drhalimahali

SELANGOR TERUSKAN PROGRAM JELAJAH JOM KERJA

In 1 on January 7, 2010 at 1:36 am

SEBARAN MEDIA

06 JANUARI 2010


SELANGOR TERUSKAN PROGRAM JELAJAH JOM KERJA

Kerajaan Negeri Selangor bersama Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) akan menganjurkan siri ketiga program Jelajah Jom Kerja yang pada 8 (Jumaat) hingga 9 Jan (Sabtu) dan sesi temuduga terbuka akan diadakan pada 9 dan 10 Jan di Dewan Pejabat Daerah Klang bermula pada 9.00 pagi – 5.00 petang.

YB Dr Halimah Ali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dijangka akan melepaskan para peserta konvoi pada Majlis Pelepasan ‘Flag Off’ yang akan diadakan pada 8 Jan (Jumaat) di Dewan Pejabat Daerah Klang jam 8.30 pagi.

Selain itu, satu Ceramah Umum juga akan diadakan bertempat di perkarangan Flat Seri Perantau, Klang sebagai acara kemuncak Jelajah Jom Kerja ini pada 8 Jan jam 8.00 malam. Terdapat juga beberapa pameran yang akan disertai oleh beberapa agensi Kerajaan yang bakal bertempat di sana.

Antara objektif program ini adalah untuk memastikan penduduk tempatan diberi keutamaan dalam merebut peluang pekerjaan yang ada. Ianya juga selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Selangor untuk meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pengurangan pengangguran.

Program ini diharapkan dapat menyebarkan maklumat dengan lebih berkesan kepada rakyat tentang peluang-peluang pekerjaan di Selangor. Di mana peluang tersebut dibuka seluas-luasnya kepada rakyat tempatan sebelum pihak berkenaan mendesak mencari pekerja asing.

Calon-calon yang berminat boleh pergi ke salah satu siri Jelajah Jom Kerja dengan membawa bersama sijil-sijil dan dokumen yang berkenaan. Sebarang maklumat boleh berhubung dengan Encik Daniyal di talian 03-55447515.

SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: