drhalimahali

JOM TANGANI GEJALA SOSIAL

In Uncategorized on March 24, 2010 at 9:19 am

KENYATAAN MEDIA
MAC 23, 2009 (SELASA)

KOLABORASI SEMUA ‘STAKEHOLDERS’ TERAMAT PENTING (‘CRUCIAL’) BAGI MENJAYAKAN PROGRAM
MENANGANI GEJALA SOSIAL SECARA TUNTAS

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor saya menyeru kepada semua pihak daripada jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta, ahli akademik, ahli korporat, NGO, persatuan belia dan wanita, aktivis masyarakat, kaunselor, pesara, remaja dan belia, PIBG, Majlis Permuafakatan Tadika Selangor (MPTS), Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS), Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS), sekolah-sekolah, Universiti/kolej, institusi keagamaan, JKKK, Kelab remaja dll.

Semua boleh menerima kenyataan bahawa untuk mengatasi gejala social yang semakin meruncing memerlukan tindakan menyeluruh, sepadu dan dirancang teliti. Ia memerlukan pendekatan inklusif yang mampu mensinergi sumber kepakaran, masa, tenaga, wang ringgit dan segala sistem sokongan.

Saya menyeru kepada semua pihak yang terlibat dan berpengalaman serta mereka yang benar-benar mahu Selangor bebas daripada gejala sosial tampil ke depan untuk membantu kerajaan Negeri Selangor yang berikhtiar sedaya upaya untuk membanteras perkara negatif ini.

Sila hubungi Pegawai Penyelaras Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial

EN AZREEN Tel : 0355447215

Dr Hjh Halimah Ali
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan
Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor
Merangkap Adun Selat Klang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: