drhalimahali

Archive for October, 2008|Monthly archive page

BANDAR KLANG SESAK, LALUAN UTAMA BERUBAH

In Jambatan Kota, laluan alternatif bandar Klang, peta klang on October 31, 2008 at 11:48 pm

PETUNJUK: LALUAN BERWARNA HIJAU MERUPAKAN LALUAN ALTERNATIF
Kelihatan lencongan dari arah KL ke P.Klang depan Plaza MPK sebelum Jambatan Kota. Lencongan ini juga akan ditutup sementara. Lencongan dari Jambatan Kota ke KL agak sempit dan mempunyai selekoh yang agak tajam. Setakat ini telah berlaku beberapa kemalangan Jalanraya dan seorang mangsa telah terbunuh di langgar oleh lori kontena.
Bagi penduduk bandar Klang serta pengguna jalan raya yang lain yang turut menggunakan laluan melalui Bandar DiRaja untuk ke destinasi lain, sila ambil perhatian tentang penutupan laluan utama dari Jambatan Kota ke Bulatan Seratus. Diharap kiranya siap pembinaan jejambat di penghujung tahun 2009, kenderaan berat seperti trailer, lori kontena dan sebagainya tidak seharusnya mengambil laluan melalui bandar Klang dari Pelabuhan Utara, Selatan atau Barat kerana telah wujud laluan alternatif seperi lebuhraya KESAS atau Shapadu seperti yang berlaku sekarang.
Saya kira hanya terdapat beberapa pilihan sahaja sehingga jejambat siap untuk pengguna serta penduduk Klang yang mahu ke Shah Alam dan destinasi lain. Saya masih ingat tatkala Jambatan Kota sedang dalam pembinan pada sekitar hujung tahun lapan puluhan, cukup punya siksa hendak ke Shah Alam dan tempat-tempat lain. Kali ini diharap majikan, Pengetua sekolah dan pihak yang berkenaan perlu ambil kira masalah kesesakan lalulintas jika berlaku sebarang kelewatan ke tempat kerja atau sekolah.

Laluan berubah mulai 21 Mei

Oleh Rafidah Mat Ruzki
Berita Harian Online

SHAH ALAM: Pengguna jalan raya di Klang diminta mengubah laluan rutin mereka mulai 21 Mei berikutan penutupan beberapa jalan dan perubahan laluan bagi pelaksanaan projek naik taraf jalan di Bandar Diraja itu.

Ini bagi mengurangkan kesesakan jalan raya yang dijangka berlaku sehingga projek bernilai RM31 juta itu siap 14 Disember tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Teng Chang Khim, berkata kerja menaik taraf jalan.

Advertisements

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 30/10/08: Menziarahi Para Bakal Haji

In 1 on October 31, 2008 at 7:16 pm

Aktiviti Exco Pendidikan pada 30/10/08: Menerima Kunjungan Hormat Pimpinan Muslimat Lubnan

In Muslimat Lubnan on October 31, 2008 at 7:11 pm

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 31/10/08: Menghadhiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Kota Raja

In 1 on October 31, 2008 at 9:21 am

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 31/10/08: Membuat Tinjauan tentang “IBU TUNGGAL BERTEDUH DI PONDOK USANG”

In 1 on October 31, 2008 at 8:47 am

Ekoran dari laporan Sinar Harian bertarikh 31 Oktober 2008 muka surat S15, seluruh warga kerja pejabat ADUN Selat Klang serta Wakil Zon telah bergegas ke lokasi Tapak Setinggan Seri Cahaya untuk melihat sendiri keadaan Pn Mahani beserta anak beliau.
Alhamdulillah, pihak kami telah dapat menguruskan tempat tinggal yang baru serta perkara yang berkaitan dengan makan minum Pn Mahani.

Aktiviti ADUN Selat Klang pada 30/10/08: Menziarahi Para Bakal Haji

In 1 on October 31, 2008 at 3:16 am

Aktiviti Exco Pendidikan pada 30/10/08: Menerima Kunjungan Hormat Pimpinan Muslimat Lubnan

In 1 on October 31, 2008 at 3:11 am

PKNS hidup bersamamu

In 1 on October 31, 2008 at 2:26 am

“tempat” yang perlu diziarahi tentang isu PKNS sila lihat di [SINI] dan {SINI}.

Pengurus Besar PKNS tak semestinya orang Melayu

sinar harian
SHAH ALAM – Tiada peruntukan undang-undang yang menetapkan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mesti seorang Bumiputera, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.

Bagaimanapun katanya, adalah sesuatu yang memecah tradisi apabila PKNS yang sejak 44 tahun diterajui Bumiputera cuba digantikan dengan pengurus besar yang bukan Bumiputera.

“Di dalam negara ini kita boleh lihat syarikat yang memegang amanah orang Melayu adalah diterajui Bumiputera dan tindakan menggantikannya dengan orang lain akan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat terutama pegawai dan kakitangan PKNS itu sendiri.

“Kita juga amat mengambil berat sekiranya sebelum ini PKNS kerugian berbilion ringgit akibat salah urus tadbir peneraju sebelum ini. Bagaimanapun ia bukan kesalahan pengurusan tertinggi PKNS, ia adalah salah kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Dr Hassan berkata demikian mengulas perlantikan Low memangku jawatan Pengurus Besar PKNS selama setahun berkuatkuasa 21 Oktober lalu sementara kerajaan negeri mencari Pengurus Besar PKNS baru di kalangan Bumiputera yang berpengalaman dalam pembangunan hartanah, pembangunan semula dan disegani.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan desakan lima pertubuhan di dalam PKNS yang mahukan Khalid menjelaskan perlantikan Madam Low yang disifatkan memecah tradisi peneraju PKNS.

Kata Dr Hassan, pengurus besar yang bakal dilantik menerajui PKNS selepas ini mestilah terdiri daripada seorang profesional yang bukan sahaja mahir dalam urusan hartanah, tetapi merupakan individu yang kuat pegangan agama Islam agar tidak berlaku penyelewengan.

Ketika ditanya mengenai perbezaan pendapat apabila DAP menyokong perlantikan tersebut, Dr Hassan berkata ia adalah satu perkembangan yang positif dalam menunjukkan keseimbangan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

“Ketika ini ia terletak sepenuhnya kepada kebijaksanaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyelesaikan perkara ini dengan sebaiknya demi kebaikan semua pihak,” katanya.