drhalimahali

Archive for May, 2009|Monthly archive page

BUKAN KELAB PENYOKONG MELAYU

In 1 on May 31, 2009 at 8:21 am

Kelab Penyokong PAS akan diserap sebagai Dewan


PAS sedia menerima Kelab Penyokong PAS sebagai sayap parti memandangkan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pelbagai kaum terutama Cina dan India.

Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sepatutya kelab Penyokong PAS itu sudah lama dijadikan sayap parti.

“Saya kata terlewat, patut lama jadi Dewan. Umno selalu ganggu akhir sekali atas kesedaran rakyat Umno telah digulingkan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional 2009, di Dewan Majlis Daerah Klang.

Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat itu dihadiri lebih 600 anggota Kelab Penyokong PAS.Turut hadir pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum Cina, Vincent Lee dan pengerusi Kelab Penyokong PAS Nasional bagi kaum India, N.Balasubramaniam.

Beliau bersyukur kerana diberi peluang merasmikan Konvensyen itu menambah, Kelab Penyokong PAS bukan kelab Penyokong Melayu.

Katanya, PAS telah wujud pada tahun 1951 dan rakyat Malaysia melihat bagaimana PAS mengendalikan negeri Kelantan tanpa mengira bangsa dan agama.

Misalnya tambah beliau, kerajaan Kelantan tanpa mengira bangsa dan agama telah memberi bantuan kepada pelajar cemerlang sebanyak RM500 tanpa mengira bangsa dan agama.

“Melayu, Cina, India, Siam, Umno semua diberi kerana Islam mengajar kita supaya baik kepada semua manusia,” jelasnya.

Beliau berkata, oleh kerana manusia dijadikan Allah maka sebagai orang Islam perlu mengendalikan manusia tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

Hasil daripada pentadbiran kerajaan Kelantan yang adil terhadap semua bangsa maka mereka terbuka pintu hati untuk menyokong Islam, tegasnya.

Dalam sidang media yang sama, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjelaskan satu jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan bagi melihat aspek yang memungkinkan kelab itu diserap sebagai sayap parti dalam tempoh setahun.

Beliau berkata, memandangkan ia melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan parti satu muktamar khas akan diadakan manakala Majlis Syura secara asasnya tiada masalah.

Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar telah diamanahkan menjadi Pengerusi Kelab Penyokong selama lima tahun dan telah berjaya mengumpulkan ahli Kelab seramai 20,000 orang.

Saidah Hairan/harakahdaily

PENGUNDI DUN PENANTI TOLONG TUNAIKAN TANGUNGJAWAB ANDA

In 1 on May 30, 2009 at 3:19 am

Pengundi di Penanti diminta keluar mengundi beramai-ramai

Memandangkan hanya calon bebas yang lawan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam Pilihan Raya Kecil Penanti ini, ada kemungkinan segelintir pengundi rasa tidak perlu keluar mengundi. Kami ingin mengingatkan para pengundi Penanti bahawa pilihan raya kecil ini adalah amat penting dan bermakna.

Kami berharap semua pengundi Penanti akan keluar untuk mengundi calon KeADILan pada hari pengundian untuk menghantar isyarat yang jelas, bahawa rakyat mahu satu kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh di negeri Pulau Pinang untuk meneruskan agenda perubahan yang dicerminkan oleh pencapaian-pencapaian kerajaan negeri sejak bulan Mac 2008.

Kami juga berharap pihak Barisan Nasional, walaupun tidak bertanding, tidak akan cuba mensabotaj usaha kempen Parti kami sama ada dengan menggunakan pihak polis, media arus perdana mahupun cara-cara lain seperti memberi pelancongan percuma di luar kawasan Penanti pada hari pengundian.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Pengarah Pilihanraya Pusat
Parti Keadilan Rakyat

KUIS MARA KE HADAPAN

In 1 on May 29, 2009 at 10:40 am

KUIS Tandatangani MoU Bagi Program PhD Dan Membuka Pusat Kecemerlangan

Oleh Mohd Azhar Ibrahim dan Nabilah Saleh

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) baru-baru ini menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Markfield Institute of Higher Education (MIHE) di United Kingdom, yang akan membolehkan anggota fakulti KUIS meneruskan pengajian di peringkat ijazah doktor kehormat tanpa perlu mengambil cuti panjang daripada tugas akademik mereka.

Di bawah MoU itu, yang ditandatangani oleh Rektor dan CEO KUIS Datuk Mohd Adanan Isman dan Rektor MIHE, Profesor Dr Manazir Ahsan, para pensyarah KUIS yang mahu meneruskan penyelidikan mereka bagi ijazah doktor kehormat hanya perlu mengikuti enam bulan terakhir program PhD di kampus MIHE di Markfield, Leicestershire, England.

“Program penyelidikan ijazah doktor kehormat ini yang terbahagi kepada dua, dan akan bermula pada September, membolehkan kakitangan fakulti, akses kepada penyeliaan akademik dan kemudahan di MIHE dalam pelbagai subjek, terutama bidang pengajian Islam,” kata Mohd Adanan.

Dalam ucapan beliau, pengarah KUIS Profesor Dr Sidek Baba menarik perhatian bahawa Islam menggalakkan perbincangan akademik antara pelbagai tamadun dan budaya.

“Pengajian Islam tidak boleh dilaksanakan dengan memencilkannya daripada masyarakat yang lebih besar,” kata Dr Sidek.

Menurut Dr Sidek, kemajuan sering kali terhasil daripada idea-idea berlainan daripada yang lazim diterima. Kemunculan idea-idea baru dan yang membawa kemajuan bermakna kita perlu meninggalkan zon selesa kita dan meneroka apa yang tidak diketahui.

“Adalah sangat penting bagi institusi-institusi Islam untuk menjalin kerjasama dengan Barat. Selaras dengan itu, MoU harus dilihat sebagai permulaan visi dan wawasan kolej ini ke arah membangunkan kerjasama dengan Barat,” kata Dr Sidek.

MENGHUBUNGKAN UMAT ISLAM DENGAN YANG LAIN

Dr Manazir berpendapat bahawa institusi pengajian tinggi Islam mempunyai tanggungjawab untuk dipenuhi, dalam cara mereka tersendiri, iaitu bagi keperluan masyarakat yang lebih besar di mana mereka berada.

“Jika anda benar-benar mahu menyaksikan perubahan, anda perlu mendekatkan diri dengan mereka yang berlainan dari anda,” kata Dr Manazir kepada Bernama selepas majlis menandatangani perjanjian itu.

Markfield Institute of Higher Education, yang memiliki satu-satunya perpustakaan Islam di Eropah, dikendalikan oleh Yayasan Islam UK yang berfungsi sebagai sebuah pusat utama yang menggalakkan dialog antara agama antara warga Islam Britain dan rakyat bukan Islam.

MIHE berpotensi untuk muncul sebagai antara pusat terkemuka di Eropah bagi pengajian ijazah lanjutan mengenai Islam dan dunia Islam.

Dengan bekerjasama dengan University of Loughborough dan University of Portsmouth di United Kingdom, ini merupakan institut akademi Islam pertama yang mahu membina hubungan antara umat Islam dengan yang lain dengan menggalakkan persefahaman lebih baik mengenai Islam di Barat menerusi dialog-dialog proaktif antara agama dan budaya berlainan.

“Selepas insiden 11 Sept (2001), wujud persepsi negatif terhadap komuniti Islam di Barat. Kita perlu memastikan perspektif yang betul dengan melibatlan diri dalam dialog-dialog proaktif supaya mereka di Barat faham yang budaya kita bukanlah budaya konflik dan keganasan,” kata Dr. Manazir.

“Krisis kewangan global semasa membawa peluang terbaik bagi umat Islam menunjukkan bagaimana sistem kewangan dan perbankan seperti yang diamalkan Islam adalah lebih adil dan saksama kepada masyarakat. Tetapi kita perlu melakukan ini dengan menggunakan istilah-istilah moden yang setara dengan istilah Arab, yang Barat mungkin mendapati mengelirukan,” kata Dr Manazir.

“Sudahpun, mula wujud kesedaran dalam kalangan pihak tertentu di Barat bahawa, penyelesaian kepada krisis kewangan semasa yang dihadapi dunia ialah berdasarkan konsep perkongsian keuntungan dan risiko yang termasuk di dalam perbankan dan kewangan Islam,” jelas beliau.

STATUS UNIVERSITI PENUH

KUIS, yang ditubuhkan sebagai sebuah kolej swasta pada 1995, merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Di kampus seluas 42.1-ha di Bandar Seri Putra dekat sini, lebih kurang 5,000 penuntut termasuk 180 penuntut antarabangsa dari negara-negara Asean dan juga dari Afrika dan China, sedang mengikuti 42 disiplin akademik daripada pengajian peringkat asas hinggalah program ijazah sarjana.

Dalam meneruskan dengan wawasannya untuk muncul sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi yang disegani di peringkat antarabangsa, KUIS juga mengadakan program bersama dengan universiti di Ireland, London, United Kingdom, Mesir dan Australia.

Menurut Mohd Adanan, KUIS sedang menuju ke arah menjadi sebuah universiti penuh pada akhir 2010.

KUIS LANCAR PUSAT KECEMERLANGAN

Sementara itu, KUIS hari ini melancarkan Pusat Kecemerlangannya (CoE).

Pengarah CoE KUIS Shaya’a Othman ketika ditemui Bernama berkata fungsi CoE ialah sebagai pemangkin pusat kecemerlangan ilmu KUIS dalam aspek pembangunan organisasi dan insani.

Shaya’a menjelaskan bahawa antara program yang bakal dilaksanakan CoE ialah memberi khidmat pakar runding dan latihan kepada organisasi luar – tempatan dan luar negara.

Ini sejajar dengan kelebihan KUIS yang menyediakan pelbagai kursus pengajian dalam bidang seperti perniagaan, teknologi maklumat, perundangan, kewangan, komunikasi dan pengajian Islam.

Disebabkan itu KUIS memperkenal agenda KUIS BEST – pelajar terbaik, pensyarah terbaik, kemudahan terbaik dan petugas terbaik.

“Sehubungan itu, CoE akan berusaha mempersiap KUIS ke arah itu dan agenda KUIS BEST merupakan antara sasaran awal yang akan dilaksanakan,” katanya.

Bagi memastikan CoE ini efektif, sebelum penubuhannya unit kajian PPP mengadakan lawatan ke negara-negara seperti Indonesia, Kazakhstan dan Turki untuk mempromosi KUIS.

Katanya antara universiti yang bersetuju menandatangani MoU dengan KUIS ialah Universitas Gadjah Madha, Universitas Andalas, Universitas Sharif Hiyatullah dan Universitas Yafsir.

CoE yakin dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam menambah baik kualiti pendidikan di KUIS dengan adanya objektif yang jelas untuk mengubah dan membangun organisasi muslim dalam aspek sistem pengurusan, penyelidikan dan pembangunan.

“Pada masa akan datang, saya berharap KUIS tidak lagi hanya melahirkan graduan yang memenuhi pasaran pekerjaan tetapi sebaliknya melahirkan graduan yang mampu mencipta peluang pekerjaan dan perniagaan,” kata Shaya’a penuh optimis.

BERNAMA

KDNK MENGUNCUP 6.2%

In 1 on May 29, 2009 at 9:40 am

Keadaan ekonomi negara kini berada ditahap kritikal dengan pengumuman Bank Negara bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menguncup sebanyak 6.2 peratus pada suku tahun pertama tahun 2009.

Kita boleh tuding jari kat sana sini, tetapi akhirnya siapa yang harus dipersalahkan? Ini penting AGAR perkara yang sama tidak berulang dilakukan oleh pihak atau individu yang sama. Biasanya “penjenayah atau crook” akan berasa hebat dan bangga jika kerja buruk mereka terlepas dari hukuman.

KDNK menguncup: Mahfuz tempelak Najib

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar menempelak Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan 1 negara kerana berbohong kepada rakyat.

Najib, tegas Mahfuz, telah berbohong kepada rakyat bila sebelum ini membuat kenyataan negara tidak akan terkena tempias krisis ekonomi yang sedang melanda dunia.

Dalam satu sidang media yang diadakan di pejabat PAS kawasan Pokok Sena beliau mencadangkan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Nazri Aziz mengusulkan kepada parlimen yang akan bersidang pada 15 Jun nanti supaya menghukum Najib dengan memotong gaji Perdana Menteri itu sebanyak RM10.00.

“Parlimen perlu menghukum Najib yang telah berbohong kepada rakyat mengenai keadaan ekonomi negara.

“Dato’ Nazri yang menjaga hal ehwal parlimen perlu membawa usul tersebut bila Dewan Rakyat mula bersidang pada 15 Jun nanti,” tegas Mahfuz.

Keadaan ekonomi negara kini berada ditahap kritikal bila Bank Negara mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menguncup sebanyak 6.2 peratus pada suku tahun pertama tahun ini.

Malah, tegas Mahfuz, Perdana Menteri telah mengakui KDNK negara akan mengalami pengucupan sebanyak 4 hingga 5 peratus sepanjang tahun ini.

Sebelum ini Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), menjangkakan ekonomi negara akan mengalami kemelesetan teknikal.

Keadaan ini jelas beliau membuktikan slogan Satu Malaysia Najib gagal kerana pencapaian negara telah meleset.

Mahfuz juga mendesak supaya kerajaan menyediakan satu kertas putih untuk dibahaskan di Parlimen mengenai keadaan ekonomi negara kerana apa yang dijelas oleh Najib hari ini tidak dibahaskan secara khusus.

Mengulas kenyataan Najib yang mengatakan KDNK negara akan mengalami peningkatan pada suku terakhir tahun ini, Mahfuz menegaskan perkara tersebut mustahil akan berlaku.

“Bagaimana ia akan pulih jika suka pertama dan kedua sudah mengalami pengucupan yang teruk?” soal Mahfuz.

Mahfuz juga bersetuju jika ada cadangan supaya menteri kewangan ditukar.

Beliau menegaskan perlunya seorang menteri kewangan yang bersifat terbuka dan bersedia menerima pandangan pihak lain.

Justeru, beliau mencadangkan kerajaan agar tidak mengharapkan ekonomi dunia pulih sebaliknya perlu berusaha sendiri bagi mengatasi masalah ini.

mns/Irwan Muhammad Zain/harakahdaily

HEBAHAN MENGENAI MUKTAMAR PAS KE 55

In 1 on May 27, 2009 at 9:58 pm

Beberapa hebahan untuk makluman dari SU Agung PAS.

Wakil Hamas antara kenamaan di Muktamar PAS

Wakil kerajaan Hamas, pemimpin-pemimpin Pakatan rakyat serta beberapa orang bekas pimpinan Umno merupakan antara tetamu kenamaan yang akan hadir pada Muktamar PAS yang ke-55 nanti.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaafar yang mengesahkan perkara tersebut menyatakan PAS berbesar hati di atas kesudian pihak tersebut untuk hadir mengikuti perasmian serta mendengar ucapan dasar Presiden.

Sementara itu katanya, pihaknya telah menerima cadangan usul-usul untuk dipertimbangkan bagi permbentangan sewaktu perbahasan nanti.

“Dijangka seribu orang perwakilan akan menyertai Muktamar nanti.Perbahasan dijangka hangat kerana Pilihan Raya Kecil Dun Penanti akan diadakan sewaktu Muktamar berlangsung. Begitu juga dengan Pilihan Raya Kecil Dun Manik Urai yang akan berlaku bila-bila masa. Kita menjangkakan perwakilan akan memberi perhatian terhadap tugas-tugas jentera pilihan raya PAS bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya tersebut.

“Selain itu, pergolakan yang berlaku dalam Barisan Nasional termasuk perpecahan dalaman PPP serta Gerakan merupakan satu kesempatan untuk kita bincangkan dalam Muktamar nanti,”katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily lewat semalam.

Sepanjang Muktamar tersebut katanya, negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak ketinggalan mengadakan pameran berkaitan pencapaian serta pentadbiran masing-masing.

Mengenai penempatan para perwakilan, beliau menjelaskan ia akan diuruskan oleh pemimpin kerajaan negeri Selangor. Manakala bagi negeri-negeri yang memerlukan bantuan seperti penginapan, ia akan diuruskan oleh PAS Selangor.

mks/Nyza Ayob/HARAKAHDAILY

SENARAI MUKTAMAD CALON

In 1 on May 27, 2009 at 9:18 pm

Senarai muktamad ahli yang menerima pencalonan untuk jawatan-jawatan dalam parti sebelum pemilihan pada 4 Jun nanti, Insya ALlah.

Terkini: Mustafa Ali umum senarai akhir calon bertanding

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS kali ke-55, Dato’ Mustafa Ali telah mengumumkan senarai akhir calon yang akan bertanding bagi jawatan dalam PAS diperingkat Pusat dan Dewan-dewan.

Pengumuman itu dibuat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut oleh Mustafa pada 26 Mei.Turut serta ialah ahli jawatankuasa pemilih, Mohammad Diah dan Khairul Anwar Mat Zuki.

Mustafa menyifatkan pertandingan kali ini akan hebat di peringkat AJK PAS Pusat yang mana seramai 54 orang calon akan bertanding bagi mengisi 18 kekosongan.

Beliau berkata, pertandingan AJK PAS Pusat dilihat ‘fight’ berikutan nama-nama yang menawarkan diri sangat popular dan juga mereka yang memegang jawatan itu sebelum ini.

Di peringkat dewan pemilihan akan berjalan ketika dewan-dewan bermuktamar, dan di peringkat pusat juga semasa muktamar yang akan bermula 4 Jun 2009.

Keputusan katanya bakal diumumkan secepat mungkin.

Berikut adalah senarai penuh nama-cama calon di peringkat pusat dan dewan-dewan:

Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2009/2011

PENGERUSI TETAP

1. Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Hussin Bin Haji Ismail, Haji
2. Ishak Bin Surin, Haji
3. Tengku Puji Bin Tengku Abd Hamid, Hj

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Husam Musa, YB Dato’ Haji
2. Mohamad Sabu, Haji
3. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

NAIB PRESIDEN

1. Mahfuz Omar, YB Dato’ Haji
2. Mujahid Yusof Rawa , YB Dr.
3. Nik Mohd Amar Nik Abdullah, YB Dato’ Ustaz
4. Salahuddin Ayub, YB
5. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji
2. Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji
3. Abdul Halim Abdul Rahman, YB Dato’ Ustaz Haji
4. Mohd Abdul Wahid Endut, YB Hj
5. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji
6. Ahmad Sabki Yusof ,
7. Ahmad Rusli Ibrahim , YB Dato’
8. Aiman Athirah al-Jundi, Sdri
9. Amiruddin Hamzah, YB Dato’ Ir.
10. Anuar Tan Abdullah, YB Dato’ Haji
11. Asmuni Awi, Haji
12. Azizah Khatib Mat, Ustazah Hajjah
13. Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz
14. Azman Shapawi Abd Rani, Ustaz
15. Dzulkefly Ahmad, YB Dr.
16. Halimah Ali, YB Dr. Hjh
17. Hamzah Abdullah , Hj
18. Hamzah Jaaffar, Dr
19. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak, Ust
20. Hasan Mohd Ali , YB Dato’ Dr Hj
21. Hashim Jasin, YB Ustaz Haji
22. Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji
23. Iskandar Abdul Samad, YB Ir
24. Kamarudin Jaffar , YB Dato’
25. Khalid Abd Samad, YB
26. Khalil Idham Lim, YB Drs.
27. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr.
28. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. Haji
29. Mazlan Aliman, Sdr
30. Mariam Abdul Rashid, Hjh
31. Misbahul Munir Masduki,
32. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB
33. Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato’ Seri Ir
34. Mohamad Noor Mohamad, Haji
35. Mohamed Hanipa Maidin, Sdr
36. Mohd Anuar Tahir, Hj
37. Mohd Apandi Mohamed, Hj
38. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji
39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
40. Mumtaz Md Nawi, YB
41. Nik Mohd Amar Nik Abdullah, YB Ustaz
42. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ustaz Haji
43. Omar Mohamed, YB Dato’
44. Osman Sabran, Dr.
45. Saari Sungib , YB
46. Shafie Abu Bakar, YB Dr
47. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. Hajjah
48. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
49. Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji
50. Takiyuddin Hassan, YB Dato’
51. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz
52. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato’
53. Wan Hasrina Bt Wan Hassan, Hjh
54. Zulkefly Mohamad Omar, Hj

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Mohd Rashidi Bin Hassan
2. Musaniff Abd Rahman

Dewan Ulama PAS Pusat

PENGERUSI TETAP

1. Hamdan Mohamad, Ustaz Hj

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Abd Manaf Othman, Ustaz

KETUA

1. Harun Taib, YB Dato’ Ustaz Haji

TIMBALAN KETUA

1. Ahmad Yaakob, YB Dato’

NAIB KETUA

1. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr

AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN

1. Abdullah Abd Razak, Ustaz
2. Abdullah Husin, Ustaz
3. Abdul Ghani Samsudin, Ustaz
4. Abu Bakar Abdullah, Ustaz
5. Azhari Yakob, Dr Ustaz
6. Azizan Mohd Desa, Ustaz
7. Hasan Mohamad, Dato’ Ustaz
8. Hassan Alias, Ustaz
9. Husin Awang , Dato’ Ustaz
10. Ismail Noh, Ustaz
11. Jaliluddin Haji Abdul Wahid, Ustaz
12. Khirul Muntanazar Ismail, Ustaz
13. Md Suaid Din, Ustaz
14. Mohd Zain Abdul Rahman, Ustaz
15. Mokhtar Senik, Ustaz
16. Muhammad Daud Iraqi, Dato’ Ustaz
17. Muhammad Mustafa, YB Ustaz
18. Nik Mohd Zawawi Salleh, Ustaz Haji
19. Salleh Sani Haji Harun, Ustaz
20. Taib Azamuddin Md Taib, YB Ustaz
21. Zulkarnain Abidin, Ustaz

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Ibrahim Omar, Hj
2. Md Isa Jantan
3. Mohamad Noor Hj Zain

Dewan Muslimat PAS Pusat

PENGERUSI TETAP

1. Noraini Hussin
2. Nor Hashimah Deraman

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Faizah Ismail
2. Wan Hamidani Wan Ahmad

KETUA

1. Asiah Ali, Dr Ustazah
2. Nuridah Mohd Salleh, Ustazah

TIMBALAN KETUA

1. Siti Zailah Mohd Yusoff, YB.
2. Wan Hasrina Wan Hassan, Hajjah

NAIB KETUA

1. Mumtaz Md Nawi, YB.

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Aiman Athirah Al Jundi
2. Amizan Baharuddin
3. Azizah Khatib Mat, Ustazah
4. Fatimah Wan Teh
5. Fatimah @ Zainab Ibrahim, To’ Puan
6. Halimah Ali, YB. Dr.
7. Khadijah Mahmud
8. Kintan Osman
9. Mastura Hj Mohamad
10. Madznah Talib
11. Najihatussalehah Ahmad, Dr.
12. Norhayati Bachok
13. Norhanim Ismail
14. Nurul Huda Yusof Rawa
15. Salamiah Mohd Nor
16. Rosiah Salleh, Ustazah
17. Rosni Adam, Dr.
18. Salbiah Abd Wahab
19. Siti Mariah Mahmud, YB. Dr.
20. Siti Mariam Othman
21. Wan Ubaidah Omar, YB.
22. Wardatul Jannah As Sofea
23. Zaroni Othman

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Basmatul ‘Uyun Yusof
2. Wan Hasna Wan Ismail

Dewan Pemuda PAS Pusat

PENGERUSI TETAP

1. Misbahul Munir Masduki, Ustaz

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Aris Awang

KETUA

1. Nasrudin Hassan, Ustaz

TIMBALAN KETUA

1. Azman Shapawi Abd Rani, Ustaz

NAIB KETUA

1. Ahmad Sabki Yusof

AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN

1. Abdullah Abdul Karim
2. Adly Zahari
3. Ahmad Baihaki Atiqullah, YB Ustaz
4. Ahmad Izzat Shauki, YB Ustaz
5. Firdaus Masod
6. Herman Samsudeen
7. Kamal Ashaari, Ustaz
8. Kamaruzaman Mohamad
9. Khairul Faizi Ahmad Kamil
10. Mohd Adram Bin Musa
11. Mohd Firdaus Jaafar, YB
12. Mohd Nazri Chik Zain , Ustaz Hj
13. Mohd Sany Hamzan
14. Mohd Sufian Ibrahim
15. Nasir Zakaria,YB Ustaz
16. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz
17. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
18. Riduan Mad Nor, Ustaz
19. Rosli Allani Abd Kadir, Dr
20. Suhaizan Kaiat
21. Wan Sukairi Wan Abdullah
22. Mohd Yusni Mat Piah
23. Zuraidin Abdullah

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Jamel Saring
2. Muzammil Hafiz

azm/Wan Nordin Wan Yaacob/Foto Wan Zahari Wan Salleh/harakahdaily

Aktiviti Exco Pendidikan pada 21/03/09: Menghadhiri Majlis Penutup Sambutan Setahun Pentadbiran Kerajaan Baru Selangor

In 1 on May 26, 2009 at 10:32 am


Aktiviti Exco Pendidikan pada 21/03/09: Menghadhiri Majlis Penutup Sambutan Setahun Pentadbiran Kerajaan Baru Selangor

In 1 on May 26, 2009 at 10:32 am


Aktiviti Exco Pendidikan pada 21/03/09: Merasmikan Majlis Penutup Kursus Briged Amal Selangor DUN Meru

In 1 on May 26, 2009 at 10:24 am



Aktiviti Exco Pendidikan pada 21/03/09: Merasmikan Majlis Penutup Kursus Briged Amal Selangor DUN Meru

In 1 on May 26, 2009 at 10:24 am