drhalimahali

TAHNIAH UNTUK SEMUA WARGA SEKOLAH DINOBAT SBT

In 1 on January 26, 2010 at 8:09 am

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dipilih dari kalangan sekolah-sekolah yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan bidang kebitaraan masing-masing.

Bagaimana STAR Ipoh, RMC Sg Besi, St John KL dan Victoria Institution boleh tercicir dari senarai SBT?

Dua Sekolah Di Selangor Antara Penerima SBT

PUTRAJAYA, 25 Jan. – Kolej Islam Sultan Alam Shah di Klang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya adalah diantara 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini. Muhyiddin mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang terdiri daripada 14 sekolah menengah dan enam sekolah rendah di seluruh negara.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, daripada 14 sekolah menengah, 10 adalah sekolah berasrama penuh manakala bakinya sekolah menengah harian. “Sekolah ini dipilih dari kalangan sekolah-sekolah yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan bidang kebitaraan masing-masing.

“SBT akan dibimbing dan dipantau secara khusus untuk menjamin berlaku lonjakan prestasi sekolah secara berterusan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Sepuluh sekolah berasrama penuh ialah Sekolah Tun Fatimah (Johor Baharu), Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban), Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya), Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra). Kolej Tunku Kurshiah (Seremban), Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang), Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis), Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya) dan SMS Muzaffar Syah (Melaka).

Manakala empat sekolah menengah harian ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya), SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur), SMK Sultanah Asma (Alor Setar) dan SMK (P) St. George (Pulau Pinang).

Enam sekolah rendah pula ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL), SK Taman Tun Dr Ismail 1 (KL), SK Bukit Damansara (KL), SK Zainab (2) (Kota Baharu), SK Convent Kota (Taiping), SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Baharu).

Muhyiddin berkata SBT bukanlah sekolah elit yang akan memberi manfaat kepada hanya sebilangan kecil pelajar, sebaliknya setiap sekolah di negara ini mempunyai peluang yang sama dan boleh bersaing di “padang yang sama rata” untuk diiktiraf sebagai SBT.

“Mana-mana sekolah yang mencapai sasaran kecemerlangan dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan akan diiktiraf sebagai SBT dan mendapat kemudahan serta ganjaran yang sama,” katanya.

Selangorkini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: