drhalimahali

EKRAN BHD DINYAHSENARAIKAN DARI BURSA MALAYSIA

In 1 on January 19, 2010 at 9:00 am

Selepas dinyahsenaraikan, Ekran akan terus wujud tetapi sebagai entiti yang tidak disenaraikan di Bursa Malaysia.

Projek Empangan Hidro Bakun bagaimana?

Bursa Malaysia Nyahsenaraikan Ekran 28 Jan

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Syarikat Nota Amalan, Ekran Bhd, akan dinyahsenaraikan dan dikeluarkan dari senarai rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd mulai 28 Jan, 2010.

Dalam satu kenyataan di sini Isnin, Bursa Malaysia berkata Ekran gagal mengemukakan rancangan regularisasinya kepada bursa dan/atau pihak berkuasa relevan yang lain untuk kelulusan pada atau sebelum 4 Dis, 2009 dan penjelasan syarikat untuk lanjutan masa seterusnya telah ditolak.

“Sekuriti Ekran yang pada masa ini didepositkan dengan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd (Bursa Depository) terus kekal meskipun dengan penyahsenaraian itu.

“Secara alternatifnya, sesiapa yang berhasrat untuk memegang sekuriti mereka dalam bentuk sijil fizikal boleh mengeluarkannya dari akaun Sistem Depositori Berpusat mereka dengan Bursa Depository, pada bila-bila masa selepas sekuriti itu dinyahsenaraikan,” katanya.

Katanya selepas dinyahsenaraikan, Ekran akan terus wujud tetapi sebagai entiti yang tidak disenaraikan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: