drhalimahali

SELANGOR AKAN KUATKUASA ENAKMEN KAWALAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM

In 1 on January 12, 2010 at 10:37 pm

Mais dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak polis akan menguatkuasakan segera Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam.

Sultan titah Selangor teguhkan pendirian

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar Kerajaan Negeri teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain bagi memelihara akidah umat Islam.

Baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membincangkan dengan teliti mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.

Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, baginda bertitah demikian ketika beliau, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Peguam, Datuk Salehuddin Saidin menghadap Sultan berhubung isu itu, 5 Januari lalu.

“Baginda turut menitahkan supaya Mais memaklumkan kepada rakyat bahawa terdapat undang-undang yang menghalang penggunaan kalimah Allah dalam memerihalkan agama bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Mais bagi membincangkan keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan di sini, semalam.

Terdahulu 4 Januari lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Kerajaan Negeri boleh menghalang pihak yang menggunakan nama Allah bagi merosakkan Islam.

Sehubungan itu, Mais berharap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk campur tangan dalam isu penggunaan kalimah Allah itu.

“Mais merafak sembah Seri Paduka Baginda untuk menggunakan kuasa di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk isu ini.

“Campur tangan Raja-raja Melayu dalam urusan ini amat diperlukan kerana ia bukan saja menyentuh bidang kuasa raja-raja dalam agama Islam tetapi sensitiviti umat Islam,” katanya.

Mohamad Adzib berkata, Mais dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak polis akan menguatkuasakan segera Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam.

Sinar harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: