drhalimahali

SAINTIS SINGAPURA CIPTA KAEDAH KESAN SERANGAN JANTUNG

In 1 on December 10, 2009 at 2:42 am

‘Troponin’ dan kreatinin adalah protein kompleks daripada otot jantung yang diserapkan ke dalam darah apabila sel dan tisu jantung rosak selepas serangan jantung akibat salurnadi tersumbat.

Maka peningkatan kadar ‘troponin’ atau kreatinin kinase dalam darah boleh memaklumkan kepada doktor bahawa serangan jantung telah berlaku.

Caranya ialah menggunakan teknologi dawai paling kecil yang diperbuat daripada silikon semikonduktor sebagai pengesan bio (bio-sensors), dan hanya memerlukan setitik darah.

Singapura Bangun Sistem Pantas Untuk Diagnosis Serangan Jantung

SINGAPURA, 8 Dis (Bernama) — Pakar penyelidik Singapura telah membangunkan sebuah sistem bersepadu sensitif dan pantas untuk menguji enzim kardiak atau biomarkers khusus dalam darah.

Berbanding ujian konvensional ELISA (Enzyme Linked Immunosorbent Assay), sistem bersepadu terbaru itu memendekkan masa persediaan sampel dan analisa dari enam jam kepada 45 minit sahaja, menurut Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR)).

Dalam kenyataan Selasa, A*STAR berkata sistem terbaru ciptaan kumpulan penyelidik di Institut Mikroelektronik menunjukkan kemampuan kepelbagaian di mana ia boleh mengukur beberapa biomarkers kardiak secara serentak, dengan menyumbang kepada butiran terperinci dan penentuan diagnosis.

Sistem bersepadu berasaskan silikon, yang menggunakan teknologi dawai paling kecil yang diperbuat daripada silikon semikonduktor sebagai pengesan bio (bio-sensors), juga turut mengurangkan pembedahan invasif kerana ia hanya memerlukan setitik darah.

Biomarkers kardiak, seperti ‘troponin-T’ dan kreatinin kinase adalah bahan protein yang digunakan untuk diagnosis serangan jantung.

‘Troponin’ dan kreatinin adalah merupakan protein kompleks daripada otot jantung yang diserapkan ke dalam darah apabila sel dan tisu rosak selepas serangan jantung.

Oleh itu, peningkatan kadar ‘troponin’ atau kreatinin kinase dalam darah boleh memaklumkan kepada doktor bahawa serangan jantung telah berlaku.

Dalam insiden disyaki berlaku serangan jantung, ciri-ciri terbaru dalam sistem ini boleh menjimatkan masa dalam membantu doktor melakukan pengesanan yang tepat untuk diberi rawatan perubatan, kata A*STAR.

A*STAR merupakan agensi utama dalam memupuk penyelidikan saintifik bertaraf dunia dan bakat dalam dunia perubatan.

BERNAMA

Animasi Jantung Berdenyut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: