drhalimahali

PERASMIAN MASJID BANDAR DIRAJA KLANG (dwibahasa)

In 1 on December 12, 2009 at 6:30 am

DYMM Sultan Selangor bertitah semasa merasmikan Masjid Bandar Diraja Klang hari ini perihal tauliah serta fungsi masjid.


Sultan: Dapatkan tauliah berdakwah di S’gor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa pihak yang ingin berdakwah dan mengajar agama di negeri itu perlu mendapatkan tauliah dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi memastikan dakwah yang disampaikan betul dan mengelakkan pengembangan ajaran sesat.

Baginda bertitah, tauliah daripada Mais merupakan salah satu cara untuk memastikan perpaduan ummah yang kukuh di negeri itu, tidak dirosakkan melalui dakwah fahaman yang berpuak-puak dan juga dakwah atau pengajaran mengelirukan yang boleh memecah belahkan kesatuan umat Islam di Selangor.

“Jawatankuasa Tauliah Mais telah menguatkuasakan kaedah-kaedah tauliah yang diberi di bawah Seksyen 118 (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 yang memperuntukkan penalti bagi kesalahan mengajar agama Islam tanpa tauliah.

“Justeru, sebagai Muslim yang benar-benar beriman kepada Allah maka patuhilah ajaran agama Allah yang kita anuti ini, jadilah individu yang bertakwa dengan melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan segera apa yang dilarangnya,” titah baginda semasa merasmikan Masjid Bandar Diraja Klang hari ini.

Turut berangkat ke majlis perasmian itu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Baginda bertitah, adalah perlu Jais membuat pengawalan, terutama berhubung ceramah atau pengajaran agama Islam di negeri itu, kerana ramai orang dari luar yang datang ke Selangor, sebahagiannya bukan hanya mencari rezeki, tetapi juga berdakwah serta mengajar perkembangan agama Islam.

Titah baginda segala peraturan dan prosedur yang dibuat bertujuan untuk pembangunan agama Islam dan perpaduan ummah hendaklah dipatuhi supaya umat Islam dipandang mulia dan dapat dihayati oleh umat bukan Islam untuk mendekati serta memahami agama Islam yang sebenarnya.

“Akhir-akhir ini terlalu banyak permasalahan sosial berlaku dalam masyarakat kita antaranya permasalahan perpaduan umat Islam, ajaran sesat, fanatik berkumpulan, fahaman ekstremis dan keruntuhan moral di kalangan muda-mudi kita yang kesemuanya memerlukan kepada kekuatan dan kebijaksanaan kita untuk saling bekerjasama mencari jalan penyelesaiannya,” titah baginda.

Baginda turut mengingatkan, walaupun terlalu banyak isu fitnah dan hasutan, salah faham, perselisihan dan perpecahan berlaku pada masa ini, semua pihak harus sedar bahawa cabaran itu bukan sahaja datang dari luar tetapi juga dari kelemahan, kelalaian, kejahilan dan permasalahan dalaman pihak itu sendiri yang kurang peka terhadap perihal agama, anak bangsa dan negara.

“Kadangkala sikap yang terlalu optimis dengan ideologi kumpulan masing-masing dan memperbesarkan isu-isu yang remeh temeh menyebabkan perpecahan dan sengketa di antara ummah,” titah baginda.

Mengulas mengenai fungsi masjid, Sultan Selangor bertitah selain menjadi pusat ibadah bagi seluruh umat Islam, masjid perlu berperanan sebagai pusat penjanaan, pembinaan kekuatan ummah dan penyatuan umat Islam secara menyeluruh.

Baginda bertitah keberkesanan institusi masjid bukan terletak kepada rekabentuk dan kelengkapan peralatan serta kemewahan sesebuah masjid itu sendiri.

Tetapi, titah baginda, ianya wujud sekiranya sesebuah masjid itu dapat memenuhi pengisiannya yang dapat menyatukan masyarakat, komitmen dan serius dalam mengatur strategi dakwah serta dapat menyelesaikan perselisihan dan perbalahan dalam kariah dan membina serta membimbing masyarakat ke arah kebaikan.

Sultan Selangor dalam pada itu menasihatkan rakyat supaya mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan huru-hara yang menjejaskan keharmonian dan keamanan negeri itu.

“Laksanakanlah pelbagai langkah untuk memulihkan keadaan ekonomi kita agar kemampuan berbelanja tidak terjejas, kebajikan untuk golongan fakir miskin tidak dilupakan dan keupayaan untuk menunaikan zakat yang banyak dapat dilaksanakan,” titah baginda. –
================================================================================
Get Mais’ Permission To Preach In Selangor – Sultan

KLANG, Dec 11 (Bernama) — Islamic preachers must seek permission from the Selangor Islamic Religious Council (Mais) if they want to give religious talks in the state, said the Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

He said this was to ensure that the Islamic teachings were accurate as well and to prevent the spread of deviationist teachings.

The Sultan said Mais’ certification would ensure that Muslim unity in the state would not be undermined by sectional and confusing dakwah (religious preaching), which could split Muslims in Selangor.

“The Mais Certification Committee has enforced the certification procedures under Section 18 (4) of the Selangor Islamic Administration 2003, which stipulated penalties for teaching without certification.

“As such, Muslims, who are subservient to Allah, should abide by the teachings of Allah, which we professed, devote to the divine decrees and quickly refrain from doing what were disapproved,” he said when opening the Klang Royal Town Mosque here on Friday.

The Sultan said it was important that the Selangor Islamic Religious Department (Jais) regulate Islamic talks or teachings in the state as some outsiders merely sought monetary gains and not to propagate Islam earnestly.

He said regulations and procedures, which were aimed at advancing Islamic development and Muslim unity, must be abided by to ensure that Islam would be held in high regard and respected by non-Muslims.

“Of late, many social problems occurred in the society, including Muslim disunity, deviationist teachings, group fanatics, extremism and moral decadence among youths, which called for strong resolve and wisdom to solve them,” he said.

Sultan Sharafuddin said slanders and instigations, bickering and disunity were not only due to outside factors but also due to weaknesses, negligence, ignorance and internal problems.

“Sometime the tendency to become over-optimistic and blowing-up petty issues out of proportion can cause disunity and disputes among ummah,” he added.

On mosque, he said besides being a place of worship, it should become centre of garnering Muslim’s strength and unity.

He said the effectiveness of the mosque institution did not hinge on its design, equipment and wealth, but whether it could be capitalised to unite the community and lay out dakwah strategy and solve misunderstandings in the community.

The Sultan also advised the people to refrain from making speculations which could cause upheaval as it could affect harmony and stability.

“Carry out efforts to revive the economy so that the purchasing power of the people is not affected, the welfare of the poor is not neglected and the ability to pay tithes is not impinged,” he said.

Also present were the Raja Muda of Selangor, Tengku Amir Shah and Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: