drhalimahali

Archive for November, 2009|Monthly archive page

20 JEMAAH HAJI MALAYSIA “BERTUAH”

In 1 on November 30, 2009 at 9:09 am

Seramai 20 jemaah Haji Malaysia meninggal dunia di Tanah suci iaitu 16 lelaki dan empat perempuan yang berusia 50 tahun ke atas dari keseluruhan jemaah haji Malaysia yang berjumlah 26,000 orang.

Ada yang berpendapat bahawa meninggal dunia di Mekah merupakan satu keistimewaan dan kurniaan ALlah. Bagi keluarga si mati pula ahli keluarga yang tidak kembali setelah “pergi Haji” mungkin merupakan suatu tragedi.

20 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci

MEKAH, 29 Nov (Bernama) — Seramai 20 jemaah haji Malaysia meninggal dunia pada musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom pada Ahad.

Beliau berkata jemaah yang meninggal dunia itu disebabkan oleh sakit biasa seperti sakit tua dan bukan dijangkiti penyakit berjangkit seperti Influenza A (H1N1).

“Mereka yang meninggal dunia itu ialah 16 lelaki dan empat perempuan yang berusia 50 tahun ke atas.

“Jumlah ini sangat minimum jika dibandingkan dengan keseluruhan jemaah haji Malaysia yang berjumlah 26,000 orang. Jemaah haji Malaysia tiba di Tanah Suci sejak 20 Okt lepas,” katanya kepada petugas media Tabung Haji di sini.

Selain itu, Jamil Khir juga berkata empat jemaah haji Malaysia yang sedang menerima rawatan di hospital Arab tidak dapat dibawa ke Arafah pada Khamis kerana berada dalam tidak sedarkan diri dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, katanya lebih 20 pesakit yang dirawat di hospital Tabung Haji di Aziziah dan Sisya dibawa ke Arafah oleh petugas perubatan Tabung Haji dengan ambulans.

Mengenai perkembangan jemaah haji Malaysia, beliau berkata mereka masih berada di Mina dan kebanyakannya telahpun selesai menjalankan ibadah melontar Jamrah dan mereka akan kembali semula ke Mekah untuk mengerjakan tawaf dan sae haji sehari dua lagi.

Jamil Khir berkata bagi jemaah haji yang belum berkesempatan untuk pergi ke Madinah, Tabung Haji akan menguruskan pemergian mereka ke sana setelah semua ibadah haji selesai dilakukan.

Secara keseluruhan, beliau berpuashati dengan operasi musim haji tahun ini yang berjalan lancar.

Ahmad Kamil Tahir/BERNAMA

Advertisements

MAS BERJAYA KUMPUL KERUGIAN

In 1 on November 30, 2009 at 8:47 am

MAS setakat ini berjaya kumpulkan keuntungan jika ada, hanya melalui penjualan aset, pelupusan kapal terbang lama dan penstrukturan hutang.

MAS Berjaya Kumpul AS$126 Juta Menerusi Perjanjian Pajakan Pesawat

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Kejayaan Malaysia Airlines memperoleh pembiayaan bernilai AS$126 juta menerusi Pajakan Operasi Jepun (JOL) bagi tujuh pesawat ATR72-500s dipilih sebagai “Perjanjian Pajakan Pesawat Terbaik Tahunan – Asia” oleh Jane Transport Finance.

Menerusi kerjasama dengan BNP Paribas Corporate dan Investment Banking (“BNP Paribas”), transaksi JOL dimuktamadkan pada masa pasaran kewangan dunia mengalami krisis.

Kejayaan memperoleh pembiayaan itu sangat penting berdasarkan kedudukan pasaran ekuiti Jepun yang suram.

“Kejayaan kami dalam memperoleh tujuh Pajakan Operasi Jepun sejak September 2008 berlaku dalam keadaan ekonomi yang sukar pada masa ini selain pasaran ekuiti Jepun yang suram serta reputasi baik dalam pasaran Jepun.

“Ini menunjukkan keyakinan pihak pembiaya terhadap kedudukan kewangan kita yang kukuh selain prospek pertumbuhannya,” kata Ketua Pegawai Kewangan Malaysia Airlines, Mohd Azha Abdul Jalil dalam satu kenyataan pada hari Ahad.

Beliau berkata: “Ia merupakan permulaan yang baik dalam proses pembiayaan kami memandangkan kami memerlukan lebih banyak pembiayaan untuk program penggantian barisan pesawat.”

Selain ATR, Malaysia Airlines turut menempah 35 B737-800 dengan penyerahannya dijadualkan bermula pada 2010.

-Bernama

MINYAK SAWIT DAN BIODISEL BERDEPAN DENGAN MUSUH BARU (DWIBAHASA)

In 1 on November 30, 2009 at 3:23 am

Suatu ketika dulu, minyak sawit Malaysia berdepan dengan pelobi/pengeluar minyak soya USA. Kini ia berdepan pula dengan “conservationist” atau “pencinta alam” seperti Greenpeace dan lain-lain.

EU Renewable Energy Directive (peraturan arahan Kesatuan Eropah) yang menjangkakan kenaikan permintaan, menyediakan beberapa kriteria kelestarian, antaranya, pengeluaran biofuel perlu mempunyai minimum tabungan gas rumah hijau (GHG) 35 peratus pada 2010 apabila dibandingkan dengan bahan api fosil.

Definisi Kelestarian Gugat Eksport Minyak Sawit Ke Eropah

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Mula- mula sekali isu kesihatan, kemudiannya alam sekitar dan kini minyak sawit terpaksa berdepan dengan kriteria kelestarian selanjutnya untuk mengimport ke Eropah.

“Definisi kelestarian sedang diperluaskan. Kita bakal kehilangan bahagian pasaran sekiranya kita tidak melakukan apa-apa,” kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr Mohd Basri Wahid kepada Bernama di Brussels, baru-baru ini.

Basri merupakan sebahagian daripada anggota delegasi minyak sawit dan kayu ke Jerman dan Belgium baru-baru ini yang diketuai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok.

Misi itu dianjurkan oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Perkayuan Malaysia (MTC).

Ia bertujuan, antara lainnya, untuk meningkatkan akses pasaran bagi produk minyak sawit dan kayu serta menyebarkan maklumat tentang usaha-usaha yang diambil berkaitan isu-isu kelestariannya.

Kesatuan Eropah (EU) telah menetapkan sasaran 20 peratus sumber tenaga boleh diperbaharui dalam penggunaan tenaganya menjelang 2020 dan biofuel dijangka menyumbang 10 peratus daripada tenaga boleh diperbaharui yang digunakan dalam sektor pengangkutan.

EU Renewable Energy Directive (peraturan arahan) yang menjangkakan kenaikan permintaan, menyediakan beberapa kriteria kelestarian, antaranya, pengeluaran biofuel perlu mempunyai minimum tabungan gas rumah hijau (GHG) 35 peratus pada 2010 apabila dibandingkan dengan bahan api fosil.

Menurut peraturan arahan itu kawasan yang mempunyai bekalan karbon tinggi seperti tanah gambut atau kawasan dengan biodiversiti tinggi seperti kawasan hutan utama tidak boleh digunakan untuk pengeluaran biofuel.

Basri berkata, terdapat juga kriteria “penukaran penggunaan tanah tidak langsung” atau “iLUC”.

“iLUC” merupakan kesan-kesan tidak disengajakan daripada pengeluaran lebih banyak karbon disebabkan penukaran penggunaan tanah ekoran pengembangan kawasan tanaman bagi pengeluaran biofuel, fenomena di mana menghasilkan biomas di satu lokasi, manakala hutan hujan dimusnahkan di lokasi lain.

Peraturan arahan itu menuntut Suruhanjaya Eropah menyediakan satu laporan pada 2010 mengenai isu iLUC, menyemak semula kesan daripada biofuel, sama ada secara langsung atau menerusi pemindahan, di tanah yang berlaku aktiviti penukaran tanaman.

“Mereka menilai iLUC tanpa sebarang kajian yang lengkap,” kata Basri.

Beliau berkata di bawah perkiraan EU, minyak sawit mempunyai tabungan pengeluaran karbon 19 peratus dan kacang soya 31 peratus, kedua-duanya di bawah had 35 peratus.

“Kita menyediakan data kita tetapi mereka tidak. Penyelidik saya pergi Brussels tetapi mereka (EU) tidak pernah mendedahkan (data mereka). Mereka mempunyai kata putus akhir,” katanya.

Dilaporkan bahawa tabungan GHG bagi minyak sesawi ialah 38 peratus, minyak bunga matahari 51 peratus dan etanol tebu 71 peratus.

Basri berkata sasaran tabungan GHG EU akan dinaikkan perlahan-lahan daripada 35 kepada 60 peratus menjelang 2017, oleh itu mustahak bagi pengeluar Malaysia untuk memerangkap metana di kilang-kilang yang akan menunjukkan tabungan GHG yang lebih tinggi.

Beliau berkata kerajaan menyediakan pinjaman mudah bernilai RM1.2 bilion dan terpulang kepada industri untuk mengambilnya bagi menambah baik proses mereka.

“Jika ada sikap acuh tak acuh, jangan salahkan kami. Kerajaan telah melaksanakan bahagiannya dengan wang dan kini terpulang kepada sektor swasta,” katanya.

Basri berkata Malaysia juga bekerjasama dengan Indonesia membentuk kumpulan bekerja bagi membincangkan strategi bersama berkaitan dengan peraturan arahan EU itu.

Difahamkan bahawa kriteria kelestarian itu dilihat oleh industri minyak sawit di kedua-dua negara itu sebagai halangan perdagangan, terutamanya dicipta terhadap minyak sawit.

Beliau berkata EU mempunyai pendirian yang sama mahu memastikan pengeluaran minyak sawit yang lestari dan selepas ini, mereka perlu memikirkan perkara yang lain.

“Meskipun misi minyak sawit baru-baru ini menyaksikan menteri-menteri di negara terbabit memahaminya, namun mereka masih perlu mendengar daripada organisasi bukan kerajaan,” katanya.

Basri berkata sebagai contoh, seorang daripada menteri yang beliau temui yakin pengeluaran minyak sawit lestari tetapi menjadi tugas yang sukar untuk menyakinkan 26 negara lain dalam EU.

Bagaimanapun, beliau berkata ada orang yang faham dengan situasi tersebut dan berharap syarikat-syarikat Malaysia boleh menikmati insentif daripada kerajaan EU selepas mengesahkan minyak sawit lestari.

Siti Hawa Othman/ BERNAMA

================================================================================
Definition Of Sustainability Dampens Palm Oil Exports To Europe

By Siti Hawa Othman

KUALA LUMPUR, Nov 29 (Bernama) — First it was the health issue, then the environment and now palm oil has to endure further sustainability criteria for imports to Europe.

“The definition of sustainability is being expanded. We are going to lose market share if we did not do anything,” director-general of Malaysian Palm Oil Board, Datuk Dr Mohd Basri Wahid, told Bernama in Brussels recently.

Basri was a member of the recent palm oil and timber delegation to Germany, the Netherlands and Belgium headed by Minister of Plantation Industries and Commodities, Tan Sri Bernard Dompok.

The mission was organised by Malaysian Palm Oil Council and Malaysian Timber Council.

Among others, it aims to improve market access for palm oil and timber products as well as disseminate information on efforts taken on the issue of their sustainability.

The European Union (EU) has set a target of 20 per cent renewable energy sources in its energy consumption by 2020 and that biofuel would account for 10 per cent of the renewable energy use in the transport sector.

Expecting a spike in demand, the EU Renewable Energy Directive has provided a number of sustainability criteria, among them, biofuel production must have minimum greenhouse gas (GHG) savings of 35 per cent by 2010 when compared to fossil fuel.

The directive also said areas with high carbon stock such as peatlands or areas with high biodiversity such as primary forest should not be used for biofuels production.

Basri said there was also the “indirect land use change” criteria, or “iLUC”.

The “iLUC” is the unintended consequence of releasing more carbon emissions due to land use changes induced by the expansion of crop land for biofuel production, the phenomenon whereby producing biomass at one location, rainforests are destroyed at another.

The directive requires the European Commission to prepare a report by 2010 on the issue of iLUC, reviewing the impact that biofuels have, either directly or via displacement, on land use change and associated GHG emissions.

“They are going into iLUC without proper studies,” said Basri, lamenting how palm oil was earlier subjected to one-sided view on its default value with regard to GHG savings.

He said under the EU calculations, palm oil has carbon emission savings of 19 per cent and soyabean 31 per cent, both below the 35 per cent threshold which showed some political manipulation.

“We provide our data but they don’t. My researchers have gone to Brussels but they (the EU) never disclose (their data). They have the final say,” he said.

It was reported that the GHG savings for rapeseed was 38 per cent, sunflower 51 per cent and sugar cane ethanol 71 per cent.

Basri said as the EU’s GHG savings target would gradually be increased from 35 to 60 per cent by 2017, it was critical for Malaysian producers to trap the methane at the mills which would show a much higher GHG savings.

He said the government has provided a RM1.2 billion soft loan and it was up to the industry to take it up to improve their processes.

“If there is this lackadaisical attitude, don’t blame us. The government has done its part with the money and now it is up to the private sector,” he said.

Basri said Malaysia has also cooperated with Indonesia by forming sub-working groups to discuss common strategy with regard to the EU directive.

It was understood the sustainability criteria had been perceived by the palm oil industry in both countries as trade barriers, especially designed against palm oil.

He said the EU was singing the same tune in wanting to make sure that the production of palm oil was sustainable and after this, they would have to think of something else.

“While the recent palm oil mission saw some understanding by the ministers of the countries concerned, they still had to listen to the non-governmental organisations,” he said.

Basri said for example, one of the ministers he met was convinced that palm oil production was sustainable but it would be a great task to convince all the other 26 states within the EU.

He said, however, there were people who understood the situation and hoped that Malaysian companies could enjoy incentives from EU government after certifying palm oil was sustainable.

BERNAMA

JANAKUASA TENAGA OSMOTIK DILANCARKAN

In 1 on November 29, 2009 at 5:18 pm

Prototaip menjana kuasa dengan mengeksploit tenaga yang ada apabila air tawar dan air laut dicampurkan dilancarkan baru-baru ini.

Kuasa osmotik (http://www.statkraft.com/energy-sources/osmotic-power/) adalah sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan bebas emisi yang mana telah diselidiki dan diuji oleh Statkraft selama 10 tahun dan yang mampu untuk menyumbang secara global kepada pengeluaran kuasa mesra-alam.

Potensi global kuasa osmotik

(http://www.statkraft.com/energy-sources/osmotic-power/) dianggarkan kira-kira 1,600-1,700 TWh setahun, bersamaan dengan 50 peratus pengeluaran kuasa keseluruhan Kesatuan Eropah (EU). Loji kuasa osmotik secara prinsipnya, boleh
berada di mana-mana sahaja air tawar mengalir ke laut: ia tidak mengeluarkan bunyi bising atau emisi-emisi yang mencemarkan dan ia boleh disepadukan dalam zon industri yang sedia ada, contohnya, di aras bawah tanah bangunan-bangunan
industri.

laporan selanjutnya di SINI dan SINI

LEBUHRAYA 14.7km BERNILAI RM750 JUTA

In 1 on November 29, 2009 at 8:54 am

Dalam diam-diam penduduk Shah Alam dikejutkan dengan satu lebuhraya bertol.
Lebuhraya yang diuruskan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) kini sudah pun 90 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac tahun depan. Bersedialah untuk membayar tol.

L/Raya Kemuning-Shah Alam Dijangka Beroperasi Pertengahan Tahun Depan

SHAH ALAM, 28 Nov (Bernama) — Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) sepanjang 14.7 kilometer bernilai RM750 juta yang menghubungkan Kota Kemuning di Lebuhraya Kesas dengan Dataran Shah Alam di Lebuhraya Persekutuan dijangka memulakan operasinya pertengahan tahun depan.

Pengurus Besar LKSA Rostam Shahrif Tami berkata lebuhraya itu yang diuruskan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) itu kini sudah pun 90 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac tahun depan.

Rostam berkata projek itu melibatkan pembinaan jajaran baru iaitu dari Kota Kemuning ke Alam Impian, manakala jajaran lama melibatkan pelebaran jalan Persiaran Sultan daripada dua lorong kepada tiga lorong.

Bercakap kepada Bernama ketika ditemui pada majlis sambutan Aidil Adha dan Korban Prolintas di sini hari ini, beliau berkata lebuhraya itu akan mempunyai dua plaza tol iaitu di Alam Impian dan Seri Muda.

LKSA yang mula dibina sejak September 2007 mempunyai enam persimpangan iaitu persimpangan Kota Kemuning, persimpangan Jalan Bukit Kemuning, persimpangan Alam Impian, persimpangan Bulatan Jubli Perak, persimpangan Bulatan Selangor dan persimpangan Bunga Lawang di Lebuhraya Persekutuan.

Rostam berkata laluan di Persiaran Sultan yang dinaik taraf dan dilebarkan oleh pihaknya tidak akan dikenakan sebarang tol, namun bagi mereka yang hendak ke Kota Kemuning dari persiaran ini, mereka akan dikenakan tol yang kadarnya akan diumumkan oleh kerajaan nanti.

Beliau berkata dengan siapnya lebuhraya itu, ia dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Persiaran Kayangan.

Sementara itu Pengurus Komunikasi Korporat dan Pentadbiran Prolintas Mohd Ramali Abu Bakar berkata majlis korban Prolintas adalah acara tahunan di lebuhraya kendalian syarikat itu iaitu di Shah Alam, Sungai Buloh dan Ampang.

“Hari ini kami mengorbankan seekor lembu di Masjid Al-Ubudiyah, Seksyen 19. Kami mengorbankan 12 ekor lembu tahun ini iaitu empat ekor di setiap kawasan berkenaan dan daging korban diagihkan kepada petugas, penduduk setempat dan fakir miskin,” katanya.

BERNAMA

KURSUS BTN SATU SENJATA BN

In 1 on November 27, 2009 at 8:28 am

Masih pada tajuk kursus BTN. Tiga laporan dari Selangorkini. Keratan sebelah menyenaraikan kandungan atau silibus BTN. Sila klik pada imej untuk dibesarkan.

*Selangor Lindungi Penjawat Awam Dari Brainwash BTN

*Khalid : BTN Tolak Sistem Demokrasi Berparlimen

*Henti Penyertaan ke BTN, Exco Sokong Tindakan Kerajaan Negeri

Selangor Lindungi Penjawat Awam Dari Brainwash BTN

SHAH ALAM, 25 Nov – Dalam usaha melindungi penjawat awam Selangor dari tarbiyah ekstrem Biro Tata Negara, kerajaan negeri menghentikan penyertaan pegawai agensi kerajaan negeri dan penuntut di institusi pendidikan milik kerajaan negeri dari menyertai kursus biro itu.

Exco Pendidikan Dr Halimah Ali berkata keputusan ini berkuatkuasa serta merta hari ini selepas siasatan mendapati tarbiyah yang diterapkan BTN mengajak kepada perpecahan dan ketegangan kaum.

“Mereka yang telah melalui kursus Biro Tata Negara ini kebanyakannya adalah satu proses indoktrinasi oleh Kerajaan Barisan Nasional dan ia menimbulkan satu fenomenan yang agak perkauman, di mana ia seolah-olah ingin memecahbelahkan di antara penduduk-penduduk yang pelbagai bangsa dan agama di Malaysia ini”, jelas Dr Halimah.

Terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri, BTN menawarkan kursus bina jati diri kepada penuntut universiti dan penjawat awam.

BTN diwujudkan bagi menanam semangat cintakan negara, namun umum kini melihat biro itu tidak lebih dari unit propaganda BN.

Minggu lalu, tujuh wakil rakyat Pakatan menggesa kerajaan Selangor menghalang kerahan anak-anak murid ke program tarbiyah BTN.

Bercakap dari pengalamannya sendiri, Adun Sri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata peserta kursus diajar mengenai Ketuanan Melayu, PKR ejen Yahudi, DAP proksi Singapura dan Pas gerakan ajaran sesat.

Antara institusi pengajian tinggi milikan kerajaan negeri ialah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Industri Selangor (Unisel), Institut Kemahiran Yayasan Selangor dan Kolej Antarabangsa INPENS.

“Kita akan memberikan satu surat arahan formaliti kepada institusi-institusi yang telah saya sebutkan jabatan dan agensi kerajaan negeri Selangor bersama dengan IPT tentang perkara yang saya sebutkan tadi”, tegasnya.

– MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN/Selangorkini

=================================================================================
Khalid : BTN Tolak Sistem Demokrasi Berparlimen

Shah Alam, 26 Nov-Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan Biro Tata Negara (BTN), kursus yang akan mewujudkan sentimen perkauman dan menolak sistem demokrasi berparlimen.

Katanya sistem ‘check and balance’ tidak lagi menjadi amalam dalam BTN kerana ia tidak memberi peluang kepada rakyat untuk menilai.

BTN juga dikatakan melahirkan sikap prejudis kepada pembangkang sehingga dianggap musuh negara.

“ Kalau digambarkan pembangkang sebagai musuh negara maka itu akan menjejas peranan pembangkang dalam usaha melakukan semak dan timbang ini. Dan ianya akan memberikan gambaran, rakyat yang patriotik, mesti patuh kepada semua kehendak pihak yang memerintah” ujar Khalid.

Semalam kerajaan negeri Selangor mengumumkan akan melindungi penjawat awam di negeri itu dan penuntut-penuntut di institusi pendidikan milik kerajaan negeri.

Bercakap kepada TvSelangor, Khalid berkata, beliau sebulat hati menyokong keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri.

Ujarnya BTN adalah platform kepada kerajaan untuk menyemat prinsip kepada generasi muda dan kaki tangan kerajaan tentang keburukan parti pembangkang dengan melabelkan parti-parti ini sebagai agen negara asing.

“ Maka segala kritikan dan sebagainya tidak akan dilihat dari sudut yang positif, tetapi dilihat sebagai seolah-olah agen kuasa asing dan sebagainya. Dan inilah yang dilakukan oleh BTN sekarang ini”.

Malah ujar beliau, masyarakat di negara ini dipinggirkan hak mereka dari dahulu lagi untuk menilai mana yang benar dan salah.

“Masalah kita ini, negara Malaysia ini ialah kita mewarisi satu sistem satu pemerintahan tanpa memahami selok belok dan rasional di sebalik sistem tersebut”.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron turut menceritakan pengalaman beliau ketika menyertai BTN suatu ketika dahulu.

“ Pernah suatu ketika dahulu, pada awal dahulu sewaktu saya di sekolah menengah, selain daripada lagu anak kecil main api, apa yang paling saya ingat apa yang ditanamkan ialah benci kepada Cina. Suatu ketika kami berlari-lari dari pusat pendidikan di Shah Alam, ketika kita berjumpa sahaja Cina seperti peniaga-peniaga Cina, fasilatator mengatakan ‘lihat itu adalah Cina, dia adalah orang yang merempat di negara kita. Apabila besar nanti,kamu nanti bila sudah besar, mesti ada perasaaan tolak mereka dari negara kita”.

Selangorkini
====================================================================
Henti Penyertaan ke BTN, Exco Sokong Tindakan Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 26 Nov – Senada dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco kerajaan negeri menyokong tindakan menghentikan penyertaan pegawai agensi dan institut pendidikan milikannya dari menyertai Biro Tata Negara (BTN).

Menyifatkan tindakan berkenaan sebagai wajar, Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, kursus BTN banyak merosakkan pemikiran mereka sebagai pelajar.

“Kita mahu pelajar-pelajar Selangor seimbang pada masa yang sama mereka berjaya, cemerlang dalam lapangan pelajaran dan kita tidak mahu pelajar-pelajar ini dikotori pemikiran mereka dengan pemikiran-pemikiran yang berunsur politik kesukuan iaitu akan menjejaskan pembentukan minda mereka dan juga pembentukan peribadi sifat sahsiah mereka”, kata Datuk Hasan Ali.

Sementara itu, Exco Pendidikan Tinggi, Dr Halimah Ali berkata kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh ke atas pegawai jabatan yang dibayar kerajaan negeri, mahasiswa institusi pengajian milik kerajaan negeri serta anak-anak syarikatnya.

Katanya, mana-mana kakitangan kerajaan negeri yang berdegil mengikuti kursus Biro Tata Negara ini, mereka tidak terlepas daripada dikenakan tindakan sewajarnya.

“Kerajaan Negeri mempunyai kuasa di atas segala peraturan-peraturan, apa kursus yang mereka perlukan, apa latihan yang mereka perlu lalui. Kita mencari jalan macam mana, apa tindakan akan kita ambilkan”, kata Halimah Ali.

Beliau turut menyarankan supaya kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lain mengambil tindakan sama.

MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN/selangorkini
===================================================================================
Kursus BTN

BILA KECIL MAIN API SUDAH BESAR JUAL TANAH

In 1 on November 26, 2009 at 7:16 pm

Lirik lagu: ANAK KECIL MAIN API

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

LIRIK DIUBAHSUAI


Lagu Warisan dan Politik Perkauman


MITOS, KONSTRUKSI SOSIAL DAN KEMUNCULAN INTELEKTUAL ORGANIK DALAM SEJARAH NEGARA

JANGAN BUNUH INTELEKTUALISME DI KALANGAN WAKIL RAKYAT

In 1 on November 26, 2009 at 8:28 am

Syabas Datuk Timbalan Menteri. Satu pengamatan yang kritis dan ilmiah. Apa kata Datuk terjemahkan tulisan yang baik ini kepada realiti politik semasa di mana wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak dibenarkan masuk dan melawat sekolah rendah, menengah serta IPTA/IPTS. Mari kita berhujah secara intelektual dan rasional kenapa kami dihalang masuk ke IPTA dalam program yang bersifat ilmiah? Adakah kami bukan rakyat Malaysia? Adakah kami bukan pembayar cukai?

Adakah kehadiran kami di pentas politik tanahair tanpa diundang? Kami dilantik oleh Rakyat pada PRU ke 12 tahun 2008 secara sah di sisi undang-undang? Kenapa rampas hak kami dalam rangka melaksanakan tugas serta tanggungjawab kami?

Jangan bunuh intelektual

Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)

Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis dan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) intelektual. Namun, sebagai manusia biasa, beliau tidak bebas daripada kelemahan. Begitu juga intelektual lain. Justeru, mereka boleh dikritik. Tetapi, cara beliau diserang baru-baru ini adalah tidak adil. Begitu juga dengan cara intelektual lain yang pernah diserang.

Islam meletakkan intelektual/ulama di tempat tertinggi, iaitu sebagai pewaris para Nabi (Hadis riwayat At-Tirmidzi). Kita memerlukan intelektual untuk mendefinisi, meneroka, membentuk, membangunkan, mempertahankan dan meneruskan tamadun dan peradaban.

Membina intelektual yang hebat, kelas pertama dan bertaraf dunia bukanlah mudah. Kita melakukan segala-galanya untuk melahirkan dan memperkukuhkannya. Antaranya, ialah menyediakan pensyarah universiti berkelulusan PhD atau setaraf.

Kita juga berusaha mewujudkan iklim yang kondusif untuk membangunkan intelektual dan meningkatkan peranannya. Antaranya ialah melonjakkan budaya ilmu, menggalakkan debat, merancakkan penyelidikan dan memperbanyakkan penulisan.

Menurut Syed Hussein Alatas (1977), dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun, definisi intelektual ialah “orang yang memusatkan diri untuk memikirkan idea dan masalah, bukan kebendaan, dengan menggunakan kemampuan akliahnya”.

Menurutnya lagi, “Pengetahuan tentang suatu pokok permasalahan tertentu atau memiliki sesuatu gelar tertentu belumlah membuat orang menjadi intelektual, walaupun hal ini sering kali berdampingan: banyak didapati pemegang gelar dan profesor yang tidak memusatkan diri untuk mengembangkan bidang mereka atau berusaha menemukan pemecahan atas masalah tertentu dalam bidangnya. Sebaliknya, orang yang tanpa kelayakan akademik dapat menjadi intelektual apabila dia memanfaatkan kemampuan berfikirnya dan memiliki pengetahuan yang cukup mengenai pokok bahasan yang diminatinya.”

Intelektual diharapkan memikul amanah tamadun dan peradaban dengan sebaik-baiknya. Mereka perlu mengelakkan diri daripada menjadi fenomena di US, iaitu yang disebut oleh Frank Furedi (2004) dalam bukunya Where Have All the Intellectuals Gone?, di mana pemikir seperti Betrand Russel, Raymond Williams atau Hannah Arendt, iaitu tokoh yang mempunyai ilmu yang tulen, visi yang luas dan prihatin terhadap isu-isu masyarakat telah diganti oleh peramal yang dangkal, pengkaji yang apologis dan pakar pemutar isu.

Intelektual subur dalam masyarakat yang menghayati budaya ilmu, yang menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (1991) dalam bukunya, Penjelasan Budaya Ilmu, ialah masyarakat yang meletakkan ilmu dan ilmuwan di tempat tertinggi, sentiasa menuntut, mengembang dan mengongsi ilmu serta setiap keputusan adalah berasaskan ilmu.

Malangnya, dalam sejarah, berlaku beberapa tragedi intelektual dibunuh. Di barat, ada intelektual dibunuh kerana bertentangan pendapat dengan pihak berkuasa agama. Di timur, ada Revolusi Kebudayaan yang mengorbankan satu generasi intelektual. Di sini, intelektual Kaum Muda dihentam Kaum Tua.

Antara ciri-ciri lazim intelektual dan penentangnya ialah:

1. Intelektual berusia muda, walaupun ada yang berumur. Penentangnya lebih tua, atau kalaupun muda, tetapi tua pemikirannya.

2. Intelektual rajin menulis buku dan rencana, membentang kertas kerja di seminar ilmiah, menjadi kolumnis, sering diundang media elektronik serta ada laman web, blog dan sebagainya. Penentangnya kurang rajin.

3. Intelektual aktif mengeluarkan pendapat tanpa ragu atau ampu. Penentangnya kurang aktif.

4. Intelektual kritis, progresif dan adakalanya berbeza dengan pemikiran arus perdana. Penentangnya jumud, sering bersama arus perdana, manakala arus perdana adakalanya tidak mempunyai apa-apa pemikiran pun.

5. Intelektual artikulasi. Penentangnya tidak mampu berhujah.

6. Intelektual menggunakan pendekatan bijaksana, dinamik dan sesuai dengan keperluan kontemporari. Penentangnya terikat dengan pendekatan lama yang ditolak kumpulan sasar.

Antara cara penentangan yang lazim terhadap intelektual ialah:

1. Tuduh pendapat intelektual bukan idea baru tetapi idea lama yang dikitar semula. Sebenarnya, penentangnya tidak mengikuti atau memahami idea baru yang disampaikan intelektual. Kalaupun ada idea lama yang diungkap semula, bukankah sentiasa ada manusia baru yang perlu diulangkan ajaran yang sama? Contohnya, guru yang sama perlu mengajar subjek yang sama setiap tahun kerana menerima murid baru.

2. Tuduh intelektual bincang perkara ranting dan bukan fundamental atau prioriti. Sebenarnya, penentangnya tidak mengikuti atau memahami ketika banyak perkara fundamental dan prioriti dibincangkan intelektual, lalu diambillah perkara ranting itu untuk ditonjolkan.

3. Tuduh intelektual membawa faham yang salah. Sebenarnya, penentangnya tidak tahu pun apa yang dikatakan salah itu, tidak tahu bahawa apa yang dikatakan salah itu tidak salah pun, dan tidak sedar bahawa dirinya sendiri pun menggunakan apa yang dikatakan salah itu.

4. Tuduh intelektual mengelirukan. Sebenarnya, penentangnya tidak selesa dengan tradisi ilmu yang menggalakkan debat dan lebih suka menggunakan kuasa untuk menutup mulut orang lain.

5. Tuduh intelektual menonjolkan diri. Sebenarnya, penentangnya yang tidak berbuat apa-apa dan iri hati melihat orang lain lebih.

6. Tuduh intelektual rapat dengan orang yang dianggap kurang baik. Sebenarnya penentangnya bersifat prejudis, menganggap dirinya sempurna.

7. Tuduh intelektual mencerca ulama. Sebenarnya intelektual bukan “mencerca”, tetapi “mengkritik”, yang digalakkan tradisi ilmu. Kecualilah jika ulama maksum lalu tidak boleh dikritik. Masalahnya, ada yang mendakwa ulama itu bukan pun ulama.

Tetapi, apa yang lebih penting ialah mengapakah dibezakan antara “intelektual” dan “ulama”? Masihkah ingin diteruskan unsur sekularisme dalam menguruskan Islam dengan mewujudkan golongan penguasa dan pendominasi agama serta terus menerus memisahkan intelektual dengan ulama?

Lupakah kita pada usaha-usaha, contohnya, “pengislaman ilmu” oleh Ismail Faruqi dan “mengintelektualkan ulama dan mengulamakkan intelektual” oleh Mohd Natsir?

8. Tuduh intelektual muda kurang pengalaman atau tidak menghormati orang tua. Sebenarnya penentangnya lupa bahawa dunia telah berubah. Pengalamannya mungkin tidak lagi relevan, hormat perlu diusahakan bukan dipaksakan dan kini wujud konsep baru seperti penghakupayaan dan partisipasi orang muda.

9. Larang intelektual bercakap tajuk tertentu. Ini bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara.

10. Utamakan seniority dalam peruntukan penyelidikan atau lantikan jawatan hingga intelektual ketinggalan. Ini bertentangan dengan nilai kecemerlangan.

11. Cari, malahan cipta, kelemahan intelektual. Ini dendam peribadi.

12. Apabila berlaku pertelingkahan antara intelektual dan penentangnya, maka penentangnya mencadangkan agar berdamai. Tetapi, perdamaian perlu dilaksanakan dengan adil.

Apabila intelektual yang diserang mempertahankan haknya, penentangnya tidak mampu berhujah, lalu menyelamatkan diri dengan mencadangkan berdamai. Kalau perkara ini berulang, maka intelektual akan sentiasa menjadi mangsa penentangnya dalam fenomena pembulian intelektual.

Kesimpulannya, kita perlu memperkukuh, bukannya membunuh intelektual.

PROGRAM BTN ANTI 1MALAYSIA

In 1 on November 26, 2009 at 7:46 am


Selangor rasmi boikot program BTN

Selangor melarang penyertaan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya hadir di program anjuran Biro Tatanegara (BTN), kata exco pendidikan tingginya Dr Halimah Ali.

Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.

Empat buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Antarabangsa INPENS dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor.

Selain menghentikan penyertaan pelajar, seperti didesak, keputusan itu turut meliputi kakitangan kerajaan negeri dan pegawai semua anak syarikat kerajaan itu, tambahnya.

Dalam sidang medianya di Shah Alam selepas mesyuarat itu, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai “indoktrinasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) seolah-olah ingin memecah belah penduduk pelbagai bangsa dan agama.”

“Rata-rata (peserta BTN) termasuk anak saya sendiri, mereka kadang-kadang dibekalkan dengan buku kecil yang mengandungi pelbagai perkara yang menimbulkan kebencian kepada (pihak) yang dikatakan pembangkang kepada kerajaan Malaysia,” kata wakil rakyat PAS itu.

“Oleh kerana ia tidak memberi satu perkara yang positif, tambahan pula kepada minda yang begitu muda ini, maka kita rasa ia tidak perlu dan menghabiskan wang rakyat.”

Minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam Pakatan menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.

ADUN-ADUN yang terlibat: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).

Abdul Rahim Sabri/malaysiakini

TAKIYUDDIN PENOLONG S/U AGUNG PAS BARU

In 1 on November 25, 2009 at 9:35 am

Antara tugas dan tanggungjawab Dato Takiyuddin ialah hal-hal berkaitan pendaftaran ahli baru PAS, pendaftaran pertubuhan berkaitan PAS dan hal ehwal pakatan rakyat

Takiyuddin Hassan dilantik Penolong Setiausaha Agung PAS

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat baru baru ini telah bersetuju melantik Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS.

Beliau akan membantu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dalam hal-hal berkaitan pendaftaran ahli baru PAS, pendaftaran pertubuhan berkaitan PAS dan hal ehwal pakatan rakyat.

Di peringkat PAS negeri Kelantan, beliau adalah Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Kota Bharu.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payung merupakan exco kerajaan negeri Kelantan memegang potfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan.

Harakahdaily