaan Surah Yasin pada malam Jumaat dan berzanji pada bulan Rabiul Awal atau pada majlis cukur rambut atau khatam Al Quran telah sebati dalam kehidupan mereka hinggakan boleh tergamak mengatakan berzanji adalah kitab suci. Ini jelas menunjukkan bahawa tanpa memahami apa yang dibaca tatakala “membaca atau melagukan” al Quran, isi kandungan dan pengajaran Al Quran tidak akan diimani dan dihayati. Ibarat burung kakak tua yang pandai mengatakan “selamat pagi” tetapi tidak faham apa yang disebutnya, lalu pada malam hari ia akan menyebut “selamat pagi”.

Tahmid dan Takbir. Kerajaan negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat tidak akan mempromosikan “Islam hadhari” dalam program-programnya di masjid dan sebagainya. Cukup setakat menerima dan mengamalkan “Islam yang syumul” . Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, majlis ilmu kian bercambah, forum hal ehwal Islam dihadhiri puluhan ribu rakyat Selangor, masjid dan surau kian diminati ahli qariah setempat, program jejak ilmuan dilancarkan bagi menjadikan Selangor “hub Ilmuan” dari pelbagai bidang duniawi ukhrawi.