drhalimahali

Archive for December 28th, 2009|Daily archive page

BAS DUA TINGKAT IBARAT KERANDA BERGERAK

In 1 on December 28, 2009 at 9:53 pm

Ekoran dari kemalangan yang melibatkan bas ekspres dua tingkat pada bulan April 2009 (Sila lihat di bawah), telah dicadangkan agar bas double decker digunakan dalam perjalanan dekat atau dalam bandar.

Banyak pihak mendakwa bas dua tingkat sangat selamat. Ada yang menyatakan bahawa banyak kajian telah dibuat tentang kegunaan bas dua tingkat. Kini LPKP disarankan oleh Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah agar dinilai semula permit bas dua tingkat.


LPKP Disaran Kawal Pengeluaran Permit Bas Dua Tingkat

IPOH, 27 Dis (Bernama) — Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) disaran agar mewujudkan mekanisme

kawalan dalam pengeluaran permit bas dua tingkat kepada syarikat pengangkutan awam.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata selain faktor kesesuaian muka bumi, pengeluaran permit itu juga sewajarnya mengambil kira kemampuan pemandu sesuatu syarikat untuk mengendalikan bas dua tingkat.

“Kalau boleh kita adakan kawalan supaya pemilihan untuk bas dua tingkat bukan sahaja untuk memberikan pulangan dari segi lebih banyak tempat duduk, tetapi ia dikuti dengan tanggung jawab supaya pemandu yang memandunya diberi latihan yang mencukupi.

“Lokasi yang lebih sesuai untuk penggunaan bas dua tingkat juga perlu dikenal pasti supaya lokasi-lokasi yang memberi risiko yang lebih tinggi terhadap penggunaan bas dua tingkat ini boleh kita kawal dengan baik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan raya (JKJR) Datuk Suret Singh dan Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Salim Parlan.

Ahmad Farhan berkata walaupun bas dua tingkat secara umumnya mempunyai kestabilan yang baik jika dikendalikan dalam keadaan biasa namun ia memerlukan pemandu yang lebih berkebolehan untuk mengendalikan bas sedemikian.

“Kita tahu bahawa untuk mengendalikan bas dua tingkat memerlukan pemandu yang lebih berkebolehan. Kelajuan, dia punya pergerakan pusingan adalah berbeza berbanding bas biasa,” katanya yang mengakui bas dua tingkat lebih sesuai untuk kegunaan dalam bandar berbanding untuk perjalanan jarak jauh.

Sementara itu Ahmad Farhan berkata Miros tidak bersetuju terhadap cadangan untuk melaksanakan larangan perjalanan bas ekspres pada waktu malam atau selepas tengah malam seperti yang diutarakan sesetengah pihak.

Beliau berkata kajian yang telah dijalankan oleh Miros mendapati bahawa separuh daripada pengguna perkhidmatan bas ekspres ketika ini akan terjejas jika larangan itu dikuatkuasakan.

Katanya pengguna berkenaan sama ada akan menggunakan perkhidmatan bas ekspres pada waktu yang dibenarkan ataupun akan menggunakan pengangkutan lain untuk ke destinasi masing-masing.

Ahmad Farhan, Suret dan Salim turut memeriksa bas dua tingkat Sani Express yang terbabit dalam kemalangan di KM272.8 Projek Lebuh raya Utara Selatan (Plus) yang mengorbankan 10 nyawa.

— BERNAMA

PERATURAN APA YANG AKAN DIBUAT SELEPAS INI

PEMANDU BAS EKSPRES DISAHKAN GUNA DADAH

Laluan Musibah/ Dangerous Routes

GeMS (GENERASI IDAMAN SELANGOR): SATU LAGI PROJEK JAWATANKUASA TETAP PEMBANGUNAN MODAL INSAN

In 1 on December 28, 2009 at 10:40 am




SIAPA DALANG DEMONSTRASI DESAK PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT

In 1 on December 28, 2009 at 8:48 am

Cuba anda teliti gelagat mereka. Adakah anda kenal mereka dari video di bawah. Ahli PAS diminta berhati-hati dan bertindak mengikut akhlak ISLAMIYAH. Poster serta bunting KONVENSYEN Pakatan Rakyat dua minggu yang lalu masih belum diturunkan lagi di bandar Shah Alam. Munasabahkah ahli PAS akan berdemo…..Dari youtube di bawah, seolah-olah Pemberita lebih ramai dari yang berdemo.

Kumpulan desak PAS S’gor keluar Pakatan Rakyat

Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, PKR dan DAP cuba membelakangi PAS dalam

membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

“Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan… kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

“Justeru, kami mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor,” kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 orang di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat Shah Alam.

Sementara itu, Wan Hilman yang mendakwa ahli PAS dari bahagian Gombak menafikan kumpulannya didalangi Umno Selangor.

Katanya, satu memorandum akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali Isnin pagi di pejabatnya di Shah Alam.

Bernama


PAS AKAN SIASAT SIAPA DALANG


SALEHUDDIN:PENDESAK PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT BUKAN AHLI