drhalimahali

PEMIMPIN POLITIK NEGARA HARUS TERLIBAT DENGAN PERKEMBANGAN ILMU

In 1 on December 19, 2009 at 10:51 pm

SHAH ALAM, 18 Dis – Pemimpin politik bagi sesebuah negara perlu mengamalkan dan mempraktikkan ilmu sains dan teknologi dalam mengatur halatuju dan matlamat negara supaya dapat dicontohi rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, segala usaha yang ingin dilakukan haruslah dimulakan dengan pempimpin itu sendiri yang turut mempraktikkan segala ilmu untuk manfaat semua.

“Bukan sahaja mereka ini mencapai satu pencapaian cemerlang sehingga boleh melahirkan saintis yang dianggap ‘expert’ atau pakar di dunia tetapi mereka harus membawa satu gelombang di kalangan rakyat masing2 termasuk juga pemimpin politik negara mereka,” beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan penutupan hari terakhir Persidangan Akademik Sains Islam Dunia ke 17 di Hotel Concorde, di sini, semalam.

Halimah berkata, hanya 4 peratus daripada penemuan sains yang dimanfaatkan dan menghasilkan produk kerana kebanyakan penemuan tersebut sukar difahami masyarakat dan usahawan.

Menurutnya, kerajaan harus berusaha supaya setiap penemuan ini dapat diintegrasikan supaya boleh digunapakai membangunkan negara sekali gus memberi kebaikan kepada semua rakyat.

“Bagaimana ilmu sains dan teknologi ini apabila menjadi satu ilmu, satu penemuan baru, boleh dimanfaatkan. Apa yang kita dengar hanya 4% drpd penemuan baru drpd penyelidikan yang sukar oleh saintis yang mengambil masa lama dan menelan belanja tinggi dijadikan produk baru dan memanfaatkan masyarakat dan Negara kerana seakan ada pemisah di antara saintis dengan usahawan,” katanya.

Halimah berkata, bagi mewujudkan sebuah Negara Islam yang maju, satu bajet atau peruntukan yang mencukupi perlu disediakan untuk tujuan kajian dan penyelidikan (R&D) dalam bidang sains dan teknologi kerana dapat membawa kepada pembangunan negara.

Katanya, ilmu harus diintegrasikan dalam kehidupan seharian supaya penemuan sains dan teknologi ini dapat digunakan sepenuhnya menghasilkan produk baru untuk kebaikan semua.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi kefahaman kepada masyarkat tentang penemuan sains dan teknologi ini agar dapat menghubungkan peranan ahli sains dengan usahawan supaya penemuan sains itu tidak ditinggalkan begitu sahaja.

Sementara itu, Halimah berkata, persidangan kali ini turut dihadiri 34 negara yang mengambil bahagian termasuk Gambia, Uzbekistan dan Russia.

Halimah berpendapat, untuk mencapai matlamat tersebut, permasalahan asas seperti masalah literasi harus diatasi terlebih dahulu.

FANSURINA ABDULLAH/SELANGORKINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: