drhalimahali

SUSPEK BAKAR GEREJA DITAHAN REMAN

In 1 on January 21, 2010 at 12:49 am

Suspek lelaki berusia 25 tahun ditahan pukul 3.30 petang, ketika menerima rawatan di HKL berikutan kecederaan di bahagian dada dan tangannya akibat melecur.

Dua Beradik Antara Lapan Ditahan Berhubung Kes Kebakaran Gereja

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) — Dua beradik dan bapa saudara mereka antara lapan lelaki yang ditahan berhubung kes pembakaran gereja Metro Tabernacle Ag di Desa Melawati, Wangsa Maju di sini, baru-baru ini.

Kesemua mereka berumur antara 21 hingga 26 tahun ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang bermula petang semalam hingga pagi ini selepas 12 hari kejadian kebakaran gereja yang berlaku pada 8 Jan lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata suspek pertama ditahan di Hospital Kuala Lumpur petang semalam.

“Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pukul 3.30 petang, ketika menerima rawatan di hospital tersebut berikutan kecederaan di bahagian dada dan tangannya akibat melecur,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini Rabu.

Beliau berkata susulan daripada penahanan lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat itu, polis kemudiannya menahan tujuh lagi lelaki di lokasi berasingan di sekitar Ampang, yang dipercayai mempunyai kaitan berhubung kes tersebut.

“Mereka yang ditahan adalah dua beradik yang berumur 24 dan 25 tahun, seorang lagi bapa saudara kepada adik beradik tersebut yang berumur 26 tahun, manakala lima lagi adalah kawan mereka.

“Dengan penahanan kesemua mereka itu, kita percaya kes kebakaran gereja di Desa Melawati selesai dan kita sedang menjalankan siasatan rapi bagi membolehkan mereka yang terlibat didakwa di mahkamah,” katanya.

Mohd Bakri berkata adik kepada suspek pertama yang ditahan turut mengalami kesan melecur di bahagian tangan kirinya dipercayai berikutan kejadian tersebut.

“Kesemua mereka bekerja dengan syarikat swasta antaranya sebagai kerani, penghantar surat dan kerja pejabat.

“Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara,” katanya.

Beliau berkata semenjak kes pertama kebakaran gereja di Desa Melawati dan beberapa kawasan lain, polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian tersebut.

Bagi kes gereja Metro Tabernacle Ag, katanya, polis Bukit Aman bekerjasama dengan polis Kuala Lumpur bagi menjalankan siasatan dan setakat ini polis tidak menemui kaitan kumpulan tersebut dengan pembakaran gereja lain yang berlaku di Lembah Klang.

“Kita minta orang ramai bersabar dan memberi peluang pada polis untuk menjalankan siasatan terperinci bagi membolehkan kita menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Jangan cuba kaitkan kumpulan yang ditahan dengan pembakaran gereja-gereja lain,” katanya.

Mohd Bakri juga turut menegaskan kepada orang ramai agar tidak mengambil tindakan sama dengan melakukan tindakan yang boleh menjejeskan ketenteraman negara, kaum dan agama.

— BERNAMA

Eight arrested for Church attacks, PAS support not to use ISA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: