drhalimahali

ANTARA NASIHAT PERINGATAN DAN UGUTAN SERTA HASUTAN

In Uncategorized on May 19, 2010 at 6:47 pm

Ugut Saiful Bukhari: Lelaki 40-an bebas

Seorang lelaki 40 tahun yang dikaitkan dengan tuduhan membuat ugutan terhadap pengadu kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim – Mohd Saiful Bukhari Azlan – dibebaskan daripada tahanan reman hari ini.

Beberapa anggota keluarganya memberitahu Malaysiakini, Badrulhisham Abd Jalal dibebaskan kira-kira jam 5.30 petang ini selepas ditahan reman sejak Jumaat lalu di balai polis Bukit Jalil.

Bapa kepada tiga orang anak yang menetap di Klang itu difahamkam ditahan reman sejurus selepas tampil membuat laporan balas bagi mempertahankan dirinya di ibu pejabat polis daerah (IPD) Klang, berdekatan rumahnya.

Sehari selepas itu, difahamkan juga polis telah mendapat perintah reman daripada majistret untuk tempoh empat hari – berakhir hari ini – bagi membantu siasatan.

Difahamkam aduan Saiful itu dikendalikan oleh pihak IPD Sentul – tempat di mana Saiful tampil membuat laporan polisnya Khamis lalu.

Bagaimanapun, usaha Malaysiakini mendapatkan pengesahan daripada pihak balai berkenaan setakat ini belum berhasil. Sehubungan itu, pertuduhan sebenar terhadap Badrulhisham juga masih tidak dapat dipastikan.

Khamis lalu,Saiful mendakwa menerima pesanan berunsur ugutan di laman sosial Facebook daripada seorang individu yang hanya dikenali sebagai “Badrul Hisham”.

Justeru, beliau tampil membuat aduan di balai polis Sentul di ibu negara petang semalam kerana “bimbangkan keselamatan diri dan dan keluarganya”.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, anggota keluarga Badrulhisham memberitahu, beliau enggan ditemubual pemberita, walapun melalui telefon buat masa ini kerana belum bersedia.

Seorang anggota keluarganya memberitahu, satu sidang media berhubung perkara tersebut mungkin dibuat esok di Klang.

Jimadie Shah Othman/MALAYSIAKINI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: