drhalimahali

11.08 JUTA PEMILIH BERDAFTAR, 66,616 DIKELUARKAN DARI REKOD PEMILIH & SETENGAH JUTA RAKYAT PERAK BELUM MENDAFTAR

In 1 on December 17, 2009 at 2:57 am

Sehingga September 2009, jumlah pemilih pendatar terkini ialah seramai 11.08 juta. SPR juga telah mengeluarkan sebanyak 66,616 nama daripada rekod pemilih berdaftar akibat pertukaran alamat, kematian atau dilucut kewarganegaraan.
Sementara itu setengah juta penduduk Perak belum mendaftar sebagai pengundi.

*SPR Perakui Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2009

*500,000 penduduk Perak belum daftar pengundi

SPR Perakui Daftar Pemilih Tambahan Suku Ketiga 2009

PUTRAJAYA, 2 Dis (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperakui Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun ketiga 2009, iaitu dari Julai hingga September, menjadikan jumlah pemilih pendatar terkini seramai 11.08 juta.

Menurut kenyataan SPR, DPT suku tahun ketiga mengandungi 81,625 pemilih yang terdiri daripada 67,502 permohonan pemilih baru dan 14,123 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

SPR juga mengeluarkan sebanyak 66,616 nama daripada rekod pemilih berdaftar akibat pertukaran alamat, kematian, dilucut kewarganegaraan dan sebagainya.

“Dengan pengesahan DPT Suku Tahun Ketiga 2009, jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setelah dicantumkan dengan Daftar Pemilih Induk Tahun 2008 adalah seramai 11,085,863 orang,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan akhbar turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu dalam usaha SPR membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia.

“SPR memohon kerjasama mana-mana waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur waris-waris mereka yang telah meninggal dunia kepada SPR.

“Waris-waris boleh menghantar salinan tersebut secara pos atau faks atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri ataupun ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya,” menurut kenyataan itu.

Pemilih berdaftar turut digalakkan untuk menyemak Daftar Pemilih Induk 2006 bagi tujuan membuat pembetulan ke atas sebarang kesilapan seperti ejaan nama, nombor kad pengenalan, alamat, jantina dan sebagainya.

Orang ramai yang berminat boleh membeli DPT Suku Tahun Ketiga 2009 dengan membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi SPR di 03-8885 6500, mana-mana Pejabat Pilihanraya Negeri ataupun di laman web http://www.spr.gov.my.

— BERNAMA

500,000 penduduk Perak belum daftar pengundi

Kira-kira 500,000 daripada 2.37 juta penduduk Perak yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih terutama golongan muda yang berumur 21 tahun ke atas, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri, Ahmad Adli Abdullah.

Beliau berkata angka tersebut berdasarkan rekod sehingga April tahun ini.

Beliau berkata mereka yang layak mengundi sewajarnya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mendaftar sebagai pemilih bagi memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat.

“Orang ramai masih kurang kesedaran mengenai kepentingan mengundi sedangkan satu undi membawa erti yang besar dalam setiap pilihan raya,” katanya pada majlis menyerahkan kain rentang SPR bagi tujuan promosi daftar pemilih kepada Pos Malaysia cawangan Perak di Ipoh hari ini.

Pengurus Besar Pos Malaysia cawangan Perak Mohd Azizi Mohd Sanusi berkata Pos Malaysia ingin turut membantu kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab sosial pada negara dengan menyediakan kemudahan bagi orang ramai mendaftar sebagai pemilih.

“Seperti hari ini, Pos cawangan Perak akan membantu SPR untuk mencapai objektif yang disasarkan pada tahap minimum melalui 84 pejabat pos di seluruh negeri yang beroperasi untuk menyediakan perkhidmatan ini (pendaftaran pemilih),” katanya.

BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: