drhalimahali

Archive for May, 2010|Monthly archive page

HARI ILMU NEGERI SELANGOR 2010

In Uncategorized on May 31, 2010 at 10:13 am

Advertisements

MB SELANGOR AKAN BUAT PELANTIKAN BARU

In Uncategorized on May 31, 2010 at 9:48 am

Beberapa pelantikan dalam kerajaan tempatan dan juga pewujudan jawatan pegawai pembangunan DUN akan dilaksanakan berikutan tuntutan di kongres PKR baru-baru ini . Tan Sri Khalid juga telah menyiapkan cadangan untuk mengadakan indeks integriti bagi kerajaan bawah Pakatan Rakyat.

MB S’gor teliti wujud pegawai pembangunan DUN

Dalam berdepan kritikan ke atasnya, Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau kini sedang meneliti beberapa pelantikan dalam kerajaan tempatan dan juga pewujudan jawatan pegawai pembangunan DUN.

Berucap ketika menggulung perbahasan di kongres PKR hari ini, Khalid dengan sebak berkata, pelantikan itu perlu mendapat persetujuan bersama oleh anggota parti.

“Ini perkara sangat sensitif, saya minta kerjasama semua (untuk) tunjukkan kematangan kita bagaimana kita memilih pemimpin kita di masa depan,” katanya.

Katanya lagi, beliau juga telah menyiapkan cadangan untuk mengadakan indeks integriti bagi kerajaan bawah Pakatan Rakyat.

“Hari Rabu (2 Jun) saya akan luluskan dalam mesyuarat exco sebagai satu hala tuju, bagaimana (untuk capai) pentadbiran bersih,” katanya.

Pengumumannya dalam ucapan penggulungan itu timbul berikutan tuntutan yang dikemukakan perwakilan berhubung penjawatan dalam struktur kerajaan negeri itu yang tidak memihak kepada anggota parti.

Khalid juga berkata, beliau terharu dengan saranan yang dikemukakan khususnya daripada perwakilan muda dalam kongres parti itu.

“Saya kena sediakan tapak untuk angkatan muda ambil alih sebab kita mahu PKR punyai tapak yang kukuh dan dengan itu terus dapat kembangkan kepimpinan,” katanya lagi.

Dengan sebak, Khalid sebelum itu berkata beliau rela ditegur sekiranya melakukan apa-apa kesilapan dan bersyukur apabila berjaya menjadi wakil rakyat.

Katanya lagi, sepanjang dua tahun sebagai menteri besar, beliau juga telah menjalankan sebanyak 105 mesyuarat exco negeri.

“Setiap kali mesyuarat exco negeri juga saya akan bacakan doa,” katanya lagi yang turut menjelaskan doa itu adalah untuk menghindari dirnya dan pemimpin kerajaan negeri daripada sifat rasuah.

“Kami tak mampu menghadapi azab neraka di akhirat nanti,”

Salhan K Ahmad/malaysiakini

PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2010

In Uncategorized on May 31, 2010 at 9:40 am

“KATAK” JUTAWAN

In Uncategorized on May 29, 2010 at 4:47 am

Anwar dedah ‘wakil paling tadah’ jadi jutawan

PKR hari ini berkata parti itu mempunyai ‘bukti kukuh’ bagi menyokong dakwaan bahawa ahli parlimen mereka yang berpaling tadah disogok sekurang-kurangnya RM2 juta dan ditawarkan kontrak kerajaan yang bernilai jutaan ringgit.

Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar umum yang juga ketua umum PKR berkata pendedahan serta bukti yang bakal dikemukakannya akan menunjukkan rasuah politik yang diamalkan oleh pemimpin Umno dan agen-agennya.

“Kami masih menunggu reaksi mereka sebelum mendedahkan maklumat kepada umum. Yang pasti, keterangan tersebut jelas menggemparkan dan akan membuktikan rasuah politik pimpinan Umno dan agen mereka.

“Maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat inshaAllah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini, menjelang Kongres Kebangsaan PKR di Kota Bharu, esok.

Sejumlah lima ahli parlimen PKR telah meninggalkan Pakatan Rakyat tahun ini, empat daripda mereka berpaling tadah, manakala seorang lagi dipecat.

Terbaru, ahli parlimen Wangsa Maju, wee Choo Keong mengumumkan tindakannya kelaur parti pada 14 Mei lalu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menangani rasuah pasir yang dikaitkan dengan anak syarikat kerajaan negeri, Kuala Semesta Sdn Bhd.

Mereka yang lain adalah ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang meninggalkan parti pada 3 March, ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng (1 Mac) dan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohd Hashim (12 Feb).

Ahli parimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin pula dipecat pada 6 Mac lalu kerana mengkritik dan membuat laporan polis terhadap rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat.

Awal tajun ini, Anwar membuat permohonan maaf kepada rakyat dan ahli yang menyokong PKR kerana tersilap memilih calon yang tidak berkebolehan bagi bertanding di bawah tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Katanya, mereka telah menikam parti itu dari belakang.

Pada wawancaranya dengan Malaysiakini, awal minggu ini, Anwar membayangkan beberapa perwakilan parti itu telah ‘dibeli’ dan menghurai lanjut.
.

KONVENSYEN PENDIDIKAN PRASEKOLAH SELANGOR 2010

In Uncategorized on May 27, 2010 at 8:37 pm

1.0 Mukadimah

Pengurusan tadika secara amnya, pengurusan kurikulum dan pengurusan kokurikulum serta jalinan perhubungan antara komuniti dengan tadika setempat menjadi semakin mencabar untuk diuruskan dari sehari ke sehari. Di Malaysia, kemajuan pendidikan prasekolah berkembang secara perlahan, sebaliknya pengendalian tadika dibiarkan berjalan atas inisiatif orang perseorangan, organisasi, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) khususnya berasaskan agama dan dakwah serta parti-parti politik. Hanya semenjak satu dua darsawarsa ini sahajalah pihak pemerintah mula untuk menyelaraskan kemajuan tadika-tadika seluruh negara. Tugas ini bukannya mudah setelah wujud pelbagai lompang dan kekangan yang menghalang kemajuan sesebuah tadika. Dalam konteks Selangor Negeri Maju, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Pakatan Rakyat membantu menjadikan Selangor sebagai ”Hub Ilmuan” yang efektif, cekap dan berkesan menerusi platform Majlis Pemuafakatan Tadika Selangor (MPTS). Tugas MPTS sebagai sekretariat yang ditubuhkan oleh Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan bukan bertujuan untuk merekayasakan (reengineering) pengurusan tetapi mengadunkan keunikan sejarah penubuhan tadika ini khususnya di Selangor ini kepada suatu aset yang sangat bernilai dan berharga untuk dibangunkan. Selain itu, sekretariat ini akan bertindak untuk memastikan kemajuan prasekolah Selangor dapat dipacu sebaik-baiknya menerusi program-program yang disusun dalam kalendar pendidikan Selangor bagi memastikan anak-anak prasekolah, guru-guru, ibu bapa dan komuniti Selangor dapat dibela dan diberi tunjuk ajar untuk membangun modal insan mereka. Akhirnya nanti akan lahirlah warga Selangor warga yang memiliki modal insan yang terpuji, baik dan dikagumi oleh rakyat dan diredai oleh Tuhan.

2.0 Objektif

2.1 Meningkatkan kerjasama dan ukhwah dalam kalangan guru dan pengurus tadika Selangor dan keanggotaan mereka menerusi platform Majlis Pemuafakatan Tadika Selangor (MPTS).
2.2 Mendedahkan cabaran pengurusan dan pelan bertindak kemajuan tadika Selangor di awal dasawarsa milenium baru.
2.3 Memantapkan program pembangunan modal insan pengurus dan guru tadika Selangor menerusi model SPIES Kerajaan Negeri Selangor.
2.4 Meningkatkan keupayaan tadika Selangor sebagai sebahagian daripada entiti penyampaian maklumat (delivery system) Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkasa hubungan antara Kerajaan Negeri dengan rakyat Selangor.

3.0 Tema Program
Tema Konvensyen Pendidikan Prasekolah Selangor kali pertama tahun 2010 ialah ”Kecemerlangan Pendidikan Pra-sekolah Selangor melalui modul SPIES”
Subtema: ”MPTS Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan Pra-sekolah Selangor”

4.0 Tarikh Program
Tarikh pelaksanaan program ialah pada 30 Mei 2010 (Sabtu).

5.0 Tempat Program
Cadangan tempat pelaksanaan program ialah di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

6.0 Anjuran & Kawalan Program
Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama Majlis Pemuafakatan Tadika Selangor (MPTS). Program ini dilaksanakan sepenuhnya oleh jawaankuasa ad-hoc program di bawah pengawasan dan kawalan MPTS dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

7.0 Aturcara Program
(Rujuk Lampiran A)

8.0 Jawatankuasa Program
(Rujuk Lampiran B)

9.0 Penilaian Program
Keberkesanan program akan dinilai berdasarkan beberapa aspek;
9.1 Keberkesanan mesyuarat jawatankuasa adhoc program sekurang-kurangnya dua kali (2 kali) sebelum tarikh pelaksanaan program.
9.2 Maklum balas penyertaan daripada Jawatankuasa Kerja Keselamatan Kampung (JKKK) biro pendidikan, anggota MPTS, organisasi dan Jabatan Kerajaan Negeri dan swasta, IPT dan IPTS serta orang perseorangan.
9.3 Kelancaran pengurusan setiap portfolio / urusetia yang dibentuk.
9.4 Sambutan penyertaan mencapai sasaran 975 peserta (75%) daripada 1300 peserta yang dijemput hadir.
9.5 Hebahan program sampai ke semua saluran yang ditetapkan.
9.6 Maklum balas borang soal selidik yang disediakan oleh penganjur.

10.0 Penutup
Program ini diharap menjadi titik permulaan untuk menjayakan misi dan visi MPTS iaitu menjadi ”Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Awal Negeri Selangor”. Selain itu program ini diharap dapat menjadi pemangkin untuk memajukan pendidikan prasekolah Selangor dengan langkah sederap dan fokus hala tuju yang sama oleh setiap tingkat pengurusan tadika Selangor. Dengan visi dan misi yang jelas, program pembangunan Insan dan program ilmuan negeri Selangor dapat direalisasikan.

Lampiran A (Jadual Atur Cara Program)

KONVENSYEN PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH NEGERI SELANGOR
DEWAN JUBLI PERAK
30 MEI 2010

TENTATIF PROGRAM

8.00 – 8.30 am : Pendaftaran peserta, pembentang kertas kerja dan organisasi jemputan

8.30 – 10.00 am: Ucap Utama Wakil Kerajaan Negeri Selangor :
YB Dato Dr Hassan Ali (Exco Agama, Adat Istiadat Melayu dan Infrastrukur)
Tajuk: ”Mendidik Modal Insan Selangor menjadi Warga Penyayang dan Warga Berminda Kelas Pertama.”
Moderator: Dr Ruziah Ghazali

10.15 – 10.30 am: Minum pagi / persegaran (refreshment)

10.30 – 11.30 pm: Pembentangan & Diskusi Kertas Kerja Utama:
”SPIES Kids : Peranan Kombinasi Pengusaha Tadika dan Komuniti Setempat Menyediakan Keperluan Pendidikan Sempurna Anak-anak Prasekolah Negeri Selangor.”
Oleh: Prof Madya Dr Supyan Hussin (UKM)
Moderator: Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusuf (UKM)

11.35 – 12.35 pm: Pembentangan Kertas Kerja Kedua:
Tajuk : ”Pengalaman Makmal Pembangunan Kanak-kanak (Prasekolah) Universiti Putra Malaysia Menyediakan Keperluan Pembelajaran yang Asas dan Kaedah Pembelajaran yang Efektif.”
Oleh: Puan Nani Menon (Penyelaras Makmal Pembangunan Kanak-kanak Prasekolah, Fakulti Ekologi Universiti Putra Malaysia, UPM)
Moderator:Prof. Madya Dr Habib Mat Som (Universiti Malaya)

12.45 – 1.45 pm: Makan Tengahari & Rehat / Solat Zohor

2.00 – 4.00 pm: Forum Pendidikan Prasekolah:

Tajuk: Sekilas Pandang Profil Kemajuan Pendidikan Prasekolah Malaysia: ” Cabaran-cabaran Semasa dan Mendatang serta Kesediaan Warga Tadika Selangor Melakukan Anjakan Paradigma.”

Pemforum 1: Prof. Puan Sri Dr Rohaty Mohd Majzub
(Fakulti Pendidikan UKM)
Pemforum 2: En Azrin Abd Majid
(Ketua Pengarah PASTI Malaysia)
Pemforum 3: Puan Patricia Teh
( Mantan Setiausaha Tadika Malaysia / Pengusaha Tadika Rangkaian Peter & Jane)
Pengerusi Forum: Prof Madya Dr Halim Tamuri (UKM)

4.00 – 5.00 pm: Ucapan Perasmian;

1. Penaung Program: Dr Halimah Ali (Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan)

2. Persembahan & Penyampaian Hadiah:

(i) Tayangan Montaj MPTS (Aktiviti Pendidikan Prasekolah Selangor – Organisasi Prasekolah Utama Selangor; Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Persatuan Tadika Islam Selangor, Tadika Agensi Kerajaan Selangor, Tadika Pertubuhan Agama dan Dakwah, Tadika Ladang dll…

(ii) Penyerahan dan Pelancaran logo MPTS

(iii) Penyampaian Hadiah Sambutan Hari Guru Selangor kepada Ketua-ketua Guru MPTS

(iv) Penyampaian Hadiah Panel Forum dan Perasmi.

5.00 : Bersurai.

Lampiran A (Jawatankuasa Program)

Penaung: Dr Halimah Ali (Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan)

Penasihat: Ustaz Hasbullah Bin Ridzwan

Pengarah: Sdr Roseman Bin Abdul Rahman

Timb. Pengarah: Pn Hjh Zaharah Bt Sirin

Setiausaha: Sdr Saiful Bahari Bin Khamis

Pen. Setiausaha: Pn Siti Rozita Bt Ramli

Bendahari: Sdr Rozi Bin Malik

Ahli Jawatankuasa:

Unit Protokol: 1. Pn Fauziah
Shamsul Hadi

Unit Logistik: 1. Tn Hj Jelani
Sdr Roslan

Unit Pendaftaran: 1. Pn Hjh Zaharah Bt Ahmad
Pn Maimoon Saidan Bt Ahmad

Unit Jamuan: 1. Sdr Mazlan Bin Saien
2. Pn Wan Munierah

Unit Pameran & Gerai: 1. Sdr Hafiz Bin Adzlan
Pn Junaidah

Unit Publisiti & Dokumentasi
& Persembahan Montaj: 1. Sdr Mohd Azman Bin Mahusin
Pn Rozita Bt Ramli

Unit Tajaan & Hadiah 1. Mohd Shah Mior Bin Kosin
Pn Anizah
Salimah Bt Saien

Unit Penyediaan Kertas Kerja: 1. Pn Khairiah Bt Mohammad
Pn Hjh Rahana

SAAT BERSEJARAH

In Uncategorized on May 26, 2010 at 3:56 pm

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) berpuas hati dengan kedudukan dewan itu yang setaraf dengan sayap lain di dalam PAS walaupun anggotanya tidak berhak mengundi dalam pemilihan parti.

Ketua DHPP, Hu Pang Chaw berkata beliau juga menyokong penuh keputusan PAS untuk menaik taraf kelab penyokong tersebut menjadi satu lagi sayap parti, setaraf dengan dewan Muslimat, Pemuda dan Ulama.

“Kami berbesar hati dengan kejayaan Kelab Penyokong PAS yang telah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS.

“Dewan ini dibuka keahliannya kepada bukan Islam. Beza antara kami dan dewan yang lain ialah kami boleh menghadiri muktamar, mesyuarat, memberi pandangan dan kritikal, tetapi cuma kuasa memilih dan dipilih kami tiada,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Tambahnya, beliau menyokong penuh perjuangan PAS kerana parti itu terbukti boleh diterima oleh semua kelompok masyarakat.
“PAS telah mengamalkan dasar keterbukaan untuk semua kaum di Malaysia.

“Perjuangan PAS adalah keadilan untuk semua dan ia dituntut oleh semua kaum dan agama. Jadi kami tak rasa salah apabila menyertainya,” kata Hu lagi.

Timbalannya, N Balasubramaniam pula berkata, beliau menghormati keputusan oleh pucuk pimpinan untuk tidak membenarkan mereka mengundi dalam pemilihan parti.

“Mereka telah bagi semua hak kepada kita, cuma dalam pemilihan sahaja yang kita tidak boleh buat. Kita kena hormat keputusan itu,” katanya.
Penubuhan DHPP semalam menyaksikan seramai 20,000 anggota Kelab

Penyokong PAS sedia ada ‘dinaiktaraf’ dengan diserapkan sebagai ahli penuh DHPP.

Dewan tersebut dibentuk bagi menumpukan usaha penerangan dasar parti melalui program dialog dan ceramah.
Zulaikha Zulkifli/MALAYSIAKINI

Majlis Perasmian Pelancaran DHPP

Video Ucapan Dr Mujahid Bhg 1

Video Ucapan Dr Mujahid Bhg 2

Video Ucapan Presiden PAS bhg 1

Video Ucapan Presiden PAS Bhg 2

Video Ucapan Presiden PAS Bhg 3

UITM SYABAS DAN TAHNIAH

In Uncategorized on May 24, 2010 at 4:39 pm

Tahniah dan syabas ditujukan kepada pihak pengurusan UiTM khususnya bahagian Kemasukan Pelajar kerana mengambil inisiatif menggunakan kemudahan Masjid Negeri Shah Alam pada 23hb Mei 2010 bagi tujuan pendaftaran pelajar baru ASASI.

Ini adalah langkah terpuji kerana bukan sahaja ia membantu
mengimarahkan masjid malah mengambalikan semula fungsi masjid yang telah sekian lama dilupakan dalam masyarakat kita hari ini.

Penggunaan perkarangan Masjid Negeri yang luas, kemudahan parkir serta lokasinya yang sudah diketahui umum dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul pada setiap hari pendaftaran pelajar baru seperti kesesakan lalulintas, kesukaran mencari tempat meletak kenderaan serta dewan pendaftaran dan seumpamanya.

Suatu ketika dulu, ada program suaikenal (orientasi, minggu Silaturrahim) dijalankan di masjid sehingga Pak Menteri Pendidikan ketika itu yang kini YAB PM Malaysia mengeluarkan kenyataan “kenapa perlu di bawa pelajar ke masjid seolah-olah mereka belum kenal masjid dan program Qiamulail akan menyebabkan pelajar mengantuk pada siang hari”.

ISU LESEN JUDI BOLA PIALA DUNIA

In Uncategorized on May 22, 2010 at 1:16 am

KENYATAAN MEDIA
21 Mei 2010 (JUMAAT)

ISU LESEN JUDI BOLA

Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Selangor menjadikan Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan, antara teras utama ialah memacu pembangunan modal insan. Pelbagai program telah dirancang untuk melahirkan satu masyarakat cemerlang yang mampu mendokong aspirasi semua mencapai kemuncak kejayaan berada di dalam sebuah negeri ‘baldatun tayyibatun wa robbun ghafur’ yang bermaksud negeri yang baik, maju, selamat, sejahtera dan diampun dan dirahmati oleh Allah SWT.

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan sentiasa berusaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti sebagai penjana pembangunan lestari dan rabbani. Dalam masa yang sama, pelbagai program mitigasi ‘insan liabiliti’ yakni kategori insan yang terjebak dalam aktiviti penagihan dadah, mencuri, merompak, menyamun, merasuah, merogol, merosak harta benda, gian arak dan lain-lain, termasuk judi, disusun untuk meminimakan kerugian kepada masyarakat.

Segala perancangan yang baik, segala pelaburan wang ringgit, masa, tenaga manusia, aset dan sumber lain tidak akan memberi kesan positif yang diharapkan sekiranya kegiatan negatif yang menghancurkan kelompok manusia yang menduduki negeri itu tidak ditangani dan dikawal. Ramai isteri, anak-anak kepada golongan yang sudah terbabit di dalam aktiviti perjudian merana dan terbeban dengan natijah kompleks yang membelenggu hidup mereka hingga ada yang mengancam nyawa. Ini perjudian kecil-kecilan.

Sekiranya kerajaan Malaysia mengambil keputusan mengiktiraf perjudian dengan memberi lesen kepada syarikat gergasi judi maka ini akan memberi petunjuk yang teramat negatif dan membimbangkan khususnya generasi muda. Kerajaan Malaysia yang memperakui perkara mungkar ini akan menjadi ibarat pepatah ‘guru kencing berdiri anak murid kencing berlari’. Jangan marah kalau rakyatnya terutama sekali pelajar muda ‘kencing berlari’.

Maka, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Kerajaan Selangor dengan ini meminta kerajaan Malaysia menarik balik kelulusan lesen judi Piala Bola kepada Syarikat Berjaya serta merta.

Yb Dr Hjh Halimah Ali
Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor
Merangkap Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan
Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

Bantahan lesen judi di seluruh negara

ISU LESEN JUDI BOLA PIALA DUNIA

In Uncategorized on May 22, 2010 at 1:16 am

KENYATAAN MEDIA
21 Mei 2010 (JUMAAT)

ISU LESEN JUDI BOLA

Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Selangor menjadikan Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan, antara teras utama ialah memacu pembangunan modal insan. Pelbagai program telah dirancang untuk melahirkan satu masyarakat cemerlang yang mampu mendokong aspirasi semua mencapai kemuncak kejayaan berada di dalam sebuah negeri ‘baldatun tayyibatun wa robbun ghafur’ yang bermaksud negeri yang baik, maju, selamat, sejahtera dan diampun dan dirahmati oleh Allah SWT.

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan sentiasa berusaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti sebagai penjana pembangunan lestari dan rabbani. Dalam masa yang sama, pelbagai program mitigasi ‘insan liabiliti’ yakni kategori insan yang terjebak dalam aktiviti penagihan dadah, mencuri, merompak, menyamun, merasuah, merogol, merosak harta benda, gian arak dan lain-lain, termasuk judi, disusun untuk meminimakan kerugian kepada masyarakat.

Segala perancangan yang baik, segala pelaburan wang ringgit, masa, tenaga manusia, aset dan sumber lain tidak akan memberi kesan positif yang diharapkan sekiranya kegiatan negatif yang menghancurkan kelompok manusia yang menduduki negeri itu tidak ditangani dan dikawal. Ramai isteri, anak-anak kepada golongan yang sudah terbabit di dalam aktiviti perjudian merana dan terbeban dengan natijah kompleks yang membelenggu hidup mereka hingga ada yang mengancam nyawa. Ini perjudian kecil-kecilan.

Sekiranya kerajaan Malaysia mengambil keputusan mengiktiraf perjudian dengan memberi lesen kepada syarikat gergasi judi maka ini akan memberi petunjuk yang teramat negatif dan membimbangkan khususnya generasi muda. Kerajaan Malaysia yang memperakui perkara mungkar ini akan menjadi ibarat pepatah ‘guru kencing berdiri anak murid kencing berlari’. Jangan marah kalau rakyatnya terutama sekali pelajar muda ‘kencing berlari’.

Maka, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Kerajaan Selangor dengan ini meminta kerajaan Malaysia menarik balik kelulusan lesen judi Piala Bola kepada Syarikat Berjaya serta merta.

Yb Dr Hjh Halimah Ali
Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor
Merangkap Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan
Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

Bantahan lesen judi di seluruh negara

MAJLIS PELANCARAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS PERINGKAT KEBANGSAAN

In Uncategorized on May 21, 2010 at 10:29 pm