drhalimahali

ISTIADAT PENGANUGERAHAN, PENGURNIAAN DARJAH DAN BINTANG KEBESARAN NEGERI SELANGOR

In 1 on December 12, 2009 at 6:25 am
SEBARAN MEDIA

10 DISEMBER 2009

ISTIADAT PENGANUGERAHAN, PENGURNIAAN DARJAH DAN BINTANG KEBESARAN NEGERI SELANGOR

Bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Yang ke-64, Istiadat Penganugerahan, Pengurniaan Darjah Dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan akan dilangsungkan pada 12 Disember (Sabtu) pada jam 9.00 pagi di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dijadualkan akan berangkat masuk ke Balairung Seri pada jam 9.30 pagi. DYMM Sultan Selangor berkenan untuk menyampaikan Titah Ucapan selepas Istiadat tersebut.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri, Puan Sri Salbiah Tunut dijangka akan tiba pada jam 9.00 pagi.

YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menyembah Ucapan Taat Setia sambil diapit oleh YB Teresa Kok, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan yang mewakili kaum Cina dan YB Tuan Dr Xavier Jayakumar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, mewakili kaum India.

Sebelum Istiadat Penganugerahan, Pengurniaan Darjah Dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan berlangsung, Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama akan diadakan pada jam 8 pagi di Padang Mahkota, Istana Alam Shah, Klang.

SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR

NOTA: Wartawan dan Jurufoto yang hadir MESTI memakai Baju Kebangsaan lengkap bersongkok hitam dan bersampin(Lelaki). Untuk wanita, berbaju kurung, sopan dan bersesuaian.

Warna Larangan: Kuning dan Putih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: