drhalimahali

Archive for September, 2009|Monthly archive page

ZULKEFLY MOHAMAD CALON PAKATAN DI PRK BAGAN PINANG

In 1 on September 30, 2009 at 8:09 am

Zulkefly Mohamad Omar calon Pakatan Rakyat PRK Bagan Pinang

TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu 9 Teluk Kemang.

Zulkefly bakal berdepan calon Umno Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi.

Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberpa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkifli yang dilihat serba serbi bersih rekodnya.

Presiden PAS, dalam pada itu menyifatkan pemilihan Zulkifli adalah calon yang tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting calon terbaik Pakatan Rakyat.

Lebih 2,000 orang penyokong Pakatan Rakyat hadir memberi sokongan pada majlis pengumuman gilang gemilang sebentar tadi termasuk mereka dari luar negeri ini.

Mengiringi pengumuman tersebut tembakan bunga api yang menerangi seluruh kawasan perkarangan masjis tersebut.

Turut berucap pada majlis tersebut Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Hadir sama kesemua pimpinan tertinggi kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.

Antaranya dari PAS, Timbalan Presiden Ust Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali serta pimpinan PAS Negeri Sembilan.

Zulkefly merupakan lulusan Master Sains(UPM) dan Ijazah Komunikasi (UiTM) juga seorang ahli perniagaan. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sejak 2007 lagi.

Selain daripada itu, Zulkefly adalah seorang profesional yang mampu mengangkat umat dan bangsa.

Beliau dijangaka akan menaikkan maruah orang Melayu di kawasan Bagan Pinang.

PAS Negeri Sembilan sebelum ini mencadangkan tiga nama kepada kepimpinan pusat, iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohamad Omar, ketua PAS Teluk Kemang, Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Umno dan PAS.

Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober.

Pilihan raya kecil bagan Pinang diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya daripada BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.

Isu pengundi pos, sebanyak hampir 5,000 daripada 14,192 pengundi menjadi perhatian dalam pilihan raya ini, dengan PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon PAS menemui pengundi pos terbabit dan menjaga kerahsiaan identiti mereka.

Bagan Pinang penting kepada kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN. Pakatan mahu meneruskan momentum kemenangan manakala BN mahu menang untuk membina kembali moral yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

Biodata lengkap calon Pas ini adalah seperti berikut :

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG

AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN

FARAH WAHIDAH 18 TAHUN

MOHAMAD FADLI 14 TAHUN

MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN

FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN

MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 – HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN – 1 PENGGAL – (2005 – 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 – 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 – 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 – 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 – 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 – 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1.PENGERUSI ‘NO INCINERATOR’ BROGA

2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA

Hamdan MS & Nazri Abdullah/harakahdaily

Advertisements

ISA SAMAD CALON BN DI PRK BAGAN PINANG

In 1 on September 30, 2009 at 3:20 am



Mohd Isa Calon BN Di Bagan Pinang

PORT DICKSON, 29 Sept (Bernama) — Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bagan Pinang.

Pemilihan Isa, 59, yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana nama beliau disebut-sebut sebagai pilihan utama Umno bahagian Teluk Kemang, yang diketuai oleh beliau sendiri.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mengumumkan nama calon BN itu di Pusat Operasi BN di sini petang ini, berkata pemilihan Mohd Isa dibuat selepas pucuk pimpinan parti mengambil kira kehendak rakyat di kawasan DUN itu.

Ia selaras dengan dasar 1Malaysia yang diamalkan kerajaan sekarang, iaitu rakyat didahulukan, katanya.

Beliau berharap dengan pemilihan calon itu, rakyat di Bagan Pinang akan memberi isyarat kuat menyokong BN melalui peti undi pada pilihan raya kecil kawasan DUN itu pada 11 Okt ini. Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu akan berlangsung Sabtu ini.

Mohd Isa dijangka ditentang oleh calon PAS, yang akan diumumkan namanya oleh pucuk pimpinan parti itu Isnin malam.

Kerusi DUN Bagan Pinang yang dimenangi BN dengan majoriti 2,333 undi pada pilihan raya umum lepas, menjadi kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada 4 Sept lepas.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN meminta seluruh para anggota parti komponen BN supaya menyatukan kekuatan dan memberi tumpuan yang sepenuhnya bagi menentukan kemenangan besar parti itu pada pilihan raya kecil kali ini.

Beliau berharap Bagan Pinang akan menjadi titik permulaan kepada transformasi yang sedang dibawakan oleh Kerajaan BN kepada seluruh rakyat di negara ini.

Mohd Isa juga merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO.

Dilahirkan di Melaka pada 14 Nov, 1949, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, di sini sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.

CHEDET DAN KJ SEPENDAPAT KALI INI

In 1 on September 29, 2009 at 11:58 pm

Bagan Pinang satukan Mahathir dan Khairy

HARI ini (29 Sept 2009) mungkin hari bersejarah untuk penduduk Port Dickson apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menjejakkan kakinya ke pusat perlancongan antarabangsa itu.

Sebelum ini, Najib pernah ke sana. Namun, ketika itu nasibnya kurang baik. Beliau pun bukan lagi Perdana Menteri ketika itu.

Namun, beliau bernasib baik kerana mempunyai seorang rakan baik di sana iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, Tan Sri Isa Abdul Samad. Dan masalahnya ketika itu berjaya di selesaikan.

Hari ini, Najib turun ke Port Dickson sebagai seorang Perdana Menteri. Beliau mendapat sambutan permaidani merah di sana.

Beliau menyertai para pemimpin Umno dan BN yang lain dalam majlis rumah terbuka BN di sana.

Dan hari ini juga, timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin, mengumumkan Isa sebagai calon Umno Bagan Pinang. Walaupun mendapat tentangan dan bantahan secara terbuka dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, ia tidak dihiraukan oleh Najib.

Pelbagai andaian dibuat kenapa Umno pimpinan Najib sanggup meletakkan Isa sebagai calon walaupun mendapat bantahan demi bantahan.

Yang paling ketara adalah pendapat bahawa Najib sangat memerlukan kemenangan yang besar dalam pilihan raya kecil ini selepas kalah dalam tujuh pilihanraya kecil sebelum ini.

Isa adalah taruhan utama untuk kemenangan ini. Ini kerana, golongan bawahan sangat-sangat mahukan Isa kembali ke persada utama politik tanah air selepas dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin Umno kerana membeli undi dan merasuah perwakilan Umno.

Pemilihan ini bermakna Najib menolak pandangan, memilih Isa membolehkan Umno menang di Bagan Pinang tetapi akan mengalahkan Umno di seluruh negara.

Turut dijadikan sebab mengapa Isa dipilih adalah kempen-kempen yang dibuat di Bagan Pinang termasuk menaikkan kain rentang ugutan agar Umno memilih Isa sebagai calon.

Kain rentang itu berbunyi “Kami mahu Datuk Isa. Kalau tidak kami boikot’. Kain rentang ini dinaikkan di merata tempat dalam kawasan pilihan raya ini hatta di kampung Isa sendiri.

Namun, bagi pihak yang nakal, punca utama kenapa Isa dipilih sebagai calon adalah kerana peristiwa lama di Port Dickson itu.

Najib sanggup melawan Tun Dr Mahathir, orang yang memberikan tekanan kepada Tun Abdullah Badawi agar meletakkan jawatan dan melantik Najib sebagai PM.

Najib juga sanggup berbeza pendapat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, yang secara sindiran menolak Isa sebagai calon.

Dan mungkin ini adalah pertama kali, Mahathir mempunyai pendapat yang sama dengan anggota Parlimen Rembau itu iaitu menolak Isa sebagai calon, selepas sekian lama mereka berbeza pendapat.

Sekurang-kurangnya, pilihan raya kecil Bagan Pinang menyatukan Mahathir dan Khairy, selepas sekian lama Mahathir memukul menantu Tun Abdullah itu._

Harakahdaily

SELCAT PERLU PERBAHASAN SIDANG DEWAN JIKA MAHU DIROMBAK

In 1 on September 29, 2009 at 9:54 am

SELCAT Tidak Akan Di Rombak: MB

SHAH ALAM, 29 September- Kerajaan negeri Selangor malam tadi memutuskan untuk tidak merombak prosedur dan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Keputusan itu dibuat dalam perbincangan hampir dua jam membabitkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid, Barisan Exco Selangor termasuk Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Teng Chang Khim, Pegawai Daerah, Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT), wakil rakyat dan ahli parlimen.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor berkata, sebarang perubahan terhadap Selcat perlu dibincangkan dan dibahaskan pada sidang Dewan, jika perlu.

Beliau turut mengingatkan bahawa sebarang perbincangan mengenai Selcat tidak perlu dibincangkan dengan pihak luar.

Beliau berkata demikian selepas menpengerusikan mesyuarat tertutup itu di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) di Shah Alam.

Sebelum ini, Datuk Dr Hasan mengkritik prosedur Selcat yang menyoal pegawai daerah berhubung perbelanjaan peruntukan tahunan wakil rakyat pada sesi pendengaran, baru-baru ini.

Datuk Dr Hasan dilaporkan berkata, prosedur yang diamalkan oleh Selcat itu tidak sesuai dan seolah-olah cuba mengaibkan pegawai kerajaan terbabit.

Malah, beliau turut mencadangkan supaya rombakan ahli jawatankuasa selcat dilakukan bagi meningkatkan integriti jawatankuasa bebas itu.

Walaubagaimanapun ketika ditanya pihak media, beliau enggan mengulas mengenai keputusan perbincangan yang diputuskan itu.

KEMALIA OTHMAN TVSELANGOR

TEMA LEMBU PILIHAN UMNO SELANGOR 09

In 1 on September 29, 2009 at 8:38 am

Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor, Samad Kassim merupakan ketua UMNO bahagian Puchong.

70 penternak sertai bantahan di SUK S’gor

Kira-kira 70 orang penternak mengadakan bantahan dengan membawa 30 lori bersama muatan lembu, kerbau dan kambing ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam hari ini.

Mereka juga turut mendesak exco kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab terhadap bidang pertanian, Yaakob Sapari supaya meletak jawatan.

Penternak terbabit mendakwa, kerajaan negeri dan majlis tempatan tidak membantu selepas kejadian runtuh di tempat buangan sampah haram, telah mengorbankan ternakan mereka.

Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor, Samad Kassim memberitahu pemberita bahawa dua ladang ternakan dihempap runtuhan sampah di situ, yang mengakibatkan 10 ekor lembu tertimbus.

Salah sebuah ladang tersebut mempunyai lesen manakala yang satu lagi terletak di kawasan simpanan TNB. Bagaimanapun, Samad berkata, tiada sebab kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak membantu mereka.

“Kami merupakan salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Selangor, tetapi mengapa mereka tidak berbuat sesuatu untuk membantu kami? Kami juga pelabur,” katanya.

Rabu lalu, usaha untuk memadamkan kebakaran di kawasan buangan sampah haram di Kampung Sungai Kertas, Ulu Yam itu mengakibatkan sebahagian longgokan sampah runtuh, dan menimbus ternakan dan mencederakan seorang pekerja rakyat Bangladesh.

Bertan-tan sampah, tanah dan air runtuh dari ketinggian 40 meter dan menghempap dua ladang ternakan tersebut pada jam 8.30 malam Rabu lalu, mengakibatkan lembu dan kambing mati lemas.

Tiga minggu lalu, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menggali parit di situ untuk mengisinya dengan air dalam usaha memadamkan kebakaran yang berlaku sejak lima bulan lalu.

Samad berkata, bangkai ternakan masih tertimbus sampah kerana tiada pihak yang mahu membersihkannya.

Beliau bimbang keadaan itu boleh mengakibatkan berlakunya wabak penyakit di kalangan ternakan yang masih hidup, mengakibatkan lebih banyak yang akan mati.

Bagaimanapun, keadaan reda apabila setiausaha politik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim muncul dari bangunan SUK dan berkata Yaakob bersetuju untuk menemui pemimpin persatuan itu yang mewakili peserta bantahan lain.

Rahmah Ghazali/Malaysiakini

SELCAT ISSUE DISCUSSED AT SPECIAL MEETING OF PAS STATE LIASON COMMITTEE

In 1 on September 28, 2009 at 9:30 am

After a 3 hour long meeting comprising 60 party members of the PAS Selangor liaison committee today, a resolution was passed in support of its commissioner Datuk Dr Hasan Ali over the Selcat controversy.

Selangor PAS backs Hasan over Selcat

SHAH ALAM, Sept 27 – The PAS Selangor liaison committee today passed a resolution in support of its commissioner Datuk Dr Hasan Ali over the Selcat controversy.

Hasan recently criticised the state’s select committee for competency, accountability and transparency (Selcat) for “bullying public servants” during a recent public inquiry.

The outburst by the PAS leader has reignited discussions on Hasan’s loyalty and his party’s commitment to Pakatan Rakyat in Selangor.

Hasan previously clashed with PR colleagues over the sale of beer at convenience outlets in Shah Alam, and a plan to empower mosque committee members and workers to police immoral activities in the state.

PAS state liaison committee secretary Mohd Khairuddin Othman has also issued a statement of the party’s support for Hasan and warned that the party was considering pulling out of the state government.

In its resolution today, PAS Selangor agreed that Hasan’s position as PAS Commissioner and executive councilor should not be questioned because the posts were decided by the party president and the Selangor mentri besar respectively.

The committee also supports the opinion of Hasan and stressed that state institutions like Selcat will not function properly if the party commissioner’s proposals are not considered.

The committee also urged the state government to take the necessary steps to reform Selcat to protect the state watchdog’s credibility.

Hasan explained that the meeting was held to discuss what he called a “little” controversy following the comments and statements he made on Selcat.

“PAS Selangor would like to highlight that the relationship between the state government and civil servants must always remain at the best possible state.

“There was an overwhelming agreement of what we have discussed. This means that PAS agrees to what was said by the PAS Commissioner in other words it is the belief of PAS leaders including members and supporters of PAS,” he told reporters after chairing the 3 hour long meeting.

Hasan pointed out however that the party never released any statement saying it was going to leave Pakatan Rakyat.

“PAS will always be together with Pakatan Rakyat and this matter should not be questioned,” he noted.

He also admitted that it might have been his fault that certain parties did not understand his statement.

“All of Selcat’s pubic inquiries have been reported by newspapers. And after each inquiry, Selcat’s chairman will hold a press conference.

“The press conference is also given wide coverage such as the ineffectiveness of the district officer and how he is not fit to be a district officer. When this becomes public knowledge, I believe my statements were appropriate,” he explained.

He added that not only witnesses in the public inquiry were affected but also their families.

“You know how many people have their hearts broken because of this. I was told the wife of the Klang district officer is ashamed to go out and go to work because his image has been tarnished by proceedings in Selcat,” he said.

However Shah Alam MP Khalid Samad still believes that Hasan should not have discussed the matter publicly.

“There was a bit of discussion whether he should have made the statement before discussing it in the exco and there was some difference of opinion on that. Datuk (Hasan Ali) feels that he has the prerogative whether to discuss publicly.

“That is a matter of opinion (whether he has done anything wrong.) My personal opinion is that he should not have discussed it publicly and we will wait and see what happens after that,” he told reporters after the meeting which was attended by 60 party members.

He added that disciplinary action against Hasan was not discussed because it was not for state leaders but the national leadership to decide.

By Asrul Hadi Abdullah Sani/MalaysianInsider

HORMATI PRINSIP DEMOKRASI BUKAN SEKADAR PATUH ETIKA BERKEMPEN

In 1 on September 28, 2009 at 9:04 am

UMNO/BN seharusnya (wajib) mengikut lunas-lunas demokrasi, keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang. Janganlah jadikan “matlamat menghalalkan cara” sebagi prinsip perjuangan. Jangan jadikan SPR kuda tungganganmu serta PDRM budak suruhan.

Penceramah Pas patut patuhi etika berkempen

KUALA LUMPUR: Penceramah Pas seharusnya mengikut etika berkempen dalam pilihan raya dengan tidak menyerang peribadi lawan, tidak kira sama ada ketika umat Islam meraikan Aidilfitri atau tidak.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, berkata bukan dasar Umno menyerang peribadi lawan hanya untuk mendapatkan undi sebaliknya lebih berminat menjelaskan dasar dan usaha yang akan dilakukan untuk rakyat.

“Kita harap mereka (penceramah Pas) ikut etika berkempen tidak kira bulan Syawal atau tidak seperti Umno yang tidak kira Aidilfitri atau tidak, tetap tidak akan menyerang peribadi lawan. Itu bukan cara kita.

“Biarlah kita berkempen secara berhemah, tunjuk apa yang kita boleh berikan kepada penduduk tempatan, pembangunan yang mahu dilakukan.. bukannya dengan cara penceramah Pas itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengenai persiapan kempen parti itu, Ahmad berkata, BN akan berkempen habis-habisan bagi memastikan kemenangan kekal milik BN.

Beritaharianonlin

PEMUDA PAKATAN RAKYAT PALU GENDANG PERANG

In 1 on September 28, 2009 at 3:11 am

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar menggesa supaya pemuda Pakatan Rakyat bergerak pantas tanpa membuang masa untuk menjalankan gerak kerja kempen bagi mengalahkan Umno dan BN di kubu mereka.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi menyeru semua pemuda supaya turun beramai-ramai dan bekerja dengan optimis, tanpa bersikap terlalu yakin (over confident) dalam pilihan raya kecil ini.

Ketua DAPSY, Anthony Loke Siew Fook, melahirkan keyakinan pengundi-pengundi Cina di Bagan Pinang akan memilih calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.


Pemuda Pakatan lancar jentera di Bagan Pinang

TELOK KEMANG, 27 Sept: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) memulakan paluan “gendang perang” pilihan raya lebih awal dari jentera Barisan Nasional (BN) dengen melancarkan jentera pemuda Pajatan Rakyat di kampung Bagan Pinang dekat sini petang semalam, 26 September.

Ketiga-tiga ketua sayap pemuda parti komponen PR hadir dalam majlis perasmian dan pelancaran jentera serta pejabat gerak-gempur bersepadu pemuda parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi menyeru semua pemuda supaya turun beramai-ramai dan bekerja dengan optimis, tanpa bersikap terlalu yakin (over confident) dalam pilihan raya kecil ini selepas kemenangan demi kemenangan sebelum ini.

Manakala Ketua DAPSY, Anthony Loke Siew Fook, melahirkan keyakinan pengundi-pengundi Cina di Bagan Pinang akan memilih calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Turut berucap adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar, yang menggesa supaya pemuda Pakatan Rakyat bergerak pantas tanpa membuang masa untuk menjalankan gerak kerja kempen bagi mengalahkan Umno dan BN di kubu mereka ini.

Ketiga-tiga mereka juga menyeru semua pemuda Pakatan agar turun beramai-ramai ke sana terutama di hari penamaan calon 3 Oktober ini bagi memberikan sokongan moral kepada calon Pakatan dari PAS itu.

Pilihanraya kecil ini akan diadakan 11 Oktober ini selepas kematian Adun BN baru-baru ini.

Pakatan telah menyerahkan kepada PAS untuk meletakkan calon bagi pihak gabungan tiga parti itu dalam pilihanraya kecil ini selepas calon PAS bertanding dalam pilihan raya lalu.

30 peratus pengundi di sini adalah India dan Cina yang dijangka akan memihak kepada Pakatan manakala 30 peratus lagi pengundi pos yang bakal dikawal BN.

Perebutan kini adalah terhadap 40 peratus pengundi Melayu yang bakal menentu Pakatan atau BN yang akan menang dalam pilihan raya kecil ini.

Buletinonline/Harakahdaily

ISU SELCAT ISU KEADILAN UNTUK SEMUA

In 1 on September 26, 2009 at 8:56 am

Rata-rata kedudukan kakitangan kerajaan di negara kita boleh diibaratkan seperti telor dihujung tanduk serta laksana pepatah Melayu ditelan mati emak, diluah mati bapak. Untuk terus berpegang teguh pada prinsip hidup dan istiqomah dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan jujur serta berkesan memerlukan mahar serta pengorbanan yang amat tinggi.

Secara teori, kakaitangan kerajaan tertakluk kepada semua arahan dalam Perintah Am Bab D, arahan Perbendaharaan serta arahan ketua jabatan yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Namun, realitinya Ketua Jabatan serta kakitangan kerajaan lebih banyak akur kepada arahan “Parti Pemerintah” atau “government of the day”.

Kita maklum, kerajaan Barisan Nasional telah memerintah Kerajaan Pusat selama 52 tahun. Barisan Nasional telah menguasai dan memanipulasi kesemua agensi kerajaan bagi tujuan politik, khususnya puak UMNO untuk terus berkuasa pada waktu yang sama menimbun kekeyaan peribadi serta kroni mereka.

Di sinilah para pegawai serta kakitangan kerajaan tersepit. Kebanyakan mereka terpaksa mengikut rentak irama serta tarian ahli politik UMNO atas alasan “demi menjaga periuk nasi”. Perintah Am Bab D atau apa jua peraturan Jabatan terpaksa diketepikan demi “survival keluarga” yakni untuk mengelak dari dipindah ke pedalaman, mencegah laporan prestasi kurang baik sekaligus agar tangga gaji naik melintang, supaya mendapat laporan cemerlang bagi tujuan penganugerahan pangkat Istana dan seribu satu macam alasan peribadi yang lain.

Terdapat juga kakitangan kerajaan yang telah mengikut gaya ahli politik UMNO seperti menerima rasuah secara tersembunyi ( “in kind”) dan tidak langsung ( bukan “in cash”) seperti untuk mendapat kelulusan seorang pegawai kerajaan, pelanggan (rakyat) terpaksa menampung kos menukar tayar kereta atau memasang aksesori kereta pegawai yang berkenaan.

Dalam isu SELCAT Selangor, yang terpaksa menjawab dan berdepan dengan ahli SELCAT ialah para pegawai kerajaan seperti Pegawai Daerah (DO) , Pen Pegawai Daerah (ADO), Ketua Penolong Pegawai Daerah (KADO) dan kakitangan sokongan. Pihak yang mengarah serta mendesak penyalahgunaan serta penyelewengan peruntukan DUN ialah ADUN Barisan Nasional. Agen yang membuat kerja mempercepatkan proses pengeluaran peruntukan ialah para pegawai Kerajaan.

Demi keadilan seharusnya semua pihak yang terlibat harus dihadapkan ke Pendengaran SELCAT. Inilah yang diutarakan oleh Datuk Dr Hasan Mohd Ali selaku Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam.

MB Yakin Isu Selcat Dapat Diselesai Dengan Baik

SHAH ALAM, 25 September – Kerajaan Selangor yakin isu Selcat yang hangat diperkatakan sekarang, dapat diselesaikan dengan cara baik dan berhemah, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Justeru, katanya kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat khas bersama ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Exco-exco selangor dan Pegawai Daerah untuk berbincang dan menyelesaikan isu tersebut secara dalaman.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, beliau berkata, isu yang timbul itu hanyalah salah faham yang berlaku antara beberapa pihak, berkaitan perbicaraan awam Selcat baru-baru ini.

Beliau yakin, ia akan dapat diselesaikan dengan baik kerana semua pihak yang terbabit adalah professional dan memahami tugasan dan tanggungjawab masing-masing serta dapat bekerjasama sebagai satu pasukan yang cekap dan berkesan.

Mesyuarat tertutup ini akan dipengerusikan sendiri oleh Tan Sri Khalid di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, SUK Isnin ini.

Selangorkini

KUALA DIMENSI SERTA ARKITEKNYA DISAMAN RM920 JUTA (DWIBAHASA)

In 1 on September 26, 2009 at 8:23 am

Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng memfailkan saman untuk relief termasuk antara lain pembatalan semua perjanjian pembangunan dan satu pengisytiharan bahawa KDSB hanya layak dibayar dengan nilai kerja yang munasabah dilakukan dengan sewajarnya

Alternatif, beliau meminta satu pengisytiharan bahawa semua notis pembayaran yang dikeluarkan oleh KDSB adalah batal dan tidak sah.

Kuala Dimensi Dan BTA Architect Disaman RM920 Juta

SHAH ALAM, 25 Sept (Bernama) — Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) memfailkan saman RM920 juta terhadap kontraktor siap guna untuk Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan konsultan yang dilantik bagi projek itu BTA Architect, dalam aspek pembangunan utama dan perjanjian tambahan yang ditandatangani antara Februari 2003 dan November 2006.

Pengerusi LPK Datuk Lee Hwa Beng memfailkan saman itu sendiri di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pagi ini. Bagaimanapun beliau enggan memberikan salinan kedua-dua saman itu kepada media.

Dalam kenyataan media beliau, Lee berkata saman itu difailkan untuk relief termasuk antara lain pembatalan semua perjanjian pembangunan dan satu pengisytiharan bahawa KDSB hanya layak dibayar dengan nilai kerja yang munasabah dilakukan dengan sewajarnya

Alternatif, beliau meminta satu pengisytiharan bahawa semua notis pembayaran yang dikeluarkan oleh KDSB adalah batal dan tidak sah.

Lee juga secara alternatif meminta satu pengisytiharan bahawa KDSB tidak layak, dan bahawa PKA tidak diwajibkan membayar KDSB tuntutan berjumlah RM836,758,459.92 di mana KDSB telah lakukan untuk kerja-kerja perparitan dan membekalkan air, permulaan bayaran profesional, masing-masing bagi pelbagai kerja di bawah perjanjian pembangunan itu.

Alternatif, beliau meminta satu perintah bahawa kerja-kerja yang dijalankan oleh KDSB dikaji semula oleh sebuah konsultan bebas yang dilantik mahkamah dan bayaran permulaan dan profesional dinilai oleh mahkamah berkenaan.

Lee juga meminta faedah, ganti rugi umum dan kos mengenai satu asas indemniti dan ganti rugi kerana penipuan dan salah tafsiran kecuaian, faedah, kos, ganti rugi disebabkan bersubahat dan relief lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh mahkamah.

Menurut kenyataan media, Lee berkata LPK juga memfailkan satu saman permulaan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, meminta satu pengisytiharan bahawa kenaikan dalam kadar faedah dari lima peratus kepada 7.5 peratus setahun berkaitan perjanjian tambahan untuk kerja-kerja tambahan pembangunan yang ditandatangani pada April 2006 adalah batal dan tidak sah.

Beliau berkata jumlah amaun yang dipertikaikan kini kira-kira RM1.64 bilion termasuk RM720 juta saman yang difailkan oleh LPK di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 18 Sept.

“Lembaga LPK sedar dengan tugasnya untuk melakukan apa yang betul untuk lembaga pelabuhan itu dan menjalankan tugasnya dalam cara yang sesuai dan wajar,” menurut kenyataan itu.

KDSB dilantik oleh LPK pada 2003 bagi membangunkan PKFZ di tapak seluas 405 hektar bersebelahan dengan Pelabuhan Utara di Klang.

Syarikat itu menjadi tumpuan baru-baru ini berikutan dakwaan mengenakan caj berlebihan terhadap LPK bagi projek PKFZ, menyebabkan lembaga tersebut dan projek berkenaan menanggung kerugian.

— BERNAMA

==================================================================================

PKA sues KDSB, BTA Architect for RM920mil

SHAH ALAM (Sept 25, 2009): The Port Klang Authority (PKA) has filed RM920 million suits against Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), the turnkey contractor for the Port Klang Free Zone (PKFZ), and the project consultant, BTA Architect, over key development and supplemental agreements signed between February 2003 and November 2006.

PKA chairman Datuk Lee Hwa Beng Lee filed the suits himself at the Civil High Court registry here today. However he refused to give copies of the two suits to the media.

Lee, in a statement, said that the suits were filed for relief, including for rescission of all the development agreements, and a declaration that KDSB is only entitled to be paid the reasonable value of work properly done.

Alternatively, Lee seeks a declaration that all notices of payments issued by KDSB are null and void.

He also alternatively seeks a declaration that KDSB is not entitled to, and PKA is not obliged to pay KDSB, the claims totalling RM836,758,459.92 which KDSB had made for the monsoon drain and water supply works, preliminaries, professional fees and variation works respectively under the development agreements.

Alternatively, he seeks an order that the works carried out by KDSB be remeasured by an independent consultant appointed by the court and the preliminaries and professional fees payable be assessed by the court.

Lee also seeks interest, general damages and costs on an indemnity basis and damages for fraud and negligent misrepresentation, interest, costs, damages for conspiracy and any other relief deemed fit by the court.

He said PKA had also filed an originating summons at Civil High Court registry here to seek a declaration that the increase in the interest rate from five percent to 7.5% per annum in respect of a supplementary agreement for additional development works signed in April 2006 is null and void.
The total disputed amount at present totalled around RM1.64 billion, including the RM720 million suit filed by PKA on Sept 18, he said.

“The PKA board is conscious of its duty to do what is right for the port authority and to exercise its duty in an appropriate manner,” he added.

KDSB was appointed by PKA in 2003 to develop the PKFZ on a 405ha site adjacent to the North Port in Klang.

The company was embroiled in a controversy after it was alleged to have over-charged PKA for the PKFZ project, causing PKA and the project severe losses.

– Bernama

BERKAITAN: PKA FILING TWO MORE SUITS AGAINST KUALA DIMENSI