drhalimahali

Archive for March, 2009|Monthly archive page

NAJMUDDIN CADANGKAN PENDIDIKAN BAHAWA RASUAH SATU DOSA

In ASLI, Institut Strategi dan Kepimpinan Asia, Transparency International Malaysia on March 31, 2009 at 6:43 pm

(Dwibahasa)
1.Tan Sri Dato’ Seri Megat Najmuddin salah seorang anggota Lembaga Disiplin Umno dalam satu kertas kerja di sidang Kemuncak Anti Rasuah “Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah” anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia mencadangkan lima langkah membanteras rasuah

(1) mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemberi dan penerima rasuah,

(11) gaji lebih baik untuk kakitangan awam,

(111) kurangkan birokrasi,

(1v) ketelusan dalam penajaan politik dan

(v) pendidikan yang memberi tumpuan kepada hakikat bahawa rasuah itu adalah satu dosa.

2. Megat Najmuddin berkata pemberian wang untuk belanja makan dan minyak bukan merupakan satu kesalahan kerana yang penting ialah niat di sebalik pemberian wang itu.

Isu Penting:(1) bagaimana mengenalpasti atau menentukan niat seseorang?

(2) Bagaimana dengan individu atau kumpulan yang tidak berpaksikan dosa atau

pahala dalam kehidupan serta mengamalkan politik ala Machiavelli “matlamat menghalalkan

cara”

Beberapa Pemimpin Tinggi Umno Disiasat : Megat Najmuddin

Beberapa pemegang jawatan tinggi Umno kini disiasat ekoran aduan berlaku amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lepas, kata Anggota Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

“Saya tak ariflah kes-kes yang mana disiasat sekarang tapi saya dengar memang ada kes yang sedang disiasat.

“Sampai hari ini boleh tahan jugalah (bilangannya). Berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada Sidang Kemuncak Anti Rasuah “Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah” anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia di sini, Selasa.

Beliau ditanya sama ada masih terdapat laporan politik wang yang disiasat oleh lembaga itu walaupun setelah perhimpunan agung Umno itu berakhir Sabtu lepas.

“Memang dalam perhimpunan agung, itulah masanya pun berkempen cara politik wang,” kata Megat Najmuddin sambil menjelaskan beliau bagaimanapun tidak terbabit secara langsung dalam siasatan berkenaan kerana sebagai anggota lembaga mereka tidak boleh menjadi penyiasat, pendakwa dan juri sekaligus.

Ditanya sama ada kes berkenaan membabitkan juga Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, beliau berkata sekiranya terdapat bukti sesiapapun akan dikenakan tindakan.

“Sesiapapun kita akan dakwa kalau ada bukti sahih yang teguh, tapi kalau bukti tak kuat, susah. Baik laporkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Lembaga Disiplin,” katanya.

Megat Najmuddin berkata pemberian wang untuk belanja makan dan minyak bukan merupakan satu kesalahan kerana yang penting ialah niat di sebalik pemberian wang itu.

“Kalau RM50 sekalipun tujuannya untuk membeli undi itu dikira rasuah politik dan politik wang. Jumlah tidak penting dan apa yang penting ialah niat,” katanya.

Beliau menyambut baik kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Lembaga Dispilin distruktur semula untuk diperkasakan.

“Elok sangatlah sebab kita pun tak ada jentera yang ramai untuk bekerja.

Negara kita agak besar, Umno juga besar dengan anggotanya lebih tiga juta orang, jadi kita perlu perkasakan,” katanya.

Sebelum itu, semasa membentangkan kertas kerjanya, Megat Najmuddin mencadangkan lima langkah membanteras rasuah iaitu mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemberi dan penerima rasuah, gaji lebih baik untuk kakitangan awam, kurangkan birokrasi, ketelusan dalam penajaan politik dan pendidikan yang memberi tumpuan kepada hakikat bahawa rasuah itu adalah satu dosa.

BERNAMA

————————————————————————————-
Several Umno leaders under probe: Megat Najmuddin

Several Umno leaders are being investigated for alleged involvement money politics in the run-up to the Umno General Assembly last week, a member of the party’s Disciplinary Board Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas aid today.

He said the probe was carried out by officers of the board’s investigation unit.

“I don’t have the detail but I am made to understand that there are indeed investigations being carried out on a number of cases, including on those holding top posts,” he said.

He was speaking to reporters after tabling a working paper at the “Anti Corruption Summit – Zero Tolerance for Corruption” organised by the Asian Strategy and Leadership Institute and Transparency International Malaysia here.

Megat Najmuddin said he was not directly involved in the investigation because board members cannot be the investigators, prosecutors and jurists at the same time.

He said action would be taken on anyone found to have breached party discipline.

“If we have proof we will call them to testify but we need strong evidence otherwise it will be difficult for us to act,” he said.

He also said that there was nothing wrong with treating a person to a meal or paying for someone’s fuel as long as there was no ulterior motives in doing so.

“The amount of bribe is not important. The measure of culpability lies in the intention. If you give RM50 to buy votes, it is political corruption or money politics,” he said.

Megat Najmuddin also welcome Umno vice-president Tan Sri Muhyiddin Yassin’s proposal to restructure the Umno Disciplinary Board to strengtnening it further.

BERNAMA

PAUTAN: POLITIK WANG JADI BAHAN KAJIAN

KE MANA HALATUJU AKTIVITI BERBLOG KITA

In BLOG, BLOGGER, BLOGSPOT, WEBLOG, WORDPRESS on March 31, 2009 at 1:17 am

Dalam melaksanakan tuntutan amar bil ma’ruf wan nahyu ‘anil munkar (menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar) , kita umat Islam dianjurkan untuk membuat tiga peringkat atau darjat tindakan.

Di peringkat paling lemah iman ialah sekadar membenci dalam hati apabila melihat maksiat dan munkar berleluasa di hadapan mata. Dalam sebuah hadith Ar rasul saw menyebut bahawa tiada iman walaupun sebesar biji sawi (? seberat atom) jika tidak sedikitpun timbul rasa benci dalam hati melihat kemunkaran.

Peringkat kedua apabila mengetahui atau melihat kemunkaran ialah dengan cuba merubah atau menghalangnya dengan lisan atau lidah jika seseorang itu mampu. Penggunaan lisan atau tulisan boleh jadi dalam bentuk kaset, ucapan, ceramah, nasihat, pidato, forum, dialog dan sebagainya. Penggunaan lisan dalam berdakwah mempunyai metodologi serta kaedah tertentu.

Peringkat ketiga dalam amar bil ma’aruf wan nahyu ‘anil munkar ialah dengan penggunaan tangan yakni kekuasaan atau menghalang secara fizikal. Penggunaan kekuasaan terletak di bawah bidang politik dan pemerintahan. Tanpa kuasa dan pemerintahan, maksiat, murtad (riddah) dan munkar akan berleluasa serta bermahrajalela.

Walaupun terdapat individu Muslim atau bukan Muslim yang berhujah bahawa tiada paksaan dalam agama namun perlu diingat bahawa Ayat Al Quran tersebut merujuk kepada larangan memaksa orang memeluk Islam. Walau bagaimanapun setelah seseorang itu mengaku Muslim dengan ikrar lafaz dua kalimah syahadah, ia tertakluk kepada semua tuntutan sebagai seorang Muslim, setelah mengambil kira kemampuannya serta rintangan dan halangan yang ia hadapi.

Tiada sesiapa yang memaksa seseorang itu menceburi dalam bidang ketenteraan (kecuali program khidmat negara atau national service yang diwajibkan oleh negara). Tetapi apabila ia telah mendaftar sebagai seorang rekrut tentera, ia mahu tidak mahu mesti akur serta taat segala perintah dan larangan kem komanden seperti bangun pagi pada waktu tertentu, kawad, mengenakan uniform tentera, memakai but yang telah digilap sehingga berkilat, berambut pendek dan sebagainya. Ia tidak boleh lagi berhujah bahawa tiada siapa yang boleh memaksanya mentaati peraturan tentera atau ia bebas melakukan apa sahaja yang ia mahu.

Dalam membincangkan tajuk amar ma’ruf nahi munkar, izinkan saya menyentuh sebuah blog yang telah dilaporkan dikendalikan oleh seorang warga Klang dari Taman Sri Andalas dan bertugas di Affin Bank Jln Meru. Saya telah lebih dua puluh lima tahun menetap di Klang dan pernah tinggal serta bertugas di Tmn Sri Andalas.

Jika laporan tentang diri sebenar blogger PERAK BANGKIT itu sahih, saya berpendapat sahabat kita serta dan teman-temannya yang lain (admin atau webmaster blogspot berkenaan), telah tidak berlaku adil kepada dirinya serta Islam itu sendiri. Kenapa saya katakan begitu?

Dalam postingnya yang terkini bertajuk seperti di atas,
dari mana beliau memperolehi angka 65 % sedangkan
dalam blog beliau satu POLL telah dibuat dan sudahpun ditutup dengan 2926 pengunjung blog telah membuat undian. PAS memperolehi 62% sedangkan Barisan Nasional hanya mendapat 16%.

Jika PAS mendapat 62% ini juga bermakna NIZAR mendapat 62% bukan 35% seperti yang tertera dalam
tajuk post PERAK BANGKIT.

Di mana letaknya keadilan serta objektiviti pengendali blog ini?

Kedua penggunaan gambar lucah seorang wanita untuk menulis “kill nizar” adalah satu perbuatan yang tidak “manis” sebagai seorang yang mengaku Muslim. Mungkin masih boleh diterima atau dimaafkan jika blog ini diurustadbir oleh seorang yang belum ISLAM kerana ia masih tercari-cari kebenaran dan sedang mempelajari tentang Islam.

Kita akan dipertanggungjawbkan segala tindak tanduk kita, tutur kata, tulisan dan setiap yang kita lakukan dalam privasi kita atau di khalayak ramai.

Eloklah pengendali blog PERAK BANGKIT berbincang dengan kaunselor atau ustaz untuk tindakan selanjutnya. Tiada daya dan kekuatan melainkan dari ALlah. Tiada taufik dan hidayah melainkan dari Allah jua. Salam sejahtera. Berblog berpada-pada jangan sampai dikata go-blog; sebab pulut santan binasa, sebab tetikus iman binasa.

PERINTIS, PENAJA DAN PENYEBAR MAKSIAT di sini

PAUTAN BERAS TERPILIH DI Sini

Eloklah pengendali blog PERAK BANGKIT berbincang dengan kaunselor atau ustaz untuk tindakan selanjutnya. Tiada daya dan kekuatan melainkan dari ALlah. Tiada taufik dan hidayah melainkan dari Allah jua. Salam sejahtera. Berblog berpada-pada pada jangan sampai dikata go-blog.

PAUTAN BERAS TERPILIH DI Sini

BERAPA BANYAK UNDI KENA DAPAT (UKD) UNTUK MENANG SETIAP PETI UNDI DAN SALURAN

In Barisan NASIONAL, pakatan rakyat, PRK P59, UDM, UPU on March 31, 2009 at 12:06 am

STATISTIK PENTING

38 Unit Daerah Mengundi

34,884 Pengundi Melayu (63.5%)

14,955 pengundi Cina (27.1%)

5,526 India (9.1%)

Statistik Lokaliti Pengundi Tionghua :

Kuala Sapetang (4000) , Simpang Lama dan Baru (1000) Simpang Halt, Kampung Port Weld, Sungai Sapetang Kechil, Pekan Port Weld, Jalan Mangala Kuala Sapetang,Kampung Temerloh, Pasir Hitam Trong, Sungai Tinggi Trong, Pengkalan Aor, Kawasan JKR dan Larut Tin Changkat Jering

Parlimen P59 PRU 2008 – Bukit Gantang, Perak

Roslan Shaharum (PAS) memperolehi 20,015 undi

Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) memperolehi 18,449 undi

Morgan (Bebas) memperolehi 872 undi

PAS menang dengan majoriti sejumlah 1,566 undi

Pemilih berdaftar seramai: 55,471

Jumlah yang keluar mengundi: 40,301

Kertas undi rosak sejumlah: 851

Kertas undi tidak dikembalikan: 114

Peratusan mengundi: 72.65%

P.59 PRU 2004 – Bukit Gantang, Perak

Tan Lian Hoe (BN) memperolehi 16,846 undi

Dr Lo’ Lo’ Mohamed Ghazali (PAS) memperolehi 10,144 undi

BN menang dengan majoriti sejumlah 6,702 undi

Pemilih berdaftar seramai: 53,880

Jumlah yang keluar mengundi: 27,645

Kertas undi rosak sejumlah: 655

Peratusan mengundi: 51.40%

Kempen Habis-habisan Untuk Tarik Pengundi Cina

Hanya beberapa minit selepas proses penamaan calon tamat semalam, parti politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mula memperhebatkan kempen masing-masing dalam usaha memenangi hati dan sokongan pengundi di kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Hujan atau panas, tidak menjadi masalah asalkan mesej dapat disampaikan, terutama apabila tumpuan ialah 14,955 pengundi Cina dan 5,526 India yang akan menjadi penentu kepada nasib calon yang bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu.

Kempen untuk majoriti 34,884 pengundi Melayu telah berjalan, tetapi usaha memenangi undi Cina dan India hanya bermula selepas penamaan calon semalam.

Daripada 38 kawasan peti undi di kawasan Parlimen itu, majoriti pengundinya ialah Melayu, kecuali di lima kawasan peti undi — Kuala Sapetang, Jalan Mengala, Simpang Baru, Pasir Hitam Trong dan Sungai Rotan.

“Majoriti pengundi Cina ialah di Kuala Sapetang. Terdapat kira-kira 4,000 pengundi Cina, diikuti Simpang dengan kira-kira 1,000 dan Pasir Hitam serta Sungai Rotan dengan kira-kira 500 pengundi,” kata pengerusi MCA Bahagian Bukit Gantang Datuk Ho Cheng Wang.

Oleh itu adalah tidak mengejutkan apabila selepas penamaan calon, pemimpin tinggi Barisan Nasional (BN) seperti Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat terus ke Kuala Sapetang untuk bertemu pengundi di sana.

“Pada 2004, 70 peratus orang Cina menyokong BN. Bagaimanapun pada pilihan raya umum lepas, sokongan itu turun kepada hanya 30 peratus. Itulah sebabnya kali ini, kami cuba untuk menyakinkan mereka supaya menyokong kami,” kata calon BN untuk Bukit Gantang Ismail Saffian.

Ismail, yang merupakan bekas pengarah pilihan raya BN di Bukit Gantang pada dua pilihan raya umum lepas, berkata jika sokongan untuk BN boleh ditingkatkan kepada kira-kira 40 hingga 45 peratus, BN akan mempunyai peluang untuk memenangi kerusi itu.

“Berdasarkan kiraan saya, jika sokongan pengundi Cina boleh ditingkatkan sebanyak 40 peratus, kami mempunyai peluang untuk menang,” katanya sambil menjelaskan bahawa pada pilihan raya umum lepas, PAS sebenarnya tidak menang undi Melayu.

Ismail berkata PAS hanya memperoleh 40 peratus undi Melayu pada pilihan raya umum 2004 dan 45 peratus pada 2008.

“Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham Roslan (Shaharum) menang kerana berjaya memperoleh 20 peratus undi bukan Melayu. Dengan 45 peratus ditambah 20 peratus undi Cina dan India, dia boleh menang dengan majoriti 1,500 undi,” katanya.

Pemerhati politik berkata majoriti pengundi Cina ialah dari Kuala Sapetang, Simpang Halt, kampung Port Weld, Sungai Sapetang Kechil, Pekan Port Weld dan Jalan Mangala di Kuala Sapetang.

Selebihnya ialah di Kampung Temerloh, Pasir Hitam Trong, Sungai Tinggi di Trong dan Pengkalan Aor, Simpang (Lama dan Baru), Kawasan JKR dan Larut Tin di Changkat Jering.

Menyedari usaha BN itu, pemimpin pembangkang terutama DAP dan PKR mempertingkatkan kempen mereka di Kuala Sapetang malam tadi dengan menganjurkan lebih banyak ceramah, yang dihadiri pemimpin-pemimpin pembangkang bagi menyampaikan mesej mereka.

Pakar strategi DAP dan anggota Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong berkata mereka tidak risau dengan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya kecil itu tetapi bimbang dengan kedudukan pengundi Melayu dan Cina, memandangkan kawasan Parlimen itu boleh dikatakan luar bandar.

“Walaupun kami mempunyai peluang yang lebih baik, kami sangat berhati-hati mengenainya.

“Hanya satu perkara yang baik iaitu penerimaan masyarakat Cina terhadap Mohammad Nizar adalah tinggi,” katanya.

Dan mulai hari ini, hampir setiap hari — terdapat ceramah mega dianjur kedua-dua parti politik itu, dalam usaha untuk menyampaikan hujah mengikut pandangan masing-masing kepada pengundi.

Alan Ting/BERNAMA

RASUAH POLITIK PATUT BAHAN KAJIAN A.S.L.I

In ASLI, Indeks Pembayar Rasuah, rasuah politik. politik wang, Transparency International on March 30, 2009 at 7:02 pm

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk menafikan gejala rasuah memandangkan semua kejayaan rancangan dan strategi pembangunan negara bergantung kepada tahap profesionalisme dalam sistem penyampaiannya.

2. Dompok berkata Indeks Pembayar Rasuah 2008 oleh Transparency International mendedahkan bahawa ahli perniagaan Malaysia percaya bahawa syarikat mereka terbabit dalam amalan rasuah dengan 42 peratus mengakui memberi suapan kepada pegawai tinggi kerajaan.

3. Tahap rasuah di kalangan pegawai awam peringkat bawahan di Malaysia adalah rendah iaitu 38 peratus lebih rendah berbanding kadar 45 peratus di rantau Asia Pasifik. Bagaimana dengan pegawai atasan ?

4. Laporan Bank Dunia mengenai kesan bahaya rasuah ke atas ekonomi menyebut anggaran “kebocoran wang” akibat rasuah adalah lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) global atau bersamaan RM2.6 trilion.

5. Bagaimana dengan statistik rasuah politik atau politik wang di kalangan Ahli Politik di negara kita terutama menjelang Pilihanraya umum atau kecil?

Kerajaan Tidak Nafi Wujud Gejala Rasuah, Kata Dompok

Malaysia tidak menafikan wujudnya masalah rasuah dalam pengertian yang sebenar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok.

Katanya jika ia berada dalam keadaan penafian, kerajaan mungkin tidak menubuhkan organisasi seperi Institut Integriti Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dompok berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk menafikan gejala rasuah memandangkan semua kejayaan rancangan dan strategi pembangunan negara bergantung kepada tahap profesionalisme dalam sistem penyampaiannya.

“Jika gejala rasuah merebak dalam sistem, maka sasaran pembangunan tidak dapat dicapai berikutan wang yang hilang menerusi amalan itu dapat digunakan untuk tujuan membina bagi melaksanakan senarai panjang projek infrastruktur yang dinantikan oleh rakyat khususnya penduduk kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah Malaysia, anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di sini hari ini.

Pada sidang media selepas ucapannya, Dompok berkata ketika kerajaan dan SPRM memberi tumpuan kepada masalah rasuah dalam urusan pentadbiran kerajaan dan juga sektor swasta, parti politik yang besar juga harus mengambil inisiatif bagi membanteras rasuah di organisasi masing-masing.

“Bagi parti politik berkenaan, mereka sendiri seharus memulakan usaha memerangi masalah ini. Sebaik sahaja parti besar mempunyai pendirian dalam hal ini, maka pihak lain akan turut menjejak langkah tersebut,” katanya.

Beliau merujuk kepada ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir Sabtu lepas yang menyatakan parti itu serius dalam membanteras rasuah.

“Saya berpendapat pandangan itu harus dipuji kerana sejak kebelakangan ini politik wang menjadi bahan berita panas dalam media kerana pemilihan UMNO. Apa yang penting ialah kepimpinan negara tidak menafikan masalah itu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dompok berkata SPRM perlu profesional dalam melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa mengeluarkan kenyataan atau membuat ulasan terhadap kes-kes tertentu.

“SPRM baru sahaja ditubuhkan dan berikan mereka peluang dan masa,” katanya.

Katanya ramai sinis memberi pandangan bahawa SPRM hanya merupakan “struktur lama dalam pakej baru” tetapi tanggapan ini adalah salah kerana SPRM mempunyai lebih banyak kuasa berbanding Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ini.

Menurutnya, Laporan Bank Dunia mengenai kesan bahaya rasuah ke atas ekonomi menyebut anggaran “kebocoran wang” akibat rasuah adalah lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) global atau bersamaan RM2.6 trilion.

“Oleh itu, laporan itu membuktikan bahawa amalan rasuah merupakan fenomena global dan tidak sesuatu yang pelik kepada Malaysia,” katanya.

Dompok berkata Indeks Pembayar Rasuah 2008 oleh Transparency International mendedahkan bahawa ahli perniagaan Malaysia percaya bahawa syarikat mereka terbabit dalam amalan rasuah dengan 42 peratus mengakui memberi suapan kepada pegawai tinggi kerajaan.

“Oleh itu penting bahawa usaha memerangi rasuah harus membabitkan sektor swasta. Jika sektor swasta terus membiarkan amalan ini, maka sukar dan mengambil masa untuk membanteras usaha ini,” katanya.

Dompok berkata beliau dimaklumkan bahawa tahap rasuah di kalangan pegawai awam peringkat bawahan di Malaysia adalah rendah iaitu 38 peratus lebih rendah berbanding kadar 45 peratus di rantau Asia Pasifik.

“Ketika angka ini lebih rendah di rantau ini, ia juga membimbangkan.

“Salah satu kesan negatif ialah kumpulan kakitangan bawahan dan golongan miskin tidak mampu membayar untuk mempercepatkan sesuatu urusan sehingga menyebabkan mereka tidak menerima perkhidmatan yang sepatutnya diterima sebagai warga negara ini,” katanya.

BERNAMA

RASUAH POLITIK PATUT BAHAN KAJIAN A.S.L.I

In ASLI, Indeks Pembayar Rasuah, rasuah politik. politik wang on March 30, 2009 at 7:02 pm

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk menafikan gejala rasuah memandangkan semua kejayaan rancangan dan strategi pembangunan negara bergantung kepada tahap profesionalisme dalam sistem penyampaiannya.

2. Dompok berkata Indeks Pembayar Rasuah 2008 oleh Transparency International mendedahkan bahawa ahli perniagaan Malaysia percaya bahawa syarikat mereka terbabit dalam amalan rasuah dengan 42 peratus mengakui memberi suapan kepada pegawai tinggi kerajaan.

3. Tahap rasuah di kalangan pegawai awam peringkat bawahan di Malaysia adalah rendah iaitu 38 peratus lebih rendah berbanding kadar 45 peratus di rantau Asia Pasifik.

4. Laporan Bank Dunia mengenai kesan bahaya rasuah ke atas ekonomi menyebut anggaran “kebocoran wang” akibat rasuah adalah lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) global atau bersamaan RM2.6 trilion.

5. Bagaimana dengan statistik rasuah politik atau politik wang di kalangan Ahli Politik di negara kita terutama menjelang Pilihanraya umum atau kecil?

Kerajaan Tidak Nafi Wujud Gejala Rasuah, Kata Dompok

Malaysia tidak menafikan wujudnya masalah rasuah dalam pengertian yang sebenar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok.

Katanya jika ia berada dalam keadaan penafian, kerajaan mungkin tidak menubuhkan organisasi seperi Institut Integriti Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dompok berkata kerajaan tidak mempunyai alasan untuk menafikan gejala rasuah memandangkan semua kejayaan rancangan dan strategi pembangunan negara bergantung kepada tahap profesionalisme dalam sistem penyampaiannya.

“Jika gejala rasuah merebak dalam sistem, maka sasaran pembangunan tidak dapat dicapai berikutan wang yang hilang menerusi amalan itu dapat digunakan untuk tujuan membina bagi melaksanakan senarai panjang projek infrastruktur yang dinantikan oleh rakyat khususnya penduduk kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah Malaysia, anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di sini hari ini.

Pada sidang media selepas ucapannya, Dompok berkata ketika kerajaan dan SPRM memberi tumpuan kepada masalah rasuah dalam urusan pentadbiran kerajaan dan juga sektor swasta, parti politik yang besar juga harus mengambil inisiatif bagi membanteras rasuah di organisasi masing-masing.

“Bagi parti politik berkenaan, mereka sendiri seharus memulakan usaha memerangi masalah ini. Sebaik sahaja parti besar mempunyai pendirian dalam hal ini, maka pihak lain akan turut menjejak langkah tersebut,” katanya.

Beliau merujuk kepada ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir Sabtu lepas yang menyatakan parti itu serius dalam membanteras rasuah.

“Saya berpendapat pandangan itu harus dipuji kerana sejak kebelakangan ini politik wang menjadi bahan berita panas dalam media kerana pemilihan UMNO. Apa yang penting ialah kepimpinan negara tidak menafikan masalah itu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dompok berkata SPRM perlu profesional dalam melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa mengeluarkan kenyataan atau membuat ulasan terhadap kes-kes tertentu.

“SPRM baru sahaja ditubuhkan dan berikan mereka peluang dan masa,” katanya.

Katanya ramai sinis memberi pandangan bahawa SPRM hanya merupakan “struktur lama dalam pakej baru” tetapi tanggapan ini adalah salah kerana SPRM mempunyai lebih banyak kuasa berbanding Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum ini.

Menurutnya, Laporan Bank Dunia mengenai kesan bahaya rasuah ke atas ekonomi menyebut anggaran “kebocoran wang” akibat rasuah adalah lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) global atau bersamaan RM2.6 trilion.

“Oleh itu, laporan itu membuktikan bahawa amalan rasuah merupakan fenomena global dan tidak sesuatu yang pelik kepada Malaysia,” katanya.

Dompok berkata Indeks Pembayar Rasuah 2008 oleh Transparency International mendedahkan bahawa ahli perniagaan Malaysia percaya bahawa syarikat mereka terbabit dalam amalan rasuah dengan 42 peratus mengakui memberi suapan kepada pegawai tinggi kerajaan.

“Oleh itu penting bahawa usaha memerangi rasuah harus membabitkan sektor swasta. Jika sektor swasta terus membiarkan amalan ini, maka sukar dan mengambil masa untuk membanteras usaha ini,” katanya.

Dompok berkata beliau dimaklumkan bahawa tahap rasuah di kalangan pegawai awam peringkat bawahan di Malaysia adalah rendah iaitu 38 peratus lebih rendah berbanding kadar 45 peratus di rantau Asia Pasifik.

“Ketika angka ini lebih rendah di rantau ini, ia juga membimbangkan.

“Salah satu kesan negatif ialah kumpulan kakitangan bawahan dan golongan miskin tidak mampu membayar untuk mempercepatkan sesuatu urusan sehingga menyebabkan mereka tidak menerima perkhidmatan yang sepatutnya diterima sebagai warga negara ini,” katanya.

BERNAMA

PILIHANRAYA KECIL TANPA LIDAH RESMI DAN ORGAN PARTI

In Dato Zambry, Ir Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, PRK P059 on March 30, 2009 at 2:32 pm

Setelah dinafikan hak kebebasan bersuara dan menggantung permit KDN akhbar Harakah dan Suara Keadilan, Pakatan Rakyat menghadapi PRK 3 kawasan serentak dengan memerlukan inisiatif, innovasi, kreativiti dan “resourcefulness” bagi membolehkan mesej Pakatan Rakyat sampai kepada pengundi serta mampu menangkis tuduhan, tohmahan dan dakyah pihak lawan.

PRK Bukit Gantang: Media konvensional BN lwn media baru Pakatan

KEMPEN pilihan raya kecil di dua bukit di Semenanjung dan Dun Batang Ai (Air), Sarawak sedang berlangsung.

Bermula dengan hari penamaan calon 29 Mac lalu, kempen-kempen 20 calon yang bertanding – tiga di Parlimen Bukit Gantang, lima belas di Dun Bukit Selambau dan dua di Dun Batang Ai akan berlangsung hingga menjelang tengah malam 7 April akan datang.

Pastinya antara yang mencuri perhatian para pemerhati dan pengkaji politik adalah kaedah berkempen parti-parti atau calon-calon yang bertanding.

Salah satu kaedah kempen politik BN adalah melalui media-media arus perdana yang dikuasainya. Tatkala kerajaan BN bertindak menggantung permit akhbar rasmi PAS dan KeADILan selama tiga bulan (sehingga 22 Jun 2009), BN terus menggunakan media massa arus perdana untuk mewar-warkan kempennya di tiga kawasan pilihan raya kecil itu.

Sejauh mana keberkesanan kempen BN melalui media massa ini menjadi sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Ini kerana ‘media konvensional’ yang digunakan BN sudah kian hilang kredibiliti dan kepercayaan umum, berbanding ‘media baru’ yang digunakan Pakatan Rakyat.

Komen-komen para perwakilan Umno dalam mesyuarat agung parti itu 24 higga 28 Mac lalu tentang kegagalan BN dalam menyampaikan ‘mesej dan maklumat yang benar’ kepada rakyat pada kempen PRU13 tahun lalu secara tidak langsung lebih merujuk kepada kegagalan fungsi media arus perdana untuk bertindak sebagai ‘jurucakap BN dan Umno’.

Sebenarnya kegagalan BN dalam menguruskan penyaluran maklumatnya kepada rakyat bukan sangat berpunca daripada kegagalan fungsi media arus perdana. Media arus perdana terus kekal berfungsi sebagai saluran kempen BN paling efektif kerana akhbar, TV dan radio masuk ke dalam hampir semua rumah kediaman rakyat. Apa yang tiada pada media massa utama ini adalah kebenaran dan keadilan.

Tanpa dua aspek penting itu (kebenaran dan keadilan), kehebatan liputan dan kecanggihan teknologi tidak dapat menawan hati dan pemikiran rakyat. Apatah lagi ketika berhadapan media baru yang lebih dekat dengan hati rakyat khususnya golongan muda.

Perlu disedari bahawa strategi berbohong dan memanipulasi fakta dan kejadian hanya berkesan dilakukan arus media perdana di saat ketiadaan media baru seperti internet (khususnya blog) dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Media baru juga semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. Penghantaran SMS kini diperluaskan kepada penghantaran audio dan visual melalui telefon bimbit yang lebih efisien berbanding siaran TV dan radio.

Untuk memahami senario ini, diperturunkan dua contoh penulisan yang disiarkan oleh media konvensional dan media baru bagi penilaian pembaca. Dua penulisan ini merujuk kepada insiden yang berlaku di Masjid Simpang dalam kawasan PRK Parlimen Bukit Gantang, 29 Mac lalu.

Berita di bawah dipetik daripada mStar online yang dimiliki MCA. Insiden ini juga dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia milik Umno bertarikh 30 Mac 2009:

Nizar ‘rampas’ acara BN di masjid Bukit Gantang

Oleh G. MANIMARAN

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ‘bertembung’ dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi – mencetuskan sedikit kekecohan.

Semalam (29 Mac) merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.

Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS, menjadi bahan kempen dalam beberapa ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang.

“Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).

“Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau,” kata beliau ketika dihubungi.

Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.

Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.

Demikian berita yang dinukilkan oleh media massa pro-BN.

Cuba kita lihat pula tulisan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga calon PAS bagi PRK Parlimen Bukit Gantang dalam blog popular beliau, Kamparinn.blogspot.com :

Saya telah mengimamkan Solat Maghrib

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turun mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derhaka!

Hari penamaan calon PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru-hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pemimpin PAS lain memasuki pintu pagar Dewan Perbandaran Taiping jam 8.45 pagi (29 Mac).

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Haji Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju.

Sewaktu masuk ke masjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden Umno; Dato’ Zambry Kader; calon (BN) Ismail Saffian dan ramai lagi pemimpin Umno Pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan Umno berada di saf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat “wa’tasimu bihablillahi jamii’an, walaa tafarraqu…” dan rakaat kedua surah al-Kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma’mum termasuk pemimpin tinggi Umno.

Umno menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam import, Haji Jama’iy namanya. Habis solat, imam Haji Hashim bangun dan berucap di hadapan dengan menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi tafsir ayat al-Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan Umno setempat telah memprotes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus diadakan majlis bacaan Yaasin. Berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca Yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya, kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi.

Katanya lagi dengan nada kuat dan marah: “Jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir”. Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain.

Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan ‘ajaib’ tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid.

Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

SUMBER http://kamparinn.blogspot.com/2009/03/saya-telah-mengimamkan-solat-maghrib.html

Merujuk kepada berita yang disiarkan media BN, pastinya kita dapat melihat bagaimana insiden tersebut diputarbelitkan BN bagi kepentingan politik mereka. Jelas watak imam masjid yang bertanggung jawab menjemput Nizar untuk mengimamkan solat dan menyampaikan tazkirah tidak dilaporkan.

Malah sikap kasar Zambry (yang disifatkan Adun Sungkai, N Sivanesan sebagai ‘kekanda saya’) tidak pula dilaporkan media pro-BN.

Tuduhan bahawa Nizar menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik juga meleset kerana BNlah sebenarnya yang bertindak sedemikian kerana mengadakan majlis membaca Yaasin sempena kempen PR di masjid.

Apapun terpulanglah kepada pembaca untuk menilai kebenaran dua sumber penulisan di atas. Tetapi apa yang ingin ditegaskan sekali lagi, strategi berbohong dan memutarbelitkan fakta oleh media arus perdana dikuasai BN tidak lagi berkesan di era kewujudan dan percambahan media baru seperti blog.

Apa yang lebih utama dalam kempen-kempen politik adalah kebenaran, ketelusan, intergriti dan kredibiliti sumber maklumat. Tanpa ciri-ciri itu usaha mempengaruhi atau meyakinkan rakyat umpama mencurah air di daun keladi.

Cuma satu yang ingin diulas… Zambry ketika memarahi Nizar mendakwa kononnya beliau juga mampu mengimamkan solat dan menyampaikan tafsir.

Soalnya, dengan kecenderungan beliau untuk berbohong dan bercakap kasar, adakah manusia yang sudi berimamkan beliau?

tajdidAhmad Tajdid/HARAKAHDAILY

PILIHANRAYA KECIL TANPA LIDAH RESMI DAN ORGAN PARTI

In Dato Zambry, Ir Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin, PRK P059 on March 30, 2009 at 2:32 pm

Setelah dinafikan hak kebebasan bersuara dan menggantung permit KDN akhbar Harakah dan Suara Keadilan, Pakatan Rakyat menghadapi PRK 3 kawasan serentak dengan memerlukan inisiatif, innovasi dan “resourcefulness” bagi membolehkan mesej Pakatan Rakyat sampai kepada pengundi serta mampu menangkis tuduhan, tohmahan dan dakyah pihak lawan.

BEBERAPA KELAINAN DI HARI PENAMAAN CALON PRK P059

In PDRM, PRK059, SPR on March 30, 2009 at 4:13 am
Terdapat beberapa kelainan dari segi teknik pihak Polis mengendalikan Hari Penamaan Calon di Taiping bagi PRK Bukit Gantang pada 29 Mac 2009. Saya sempat berbual dengan beberapa Pegawai Polis dan mereka sebenarnya telah didatangkan dari seluruh Malaysia. Setelah insiden di PRK Ijok Selangor, PDRM telah mengubahsuai beberapa kaedah “crowd control” pengawalan perhimpunan.
Khemah khas disediakan untuk operasi dan tempat tinggal sepanjang tempoh berkampung di Taiping.

Lebih ramai petugas wanita Polis FRU dan awam digerakkan.

Untuk mengelak dari para penyokong bertembung dan beraksi ganas, PDRM telah menggunakan” barbed wire” atau dawai berduri untuk memisahkan kedua belah pihak dari “bodily contact”. Biasanya “human shield” digunakan.

FORMER LUBOK ANTU MP PKR CANDIDATE FOR PRK N29

In Batang Ai, Batang Air, PRK N29 on March 30, 2009 at 3:44 am

There’re 8,600 registered voters, comprising 95% Ibans in the 1,341 sq km constituency where 24 polling centres will be opened.

About 40% of the 22,270 Batang Ai residents from 238 longhouses and 15 houses rely on boats as the mode of transport.

10 police boats, three helicopters and two light aircraft will also be deployed. Election Commission (EC) expected to spend RM400,000 to run the by-election.

The PKR candidate, Jawah Gerang, was accompanied by 3,000 supporters led by Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim to nomination centre in the Lubok Antu Sports complex.

Straight fight in Batang Ai

Jawah Gerang (top)

Malcom Mussem Lamoh

LUBOK ANTU (March 29, 2009) : The Batang Ai state by-election on April 7 is a straight fight between Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat-PKR.

BN newcomer Malcom Mussem Lamoh, 49, will face PKR’s Jawah Gerang, 55, a five-term former Lubok Antu MP.

Returning officer Nelson Mujah Girie confirmed the candidates at the nomination centre in the Lubok Antu Sports complex here after the objection period ended at 11am today.

Jawah was the first to submit his nomination papers when the centre opened at 9am. Jawah, accompanied by his seconder Lepang Gerang and proposer Unggeh Babang, filed his papers at 9.03am.

Mussem filed his papers at 9.15am accompanied by his proposer, Jampi Tutong and seconder, Gerang Juben.

Sarawak BN chairman Tan Sri Abdul Taib Mahmud led the coalition’s march to the nomination centre together with BN director of operations Datuk Seri Dr James Masing with more than 5,000 supporters.

The BN showed solidarity with the presence of newly elected Umno vice-president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek, Parti Bersatu Sabah (PBS) president Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan and former Sabah chief minister Datuk Seri Salleh Said Keruak.

The PKR candidate was accompanied by 3,000 supporters led by Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

The weather was fine and police helicopters were seen hovering over the area.

Party supporters started converging in the area near the nomination centre as early as 6am.

The 38km road leading to this rural border bazaar from the junction of the Sri Aman-Miri trunk road was jammed with vehicles ferrying party supporters, election workers and dignitaries while police personnel controlled traffic and public order.

About 850 policemen were mobilised from yesterday as part of security measures for the by-election.

Due to the remoteness of Batang Ai, 10 police boats, three helicopters and two light aircraft will also be deployed, with the Election Commission (EC) expected to spend RM400,000 to run the by-election.

About 40% of the 22,270 Batang Ai residents from 238 longhouses and 15 houses rely on boats as the mode of transport.

There are 8,600 registered voters, comprising 95% Ibans in the 1,341 sq km constituency where 24 polling centres will be opened.

The seat fell vacant following the death of four-term BN incumbent Datuk Dublin Unting Ingkot, who was Sarawak agriculture and sports assistant minister and Parti Rakyat Sarawak (PRS) vice-president on Feb 24.

Batang Ai is one of two state constituencies under the Lubok Antu parliamentary seat. The other is Engkilili.

Bernama/sun2surf