drhalimahali

TAHNIAH UNTUK SEMUA KERANA BERJAYA CEMERLANG

In 1 on December 26, 2009 at 1:03 am

SM Imtiaz, Besut, dan SM Imtiaz, Kuala Berang, Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya dan Sekolah Agama Persekutuan Kajang serta SM Agama Persekutuan Labu, muncul sekolah menengah agama terbaik.

Sekolah Berasrama Penuh terbaik ialah Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu, Sekolah Dato Abdul Razak dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, serta SM Sains Tengku Abdullah, Raub.

Sekolah harian terbaik termasuk SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi, Selangor, SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu, SMK Sultan Badlishah, Kulim, dan SMK Sultanah Asmah, Alor Setar serta SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.


PMR: 28,188 Pelajar Peroleh Semua A

PUTRAJAYA, 24 Dis (Bernama) — Seramai 28,188 pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini berbanding 26,378 pada tahun lepas.

Ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan itu di sini Khamis, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya.

Beliau berkata calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008 manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya.

Alimuddin berkata prestasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Punjabi menurun sedikit menurun.

“Peratusan berbanding tahun lepas untuk yang memperoleh semua A dalam BM menurun daripada 26.3 peratus kepada 25.6 peratus tahun ini, BI pula menurun daripada 16.4 peratus kepada 16.1,” katanya.

Terdapat peningkatan daripada 25.6 peratus kepada 26.7 peratus dalam bilangan pelajar yang memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik manakala bagi mata pelajaran Sains ia naik daripada 17.2 peratus kepada 18.5 peratus.

Alimuddin berkata untuk pelajar istimewa pula, daripada 134 yang mengambil peperiksaan itu tahun ini, tujuh orang mendapat Semua A.

Pelajar istimewa, Siti Raihan Abdul Nasir dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah, yang rabun, berjaya memperoleh 9A.

Dua lagi pelajar istimewa lain yang juga mengalami masalah rabun, Debbie Lim Huey Chin dari SMK Sultan Ismail dan Muhammad Azfar Firdaus Azlah dari SMK Dato Penggawa Barat di Johor Bahru, memperoleh 8A.

Sekolah harian terbaik termasuk SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi, Selangor, SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu, SMK Sultan Badlishah, Kulim, dan SMK Sultanah Asmah, Alor Setar serta SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

Sekolah Berasrama Penuh terbaik pula ialah Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu, Sekolah Dato Abdul Razak dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, serta SM Sains Tengku Abdullah, Raub.

SM Imtiaz, Besut, dan SM Imtiaz, Kuala Berang, Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya dan Sekolah Agama Persekutuan Kajang serta SM Agama Persekutuan Labu, muncul sekolah menengah agama terbaik.

Di Perak, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) mencatatkan kelulusan tertinggi iaitu seramai 85 dari 107 calon berjaya memperoleh 9A manakala satu-satunya sekolah harian yang mencatatkan kelulusan 100 peratus adalah SMK Taman Tasek Taiping.

Di Kuala Lumpur, keputusan secara keseluruhannya meningkat daripada segi kuantiti dan kualiti.

Pengarah Pelajaran Kuala Lumpur Sulaiman Wak berkata daripada 21,921 calon yang menduduki peperiksaan itu, 15,533 atau 70.86 peratus telah mencapai keputusan A, B, C atau D iaitu lulus dalam semua mata pelajaran berbanding 14,986 atau 70.20 peratus tahun lepas.

“Dari segi kecemerlangan individu di peringkat negeri, seramai 1,939 atau 8.85 peratus calon telah mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 1,789 atau 8.38 peratus pada tahun 2008, iaitu peningkatan sebanyak 0.47 peratus,” katanya.

Di Sabah, bilangan calon yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 734 orang berbanding 659 orang tahun lepas.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Dr Muhiddin Yusin berkata 14 mata pelajaran yang ditawarkan kepada 38,741 calon di Sabah tahun ini menunjukkan peningkatan kelulusan memberangsangkan berbanding tahun lepas dengan kelulusan hampir 100 peratus.

Turut mencatatkan kelulusan hampir 100 peratus ialah mata pelajaran Bahasa Kadazan yang pertama kali ditawarkan dalam peperiksaan berkenaan, katanya.

Di Kedah, seramai 1,736 orang daripada 35,155 orang calon mendapat semua A sama ada dalam tujuh, lapan atau sembilan mata pelajaran yang diduduki dengan peratusan sebanyak 4.94 peratus.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Shahidan Abd Rahman berkata pencapaian gred purata bagi tahun ini ialah 2.878 berbanding 2.926 tahun lepas iaitu meningkat sebanyak 0.048.

“Peratus penguasaan tahap minimum dalam semua mata pelajaran telah meningkat sebanyak 0.37 peratus pada tahun ini, iaitu 58.22 peratus berbanding 57.85 peratus tahun lepas,” katanya.

Shahidan berkata sebanyak 10 mata pelajaran dari 15 mata pelajaran yang ditawarkan telah meningkat peratusan pencapaian pada tahun ini iaitu Sejarah, Geografi, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup Teknikal, Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga) dan Kemahiran Hidup Pertanian.

Di Negeri Sembilan, bilangan pelajar yang mendapat 9A, 8A dan 7A bertambah daripada 1,317 tahun lepas kepada 1,418 manakala di Johor, seramai 3,308 pelajar atau 6.12 peratus daripada 54,016 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Di Sarawak, pencapaian pelajar menunjukkan peningkatan 2.2 peratus dengan 24,787 calon atau 62.29 peratus menguasai tahap minumum D bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Daripada 1,860 calon yang mendapat A, seramai 46 calon mendapat 9A, 1,134 mendapat 8A dan 680 calon mendapat 7A.

Terengganu mencatatkan keputusan yang lebih cemerlang, dengan Gred Purata Negeri (GPN) 2.60 mengatasi Gred Purata Nasional 2.78.

“Saya rasya keputusan ini adalah yang terbaik pernah dicatatkan pelajar Terengganu berbanding tahun sebelumnya,” kata Pengarah Pelajaran Terengganu Ariffin Embong.

Mohd Fariz Hafizi Mohd Sepai, pelajar bermasalah penglihatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu adalah antara tiga murid Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri itu yang memperolehi keputusan cemerlang iaitu 7A.

Dua lagi pelajar OKU ialah Hani Ndhirah Muhamad Taufik dari Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Negara di sini yang memperolehi 6A dan 2B dan Muhammad Syukri Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Dor, Besut (5A 3B).

Di Perlis, seramai 282 pelajar atau 6.10 peratus daripada 2,636 calon memperoleh gred A dalam kesemua mata pelajaran manakala tiga sekolah mencatat kelulusan 100 peratus iaitu SMK Derma, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dan SMK Dato Sheikh Ahmad.

Di Pahang, daripada 26,272 calon yang menduduki peperiksaan itu, seramai 256 pelajar mendapat 9A, 1,006 (8A) dan 105 (7A).

Pelajar terbaik Mohamad Nazmi Nordin, dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang di Tanjung Lumpur, yang mendapat 9A, berkata rahsia kejayaannya adalah barakah menghafaz al-Quran dan sentiasa melakukan solat hajat.

“Melalui menghafaz al-Quran, ia membantu saya menghafal fakta-fakta penting subjek lain,” katanya.

Kashfi Ibrahim turut berkongsi rahsia sama seperti Mohamad Nazmi iaitu kecemerlangan memperolehi 9A adalah berpunca daripada amalan menghafaz al-Quran dan melakukan solat hajat.

Di Selangor, seramai 6,592 pelajar atau 8.81 peratus daripada 74,855 calon ) memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran iaitu peningkatan sebanyak 0.6 peratus berbanding tahun lepas iaitu seramai 6,005 orang (8.2 peratus).

Di Pulau Pinang, 1,976 atau 8.81 peratus daripada 22,172 pelajar mendapat A bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Lima buah sekolah yang mencatat keputusan 100 peratus lulus semua mata pelajaran ialah SMK (P) St George, SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, SMK Tinggi Bukit Mertajam, SMK Bukit Jambul dan SMK Seri Nibong.

Di Melaka, seramai 1,074 pelajar mencatat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 879 pelajar pada tahun lepas manakala di Kelantan, 1,510 pelajar memperoleh semua A, meningkat 0.06 peratus.

— BERNAMA

LAPORAN KEPUTUSAN PMR MENURUT NEGERI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: