drhalimahali

PENAT LELAH JKK PROGRAM PADI BERBALOI

In 1 on January 5, 2010 at 8:30 am

Dato’ MB Selangor berkata pada musim pertama tahun lepas, tiga projek perintis sudah dilaksanakan dan kini menunjukkan kenaikan hasil padi melebihi 20 peratus.

Pendapatan yang diperolehi oleh 68 peratus peserta projek itu didapati melebihi RM1,500 seorang sebulan dan 15 peratus menerima lebih RM2,000 seorang sebulan.

Peningkatan pendapatan ini boleh memanfaatkan seramai 9,322 pesawah yang mengusahakan kawasan jelapang padi seluas 18,355 hektar di Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Kerajaan Selangor Sedia Insentif RM100,000 Bagi Pengurusan Sawah Terbaik

SUNGAI BESAR, 4 Jan (Bernama) — Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan Insentif Persawahan Terbaik berjumlah RM100,000 mulai tahun ini bagi menghargai Jawatankuasa Kerja Program Padi (JKKPP) di peringkat kawasan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul

Khalid Ibrahim Isnin.

“Insentif ini diberikan sebagai cara menghargai usaha ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Program Padi menggembleng pemikiran, usaha dan tenaga bagi kenaikan hasil padi dalam kawasan pesawah yang dikawal selia, ” kata beliau dalam sembah ucapannya sempena lawatan Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Majlis Menuai Padi di Kg Parit 15, Simpang Lima di sini.

Johan bagi insentif itu akan menerima

RM50,000, Naib Johan RM30,000 dan tempat Ketiga RM20,000.

JKKPP kawasan melibatkan Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Pertubuhan Peladang, ketua-ketua kampung, ketua-ketua blok (sawah) dan wakil pesawah.

Abdul Khalid juga berkata melalui Pelan Pembangunan Jangka Panjang 2009-2013 bagi melipatkan hasil padi di Sabak Bernam dan Kuala Selangor, purata hasil bersih pada tahap 5.1 tan metrik sehektar semusim sekarang disasarkan meningkat melebihi 7.5 tan metrik sehektar semusim menjelang 2013.

“Dengan itu, pengeluaran hasil keseluruhan kawasan dijangka meningkat daripada 110,000 tan metrik kepada 140,000 tan metrik semusim pada penghujung 2013. Program ini juga dijangka berjaya menambahkan per kapita petani daripada RM14,475 setahun kepada RM20,475 setahun,” katanya.

Peningkatan pendapatan ini boleh memanfaatkan seramai 9,322 pesawah yang mengusahakan kawasan jelapang padi seluas 18,355 hektar di Sabak Bernam dan Kuala Selangor, kata Abdul Khalid.

Beliau berkata pada musim pertama tahun lepas, tiga projek perintis sudah dilaksanakan dan kini menunjukkan kenaikan hasil padi melebihi 20 peratus.

Salah satu daripada projek itu di kawasan seluas 203 hektar yang diusahakan oleh 195 peserta Parit 5 Timur, Pancang Bedena telah mencatatkan kenaikan hasil bersih tuaian purata sebanyak 22 peratus kepada 5.3 tan metrik sehektar semusim daripada 4.2 tan metrik sehektar sebelum itu, katanya.

Abdul Khalid berkata: “Yang membanggakan, pendapatan yang diperolehi oleh 68 peratus peserta projek itu didapati melebihi RM1,500 seorang sebulan dan 15 peratus menerima lebih RM2,000 seorang sebulan.”

Pada majlis itu Sultan Selangor meluangkan masa mengendalikan jentera penuai dan menuai padi yang sudah masak di satu petak bendang dengan diiringi oleh Abdul Khalid dan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Ahmad Zakaria Mohd Sidek.

Sebelum itu baginda berkenan menandatangani plak Surau Parit 15 sempena lawatan baginda.

BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: