drhalimahali

GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR

In 1 on December 8, 2009 at 1:21 am

Gangguan Bekalan Air Di Selangor Pada 8 , 9 Dan 15 Dis

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Gangguan bekalan air sementara akan berlaku di beberapa kawasan sekitar Petaling Jaya dan Hulu Selangor berikutan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sedang melaksanakan kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan bekalan air di beberapa kawasan di sekitar Selangor.

Menurut kenyataan Syabas pada Sabtu, gangguan akan berlaku di keseluruhan flat dan kondominium di Flora Damansara, Wilayah Petaling pada Selasa depan iaitu dari 10 malam sehingga 3 pagi keesokannya akibat kerja-kerja pemasangan injap kupu-kupu di Damansara Perdana oleh pemaju Saujana Triangle Sdn Bhd.

Gangguan bekalan air juga akan berlaku di Taman Seruling, Wilayah Hulu Selangor pada Rabu depan iaitu dari 7 pagi sehingga 7 malam akibat kerja-kerja henti tugas loji rawatan air Kuala Kubu Baru bagi kerja pencucian kolam imbangan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd.

Pada 15 Dis pula, gangguan bekalan air akan berlaku di Kampung Lembah Kinrara, Puchong; PJS 8/8 hingga PJS 8/14; Kondominum Suriamas, PJS 10/11; dan Mentari Court, PJS 8/9 akibat kerja-kerja pemasangan ‘meter tekanan air’ di saluran keluar kolam air Bukit Dengkil 10MG, Wilayah Petaling.

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL , dan hantar ke 39222.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: