drhalimahali

NERACA DAN TIMBANG MESTI SESUAI DAN BETUL

In 1 on January 4, 2010 at 12:07 am

Ayat-ayat Cinta Datuk Maslan:” UMNO menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan membangunkan rakyat dan sentiasa di barisan hadapan membela dan menyelesaikan masalah rakyat dalam aspek pendidikan, kebajikan, petani, penternak, nelayan, badan bukan kerajaan, swasta, ekonomi, kerohanian, perpaduan, kebudayaan, kesihatan, keselamatan, kerjaya, kemahiran, dan juga Barisan Nasional (BN),”

Kita yang telah dikurniakan akal fikiran yang waras mampu menilai kenyataan di atas. Pertimbangan kita mesti tepat dan betul. Timbang emas tak boleh digunakan untuk menimbang kelapa sawit.

Najib Lancar Program UMNO Juara Rakyat Sabtu Depan

HULU SELANGOR, 2 Jan (Bernama) — Program Umno Juara Rakyat peringkat kebangsaan akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti di Bandar Bukit Sentosa di sini pada Sabtu depan.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata program itu membawa maksud parti itu menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan membangunkan rakyat dan sentiasa di barisan hadapan membela dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Program terbesar Umno itu pada tahun ini juga bermakna Umno berusaha menjadi nombor satu di dalam hati dan minda rakyat dan rakyat menjadi nombor satu dalam perjuangan Umno, kalau ada masalah apa-apa Umno yang datang dulu turun padang menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat program berkenaan di Pusat Komuniti Bukit Sentosa, Bandar Bukit Sentosa di sini, pada Sabtu.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata Umno negeri akan melaksanakan program itu secara bergilir-gilir setiap bulan bermula di Selangor mengikut tema tertentu manakala semua 191 bahagian Umno di seluruh negara akan melaksanakan program Umno Juara Rakyat pada skala lebih kecil selama dua hari satu malam pada setiap minggu.

“Antara perkara yang kita tumpukan dalam program ini ialah mengenai pendidikan, kebajikan, petani, penternak, nelayan, badan bukan kerajaan, swasta, ekonomi, kerohanian, perpaduan, kebudayaan, kesihatan, keselamatan, kerjaya, kemahiran, sejarah Umno dan juga Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata pelancaran program berkenaan pada 8 hingga 10 Jan dijangka dihadiri kira-kira 20,000 orang yang terdiri daripada anggota Umno, parti komponen BN dan penduduk sekitar.

“Sebanyak 125 gerai pameran melibatkan 100 pengusaha swasta dan individu akan disediakan selain pelbagai aktiviti menarik lain seperti majlis Forum Perdana yang akan dirasmikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Jan.

“Selain itu ada juga pertandingan syarahan 1Malaysia, pertunjukan kebudayaan, pertandingan nasyid serta futsal, sesi bersama ikon rakyat dan banyak lagi…jadi saya menyeru semua dapat hadir memeriahkan majlis,” katanya.

Ditanya mengapa lokasi di kawasan Hulu Selangor dipilih untuk majlis perasmian program itu, Ahmad berkata ia adalah permintaan Perdana Menteri yang ingin turun padang bertemu masyarakat.

“Kita nak elakkan program Umno hanya bertumpu di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur) sahaja, kita nak anjakkan ke kawasan pedalaman kerana permintaan Datuk Seri Najib yang ingin turun padang,” katanya.
BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: