drhalimahali

Archive for June 18th, 2008|Daily archive page

PROJEK WPI PINGGIRKAN MELAYU KATA MANTAN PM MALAYSIA

In Survival of the fittest, WPI on June 18, 2008 at 8:38 pm

Kenapa memiliki “kuasa” itu penting? Kenapa ramai orang mahukan “kuasa”? Kenapa ramai orang mahu jadi “orang berkuasa”? Siapa yang berkuasa memberi kuasa kepada yang memiliki kuasa? Cuba anda teliti keratan akhbar Berita harian bertarikh 16hb Jun 2008.

Apakah kesimpulan yang anda boleh buat terhadap individu yang membuat kenyataan di atas? Adakah beliau bercakap sebab “lidah tak bertulang” atau ” berkepentingan” atau “ada udang di sebalik batu”. Cuba fikirkan. Bukankah Melayu Johor yang menjadi tunggak UMNO kini hidup senang lenang goyang kaki jual air, pasir, nenas, minyak dan lain-lain kepada Singapura? Sekarang jual tanah lagi untung berlipat kali ganda? Duit hasil jual tanah dua tiga generasi makanpun tak habis. Apa yang hendak ditakutkan atau dirisaukan? Generasi Melayu Johor akan datang boleh cari pulau lain atau teroka hutan seperti hutan simpan Endau Rompin atau terumbu karang lain untuk didiami. Bukankah alam Tuhan ini sangat luas?

Tun Dr Mahathir ketika berkuasa pernah bermadah bahawa “maksiat di sekeliling kita menjadi ujian keimanan seseorang”. Jadi dalam kes Melayu Johor, proses peminggiran orang Melayu Johor ada hikmahnya iaitu ia akan menjadikan mereka seperti pelarian Palestin yang suatu ketika dulu pernah menjual tanah-tanah Arab kepada Israel laknatullah. Barulah terbukti sama ada betul atau tidak slogan-slogan seperti “hidup Melayu”,” takkan Melayu hilang di dunia”.

Akhir kalam orang Melayu Johor, buktikan dalam semangat Tun Dr Mahathir (semasa memiliki kuasa tentang menguji keimanan dalam berdepan dengan maksiat) bahawa hukum sains Darwin ” the survival of the fittest” boleh diaplikasikan dan dijadikan panduan.

Advertisements

ADAKAH ANDA CAM MEREKA ?

In ahli MT UMNO, identity parade on June 18, 2008 at 8:09 pm

Soalan:

(1) Siapakah yang berdiri di barisan ke empat (belakang sekali) yang pertama dari kiri ?

(2) Siapakah yang berdiri di barisan ke empat (belakang sekali) yang memakai songkok tinggi?

(3) Siapakah Rijal yang berdiri di barisan kedua pertama dari kiri?

(4) Siapakah individu yang berdiri di barisan ketiga, keempat dari kanan?
Untuk humor Identity Parade, klik di sini.

Untuk jawapannya sila respons dalam ruang komen. Tiga orang pembaca pertama yang dapat menjawab kesemua soalan dengan tepat akan diberi hadiah dalam bentuk buku. Pemenang akan dihubungi melalui e-mail. Selamat mencuba.

TEMPOH PRAKTIKAL DR SISWAZAH BERMASALAH DIPENDEKKAN

In DOKTOR SISWAZAH, medical degrees, medical education in Russia, MMC on June 18, 2008 at 6:38 pm

Memandangkan umur doktor siswazah yang mendapat kelulusan dari Universiti luar negara yang tidak diiktiraf kian meningkat, ada yang sudah mencecah empat puluhan, maka kerajaan bersetuju untuk memendekkan tempoh praktikal mereka dari tiga tahun ke lapan belas bulan sebelum menduduki peperiksaan khas.

Jika mereka lulus peperiksaan ini, barulah mereka didaftarkan penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia atau Malaysian Medical Council (MMC) sekaligus melayakkan mereka untuk menjadi pengamal perubatan di Malaysia.

Lulusan dari Universiti Russia, India, Taiwan dan Indonesia dianggarkan berjumlah 250 orang buat masakini perlulah menghubungi Hospital-hospital yang telah ditetapkan bagi menjalani praktikal khas tersebut.

Semoga berjaya. Bagi ibu bapa serta para pelajar yang bercita-cita hendak melanjutkan pelajaran ke negara di atas dalam jurusan perubatan haruslah berhati-hati. Sila rujuk post saya yang terdahulu.

Tempoh latihan graduan universiti luar dikurangkan

PUTRAJAYA:
Bernama/ BeritaharianOnline

Tempoh latihan khas bagi para graduan perubatan dari institusi luar negara yang tidak diiktiraf oleh kerajaan dikurangkan daripada tiga tahun kepada 18 bulan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengemukakan masalah yang dihadapi oleh graduan berkenaan kepada Kementerian Kesihatan dan meminta agar tempoh latihan yang perlu dijalani oleh mereka dikurangkan.

“Selepas menimbang masalah yang dikemukakan, Kementerian Kesihatan kemudian bersetuju supaya tempoh latihan itu dikurangkan daripada tiga tahun kepada 18 bulan,” katanya dalam satu kenyataan hari in.

Subramaniam berkata, antara alasan untuk meminta pengurangan tempoh latihan itu termasuk atas faktor usia memandangkan kebanyakan graduan tersebut sudah berusia 40-an dan mereka menganggap tempoh tiga tahun itu terlalu lama.

Sambil berterima kasih kepada Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, kerana bersetuju mengurangkan tempoh latihan itu, Subramaniam meminta semua 250 graduan terbabit supaya segera mendaftar di institusi yang ditetapkan dalam Jadual Kedua Akta Perubatan 1971 untuk menjalani latihan.

Tahun lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohd Ismail Merican, mengumumkan format baru peperiksaan untuk graduan perubatan dari universiti luar negara yang tidak diiktiraf.

Beliau berkata, peperiksaan itu disusun oleh kementerian dengan kerjasama Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan tiga fakulti perubatan universiti iaitu Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Krian di Kelantan; Pusat Perubatan Universiti, Universiti Malaya dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau berkata, pelajar perubatan lepasan universiti seumpama itu perlu menjalani pemeriksaan di bawah Seksyen 12(1) (aa) Akta Perubatan 1971 untuk melayakkan diri sebagai Doktor.

Para graduan berkenaan adalah lulusan universiti dari beberapa buah negara seperti Rusia, Indonesia, India dan Taiwan.

Aktivti Timb Speaker dan Exco Pendidikan pada 17/06/08: Menemuduga calon ahli PBT Sabak Bernam

In 1 on June 18, 2008 at 3:13 am

Seramai lebih kurang lapan puluh calon telah ditemuduga pada 17hb Jun 2008 bagi mengisi kekosongan sebagai ahli Majlis Perbandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan.

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI: DR M KELUAR EZAM MASUK

In Dr Khir Toyo, Dr mahathir on June 18, 2008 at 2:27 am

Pada tanggal 19hb Mei 2008 yang lalu Tun Dr Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun mengisytiharkan dirinya keluar dari parti UMNO. Walaupun umur beliau telah menjangkau lebih lapan puluh tahun (lahir pada 20 Disember 1925)
namun Tun masih cergas, cerdas, tajam pemikiran dan pandangan serta berpandangan jauh, menjangkau 2020. Apapun, keluarnya beliau dari UMNO adalah keluar yang bersyarat, bukan selama-lamanya (jika panjang umur). Ia merupakan ‘keluar parti” protes tanda tak setuju. Dulu semasa beliau menjadi PM, ada anggota dewan rakyat yang keluar dewan sebagai protes. Selepas itu anggota yang telah keluar dewan masuk balik semula. Agaknya beginilah tindakan Tun masakini.
Sebagai pengganti Tun Dr M yang keluar UMNO, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kemasukan Ezam, bekas ketua GERAK dan lain-lain jawatan ke dalam UMNO pada 28hb Mei 2008 yang lalu. Alasan Ezam untuk pulang ke pangkuan UMNO ialah kerana ia berpuas hati dengan pembaharuan yang dijanjikan oleh Datuk Seri Abdullah, Perdana Menteri Malaysia.

Kemasukan Ezam ke dalam UMNO mencetuskan pelbagai spekulasi, namun Dato’ Seri Dr Khir Toyo, ketua pembangkang Selangor, mantan Menteri Besar tidak mempersoalkan keikhlasan Ezam sedikitpun kerana pada pendapat DR Khir, Ezam masuk semula ke dalam UMNO tanpa syarat, tanpa desakan dan tiada paksaan.

Dipanjangkan umur, sama-sama kita ikuti perkembangan kedua-dua tokoh iaitu Ezam dan Dr M.

BUDAYA BOHSIA, BOHJAN, BUNTING, BUNUH BUANG

In bohjan, bohsia, bunuh buang on June 18, 2008 at 12:58 am

Para petani menanam benih padi berharap padi akan jadi, tetapi sungguh malang, yang naik hanyalah lalang. Tuan tanah terbiar tidak pernah berharap atau berdoa padi akan tumbuh di tanahnya malah berpuas hati jika lalang sahaja yang naik. Begitulah hidup ini, jika kita berusaha, berikhtiar dan berdoa agar suatu natijah yang baik akan timbul dari usaha titik peluh kita belum tentu lagi usaha kita dijamin kejayaan, tetapi sebaliknya jika kita memulakan sesuatu yang tidak baik, jangan mimpi hasilnya tiba-tiba jadi cemerlang. Ini adalah sunnatullah.

Wahai para ibu bapa, jangan biarkan anak-anak zuriat kita dinodai oleh tangan-tangan kotor yang sentiasa melambai-lambai dan mengamit di mana sahaja anak-anak kita berada, sama ada di sekolah, di pasar raya, di padang permainan, di majlis kenduri atau di mana jua mereka berada.

Cemburuilah anak-anak kita, siapa kawannya, siapa yang menelefonnya, siapa teman belajarnya, siapa jejaka yang mengekorinya dan siapa gadis yang meminatinya.

Budaya bohsia, bohjan, bunting, bunuh dan buang kian menjadi-jadi. Sebelum kita salahkan orang lain, periksa dahulu diri kita, adakah kita sudah menunaikan tanggung jawab mendidik, menasihati, menunjukkan contoh teladan yang baik, memberi kaunseling, memenangi hati anak-anak, meluangkan masa untuk anak-anak dan mengawasi tindak tanduk serta pergerakan mereka?

Jika di luar sana kita mempunyai kawalan yang amat sedikit ke atas anak-anak kita, apabila mereka di dalam rumah, pastikan kita menyediakan persekitaran yang baik untuk perkembangan dan tumbesaran anak-anak. Jika kita telah mempunyai set TV yang dapat menerima pelbagai saluran secara percuma, jangan di tambah pula dengan saluran-saluran yang berbayar seperti ASTRO. Jika kita banyak menghabiskan masa bekerja di luar, kemudahan internet jika ada perlu pemantauan.

Biasakan anak-anak dengan perbincangan mengenai agama, alim ulama’ dan buku-buku berfaedah. Tidak cukup setakat menghantar anak-anak belajar iqra’ atau muqaddam. Mereka perlu dibawa ke majlis ilmu dan program keagamaan. Jika anda terlibat dengan program USRAH, tolong libatkan anak-anak sama. Jangan kita ke usrah, anak tak tahu ke mana hala tujunya.

Ramai ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah agama persendirian yang menawarkan persekolahan satu sesi dan pembelajaran bersepadu atau integrasi. Tahniah. Teruskan usaha, namun di rumah kita jangan alpa. Tindak tanduk dan gelagat kita diawasi oleh anak-anak. Usah kita umpama ketam menyeruh anaknya berjalan betul.

Kita sendiri mesti melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan seperti program rukun tetangga, PIBG, persatuan penduduk dan sebagainya. Bawa anak-anak kita dalam program-program yang dianjurkan. Sebarang anasir yang tidak baik di kawasan kediaman kita, laporkan segera ke pihak Polis atau agensi yang berkenaan. Salurkan maklumat kegiatan tidak bermoral kepada pihak berwajib seperti penjualan VCD/DVD lucah, kafe siber yang menjadi pusat kegiatan maksiat, pusat karaoke yang menjadi sarang dadah dan seumpamanya. Lantik dan pilih wakil rakyat yang mampu memperjuangkan aspek moral, etika dan pembinaan generasi beriman serta bertaqwa.

Jika kita tidak mampu menasihati anak-anak kita yang difikirkan ia sudah “di luar kawalan kita”, jangan lokek duit untuk menghantar anak-anak ke pelbagai program hujung minggu atau cuti sekolah seperti Smart Solat, Summer Camp, MAP, Bina Insan dan lain-lain. Biasanya “orang luar” mampu menunjukkan ” jalan keluar” kepada anak kita. Setelah mereka berubah, beri sokongan dalam apa jua bentuk sekalipun. Jadikan dan suburkan TABIAT yang baru diperolehi dari kursus-kursus yang dihadhiri agar menjadi BUDAYA yang baik pada anak kita.

Sekali sekala jika berlaku perselisihan faham atau berlainan pendapat, ibu bapa janganlah cepat melatah dan naik angin lantas menghalau anak-anak terutama anak perempuan keluar dari rumah. Tindakan ibu bapa sebegini adalah tiket untuknya lari dari rumah. Perbuatan berleter atau mengikut emosi marah mengeruhkan suasana di rumah. Sang ibu jangan cepat nak mengadu pada Si bapa yang baru sampai di rumah dari tempat kerja. Pilih waktu yang sesuai untuk menasihati anak-anak.

Jika anak sudah terlanjur dan terlajak melakukan kerja sumbang dengan pasangan atau rakannya, berbincanglah secara rasional. Libatkan kaunselor, doktor Muslim dan pihak-pihak lain yang difikirkan perlu. Hubungi talian yang berkenaan untuk mendapat maklumat agar dapat bertindak dengan wajar dan berhikmah. Jangan sekali-kali mengusir anak perempuan yang sudah mengandung keluar dari rumah membawa nasibnya sendirian. Jika anda lakukan itu, bermakna nasibnya kini di tangan ibu/bapa ayam, lelaki jalang/jalanan, rumah lindungan penukar aqidah dan sebagainya.

Biasanya seorang perempuan yang hamil dapat dikesan dari perubahan yang berlaku dari segi kesihatan, perwatakan, potongan badan dan sebagainya. Memang terdapat segelintir kaum wanita yang tidak dapat dicam yang ia hamil terutama anak gadis yang baru akil baligh di mana kitaran haidhnya memang tidak menentu. Terdapat wanita hamil yang bernasib baik tidak mengalami “mabuk” di peringkat awal mengandung. Sebab itu terdapat para pelajar yang hamil di asrama tetapi tidak dapat dikesan oleh guru-guru.

Begitulah serba sedikit panduan dan peringatan untuk kita semua. Rajin-rajinlah berdoa untuk dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah yang menjadi penyejuk mata kedua ibu bapa. “Tanamlah benih padi dari sekarang agar padi yang tumbuh pada suatu hari nanti. Jika terdapat lalang di samping pokok padi, cepat-cepat cabut atau racun lalang yang tumbuh itu, agar pokok padi berpeluang hidup berbunga serta berbuah”. Teruskan membaca..