drhalimahali

EMPAT GEREJA DI SELANGOR TELAH MENJADI MANGSA

In 1 on January 9, 2010 at 10:54 am

Kenapa gereja di Selangor sahaja menjadi sasaran puak pelampau atau penjenayah?
Gereja Assumption di Jalan Templer dan Gereja Life Chapel di Damansara, kedua-duanya di Petaling Jaya serta Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, Kuala Lumpur, Gereja Assumption dan Gereja Life Chapel.

Tiada Tangkapan Ekoran Lontaran Bom Api Dua Gereja

SHAH ALAM, 8 Jan (Bernama) — Tiada tangkapan dibuat sehingga kini dalam dua kejadian lontaran bom api di dua buah gereja di Petaling Jaya, pagi ini, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Omar Mammah.

Beliau berkata siasatan di tempat kejadian Gereja Assumption di Jalan Templer dan Gereja Life Chapel di Damansara, kedua-duanya di Petaling Jaya, menemui pecahan botol dan cebisan kain pencuci luka yang dijadikan sebagai sumbu bom itu.

“Setakat ini kita jalankan rondaan di kawasan rumah ibadat bukan sahaja di gereja tetapi juga masjid untuk mengelakkan berulang kejadian tidak diingini itu,” katanya pada persidangan akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

Katanya tiada saksi yang melihat kejadian itu, cuma mendengar bunyi benda pecah di atas jalan di perkarangan gereja berkenaan.

“Sehingga kini di Selangor kita hanya menerima dua laporan polis berhubung kejadian baling bom di gereja,” katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan hanya menerima tiga laporan polis berhubung kejadian cubaan menyerang gereja iaitu Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, Kuala Lumpur, Gereja Assumption dan Gereja Life Chapel.

BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: