drhalimahali

RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN ALA BARISAN NASIONAL

In 1 on December 18, 2009 at 9:01 am

Hanya 66 daripada 137 Ahli Parlimen atau WAKIL RAKYAT BN hadir ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.

Seramai 74 ahli parlimen BN tidak hadir di Dewan Rakyat . Yang lainnya ….

Hanya majoriti tiga undi saja bagi meluluskan Bajet 2010 menerusi undi belah bahagian, iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.

Tindakan terhadap ahli parlimen BN ponteng

Datuk Seri Najib Razak berkata kegagalan ramai ahli parlimen BN hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 awal minggu ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Sambil memandang serius perkara itu, perdana menteri dilaporkan berkata arahan sudah diberikan supaya semua timbalan menteri dan ahli parlimen hadir pada persidangan itu.

“Saya sudah dapat senarai mereka yang tak hadir dan kita akan menyusulinya dengan tindakan sewajarnya.

“Sekurang-kurangnya kita kena buat satu perjumpaan untuk mengingatkan tanggungjawab mereka untuk hadir pada persidangan Parlimen,” Najib dipetik berkata pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Copenhagen malam tadi.

Beliau mengulas majoriti tiga undi saja bagi meluluskan Bajet 2010 menerusi undi belah bahagian, iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.

Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terpaksa bergegas dari majlis di ibu negara untuk memastikan Bajet 2010 diluluskan dalam undian pada 11.15 malam Isnin lalu.

Seramai 74 ahli parlimen BN tidak hadir di Dewan Rakyat ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.

Kehadiran ahli parlimen BN cuma 48 peratus, iaitu 66 daripada 137 anggota, berbanding 77 peratus anggota pembangkang, iaitu 63 daripada 82 anggota.

Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: