drhalimahali

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI CAKAP BOHONG AKAN JADI MENTERI

In Uncategorized on March 24, 2010 at 8:39 am

MP yang disebut Zahrain akan “melompat” jika Peristiwa 16 September 2008 benar-benar berlaku selain Ghapur (kiri), ialah Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) dan Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).

Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) dan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).
Zahrain juga mendakwa seorang timbalan speaker dikatakan akan menyertai PKR

Ghapur: Zahrain penipu besar

Ahli parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh, yang dinamakan sebagai satu daripada lapan MP yang akan berpaling tadah kepada pembangkang pada 16 Sept membidas Datuk Seri Zahrain Hashim yang didakwa menipu di Dewan Rakyat.

Bekas MP PKR yang mengisytiharkan dirinya sebagai ahli bebas itu, minggu lalu mendedahkan bahawa Abdul Ghapur yang mewakili Umno Sabah dinamakan antara kumpulan berkenaan.

Menurut Ghapur, Zahrain telah melakukan satu penipuan besar.

Sehubungan itu, beliau mahu ahli parlimen dari Bayan Baru itu segera menarik semula kenyataannya dan menyenaraikan mereka yang dikatakan akan berpaling tadah itu.

Abdul Ghapur juga mencabar Zahrain mendedahkan nama 30 MP yang dikatakan akan menyertai ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rancangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, jika apa yang didakwanya sebelum ini adalah benar.

Beliau juga memberi amaran kepada Umno agar tidak menerima Zahrain sebagai ahlinya kerana jika bekas ketua PKR Pulau Pinang itu sanggup berpaling tadah terhadap Anwar, dia juga, katanya, suatu hari nanti akan menikam pemimpin BN juga.

Selain Ghapur (kiri), MP dari Sabah yang dinamakan oleh Zahrain ialah Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) dan Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).

Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) dan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).

Zahrain juga mendakwa seorang timbalan speaker juga dikatakan akan menyertai PKR.

Hazlan Zakaria/malaysiakini
===============================================================
Pengundi Bayan Baru desak Zahrain kosong kerusi

Ahli parlimen Bayan Lepas yang keluar PKR baru-baru ini dan menjadi calon Bebas, Datuk Zahrain Mohd Hashim menerima kejutan hari ini apabila menerima petisyen yang mengandungi 2,108 tandatangan, mendesaknya mengosongkan kerusinya sebelum Dewan Rakyat bersidang mulai esok.

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tsin berkata, tandatangan itu dikutip dalam tempoh dua hari dari kalangan pengundi di sekitar pasar Bayan Baru dan Tapak Pesta di Sungai Nibong, Pulau Pinang.

DUN Pantai Jerejak terletak di bawah Parlimen Bayan Baru.

“Ramai yang merasa tertipu dengan tindakan Zahrain keluar parti, jadi kita terpaksa menghantarr mesej ini kepadanya,” kata Sim yang juga timbalan ketua Angkatan Muda PKR Pulau Pinang.

“Saya diberitahu yang Zahrain terperanjat dan pucat sewaktu menerima petisyen tersebut, tetapi beliau tetap menerimanya,” katanya.

Zahrain keluar PKR pada 12 Februari lalu selepas mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng sebagai “seorang diktator dan perkauman.
Susan Loone/Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: