drhalimahali

JOM KERJA WAHAI ANAK SELANGOR

In 1 on December 11, 2009 at 3:49 am
KENYATAAN MEDIA

10 DISEMBER 2009


SELANGOR TERUSKAN PROGRAM JOM KERJA

(gambar 1) – YB Dr Halimah Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan sedang menyampaikan ucapan beliau di Majlis Pelepasan ‘Flag Off’ Jelajah Jom Kerja Daerah Kuala Langat.

(gambar 2)- YB Dr Halimah Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan sedang melepaskan para peserta Jelajah Jom Kerja Daerah Kuala Langat.

Majlis Pelepasan ‘Flag Off’ Jelajah Jom Kerja Daerah Kuala Langat telah disempurnakan oleh YB Dr Halimah Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan pada jam 9.30 pagi di Tempat Letak Kereta Uptown Banting (depan Bazar Banting), hari ini.

Program diikuti dengan peserta jelajah yang disertai oleh Briged Amal Selangor dan kakitangan-kakitangan Kerajaan Negeri memulakan konvoi ke kawasan kampung-kampung untuk menghebahkan “walk-in interview” kepada mayarakat setempat selama dua hari (10 dan 11 Disember). “Walk-ni interview” ini akan diadakan di Dewan Sri Jugra, Banting pada 14-15 Disember 2009 bermula pada pukul 9.00pg – 5.00ptg.

Hampir 20,000 peluang pekerjaan perlu direbut oleh penduduk tempatan kesan daripada ekonomi yang semakin baik.

Antara objektif program ini adalah untuk memastikan penduduk tempatan diberi keutamaan dalam merebut peluang pekerjaan yang ada. Ianya juga selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Selangor untuk meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pengurangan pengangguran.

Siri Jelajah Jom Kerja Daerah Klang pula akan seterusnya diadakan pada 8 dan 9 Januari 2010. Penjelajahan dan hebahan di setiap kawasan dan kampung-kampung dan diikuti dengan “walk in interview “ pada 9-10 Januari 2010 di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah/Tanah Klang.

Calon-calon yang berminat boleh pergi ke salah satu siri Jelajah Jom Kerja dengan membawa bersama sijil-sijil dan dokumen yang berkenaan. Sebarang maklumat boleh berhubung dengan Encik Daniyal di talian 03-55447515.

SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: