drhalimahali

ROTI PUTIH DAN GULA PEMANGKIN KENAIKAN KOS HIDUP

In 1 on January 2, 2010 at 11:30 pm

Apapun alasan serta rasional kenaikan harga gula serta roti putih, para peniaga makanan tidak akan berdiam diri dan menerima kenaikan harga barangan tersebut dengan hati terbuka.

Jikalau kenaikan RM0.20 bagi sekilo gula pasir, harga secawan atau segelas minuman panas akan naik sekurang-kurangnya lima atau sepuluh sen. Sekilo gula boleh digunakan untuk menyediakan berpuluh gelas minuman panas. Yang mampu meraih untung berlipat kali ganda ialah peniaga minuman.


Pembekal dan pemborong gula pula akan menwujudkan suasana seolah-olah bekalan gula di pasaran semakin kurang, sekaligus mengalakkan “budaya sorok”. Cerita selanjutnya di SINI dan SINI.


Harga Gula Naik 20 Sen

PUTRAJAYA, 31 Dis (Bernama) — Mulai pukul 12 tengah malam ini, harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak, demikian pengumuman Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

Beliau berkata kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok (1 Jan 2010) dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.

Katanya kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram.

“Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun.

“Tetapi memandangkan harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini, sebelum ini 14-16 sen US bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen US, kerajaan perlu menaikkan harga gula, ” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Mohd Zain berkata jika tidak, tanggungan subsidi gula yang perlu ditampung oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion bagi tahun 2010.

Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan anggaran penggunaan gula dalam negara pada tahun depan sebanyak 1.26 juta tan metrik.

Katanya, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62).

Katanya berdasarkan analisis kementerian, kesan kenaikan harga ke atas produk berasaskan gula adalah sangat minimum iaitu kira-kira 1 sen seperti bagi minuman dalam tin dan secawan teh tarik.

“Bagi minuman dalam tin, jika beratnya 325ml dengan anggaran kandungan gula 39 gram dan secawan teh tarik dengan anggaran kandungan gula 40 gram, kesan kepada kos kepada kedua-kedua barangan itu ialah 0.8 sen.

“Tertinggi ialah krimer pekat manis, jika beratnya 505 gram dengan anggaran kandungan gula sebanyak 228 gram, kesannya ialah 4.6 sen iaitu kurang daripada 5 sen,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, selepas cuti tahun baru, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan persatuan tertentu bagi memberi nasihat agar tidak menaikkan harga barangan berasaskan gula kerana kesannya sangat minimum.

“Pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga juga akan turun padang untuk melihat keadaan harga barangan yang berasaskan gula, dan jika ada kenaikan harga yang begitu tinggi, pihak kementerian akan menasihatkan agar tidak berbuat demikian,” katanya.

Bagi roti putih pula, katanya peniaga tidak boleh menaikkan harga pada hari ini dan ia boleh dilakukan mulai esok berasaskan pertimbangan mereka.

BERNAMA/foto mymetro

PENIAGA TERPAKSA NAIKKAN HARGA CENDO
L

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: