drhalimahali

SELAMA INI WAJAH SEBENAR ISLAM DISEMBUNYIKAN OLEH UMNO

In 1 on January 10, 2010 at 10:11 am

Dialog itu penting bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung ajaran Islam sebenar bila berdepan dengan isu-isu berkaitan antara-agama.

Selama ini, dialog antara agama dikira perkara “sensitif” dan perlu dielakkan. UMNO tidak pernah menerangkan kepada sekutunya dalam Barisan Nasional. Jika mendatangkan manfaat dan pulangan ekonomi kepada mereka seperti sistem perbankan tanpa faedah, bersungguh-sungguh benar mereka membuat penerangan.
Tidak cukup sekadar wujud kaunter SPTF, malah namapun bertukar.

Contohnya bank seperti OCBC sanggup menukar namanya kepada OCBC Al Amin, CIMB bertukar kepada CIMB Islamic, Maybank Islamic.


PAS kesal serangan gereja, sedia berdialog

SHAH ALAM, 9 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sekali lagi melahirkan kekesalan berhubung isu serangan ke atas beberapa buah gereja yang belaku kelmarin.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan program Taklimat Isu-isu penerangan PAS Pusat di sini, beliau memberitahu, lebih menyedihkan jika perkara tersebut dilakukan orang Islam sendiri.

Tegasnya Islam menghormati penganut agama lain termasuk rumah-rumah ibadat mereka walaupun dalam keadaan peperangan.

“Bila Islam diceroboh, berlaku peperangan, namun dalam peperangan sekalipun gereja perlu dipelihara,” katanya.

Walaubagaimanapun beliau yakin isu penggunaan kalimah Allah ini mampu diselesaikan dengan mengadakan dialog antara agama.

Dialog itu penting bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung ajran Islam sebenar berdepan isu-isu berkaitan agama.

“PAS sedia berdialog, menghadiri majlis-majlis memberi kefahaman kepada rakyat,” katanya.

Beliau juga meminta ruang media diberikan kepada PAS bagi tujuan tersebut.

Apa yang berlaku katanya, kerana selama ini penyebaran ajaran Islam itu sendiri telah dikongkong.

“Saya yakin isu ini dapat diselesaikan dengan elok, syaratnya jangan ada yang tidak ikhlas untuk menangguk di air yang keruh, untuk dapat sokongan,” katanya lagi.

Dalam hal ini katanya, PAS tidak melihat kepada sokongan rakyat, namun apa yang penting adalah kewajipan PAS untuk menjelaskan sesuatu yang benar dan betul tentang ajaran agama kepada masyarakat.

“Saya anggap ada pihak-pihak tertentu yang menyalahgunakan isu ini dan mengambil kesempatan dan meniupkan api supaya membakar,” katanya.

Kalimah Allah juga jelasnya kalimah yang benar, tetapi telah dihuraikan cara mencapai matlamat yang salah oleh pihak-pihak tertentu.

Ditanya sama ada PAS kan mengambil tindakan jika ahlinya didapati terlibat dengan demonstrasi isu kalimah Allah semalam, beliau menjelaskan PAS tidak sampai berbuat begitu namun telahpun menasihatkan ahlinya supaya tidak terlibat dengan mana-mana bantahan isu itu.

Namun jika ahli PAS didapati terlibat dengan insiden serangan ke atas gereja, PAS katanya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan seperti diperuntukkan perlembagaan parti.

Nazri Abdullah/harakahdaily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: